Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEJARAH ASIA TENGGARA: KEBANGKITAN ISLAM


KOD KURSUS: AJ30303 (PLUMS)

TUGASAN ESEI BERKUMPULAN:


KUMPULAN 3: KRITIKAN AL-IMAM BERSABIT DASAR-
DASAR PENJAJAH

PENSYARAH : EN. MOHAMAD SHAUKHI BIN MOHD RADZI

No Nama No Matrik
1. ABDUL LATIF BIN ABD TAAT YA2017-1313
2. JAMES PARAN YA2017-1309
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Pengenalan 3

Faktor – faktor Kelahiran Al-Imam 5

Kritikan Al-Imam Bersabit Dasar - Dasar Penjajah 6

Kesimpulan 12

Rujukan 14

2
PENGENALAN

Pada dekad pertama, dua buah majalah Melayu telah diterbitkan iaitu Khizanah al-Ulum
(1904)1 dan al-Imam (1906)2. Ini merupakan dua buah majalah pertama diterbitkan oleh
masyarakat Melayu untuk kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam. Masalah
kemunduran dan kelayuan masyarakat Melayu mula diperkatakan dalam menjentik sanubari
anak jati Melayu yang merasakan diri mereka masih selamat di dalam kantung ibunya, yang
merasa diri bagaikan tidak akan keluar dari rahim ibunya. Al Imam berasal dari perkataan
Arab yang bermaksud Pemimpin.

Majalah Al-Imam (1906-1909), yang didirikan oleh seorang keturunan Arab yang
tinggal di Singapura iaitu Syekh Muhammad bin Salim Alkalali yang berkawan dengan Syekh
Thahir Jalaluddin yang merupakan kelulusan dari Al-Azhar Mesir. Majalah edisi pertama al-
Imam berjaya diteritkan pada Julai 1906 (Jamadil Akhir 1304), dengan dicetak oleh Matbaah
Melayu Tanjung Pagar, Singapura dalam tulisan Jawi. Menurut Hamka, pengasas al-Imam,
Syed Mohamad Salim al-Khalali menjelaskan tujuan ia ditubuhkan adalah kerana dirinya
merasa terpanggil untuk membangunkan bangsa dan kaumnya dari lena ketiduran dan
kemalasan yang telah menyerang sejak bertahun-tahun. Maka, atas asas ini, edisi pertama
al-Imam menggariskan tujuannya, iaitu bertujuan untuk mengingatkan mereka yang telah
lupa, membangkitkan mereka yang sedang tertidur, membimbing mereka yang tersesat dan
memberikan suara kepada mereka yang berbicara dengan kebijaksanaan (hikmah).

Edisi perdana majalah al-Imam dicetak oleh Mathba’ah Melayu di Tanjung Pagar,
Singapura. Ukuran hanya 22, 5x16.3 cm dan terdiri 42 halaman. Majalah ini diterbit pada
setiap awal bulan Arab atau tahun Hijrah iaitu 1 haribulan. Menurut Muhamaad Sarim bin Haji
Mustajab dalam Gerakan Islam Islamiyah di Tanah Melayu 1906 hingga 1948 (1979), Syekh
Muhammad Salim al-Kalili bersama Raja Ali Kelana dari Negeri Riau Pulau Penyengat adalah

1 Khizanah al-Ulum diterbitkan di Kuala Kangsar, Perak pada diterbitkan pada Ogos 1904 dalam bentuk bulanan.
Antara pengarangnya ialah Syed Abdullah al-Atas Kuala Kangsar
2 Al-Imam merupakan majalah Jawi terawal di Semenanjung Tanah Melayu yang terkandung di dalamnya

mengenai isu-isu pembaharuan di dalam hal-hal agama. Ia diterbitkan pada 22 Julai 1906-25 Disember 1908 di
Singapura oleh Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin al-Azahari, Syed Syeikh bin Ahmad al-Hadi dan Haji Abbas bin Mohd
Taha. Ia mula dicetak oleh Matbaah Melayu Tanjung Pagar sebelum diambil alih oleh al-Imam Printing Company
Ltd. Mengandungi 32 halaman, berukuran 6.3 inci dan 8.6 inci ukuran panjang. Sehingga kini naskhah boleh
didapati di Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara dan juga Perpustakaan Peringatan Za‟ba,
Universiti Malaya (AP95 M2IM 1906-1908 di bahagian Malaysiana Journal).

3
penyandang dana utama di awal penubuhan masalah al-Imam hingga menjelang penyusunan
semula organisasi pengurusnya pada tahun 1908.

Majalah ini ditubuhkan oleh sekumpulan ramai cendekiawan dan usahawan muda yang
ketika itu agak was-was mendakwa diri mereka itu sebagai orang Melayu kerana mereka
bukan anak watan Melayu di bandar dagang Singapura. Diantara anak muda yang mempunyai
kesedaran serta pemikiran yang sama itu adalah orang-orang yang sangat terpengaruh oleh
pemikiran-pemikiran islah (pembaruan) Islam yang dicetuskan oleh Muhammad Abduh dan
Sayid Muhammad Rasyid Rida di Mesir. Antara barisan anak muda ketika itu adalah Syekh
Muhammad Salim al-Kalili, Syed Muhammad Thahir Jalaluddin al-Azhari dari Minangkabau,
Sayid Syekh al-Hadi dan Haji Abbas Muhammad Taha. Ini diceritakan dalam disertasi Abdul
Aziz Mat Ton yang bertajuk Politik al-Imam pada tahun 2000.3 Sejak edisi perdananya, majalah
ini diedarkan di Straits Settlement iaitu Negeri-Negeri Selat yang merangkumi Singapura,
Pulau Pinang, Melaka dan negeri-negeri lain di Tanah Semenanjung serta beberapa negeri di
Hindia Belanda iaitu Indonesia. Seramai 22 orang wakil majalah al-Imam yang berada di kota
dan tempat di Hindia Belanda manakala selebihnya iaitu 15 orang perwakilan berada di
Semenanjung Malaysia.

Bermula dengan al-Imam sebagai titik permulaan dalam penerbitan berkala berbentuk
agama, ia telah menimbulkan minat para sasterawan yang terkemudian untuk berusaha
melahirkan sesuatu yang bernilai. Mereka bukan sahaja bertujuan demi melahirkan
kepentingan seni sastera, kepentingan intelektualisme dan menggambarkan daya fikir
semata-mata, tetapi juga bertujuan untuk mengadakan suatu komunikasi yang bererti antara
masyarakat penulis dan pembacanya4. Hamedi Mohd Adnan (2003) menambah, kemunculan
al-Imam ini telah memberi suatu perspektif baru dalam aktiviti penerbitan5. Isi yang
terkandung dalam majalah ini membawa ke arah kemajuan umat Islam seperti membuka
pintu ijtihad, meninggalkan taklid buta, patuh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi
Muhammad S.A.W dan mewajibkan umat islam menuntut ilmu pengetahuan.6

FAKTOR – FAKTOR KELAHIRAN AL-IMAM

3 Abdul Aziz Mat Ton (2000), Politik al-Imam.


4 A. M. Thani (1985), op.cit., h. 4
5 Hamedi Mohd Adnan (2003), op.cit., h.11
6 Ahmad Boestamam (perterj.), Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: UPM, hlm. 63

4
Majalah Al-Imam dilihat menyerupai al-Manar,7 dan ini didorong oleh beberapa faktor
antaranya, para penulis dan penyumbang artikel Al-Imam secara umumnya adalah daripada
golongan yang telah terpengaruh dengan aliran pembaharuan Islam. Kandungan Al-Imam
menyiarkan rencana-rencana8 termasuk Tafsir al-Qur‟an9 yang diterjemahkan daripada
bahasa Arab khususnya daripada majalah al-Manar.10 Tambahan pula Syaykh Mohd Tahir
Jalaluddin mempunyai hubungan yang rapat dengan Sayyid Muhammad Rasyid Rida11 yang
menerbitkan al-Manar pada tahun 1889 di Mesir, malah Syaykh Mohd Tahir Jalaluddin
dikatakan turut menyumbangkan rencana untuk alManar.12 Melalui hubungan ini, idea-idea
pembaharuan Islam yang diperjuangkan oleh Sayyid Muhammad Rasyid Rida telah meresap
masuk dalam diri beliau dan akhirnya tersebar dalam masyarakat Islam di rantau ini.13 Proses
transmisi ini berlaku secara drastik memandangkan majalah al-Imam yang diterbitkan di
Singapura mempunyai wakil penjualnya di merata tempat di Alam Melayu.

Perjuangan ulama islah dalam usaha memurnikan pemikiran orang-orang Melayu


berkaitan agama dan kehidupan adalah titik awal yang merubah latar belakang hidup
beragama, bersosio budaya dan adat resam yang mendokong jati diri orang-orang Melayu.
Mereka memperkenalkan ajaran Islam berdasarkan sumber al-Quran dan alHadis dengan
mengambil kira kepentingan kehidupan duniawi. Menyeru masyarakat supaya kembali kepada
ajaran Islam yang sebenar disamping menerima pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat dari
barat. Perubahan yang cuba dibawa oleh ulama islah adalah apabila mereka mengemukakan
satu tafsiran baru tentang konsep ibadah yang progresif. Hal ini tidak membawa pengertian
yang sempit dan streotype yang menjurus hanya kepada ibadah solat, puasa, zakat, zikir,
ibadah nikah kahwin dan yang seumpama dengannya. Sebaliknya konsep ibadah itu
diperluaskan ruang lingkupnya sehingga merangkumi segenap aspek dan cara hidup duniawi
dan ukhrawi. Lantaran itu Za’ba dengan idea islahnya melihat Islam dengan cara yang sebenar
serta teliti sebagai satu keperluan. Malah, menyalahtafsirkan ajaran Islam daripada pengertian
yang sebenar dianggap satu kesilapan yang memusnahkan kehidupan orang-orang Islam. Isu

7 William R. Roff (1967), op.cit., h. 59.


8 Hamedi Mohd Adnan (2002), op.cit., h. 23
9
Al-Imam, Bil. 3, Jil. 3, 29 Ogos 1908, h. 87-92, William R. Roff, op.cit., h. 59.
10
Ibid., Bil. 2, Jil. 30 Julai 1908, h. 65-67, Bil. 3, Jil. 3, 29 Ogos 1908, h. 87-92.
11
William Roff (1967), op.cit., h. 60, Hamka (1967), op.cit., h. 94, C.C. Adams (1933), Islam and
Modernism in Egypt, London: Oxford University Press, h. 180, Mohd. Sarim Hj. Mustajab, “Syeikh
Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki: Pelopor gerakan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu” Malaysia in
History, vol. xx, no. ii, Disember 1977, h. 2, Ismail Hamid (1985), op.cit., h. 84.
12
William R. Roff, (1967), op.cit., h. 60-61.
13
Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu 1400-1959, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
h. 304, Abdul Halim El-Muhammady (1982), Pengaruh Madhhab Shafi`i dan Masalah Kaum Muda di
Malaysia, T.T.P: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, h. 33.

5
salah faham terhadap ajaran Islam seperti malas berkerja, cuai memikul amanah, berpecah
belas dan salah tanggapan terhadap persoalan Qada’ dan Qadar akhirnya membawa orang-
orang Melayu kelembah kehinaan.

Ilmu dan pendidikan adalah antara faktor yang telah membentuk kegemilangan
peradaban Islam suatu ketika dahulu. Tanda maju atau mundurnya sesebuah tamadun itu
berkait rapat dengan maju mundurnya ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan
aspek terpenting dalam merubah sesebuah masyarakat. Pendidikan yang sempurna akan
dapat memandu manusia ke arah umat yang mulia sehingga dapat menjaga keselamatan diri,
agama dan negara. Oleh itu, alIslah banyak memberikan komitmen dan komentar mengenai
masyarakat Melayu agar sentiasa memanfaatkan ilmu pengetahuan dan mengutamakan
pendidikan dalam proses transformasi masyarakat Melayu untuk memperbaiki taraf kehidupan
sosio ekonomi. Pelbagai isu telah disentuh oleh al-Islah dalam mengupas permasalahan yang
menimpa umat Islam dalam dekad 70-an. Antaranya ialah mengenai pentingnya
pembentukan kurikulum pelajaran yang selari dengan falsafah pendidikan negara iaitu
bertujuan melahirkan insan yang soleh berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan
kepada Tuhan. Pendidikan yang bertujuan melahirkan insan kamil tidak akan tercapai
sekiranya kita mengamalkan sistem pendidikan berorientasikan pendidikan liberal yang lebih
bersifat sekular. Justeru itu, bagi Yusof Rawa, bagaimana sesuatu matlamat pendidikan Islam
itu dapat dicapai sekiranya dasar pendidikan itu sendiri lebih terarah kepada sistem sekular
yang menolak nilai-nilai Islam yang utuh.

KRITIKAN AL-IMAM BERSABIT DASAR-DASAR PENJAJAH

Pada tahun-tahun awal, akhbar dianggap sebagai alat nasionalisme untuk melawan penjajah.
Malah akhbar itu juga dianggap sebagai sebahagian daripada asal usul nasionalisme Melayu
di Tanah Melayu. Ulama bernama Abdullah Haji Afar menganggap Al-Imam sebagai langkah
pertama nasionalisme Melayu di Tanah Melayu dimana pengaruh yang dimainkan oleh akhbar
dalam membangkitkan nasionalisme begitu penting.14 Al Imam adalah sebahagian daripada
faktor penting dalam meningkatkan nasionalisme di kalangan orang Melayu15. Walaupun
kewujudan Al-Imam dalam industri akhbar sangat singkat atau hampir dua tahun sahaja,

14 Melayu, U. (1980). In Jazamuddin Bin Baharuddin & KK Khoo, Lembaran Akhbar Melayu [Sheet of Malay
newspaper](pp. 109–122). Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 109.
15 Penyunting Khizanah al-Ilmu ialah Sayyid Abdullah b Abu Bakar al-Attas. Roff juga menjelaskan kedudukan al-

Imam (1906- 08) di Singapura yang ditafsirkannya sebagai mencerminkan perkongsian budaya dalam kerangka
Islam moden.

6
namun impak yang dibawa oleh Al-Imam tidak dapat dilawan. Dalam buku itu, Roff
menekankan idea Kaum Muda – Kaum Tua di mana beliau menganggap idea itu sebagai
inovasi dan itu adalah reaksi terhadap idea tersebut.

Al-Imam juga bertanggungjawab untuk melahirkan akhbar lain pada masa itu,
kebanyakan terbitan berkala adalah mingguan litografi tangan yang dimodelkan pada mulanya
selepas akhbar bahasa Inggeris dan kemudian menggunakan kandungan berita Mesir dan
Arab.16 Hasilnya, kebanyakan kandungan tidak berkaitan dengan masyarakat Melayu. Pada
Julai 1906, suasana kewartawanan Melayu mula berubah dengan kemunculan Al-Imam. Paling
ketara, dikotomi Kaum Muda Kaum Tua dikatakan bermula dengan penerbitan Al-Imam.17
Dikotomi itu berkait rapat dengan transformasi Melayu dalam tempoh 1906 hingga 1941. Al-
Imam juga berkata sebagai akhbar pertama yang berani menyuarakan rungutan orang Melayu
dan pada masa yang sama memberi amaran kepada mereka bahawa jika mereka tidak
mengubah sikap dan menegaskan sendiri, kedudukan mereka di negara sendiri akan
terancam.

Dalam aspek kehidupan beragama, Al-Imam memainkan peranan yang cemerlang


terutamanya dalam membersihkan dan menyucikan ibadat dan perkara-perkara ibadat yang
lain telah rosak tetapi masih dipatuhi oleh masyarakat pada masa itu. Rasuah terhadap ritual
sentiasa dilemparkan ke dalam ajaran agama melalui inovasi yang sebahagiannya bukan
sahaja tidak sihat tetapi juga bidaah sehingga mendedahkan pegangan mereka kepada
kekufuran dan kekafiran.

Al-Imam telah membawa satu wadah perjuangan gerakan reformis Islam di negeri-
negeri Melayu. Ramai sejarawan bersetuju bahawa gerakan Islah Islam yang berlaku di
negeri-negeri Melayu pada tahun 1906 adalah melalui penerbitan majalah Al-Imam. Al-Imam
bukan satu majalah biasa yang mengutarakan isu-isu yang remeh- temeh, tetapi merupakan
satu alat untuk menyedarkan masyarakat Melayu yang alpa ketika itu. Justeru Al-Imam
selayaknya digelar sebagai perintis persuratkhabaran Melayu. Untuk melihat sejauh mana Al-
Imam memainkan peranan sebagai perintis, dua perkara yang penting perlu dilihat.

16 Sundusia Rosdi, Sumbangan Cendekiawan Peranakan Arab Dalam Persuratan Melayu: 1900-an Hingga 1960-
an, biblioasia, 2010, 4
17 Hiroko Kushimoto. Islam and Modern School Education in Journal Pengasuh: Review of the Kaum Muda-

Kaum Tua Dichotomy. Studia Islamika, 2012.

7
Pertama ialah bagaimana Al-Imam memanipulasi isu yang diutarakan iaitu sejauh mana isu
yang diutarakan mempengaruhi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat dan sejauh mana
Al-Imam memberi kesedaran masyarakat tentang masalah mereka. Pada dasarnya perhatian
Al-Imam adalah pada masalah agama. Namun, seperti halnya pemikiran Jamaluddin Afgani
dan Muhammad Abduh juga menyinggung masalah politik.18 Al-Imam dalam setiap
terbitannya sentiasa menyebutkan sebab-sebab kemunduran umat Islam terutamanya bangsa
Melayu, dan mengecam sifat-sifat bangsa Melayu yang terkebelakang, dijajah bangsa lain,
pemalas, puas dengan dirinya sendiri dan suka berselisih. Menurut Abd. Aziz Mat Ton, Al-
Imam memang menitikberatkan masalah sosial, ekonomi dan politik.19 Disini dapat
disimpulkan bahawa perkara pokok yang cuba diketengahkan adalah mengenai kemunduran
orang Melayu ketika itu dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
Berdasarkan artikel dalam Al-Imam, aspek utama kemunduran orang Melayu ialah ekonomi.
Orang melayu memang amat tertinggal dalam bidang ekonomi walaupun tinggal dalam negeri
sendiri. Kemunduran dalam ekonomi inilah telah meyebabkan mereka mundur dalam semua
hal. Orang melayu mundur dalam bidang sosial dan politik. Hal ini kerana kuasa ekonomi itu
telah menjadi satu senjata yang cukup ampuh. Orang yang menguasai ekonomi adalah orang
yang kuat seperti kaum penjajah dan kaum imigran. Tetapi orang Melayu boleh dikatakan
menumpang ekonomi orang luar ini. Mereka menumpang kerana bergantung kepada
golongan ini. Keruntuhan dalam bidang ini telah menyebabkan minda orang melayu tertutup,
seterusnya mereka terus tertinggal dalam semua bidang. Al-Imam cuba mengupas semua
masalah ini supaya dapat diatasi.

Perkara sosial yang disentuh ialah pendidikan orang Melayu, kemajuan madrasah-
madrasah, emansipasi wanita dan perpaduan orang Melayu. Dari awal lagi Al-Imam telah
menekankan akan pentingnya pelajaran terutamanya pengetahuan mengenai ilmu sejarah
yang menurutnya merupakan sebagai kunci untuk kesedaran dan kemajuan satu-satu bangsa.
Al-Imam memberikan banyak cadangan untuk memajukan pendidikan orang Melayu.
Antaranya meminta kerajaan membina sebuah atau lebih sekolah pada tiap-tiap negeri untuk
kegunaan anak negeri sahaja. Kerajaan juga mestilah membiayai sekolah-sekolah itu
sepenuhnya iaitu gaji gurunya, belanja buku-buku dan keperluan sekolah yang lain. Al-Imam
juga mencadangkan sistem sekolah ditukar kepada sistem yang lebih baik iaitu terdapat
peringkat-peringkat sekolah yang memudahkan sistem pengajian. Al-Imam juga menegur

18 Pulungan, J. “Ide Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh Dan Rasyid Ridha Tentang Negara Dan
Pemerintahan Dalam Islam”. Tamaddun: Jurnal Kebudayaan dan Sastra Islam 13, no. 1 (1)
19 Ton, A. A. M. (2000). Politik al-Imam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

8
bangsa Melayu yang tidak mahu bersatu padu. Menurut Al-Imam apa yang menyebabkan
mereka tidak bersatu padu ialah kejahilan mereka dalam memahami kehendak agama Islam
yang sebenarnya, dan juga sikap orang Melayu sendiri yang suka sentiasa bergantung kepada
usaha-usaha bangsa lain dalam kebanyakkan hal terutamanya mengenai ekonomi. Ini
merupakan penyakit bangsa Melayu yang telah menyebabkan mereka tidak bersatu, hasad
dengki, dan tamak.

Dari aspek politik pula, Al-Imam memang menyindir pihak penjajah British serta raja-
raja dan pembesar Melayu. Mereka diingatkan untuk memelihara kepentingan orang Melayu.
Hal ini berkaitan dengan masalah-masalah orang Melayu yang disebutkan tadi. Faktor lain
yang menyebabkan melayu mundur ialah sikap raja dan pembesar Melayu yang tidak
bertanggungjawab. Mereka hanya mementingkan pangkat dan wang sahaja sehinggakan
mereka sanggup menjadi hamba penjajah. Al-Imam menegaskan bahawa, oleh kerana
mereka meninggalkan tanggungjawab yang sebenarnya maka telah meninggalkan balak yang
menimpa diatas kita dan mendatangkan beberapa tuduhan orang diatas umat kita.

Sistem sekularisme telah dilaksanakan oleh pihak British dalam semua sistem di Tanah
Melayu seperti pentabiran, ekonomi dan sosial. Unsur agama dikecualikan dalam sistem
pentadbiran di mana penasihat dan residen telah dilantik oleh penjajah. Hal ini kerana,
penjajah akan menasihati mereka cara memerintah dalam bidang pentadbiran dengan tidak
mahu wujudnya unsur agama dalam sebarang urusan yang secara realitinya penjajah
menguasai tampuk pemerintahan. Pemerintah yang dilantik hanya bertindak sebagai boneka
penjajah dengan bidang kuasa yang sangat terhad iaitu hanya berperanan dalam hal yang
berkaitan dengan agama Islam dan adat. Ini telah menyebabkan kehidupan orang Melayu
semakin jauh daripada kemajuan kerana kekayaan ekonomi hanya dimiliki oleh penjajah.20

Disamping itu, al-imam telah bertindak mempergunakan isu-isu yang tengah berlaku
ketika itu untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat. Langkah pertama yang
dilakukan adalah menggunakan isu amalan atau dasar aparteid bagi menghalang masyarakat
terlalu ghairah untuk menjadi orang bawahan imperialis. Al-Imam telah mengecam pihak
kerajaan tempatan di San Francisco melalui penerbitan artikel yang bertajuk Amerika dan
Jepun kerana tindakan mereka yang tidak membenarkan kanak-kanak Jepun bersekolah di
San Francisco dan California dan masyarakat Amerika tidak mahu anak-anak bangsa Jepun

20 Sohaimi Abdul Aziz (ed.), op.cit, hlm. 19.

9
berada di satu sekolah yang sama dengan mereka. Selain itu, diskriminasi warna kulit iaitu
orang kulit hitam yang dikatakan tidak setaraf dengan diri mereka juga turut dilakukan ke
atas bangsa Afrika. Pengasingan bangsa Afrika dengan memberikan lorong khas yang hanya
boleh digunakan oleh kenderaan dan binatang sebagai laluan mereka sahaja telah
membuktikan dasar apartheid yang dilaksanakan oleh penjajah. Kebanggaan yang ada dalam
diri orang Amerika dan bangsanya telah meletakkan jurang dengan bangsa lain seperti tidak
akan menggunakan jalan yang sama dengan bangsa lain. Isu sebegini telah menarik minat
orang Melayu untuk bangkit dan sedar dengan situasi yang sama berlaku ke atas mereka atas
tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh penjajah. Kesannya, keinginan untuk
menentang penjajah telah disuntik dalam diri masyarakat.

Tindakan Belanda yang menghina orang Jawa telah dikritik oleh Al-Imam. Hal ini
berhubung kait dengan kebudayaan dan adat resam orang Jawa dimana penjajah Belanda
telah menghina orang Jawa dalam majlis-majlis dengan mengarahkan duduk di atas tanah
manakala mereka duduk di kerusi. Selain itu, al-Imam turut mengatakan orang Indonesia
tidak dapat lari dari tekanan orang Belanda melalui penindasan berkaitan cukai dan hal ini
telah disebarkan oleh Straits Times. Penindasan Belanda ini mendapat kritikan oleh al-Imam
kerana ia dengan jelas menunjukkan diskriminasi penjajah terhadap penduduk Indonesia yang
majoritinya beragama Islam.21 Masyarakat Melayu telah diberi kesedaran atas penindasan ini
dimana penjajah bukanlah berusaha untuk membangunkan mereka, tetapi sebenarnya
mendiskriminasi diri mereka. Kesannya, ia telah membangkitkan semangat nasionalisme bagi
bangkit menentang penjajah.

Al-Imam bertindak menyebarkan berita mengenai perkembangan politik dunia Timur


sebagai satu usaha menjatuhkan penjajahan British. Bangsa-bangsa di Asia Barat dan Timur
mendapat harapan untuk menentang kolonialisme dan imperialisme Barat selepas kekalahan
Rusia terhadap Jepun. Menerusi artikelnya yang bertajuk Islam dan Jepun, Al-Imam telah
menyeru agar negara-negara Asia mencontohi Jepun atas kemampuannya berdiri sendiri dan
berjaya mengalahkan penjajah Barat. Jepun dijadikan sebagai kuasa yang mampu
membimbing negara-negara Asia dan menjadikan kuasa Eropah sebagai musuh melalui
peranan yang dijalankan oleh Al-Imam.22 Ia juga telah menimbulkan kesedaran dalam
masyarakat Islam di Asia Tenggara bahawa mereka juga mampu mengalahkan kuasa
penjajah.

21 Ibid, hlm. 250.


22 Ibid, hlm. 248.

10
Berita-berita tentang Turki sentiasa disiarkan oleh Al-Imam bagi membersihkan
maruah Turki daripada dicemari oleh musuh-musuhnya. Al-Imam berasa bertanggungjawab
untuk mempertahankan Turki selepas kuasa-kuasa Eropah khususnya Rusia telah
melaksanakan kempen memburukkan kerajaan Turki. Al-Imam telah menunjukkan kemajuan
pendidikan, telegraf, kereta api dan kekuatan angkatan perang bagi memulihkan maruah
Turki dan membuktikan kemampuannya.23 Semangat orang Islam telah bangkit menerusi isu
yang diutarakan oleh al-Imam dan ini telah menunjukkan bangsa kita bukannya bangsa yang
lemah dan mampu untuk mengalahkan pihak penjajah. Kesannya, kesedaran nasionalisme
telah wujud dan sekaligus membawa kepada reaksi penentangan ke atas penjajah.

Al-Imam dilihat menyalahkan kedua-dua pihak. Penjajah dikatakan salah kerana


mereka hanya menjajah dan mengaut kesemua hasil negeri-negeri Melayu. Manakala raja-
raja Melayu disalahkan kerana mereka ini bodoh. Mereka tidak mampu berfikir lebih tinggi
sedikit pun daripada kanak-kanak kecil. Hal ini mereka hanya mementingkan kesenangan
mereka tanpa memikirkan keadaan rakyat. Mereka sanggup menggadai negeri sendiri seolah-
oleh mereka ini tidak tahu membezakan buruk dan baik sesuatu perkara itu. Satu lagi saya
ingin tambah ialah sikap raja Melayu yang dikatakan berjiwa rakyat’itu tidak pernah tahu
berkorban untuk negara. Yang mereka tahu ialah rakyat yang perlu berkorban untuk negara.
Al-Imam telah mengecam sikap raja Melayu yang begitu suka menggunakan kedudukannya.
Pembesar juga telah menggunakan kuasa mereka, kedudukan mereka dan kemudahan yang
ada pada mereka dengan sewenang-wenangnya sehingga menganiayai rakyat sendiri.

Rasuah pula sudah menjadi perkara biasa dan mereka tidak memikirkan akan
akibatnya asalkan wang ringgit banyak saja jadinya. Kecaman Al-Imam mengenai rasuah ini
walaupun nampaknya disampaikan secara lembut, sebenarnya kecaman itu adalah
merupakan kritikan yang tajam lagi pedas keatas pemerintah Melayu dan secara tidak
langsung kepada pihak British. Seterusnya dalam kecaman-kecaman itu Al-Imam telah
menyoal adakah raja-raja Melayu tidak sedar akan apa yang dilakukan oleh orang besar-
besarnya serta menteri-menterinya yang semata-mata zalim dan kebanyakkannya a Moncery
of Justice. Al-Imam menjelaskan bahawa oleh kerana raja-raja terlalu mewah hidupnya maka
tidak sedar akan hal rakyat mereka sendiri, seolah-olah rakyat itu dianggap sebagai orang
yang senang seperti mereka juga, padahal yang sebenar-benarnya adalah tidak sekali-kali.

23 Ibid.

11
Tambahan pula tidak ada sungutan atau aduan daripada rakyat yang secara terus terang dan
secara langsung. Mereka sengaja tidak mahu memahami keadaan sebenar hidup rakyat.

Walaupun al-Imam mengajak masyarakat menentang penjajahan British, namun


golongan reformis telah mencadangkan penambahan ilmu pengetahuan daripada Barat bagi
memastikan masyarakat Melayu tidak terus ketinggalan dalam arus kemajuan yang dibawah
oleh penjajah, mengurangkan kadar buta huruf masyarakat dan sekaligus menaikkan bilangan
masyarakat yang celik huruf dan berpendidikan. Melalui dorongan ini, al-Imam telah
menunjukkan objektif yang jelas kepada masyarakat dengan mendesak orang Melayu
khususnya untuk menyambung pelajaran ke luar negeri sebagai salah satu cara yang boleh
mempercepatkan memperoleh ilmu dan mengambil pengalaman daripada orang Barat untuk
digunakan memamjukan bangsa sendiri iaitu Melayu. Antara pakar yang telah mengutarakan
pendapat tentang kepentingan meningkatkan ilmu pengetahuan bagi mengatasi kelemahan
orang Melayu adalah Syeikh Tahir Jalaluddin dan disokong oleh Muhammad Abduh yang
berpendapat perubahan dalam masyarakat perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum
perubahan secara menyeluruh dalam struktur masyarakat dilaksanakan. Maka, pendidikan
merupakan landasan utama yang patut dibina oleh masyarakat Melayu khususnya umat Islam
untuk bersaing dan sama taraf dengan bangsa lain.

KESIMPULAN

Secara kritis, Al-Imam telah mengupas mengenai masalah orang Melayu. Akhbar ini
merupakan akhbar melayu pertama yang mengandungi pemikiran yang menyeru kepada
perubahan sosial dalam masyarakat dengan memasukkan unsur-unsur politik dalam tulisan
yang diterbitkan. Keberanian Al-Imam juga terserlah apabila berani mempertikaikan peranan
raja yang hanya pada nama itu sahaja. Berbeza dengan majalah Melayu yang terbit sebelum
ini, tidak ada satu asas yang kukuh untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Terdapat
banyak majalah dan surat khabar Melayu ang terbit sebelum Al-Imam. Dalam tempoh 30 ahun
selepas 1876, terdapat tidak kurang daripada 16 buah surat khabar dan majalah dalam bahasa
Melayu yang diterbitkan, tujuh buah di Singapura, lima buah di Pulai Pinang dan empat buah
di Perak. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa akhbar lain sebelum Al-Imam memberi
sumbangan, tetapi akhbar ini tidak boleh dikatakan perintis. Hal ini kerana isu yang diutarakan
tidak memberi kesan yang mendalam kepada masyarakatnya. Al-Imam itu boleh diibaratkan
cahaya.

12
Prinsip-prinsip al-Imam dalam usaha membidas dasar-dasar penjajah barat, kritikan dan
peringatan kepada golongan pemerintah serta golongan ulama juga dilihat telah mendorong
rakyat untuk sedar akan kepentingan perubahan diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam
memperoleh hak dan tinggi nilainya mereka. Amaran terhadap pemimpin dan ulama pula
adalah untuk mengatasi kelemahan dan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka agar
lebih bertanggungjawab, berintegriti, taat dan patuh kepada amanah yang diberikan dalam
melaksanakan pentadbiran yang telur dan menjadi sifu dan contoh yang baik kepada rakyat.

Al-Imam dikatakan perintis kerana mempunyai pengaruh yang kuat kepada


masyarakat. Dalam kontek ini pengaruh Al-Imam bukan sahaja terdapat di negeri-negeri
Melayu, malah telah tersebar keseluruh Nusantara. Sambutan kepada seruan Al-Imam itu
jelas dapat dilihat dari banyaknya wakil pengedar untuk menjadi langganan majalah tersebut.
Malah sambutan tersebut memungkinkan Al-Imam di cetak di mabtaahnya sendiri iaitu tiga
bulan selepas muncul jilid yang pertama. Melalui mabtaah ini juga Haji Abbas Mohd Taha
menerbitkan bukunya yang pertama pada tahun 1906 yang berjudul Kitab Sempurnaan
Pelajaran. Begitu juga dengan Syed Sheikh al-Hadi, bukunya Pemeliharaan dan Pelajaran
diterbitkan melalui Al-Imam Printing Co. Ltd. Pada tahun 1908. Kesan daripada penerbitan Al-
Imam adalah amat besar. Al-Imam mendorong kepada penulisan buku oleh pengarang
Melayu. Sambutan hangat juga menunjukkan Al-Imam telah berjaya menyebarkan kritikan
dan saranan kaum muda terhadap masyarakat Melayu. Selain itu majalah atau akhbar
sebelum Al-Imam tidak membincangkan masalah orang Melayu secara menyeluruh.
Maknanya, masalah mengenai orang Melayu hanyalah dibicarakan secara luaran. Tetapi dalam
Al-Imam masalah yang diutarakan ini meliputi semua aspek kehidupan masyarakat.
Masyarakat perlu sedar tentang keadaan mereka sebenar. Mereka tidak boleh bergantung
kepada orang lain semata-mata. Al-Imam berjaya menyampaikan mesej ini kepada
masyarakat Melayu.

13
RUJUKAN

Hamka. (1961). Pengaruh ‘Abduh di Indonesia. Djakarta: Tintamas.

Hamka. (1985). Islam dan Adat Minangkabau. Jakarta: Pustaka Panjimas.

Khoo Kay Kim dan Jazamuddin Baharuddin. 1980. Lembaran Akhbar Melayu. Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia.

Kushimoto, H. (2012). Islam and Modern School Education in Journal Pengasuh: Review of
the Kaum Muda-Kaum Tua Dichotomy. Studia Islamika, 19(2)

Pulungan, J. “Ide Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh Dan Rasyid Ridha Tentang
Negara Dan Pemerintahan Dalam Islam”. Tamaddun: Jurnal Kebudayaan dan Sastra
Islam, 13, no. 1 (1)

Roff, W.R. (1967). Sejarah surat-surat khabar Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rosdi, S. (2010). Sumbangan Cendekiawan Peranakan Arab Dalam Persuratan Melayu: 1900-
an Hingga 1960-an. biblioasia, 4

Ton, A. A. M. (2000). Politik al-Imam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

William, R. (1967). The origins of Malay Nationalis. Oxford: University Press.

14

Anda mungkin juga menyukai