Anda di halaman 1dari 28

HSM418 fokus ( by Hafiz, Anis)

1) Feudal punca kerajaan melayu huru-hara dan merosot, berpecah belah pd abad ke
19 – cheah boon kheng

Feudal adalah istilah yg dipinjam dari sej eropah. Digemari selepas revolusi perancis. Feudal
adalahsatu bentuk organisasi politik dan sosial yg di dlmnya terdpt kelas atau golongan
hulubalang yg mempunyai kedudukan tinggi dlm hierarki feudal itu ; pembahagian hak
secara kecil2an atas harta benda; satu skala hak individu ke atas tanah yg dipecahkan
mengikut taraf sosial dlm hubungan manusia yg saling bergantung; dan pengagihan kuasa
poltik anara pemegang jwtn dlm hierarki.

-satu lagi bermaksud : sistem hubungan bertimbal balas yg berdsrkan ketaatsetiaan antara dua
kumpulan manusia bebas (lord dan vassal)

-karya awal kata merujuk feudal kpd negeri melayu adalah Political and statistical account of
the british settlement in the straits of malacca oleh T.J. Newbold 1839 ( merujuk kes johor)

a) Cheah Boon Kheng dan Bloch menyenaraikan sifat feudal yg huruhara kerajaan melayu
antara nya : 1) pembesar lbh kuat drpd sultan, yg memperoleh kesetiaan dan ketaatan
golongan atasan ini dgn pemberian kwsn atau daerah (fier) kpd golongan tersebut. 2)
perebutan kuasa antara pembesar dgn raja utk kepentingan masing2 terutama daerah tertentu
yg kaya dgn bijih timah cth perak, selangor dan negeri sembilan. 3) kewujudan huru-hara krn
kelemahan kedudukan sultan yg tidak dpt mengawal gerak-geri pembesar daerah yg sling
bersaingan dgn berebut kuasa

-cth Melaka yg besar dan kuat runtuh 1511 diganti oleh kerajaan johor, tetapi proses
perpecahan trus berlaku. Pembesar di jajahan melaka telah membebaskan diri masing2 (siak,
jambi, patani, kelantan dan pahang)

-pandangan ini berkaitan dgn keadaan Ngah Ibrahim yg dilihat lbh kaya berbanding pembesar
lain dan sultan sendiri.

- McNair juga secara sepintas lalu menyentuh isu ‘perebutan takhta’ di Perak yang
melibatkan Raja Abdullah, Raja Yusuf, Raja Ismail dan Ngah Ibrahim. Dalam tulisannya itu,
McNair telah menggambarkan Raja Abdullah sebagai calon yang paling layak menduduki
takhta kesultanan Perak tetapi telah diketepikan secara tidak sah melalui komplot para
pembesar Melayu Perak yang diketuai oleh Ngah Ibrahim. Menurut McNair, Raja Ismail
sebenarnya diangkat sebagai Sultan secara tidak sah oleh para pembesar Melayu Perak. Ini
kerana Raja Ismail dikatakan bukan pewaris keturunan diraja Perak yang sebenar. Jelas
McNair, ‘…he (Raja Ismail) was not of the blood-royal and his only claim to the position was
that he had married into the royal family, and then placed in the ruling seat he was kept there
by intrigue…’.

-Pendek kata, McNair mengaitkan pertelingkahan dan perpecahan di Perak dengan isu
perebutan takhta antara Raja Abdullah dan Raja Ismail, yang didakwanya diangkat sebagai

1
Sultan oleh para pembesar di bawah komplot Ngah Ibrahim yang cuba mendapatkan takhta
tersebut buat dirinya sendiri.

- tulisan Swettenham ialah beliau turut menyentuh atau menjelaskan sebab-sebab kenapa
hubungan Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim yang telah menjadi begitu meruncing sejak dari
awal lagi iaitu sebelum tercetusnya masalah ‘perebutan takhta’ tahun 1870-an. Menurut
Swettenham, Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim merupakan adik-beradik angkat yang telah
bermasalah atau berkonflik sejak awal kerana sikap Raja Abdullah yang suka meminta wang
daripada Ngah Ibrahim semasa Sultan Jaafar (bapa Raja Abdullah yang mengambil Ngah
Ibrahim sebagai anak angkat) masih hidup dan tindakan terburu-buru Raja Abdullah yang
memajakkan pendapatan lombong di daerah Kerian (daerah yang berada di bawah kekuasaan
Ngah Ibrahim) kepada Edward Bacon tanpa kebenaran Ngah Ibrahim. Sikap Raja Abdullah
terhadap Ngah Ibrahim itu telah mewujudkan persengketaan peribadi antara mereka sejak
sekian lama sebelum timbulnya isu kekosongan takhta Perak lagi. Namun Swettenham tidak
pula menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu tersebut dan beliau tidak menganggapnya
sebagai satu sebab utama yang mendorong persengketaan politik di Perak pada tahun 1870-
an.

b) perebutan kuasa antara pembesar dgn raja utk kepentingan masing2 terutama daerah
tertentu yg kaya dgn bijih timah cth perak, selangor dan negeri sembilan

-misalnya di kedah, perebutan kuasa antara pembesar melayu ingin merebut daerah tertentu
yg akhirnya membawa kpd penaklukan siam.

- Selangor (Konflik Perang Saudara)

• Perang Klang yang berlaku semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad memberi peluang
kepada British mencampur tangan di Selangor.

• Daerah Klang yang kaya dengan bijih timah menjadi rebutan antara Raja Mahadi dan Raja
Abdullah.

• Pada mulanya daerah Klang berada di bawah kuasa Raja Sulaiman.

• Apabila Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang tidak diserahkan kepada Raja Mahadi, iaitu
putera Raja Sulaiman.

• Sebaliknya, daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah.

• Perang Saudara yang dikenali sebagai Perang Klang berlaku apabila Raja Mahadi
menyerang Raja Abdullah.

• Perang Saudara ini menjejaskan kegiatan perdagangan di Selangor.

• Sultan Abdul Samad telah melantik menantu baginda Tengku Kudin untuk mendamaikan
kedua-dua pihak.

• Tengku Kudin ialah putera diraja Kedah.

2
• Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar Selangor kerana beliau dianggap bukan anak
watan Selangor.

• British berpeluang campur tangan di Selangor apabila Tengku Kudin meminta bantuan
British untuk menamatkan perang saudara di Selangor.

• Tengku Kudin berjaya menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang dengan
bantuan British.

• British cuba mendesak Sultan Abdul Samad supaya menerima Residen British tetapi tidak
berjaya.

• Namun begitu, British terus menunggu peluang dan mencari alasan untuk menempatkan
residennya di Selangor.

• Dua peristiwa yang berlaku di perairan Selangor telah memberi peluang kepada British
untuk mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British.

1873 - kapal dagang British dirompak oleh lanun berdekatan Langat

1874- rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado diserang.

• Pada tahun 1874, Selangor terpaksa menerima J.G. Davidson sebagai Residen dan Frank
Swettenham sebagai Penolong Residen. Dengan itu, British mula berkuasa di Selangor

- Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

• British berpeluang mencampur tangan di Negeri Sembilan apabila pembesar tempatan di


Sungai Ujong, iaitu Dato' Kelana Syed Abdul Rahman meminta bantuan British untuk
mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan kuasa di daerah Sungai Ujong.

• Dato' Kelana Syed Abdul Rahman yang telah dilantik menjadi pemerintah di daerah Sungai
Ujong pada tahun 1872 telah dicabar oleh Dato' Bandar Kulop Tunggal.

• Perebutan kuasa antara mereka berlaku kerana masing-masing hendak menguasai pungutan
cukai terhadap pedagang yang menggunakan Sungai Linggi, iaitu sebatang sungai dalam
daerah Sungai Ujong.

• Sungai Linggi ialah jalan pengangkutan utama ke pelabuhan Melaka.

• Jadi pembesar yang menguasai Sungai Linggi akan memperoleh kekayaan.

• Dato' Kelana Syed Abdul Rahman telah bersetuju menerima perlindungan British pada
tahun 1874.

• Perjanjian Dato Kelana dengan British:

a. Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah di daerah Sungai Ujong oleh British.

3
b. British mempunyai kuasa penuh dalam hal pengutipan cukai di Sungai Linggi.

c. P. J. Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama di daerah Sungai Ujong.

• Dato' Bandar membantah pengutipan cukai di Sungai Linggi oleh British.

• Dato' Bandar telah ditewaskan oleh Dato' Kelana dengan bantuan tentera British.

• Dato' Bandar dibuang negeri ke Singapura.

• British meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan dengan melantik Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil di daerah Rembau, Jelebu dan Seri Menanti.

• Tugas Majistret dan Pemungut Hasil adalah untuk menguatkuasakan undang-undang British
dan memungut cukai.

c) kewujudan huru-hara krn kelemahan kedudukan sultan yg tidak dpt mengawal gerak-geri
pembesar daerah yg sling bersaingan dgn berebut kuasa

-rujuk semula kes perak dan selangor

-huru-hara di larut oleh kongsi gelap cina :

-huru-hara di klang :

Pandangan ini tidak benar kerana huru-hara kerajaan melayu disebabkan oleh campur tangan
British itu sendiri sperti yg diterangkan oleh Abdul rahman haji ismail dan azmi arifin

Malah pandangan cheah boon kheng lemah krn gagal mengambil faktor sebenar yg
mempengaruhi kejatuhan kerajaan2 melayu krn tidak melihat peranan yg dimainkan oleh
pihak luar

a) Campur tangan secara halus atas kepentingan ekonomi

-azmi arifin : dsr cmpur tgn british digerakkan kepentingan imprealisme dan keputusan
peribadi british yg sering berubah serta janji2 yg tidak boleh diharapkan oleh para pemerintah
melayu

-jika dilihat menjamin kepentingan british dan keuntungan, maka sesebuah kerajaan atau
pemerintah itu dinaikan, tetapi jika tidak, maka british akan jatuhkan dan ganti dgn lain. Yg
berlaku di perak 1870.

-dasar british semasa Gabenor Harry Ord di perak hnyalah secara campur tgn tidak langsung,
walau cenderung menngiktiraf Ngah ibrahim sebagai pemerintah sebnar di Larut.

4
-british juga pernah mengiktiraf Raja ismail sebagai sultan perak namun tarik balik selepas
Andrew Clarke ganti Harry Ord sebagai gabenor negeri2 selat

-dgn alasan konon bimbang cmpur tgn kuasa2 eropah yg lain di negeri2 melayu disbbkan
wujudnya pelanunan dan kekacauan maka satu arahan dikeluarkan oleh Setiausaha Tanah
Jajahan British iaitu Kimberley kpd Clarke 1873.

-turut mempunyai saham atau kepentingan tertentu dlm perniagaan syarikat Read

-kekcauan dicetuskan bg usaha utk menyediakan asas kpd pelaburan baharu para kapitalis
eropah-cina di negeri2 melayu

-telah wujud sejak Lewis dlm padi, namun meningkat semasa bijih timah yg memberi
keuntungan lumayan kpd para pemodal eropah-cina negeri2 selat. Namun kekangan2
dilakukan oleh pemerintahan melayu khusus pengenaan ckai tinggi

-malah berpengaruh di pjbt tanah jajahan dan di negeri2 selat dlm kegiatan kapitalis

-Read dan Tan Kim Cheng mengemukakan tuntutan raja abdullah kpd clarke yg sedang
mengintai peluang. Kongsi gelap tak mau pemerintah melayu dan nak campur tgn penuh
british supaya residen jadi org tgh di larut

-tuntutan raja abdullah dgn suatu kepastian bhw sedia memenuhi segala permintaan british
khusus perlantikan residen. Akhir clarke setuju dan memenuhi kehendak golongan pedagang
singapura dgn perjanjian pangkor.

b) dakyah british terhdp sultan dan pemimpin melayu

-abdul rahman haji ismail : rakyat melayu dijadikan sebagai pengguna barangan british dan
pengawal kepentingan brtish. Dididik supaya patuh kpd raja2 dan tunduk kpd kehendak2
british.

-rakyat Melayu disogok-asuhkan dgn nilai2 impian golongan istana “pantang Melayu
menderhaka kpd raja”

-raja2 melayu diheboh2kan sebagai zalim dan suka bercakaran. Dgn ini british memperoleh
alasan kuat utk hadir di TM sebagai penasihat raja2 dan perlindung rakyat jelata drpd “raja
Melayu yg zalim”

c) peranan tangan ghaib british di tanah melayu –Azmi arifin

-peranan tgn2 ghaib disebalik tabir sej perak amat penting namun jarang diketghkan. Peranan
penting dan besar namun disembunyikan

-tgn2 ghaib dimaksudkan adalah para kapitalis eropah dan cina serta pemimpin kongsi gelap
cina yg tinggal di negeri2 selat

cth kes perak


5
- Umumnya diketahui bahawa pergaduhan kongsi gelap Cina dan perebutan takhta antara
Raja Abdullah dan Raja Ismail adalah faktor penyebab campur tangan tersebut

- pendorongnya yang utama adalah peranan para saudagar NNS dalam memanipulasi kedua-
dua ketidakstabilan yang wujud di Perak

- W.H. Read dan Tan Kim Cheng merupakan dua orang saudagar yang bertindak aktif dalam
mendorong penglibatan secara langsung oleh British di Perak dan negeri lain

- Perang Larut yang tercetus antara pelombong Cina puak Ghee Hin dan Hai San telah
berlanjutan sejak 1861 sehingga 1873.Huru-hara ini amat membimbangkan golongan
saudagar NNS yang mempunyai kepentingan pelaburan di Perak terutama dalam
perlombongan.Hal ini demikian kerana huru-hara ini bukan sahaja membahayakan
perdagangan dan pelaburan modal, malah juga merencatkan peluang ekonomi masa hadapan.
Untuk mempercepat campur tangan British di Perak, terdapat kapitalis Eropah-Cina yang
memberikan galakan agar Perang Larut menjadi tidak terkawal dengan membawa masuk
banyak imigran Cina dan senjata bertopengkan “kewarganegaraan British” untuk bergaduh di
Larut.
-
Kesannya, keadaan yang semakin serius menyebabkan sebanyak 248 orang saudagar Cina
NNS menghantar petisyen untuk meminta British supaya bercampur tangan bagi menangani
keadaan tersebut.Petisyen ini telah memberikan impak kerana Setiausaha Tanah Jajahan
British, Lord Kimberley telah mengeluarkan satu arahan kepada Andrew Clarke yang
memintanya menilai keadaan semasa dan merancang untuk mengembalikan keamanan di
negeri tersebut. Arahan Lord Kimberley ini telah menunjukkan betapa berpengaruhnya
saudagar-saudagar NNS sehingga dapat mengubah dasar British.

Di samping itu, Raja Abdullah yang tidak ditabalkan sebagai Sultan Perak pula
meminta bantuan daripada Tan Kim Cheng, saudagar NNS yang merupakan rakan kongsi
W.H. Read untuk mendapatkan takhta Perak setelah baginda gagal memperoleh perhatian
daripada pegawai British. Tindakan Raja Abdullah ini boleh dianggap sebagai pendahuluan
kepada termeterainya Perjanjian Pangkor.Tan meminta bantuan daripada rakan kongsinya
yang berpengaruh dalam Pejabat Tanah Jajahan British dan di NNS seperti Read dan Thomas
Scott. Dijanjikan satu konsesi bertempoh 10 tahun di Larut, Tan dan Read mula berkomplot
untuk menabalkan Raja Abdullah sebagai sultan. Oleh itu, satu perjumpaan telah diaturkan
oleh Read setelah ketibaan Andrew Clarke. Hasil daripada perjumpaan ini, Clarke
menyimpulkan bahawa campur tangan British merupakan satu-satunya solusi bagi kesemua
kemelut ini. Pada masa yang sama, Raja Abdullah, yang masih ingin ditabalkan menjadi
sultan telah mengikut nasihat Tan dan Read dengan menghantar surat kepada Clarke untuk
menyatakan persetujuan untuk menerima seorang Residen di Perak dan sebagai pertukaran
menuntut untuk ditabal sebagai sultan. Kesan daripada tawaran Raja Abdullah, maka
termeterailah Perjanjian Pangkor yang menandakan campur tangan British secara langsung di
Tanah Melayu.

Di sini, kita dapat melihat bahawa saudagar dan pemodal NNS telah terlibat secara
mendalam dalam hal ehwal politik di Tanah Melayu. Mereka telah memanipulasikan keadaan

6
di Perak bagi mendesak British untuk campur tangan di Perak dengan tujuan melindungi
pelaburan mereka dan juga membuka ruang untuk eksploitasi ekonomi pada masa akan
datang. Tindakan kerajaan Britain yang hanya bersetuju untuk campur tangan apabila
golongan saudagar dan pemodal terlibat pula menunjukkan bahawa faktor ekonomi
merupakan faktor utama perluasan kuasa British ke Tanah Melayu.

Kes di selangor

- Konflik di Selangor menjadi serius apabila Raja Mahadi mempertikaikan hak mengutip
cukai yang diberikan kepada sindiket Read dan Tan di Klang. Kesannya, Sultan Abdul
Samad meminta menantunya, Tengku Kudin untuk mengatasi pertikaian ini yang akhirnya
membawa kepada tercetusnya Perang Klang.Seperti mana-mana pertikaian dalam kalangan
pemerintah, kedua-dua belah tersebut telah berusaha mencari sekutu masing-masing untuk
menyokong mereka. Kewujudan puak-puak Cina yang berlawan telah memungkinkan usaha
ini.Misalnya, puak Fui Chew menyokong Tengku Kudin manakala puak Kah Yeng Chew
menyokong Raja Mahadi.

Mulai tahun 1871, usaha mencari sekutu ini telah dilanjutkan dan melibatkan
pengaruh dari NNS. Contohnya, Tengku Kudin telah mendapatkan pinjaman kewangan
daripada beberapa orang saudagar dari Singapura.Antara pemiutang Tengku Kudin yang
terkenal adalah sindiket Read-Tan dan juga J.G. Davidson.Pertikaian dalaman Klang ini telah
melibatkan kepentingan ekonomi dan politik di NNS. Melalui perhubungan peribadinya di
Singapura, Tengku Kudin dapat meyakinkan pihak berkuasa NNS bahawa pemerintahannya
di Klang akan menggalakkan perdagangan yang aman. Kesannya, dengan bantuan British,
Tengku Kudin berjaya mengukuhkan penguasaannya di Klang dan Sungai Selangor.

Sebagai balasan bagi bantuan kewangan yang diberikan, Tengku Kudin telah
memberikan satu konsesi lombong bijih timah kepada kumpulan kapitalis NNS ini pada Mac
1873. Oleh itu, peguam Davidson di London telah menulis surat kepada Lord Kimberly pada
25 Jun 1873 untuk bertanya sama ada kerajaan Britain sudi meluaskan perlindungan mereka
ke Selangor. Hal ini merupakan langkah jaminan bagi bakal pelabur Selangor Tin Company.
Namun, permintaan ini ditolak serta-merta.Oleh itu, syarikat tersebut telah mengubah strategi
dengan meminta bantuan abang ipar W.H. Read iaitu Seymour Clarke.S. Clarke telah
mengutus surat kepada Pejabat Tanah Jajahan British. Dalam surat tersebut, S. Clarke
menyatakan kebarangkalian negeri-negeri Melayu meminta perlindungan daripada kuasa
Barat lain seperti Jerman jika British menolak permintaan mereka. Surat ini dikatakan telah
mendorong Lord Kimberley mengambil keputusan untuk campur tangan di negeri-negeri
Melayu.

Sehingga akhir tahun 1873, didapati surat-menyurat antara S. Clarke dan Pejabat
Tanah Jajahan adalah sepenuhnya berkaitan dengan konsesi lombong bijih timah di Selangor.
Hal ini jelas menonjolkan faktor ekonomi sebagai faktor utama perluasan kuasa
British.Secara keseluruhan, Perang Klang telah memberikan ruang untuk golongan saudagar
NNS melibatkan diri dalam urusan politik di Selangor.Perlu diingat juga daerah Klang
mempunyai hasil bijih timah yang lumayan dan penting kepada golongan saudagar.Maka,

7
atas “skilful pressure” yang diberikan oleh para saudagar, Lord Kimberley akhirnya bersetuju
untuk campur tangan.

2) faktor2 mempengaruhi sifat dan corak perkembangan nasionalisme melayu sebelum


perang dunia kedua

Jawapan cadangan: (anis ppip)

Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu telah ada sejak campur tangan British
pada tahun 1874. Dengan adanya semangat nasionalisme, maka penguasaan penjajahan ke
atas negeri-negeri Melayu tidak berlaku secara aman damai tetapi sebaliknya ditentang oleh
masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang tanah air seperti
Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat
Salleh, dan lain-lain lagi mencerminkan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di
negara ini. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang membangkit semangat nasionalisme dalam
kalangan orang Melayu. Faktor-faktor ini dapat dilihat melalui faktor dalaman dan faktor
luaran.

Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di Tanah Melayu


dan memberi pengaruh yang sangat besar dalam membangkitkan dan menyemarakkan
semangat nsionalisme orang Melayu. Antara faktor dalaman ialah agama. Pada penghujung
abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-
bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka
mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari
luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar
bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas
masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah
melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk
memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial.

Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan


kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga golongan ini,
golongan yang berpendidikan Arab memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan
Islam di kalangan masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan
pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini
yang mula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan ekonomi
dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini hampir keseluruhannya
memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang
berlaku di sana. Golongan ini menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam
moden dan gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal
abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di
antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh

8
Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad
Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali.

Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada awal abad ke-
20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab
fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islam baru dan agak berlainan dengan fahaman
seperti kepercayaan bidaah dan khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu,
mereka mendapat tentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks.
Golongan ortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga
memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang oleh revolusioner
ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai
untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.

Faktor kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka juga turut menjadi punca
dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orang melayu menjadi penduduk
pribumi tetapi masih tertinggal jauh dalam bidang ekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi
Tanah Melayu yang berasaskan getah dan bijih timah berkembang pesat, tetapi orang mealyu
tersisih daripada kegiatan ekonomi komersial tersebut. Kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai
oleh orang Cina dan pedagang-pedagang Eropah. Banyak ladang getah dan lombong bjih
timah dimiliki dan diusahakan oleh orang Eropah. Manakala orang cina pula menguasai
sektor ekonomi di kawasan Bandar seperti menjadi peniaga.

Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan arab yang tinggal di Negeri-
Negeri Selat terutamanya Singapura. Dalam bidang pendidikan pula, orang Melayu tertinggal
jauh kerana system pendidikan melayu tidak mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan
kedudukan orang melayu dalam bidang ekonomi. Orang melayu mula sedar bahawa mereka
perlu mempertahankan hak mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cina Peranakan di
Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendesak supaya diberi hak yang
sama dengan Melayu daripada kerajaan British. Orang Melayu sedar permintaan orang Cina
tersebut akan menggugat kedudukan mereka sebagai penduduk pribumi. Situasi ini telah
menyemarakkan semangat nasionalisme orang melayu untuk mempertahankan kedudukan
mereka di Tanah Melayu.

Institusi melayu tradisional dan elit melayu tradisional mendapati diri mereka terpaksa
mengambil peranan yang semakin kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan
pula, pihak British telah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran
untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh masyarakat
melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk menjelang tahun 1921, dimana
daripada jumlah 1320000 orang penduduk negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah
orang melayu, 495000 orang cina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum
pendatang mula menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu mulai sedar yang
mereka telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan sosial di mana orang bukan
melayu menjadi peserta yang kuat. Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak british ini
telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang melayu, kerana mereka sedar hak

9
mereka sebagai rakyat pribumi sedikit demi sedikit diambil alih oleh pihak pendatang dan
kaum penjajah.

Tambahan lagi, faktor lain ialah sistem pendidikan. Terdapat sekolah-sekolah pondok,
madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang disediakan bagi orang melayu.
Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan barat dan selatan tanah
melayu sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan
golongan cerdik pandai dikalangan orang melayu. Mereka hanya ingin melihat anak-anak
orang melayu menjadi lebih pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah
Inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang British
sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja. Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah
melayu oleh orang inggeris ini bukan satu yang ikhlas, maka tidak terdapat buku-buku teks
dan kurikulum yang sesuai. Maka surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan
pengajaran, umpamanya 'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J.
Wilkonson selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat khabar
melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap kemajuan intelek
dan material orang melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat khabar, telah
membuka mata orang melayu, terutamanya generesai muda terhadap isu-isu yang
mempengaruhi orang melayu.

Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok dan


madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan. Melalui sistem pendidikan ini,
mereka dapat mempertahankan nilai-nilai keislaman semasa kemasukan kuasa british dan
kemasukan kaum imigran. Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang
memainkan peranan untuk menanan semangat kebangsaan pada tahap-tahap awal. Walau
bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi, maka barulah
sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda kaum melayu terhadap
masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di tanah melayu. Sukatan dan dasar yang
tidak selaras membangkitkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.
Dapat disimpulkan, perkembangan pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah
memainkan peranan penting dalam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.

Selain itu, kemunculan golongan intelektual juga antara faktor dalaman kebangkitan
semangat nasionalisme. Mereka terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah politik
demokrasi, liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan dan nasionalisme. Sistem pendidikan
yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerima
semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan
peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam
bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-
bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan
orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk
menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan
intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran
nasionalisme .

10
Antara golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan Dato’ Onn Jaafar.
Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO
bagi menentang Malayan Union. Beliau berjuang melalui akhbar Warta Malaya dan
Lembaga Melayu dengan membuat bidasan dan kritikan serta mengadakan rapat umum.
Ibrahim Yaakub pula adalah pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda
Semenanjung bagi mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi
orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan. Ahmad Boestaman adalah pejuang KMM
yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Beliau
memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.

Selain itu Dr. Buhanudin Al-Helmi juga antara golongan intelektual dan merupakan
pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi
Tanah Melayu. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau
Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu
(Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah
al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-
Mashor. Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di
Barat. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan kelemahan mereka dalam
agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi supaya tidak
keluar dari ajaran Islam yang sebenar.

Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat dan beliau perjuangkan hak
dan keistimewaan orang Melayu. Beliau juga mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa
Melayu. Di samping itu, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI) juga bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan
penduduk. Guru-guru dari MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu.
Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru orang
Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka. Graduan MPSI menubuhkan
Persatuan Sastera Melayu pada tahun 1923 bagi menggalakkan pertumbuhan sastera dan
membangkitkan semangat nasionalisme .

Seterusnya, perkembangan media massa turut memainkan peranan yang penting dalam
gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Idea nasionalisme lahir melalui surat khabar, majalah,
novel dan rencana. Surat khabar digunakan sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat
melayu terhadap keadaan mereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada bahan bacaan
terawal ialah 'pengetahuan bahasa', hasil karya raja Ali Haji yang disusun pada tahun 1858.
Karya ini membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat pengaruh british dan
imigran cina, disamping itu karya ini juga memperihatkan peri pentingnya bahasa melayu
dalam budaya masyarakat melayu seagai alat menyatukan kaum melayu melalui satu identiti
bahasa.Sebagai contoh, pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura.
Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi,
Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad
Taha. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-
Ikhwan dan Pengasoh.

11
Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan. Pengarang yang
pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau
dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang
Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan
Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas,
terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak dan sebagainya.
Selain itu, kemunculan alat pencetak telah mencetuskan kesedaran kebangsaan melalui
penertbitan akbar, majalah & novel. Dalam masa yang sama, muncul golongan wartawan
yang komited dan sedar akan nasib bangsanya. Golongan wartawan telah membangkitkan
isu-isu kemunduran masyarakat Melayu dalam semua aspek seperti sosial, pendidikan,
ekonomi dan politik.

Bagi faktor luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di luar Tanah Melayu
tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada perkembangan semangat nasionalisme orang
Melayu di Tanah Melayu. Faktor-faktor luaran menjadi pemangkin untuk mempercepat
kebangkitan semangat nasionalisme orang Melayu.

Antara faktor luaran ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir. Gerakan Pemulihan
Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep pan-islamisme telah mula diutarakan oleh
Syed Jamaluddin al-Afghani, seorang pemuda reformis islam timur tengah yang radikal dan
revolusioner pada akhir abad ke 19. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani
sendiri dan Syeikh Muhammad Abduh.

Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkan konsep Pan-


Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Selain itu, gerakan ini turut
bermatlamat untuk membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks
yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar.Antara lain ialah memulihkan agama
Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat
untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith
dan yang terakhir ialah membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat. Pada
masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke luar negeri, terutamanya ke timur
tengah untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga yang pergi menunaikan fardhu
haji. Perkembangan reformisme di timur tengah itu telah mempengaruhi kedua-dua kumpulan
tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu berlandaskan
agama islam.

Faktor luaran lain ialah pengaruh dari Jepun.Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai
negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah
memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun
berjaya meniru teknologi Barat, sekaligus membuktikan rakyat Asia bijak. Perkara ini telah
mewujudkan Ilham dan keazaman dalam jiwa rakyat Asia. Antara kemenangan Jepun
terbesar ialah apabila dapat mengalahkan Eropah. Kesan daripada kemenangan ini, orang

12
Asia dan Melayu mulai sedar akan kepentingan pelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-
faktor inilah yang menjadikan rakyat kuat menentang penjajah. Dalam masa yang sama,
ianya juga memberi kesan kepada pemikiran tokoh-tokoh awal Tanah Melayu.Dalam
peperangan yang berlaku di antara Rusia dengan Jepun (1904-1905) menyaksikan Jepun telah
memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan kesedaran kepada orang
Asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah sekuat seperti yang digeruni oleh mereka.
Perang tersebut telah membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh
menjadi kuat seperti Jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.

Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telah menghasilkan
karya berjudul 'Mataharai Memancar' (The Rising Sun) yang menceritakan sejarah Jepun.
Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliau daripada karya Mustafa Kamal dari Turki yang
asalnya daripada bahasa arab. Menurut Za'ba, karya ini telah berjaya merangsang pembaca
serta menimbulkan perasaan bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan
ini termasuklah kepada pembaca melayu. Masyarakat melayu mula percaya bahawa dengan
adanya teknologi dan pendidikan, mereka juga boleh menghalau keluar orang British dari
Tanah Melayu. Hakikat ini telah disedari oleh golongan terpelajar di Tanah Melayu. Di
antara mereka ialah Syed Sheikh al-Hadi yang mula menggalakkan orang melayu memajukan
diri mereka dalam aspek ekonomi dan sosial, melalui ajaran Islam. Perkembangan di Jepun
mengalahkan kuasa Rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa orang melayu
juga boleh mempertahankan kepentingan mereka daripada terus di tindas oleh pihak British.
Selain itu, turut timbulnya Gerakan Kesedaran Kebangsaan China. Pada tahun 1911
berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau telah berjaya
menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China. Keadaan
ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British.

Faktor luaran yang keempat pula merupakan pengaruh dari Indonesia. Gerakan
kemerdekaan rakyat Indonesia menentang pemerintahan Belanda telah memberi semangat
kepada golongan melayu yang inginkan pembebasan daripada penjajahan British. Beberapa
parti politik telah ditubuhkan ditubuhkan di Indonesia. Antaranya ialah Sarekat Islam.
Sarekat Dagang Islam diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama
Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam ialah
parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar
Said Tjokroaminoto dan Agus Salim.

Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia supaya
menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim
bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang
memuaskan. Penentangan terhadap British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul
Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat
di Beserah hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan
Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-
an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera.

13
Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi
menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi mengambil Mohammad Yunus
bin Abdul Hamid menjadi pengarang di akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat
Islam dan penerbit akhbar Sinaran Zaman di Sumatera. Parti politik yang kedua pula ialah
Parti Komunis Indonesia (PKI). PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada
tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran komunis yang
bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan Malaka cuba menyebarkan
fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang
Melayu sukar dipengaruhi kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera
dapat mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Yang
terakhir sekali ialah Parti Nasional Indonesia (PNI). PNI diasaskan oleh Sukarno dan
Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka
melalui tulisan, pergerakan sosial dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh
perjuangan PNI yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak
bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma
Gandhi. PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan
kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar dapat
membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka berjuang untuk
memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu. Penduduk Tanah Melayu
menguatkan semangat dan bersatu padu untuk melepaskan diri daripada kuasa penjajah.

Kesimpulannya, faktor-faktor dalaman mempunyai peranan yang tersendiri dalam


membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu. Contohnya ialah agama,
system pendidikan, kesedaran tentang kemunduran orang melayu selain melalui peranan
pengaruh luarmembantu kearah proses kemerdekaan rakyat dan nasionalisme Melayu.
Akibatnya, timbul persatuan Melayu pada tahap-tahap berlainan. Kemudiannya, Kongres
Melayu Se Malaya diadakan pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di kalangan
orang Melayu. Antara lain ialah usaha persatuan-persatuan Melayu merintis jalan penubuhan
UMNO pada tahun 1946.

3) darurat 1948 semata2 utk pkm

Darurat 1948 sering dilihat adalah utk pkm oleh krn peristiwa pembunuhan majikan di sungai
siput

Pandangan sebelum yg kata krn pkm

a) sejarah rasmi dan andaya

-pembunuhan di sungai siput pengurus estate dibunuh oleh 3 org cina

-darurat diisytiharkan pd 18 jun 1948 krn keganasan pkm

- Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai


Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di

14
seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan. Yang paling teruknya, boleh
dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti
politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh
kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam
penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada
bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama
dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth
League). Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh
British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk
mendapatkan apa yang mereka dirasa patut. Hubungan PKM dan British yang semakin teruk
dan setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan
pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang
berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri
diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

- Kerajaan British menganggap PKM sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini
telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka
telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada
bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama
dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth
League).

Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk
melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan
apa yang mereka rasai patut.

Pandangan Azmi Arifin

a) darurat krn nasionalisme melayu khusus PKMM

-british menimbulkan isu pemberontakan bersenjata pkm sebagai alasan utk menangkap dan
memenjara pemimpin politik gerakan kiri serta mengharamkan gerakan2 nasionalis yg
mengugat keamana british

-disokongan oleh furedi, yg melihat konspirasi komunis sebagai jln terakhir yg digunakan
oleh british memandangkan usaha2 lain gagal utk menghapuskan sepenuhnya ancaman
gerakan nasionalisme

15
-darurat ini sama dgn tujuan yg dibuat ditempat lain seperti kenya pd 1952 dan Guiana pd
1953 bg menghadapai kebangkitan menuntut kemerdekaan negera2 tersebut

-bg Furedi, tindakan british istihar darurat adalah satu tindakan pre-emptive, iaitu satu
tindakan yg sudah lama dirancang oleh british bg menghadapi ancaman gerakan nasionalisme
yg semakin kuat dan mula mendpt simpati golongan rakyat.

-malah darurat krn wujud apa yg dipanggil ‘penradikalan’ gerakan nasionalisme yg timbul
akibat tekanan bertubi2 pihak british dan desakan yg semakin kuat oleh golongan kiri melayu
yg menuntut kemerdekaan. Dlm konteks ini, peningkatan aktiviti antikolonial oleh PKMM
dan organisasi2 dibwhnya dibimbangi telah mendorong org melayu menyokong perjuangan
komunis seperti melalui laporan perisikan british.

-antara tindakan british ialah menangkap secara beramai2 pemimpin golongan kiri-agama
melayu dan mengharamkan organisasi2 yg dianggap radikal dan anti-british. Cth API,
Ahmad Boestamam ditangkap dan API diharamkan pd 1947.

-Tim Harper menegaskan bhw tindakan ini sebenarnya mengambarkan ketakutan british
terhdp ancaman gerakan politik melayu berbanding gerakan politik bkn melayu

-malah ditangkap Dr. Burhanuddin, ustaz abu bakar al-baqir

b) bg melindungi UMNO

-salah satu pendorong kpd darurat bg mengatasi nasionalis kiri melayu adalah secara tidak
langsung krn pihak british mendpti sejak pengenalan rancangan Malayan Union 1946 dibuat,
mereka mula beransur2 kehilangan pengaruh terhdp kepimpinan elit dlm masyarkat melayu.

-sokongan org melayu terhdp gerakan kiri yg semakin meningkat dibimbangi oleh pihak
british akan menjejaskan kedudukan umno. Kebimbangan jelas melalui laporan perisikan
british pd 1948.

- oleh itu, darurat dilihat sebagai satu langkah yg penting “to sort out trouble makers and
regain the confidence of malay elites – furedi

-azmi arifin : secara menyeluruh usaha-usaha yang dilakukan oleh British dan UMNO
untuk mengalih sokongan orang Melayu terhadap gerakan kiri tidak mencapai kejayaan yang
diharapkan. UMNO tidaklah seaktif gerakan kiri dalam menganjurkan kegiatan-kegiatan
yang dapat menarik simpati orang Melayu, khususnya yang tinggal di luar bandar. Lagipun
terdapat hubungan yang amat rapat antara rakyat bawahan Melayu dengan golongan arus
bawah dan tokoh-tokoh agama serta semangat yang terlalu kuat dalam kalangan pemuda-
pemudi Melayu, cerdik pandai dan golongan pertengahan yang menguatkan sokongan
terhadap perjuangan gerakan kiri. Ini ditambah lagi dengan sokongan yang berjaya diraih
oleh gerakan kiri Melayu daripada kelompok bukan Melayu melalui kerjasama yang dibuat
antara PUTERA-AMCJA. Sebenarnya kempen tindakbalas UMNO tidak dapat mengekang

16
sokongan orang Melayu terhadap kiri kerana orang Melayu umumnya lebih tertarik dengan
seruan merdeka yang dilaungkan gerakan kiri. Seruan dan tuntutan merdeka bahkan terus
menjadi api yang terus membakar dan memecahbelahkan perpaduan Melayu dalam UMNO.
Oleh itu, British terpaksa mengambil jalan yang singkat dengan menggunakan
kekerasan bagi menghapuskan semua sekali gerakan anti-kolonial. Tindakan kekerasan
secara yang terbuka telah diambil misalnya dengan penangkapan tokoh-tokoh gerakan kiri
seperti Ahmad Boestamam dan pengharaman API pada 1947, serta penahanan pemimpin-
pemimpin Melayu kiri lain yang terlibat dalam hartal yang dianjurkan oleh PUTERA–
AMCJA. Kemuncak kekerasan British adalah dengan pengisytiharan Darurat pada jun 1948.
Berdasarkan sumber-sumber rasmi pihak kolonial, jelaslah British pada ketika itu telah
menggunakan alasan pemberontakan dan keganasan oleh PKM untuk mengisytiharkan
Darurat mesipun tidak ada bukti yang jelas diperolehi tentang keganasan yang dicetuskan
oleh PKM itu.
Walaupun Darurat 1948 kononnya diisytiharkan sebagai usaha kerajaan menangani
keganasan PKM, namun pada hakikatnya pihak yang sebenarnya menjadi musuh dan mangsa
akta Darurat British ialah gerakan kiri dan agama Melayu. Namun hal ini sering
‘disembunyikan’ dalam catatan sejarah. Pemimpin-pemimpin gerakan kiri dan agama dari
kalangan orang Melayulah yang mula-mula ditangkap dan dikenakan hukuman, sedangkan
PKM telah dibiarkan hidup beberapa lama sebelum ia diharamkan pada 1948. Melalui
Darurat 1948, hampir 34,000 rakyat Tanah Melayu telah dipenjarakan tanpa bicara antara
1948-57, dan ramai lagi ditahan secara tidak sah tanpa bukti-bukti yang mencukupi.i
Kebanyakan dari mereka adalah terdiri daripada golongan yang simpati dengan gerakan anti-
kolonial dan hanya sebahagian kecil daripadanya adalah penyokong komunis. Dengan
pengenalan Darurat 1948, penggiat dan pengikut gerakan kiri serta mereka yang bersimpati
dengan perjuangannnya telah dipaksa untuk memilih sama ada menyertai PKM, lari ke
Indonesia atau memasuki UMNO. Sebahagian pengikut gerakan kiri yang memasuki UMNO
telah memperjuangkan hasrat kemerdekaan dalam UMNO hingga mendorong pemimpin
UMNO menukar slogannya dari ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’.
Apapun cara British melaksanakan tindakan keras dan secara kolektif terhadap orang Melayu
dan kampung-kampung Melayu semasa Darurat 1948, sama ada yang bersimpati atau tidak
dengan perjuangan kiri, menjadi bukti yang jelas bahawa mereka mahu menyekat sepenuhnya
simpati orang Melayu terhadap perjuangan anti-kolonial. Tanpa wujudnya saingan daripada
gerakan kiri, maka hanya tinggal UMNO sahajalah yang mampu menjadi satu-satunya parti
politik Melayu yang masih bernyawa dan terlibat dalam usaha-usaha politik. Tanah Melayu
akhirnya diberikan kemerdekaan setelah British dapat memastikan segala rancangannya yang

17
diatur melalui MU dapat dicapai dan dipenuhi melalui kerjasama yang dibuat antara UMNO-
bukan Melayu dalam Perikatan.

c) kritikan mengapa bkn krn pkm

-bg Furedi, sestgh pegawai british di pjbt kolonial masih lagi percaya bhw pengaruh komnis
tidaklah sebegitu kuat hingga mampu memberi ancaman kpd kerajaan british.

-menurut J.B. Williams, kekacauan kecil hanya oleh bandit

-oleh itu bg furedi, istihar darurat di TM tidak sesuai dgn tujuan utama kononnya menghadapi
pemberontakan pkm.

4) penentangan UMNO terhdp malayan union punca british membubarkan rancangan


itu?

Malayan Union dikatakan terbubar disbbkan penentangan umno adalah kurg tepat. Ini kerana
orang melayu lah melalui Umno telah memaksa british berunding.

-terdpt juga pandangan bhw wujud parti lain yg menentang malayan union seperti pkmm

a) PKMM dan malayan Union

- pkmm ditubuhan pada 1945 seleas dua bulan jepun menyerahkalah, bg memperjuangkan
kemerdekaan tanah melayu.

- Abdul Rahman Haji Ismail : Sebagai sebuah pertubuhan politik yang bersikap terbuka dan
berpandangan jauh, sama seperti akhbar Utusan Melayu PKMM juga pada dasarnya
menerima dan mengalu-alukan konsep Kesatuan Malaya atau Malayan Union kerana ia
selaras dengan matlamat perjuangnnya sendiri yang ingin mewujudkan sebuah bangsa dan
negara Melayu yang berdaulat dan merdeka. Setelah Kertas Putih Malayan Union
diisytiharkan pada bulan Januari 1946 pun PKMM masih menaruh harapan agar usaha
menyatukan Tanah Melayu diteruskan sebagai langkah permulaan ke arah kemerdekaan.
Perkara ini dijelaskan oleh PKMM dalam Manifesto yang dikeluarkannya pada 3 Februari.
Mukadimah Manifesto itu berbunyi:

Keputusan Kongres pertama Parti Kebangsaan Melayu Malaya [pada 30 November 1945]
menyokong PENUBUHAN KESATUAN MALAYA adalah dirangsang oleh idea bahawa
dengan penubuhan sebuah KESATUAN MALAYA, Tanah Melayu akan mempunyai suatu
sistem perlembagaan yang seragam bagi seluruh pentadbiran negeri. Kesatuan Malaya akan
menjadi langkah pertama ke arah pemerintahan sendiri bagi Tanah Melayu.1

1
The Manifesto of The Malay Nationalist Party Malaya with Regard to the British “White Paper
on Malayan Union”, dlm. Utusan Melayu, 12 Februari 1946. Versi dalam bahasa Inggeris
berbunyi:
“The decision of the first Congress of the Malay Nationalist Party, Malaya to hail the
FORMATION OF A MALAYAN UNION was inspired by the idea that with the establishment of a
MALAYAN UNION, Malaya would have a uniform constitutional system for all the State

18
PKMM yang tegas dengan pendiriannya untuk menyatukan Tanah Melayu termasuk
Singapura, terus berhujah bahawa amatlah tidak sesuai bagi wilayah yang kecil seperti Tanah
Melayu untuk terus wujud sebagai beberapa entiti politik dan pentadbiran yang berbeza-beza,
misalnya antara negeri dengan negeri. Walaupun berulangkali menyatakan persetujuannya
terhadap usaha menyatukan Tanah Melayu itu, PKMM juga mengulangi penegasan bahawa
matlamat asas perjuangannya ialah ke arah kemerdekaan bagi Tanah Melayu, pengembalian
hak politik dan sosial bagi orang Melayu dan jaminan keselamatan dan keadilan bagi semua
penduduk Tanah Melayu. Maka atas dasar inilah dalam Manifesto itu PKMM secara tegas
membantah dan menolak “Kertas Putih tentang Malayan Union” British itu. Alasan
penolakannya ialah:

i) Cara MacMicheal yang tidak demokratik mendapatkan persetujuan raja-raja


Melayu, dengan mengabaikan pandangan dan kehendak orang Melayu;

ii) Keputusan dibuat sendiri oleh kerajaan British tanpa terlebih dahulu
berbincang dan mendapatkan pandangan penduduk Tanah Melayu;

iii) Penyisihan Singapura daripada Malayan Union dibuat British sendiri tanpa
berunding dan bercanggah dengan pendapat penduduk Tanah Melayu;

iv) Hak-hak kewarganegaraan seperti yang terdapat dalam Kertas Putih Malayan
Union tidak ditakrif dengan jelas dan tidak memuaskan. 2

Maka dengan mengambil kira perkara ini, “PKMM tidak dapat menerima ketetapan-
ketetapan dalam Kertas Putih Malayan Union kerana ketetapan-ketetapan itu gagal berlaku
adil kepada hak-hak rakyat yang berkenaan.” PKMM lalu mambuat keputusan:

i) Secara keseluruhannya kandungan Kertas Putih itu hendaklah dipinda, tertakluk

kepada penerimaan oleh orang Melayu;

ii) Singapura hendaklah dimasukkan dalam Malayan Union;

iii) Status kewarganegaraan yang telah digariskan oleh Kerajaan British hendaklah

diperincikan dengan jelas dengan syarat-syarat khas yang tertentu.

Manifesto itu diakhiri dengan penegasan tentang gagasan Hak Kewarganegaraan (Citizenship
Rights) dan Hak Warisan Peribumi (National Birthrights) yang perlu dijadikan asas bagi hak
kenegaraan dan kebangsaan Tanah Melayu. Menurut Manifesto itu, selain daripada syarat
bermastautin secara berterusan sekurang-kurangnya selama 10 tahun dalam 15 tahun terakhir
tidak termasuk zaman pendudukan Jepun, Hak Kewarganegaraan hanya layak bagi orang

administration. This Malayan Union would be the first step tewards self-government for
Malaya.”
2
Utusan Melayu, 12 Februari 1946

19
yang lahir di Tanah Melayu dan akan bermastautin di Tanah Melayu sepanjang hayat, serta
bekerja, melakukan apa sahaja dan berkorban sepenuhnya untuk Malayan Union.

Hak Warisan Peribumi pula adalah khas hanya bagi masyarakat peribumi Melayu,
yang ada pertalian darah dengan mereka yang tinggal di bahagian-bahagian lain Kepulauan
Melayu. Selain itu Tanah Melayu (Malaya) hendaklah ditegaskan sebagai “Negara Melayu”
dan Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa rasmi bagi Perlembagaan Malayan Union.3

Sikap PKMM ini ditampilkan lagi oleh pertubuhan itu di dalam suratnya kepada
Gabenor Malayan Union pada 16 April 1946. Berpegang kepada pendiriannya yang
berpandukan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di San Francisco yang memberi
jaminan hak asasi dan hak berpemerintahan sendiri kepada anak negeri di tanah-tanah
jajahan, PKMM mengulangi penyataannya menolak Kertas Putih Malayan Union seperti
yang dikeluarkan pihak British pada bulan Januari 1946. Tanpa berselidung pertubuhan itu
mengulangi penegasan bahawa:

Parti Kebangsaan Melayu Malaya memberi perhatian khusus untuk mempertahankan hak
dan keadilan bagi bangsa Melayu dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan
kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu seperti yang diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu sebagai perjuangan yang hak dan adil.

PKMM kemudian menuntut supaya pihak British memberi perhatian wajar kepada bantahan-
bantahan orang Melayu tehadap Kertas Putih tersebut. Dasar British seperti yang terkandung
dalam Kertas Putih itu juga hendaklah dipinda selaras dengan kehendak orang Melayu, dan
suatu mesyuarat pelbagai pihak dan persatuan-persatuan Melayu hendaklah segera diadakan
untuk membincangkan kandungan Kertas Putih tersebut sebelum sebarang langkah diambil
untuk melaksanakannya.4

Pandangan-pandangan seperti PKMM ini muncul dalam akhbar-akhbar Melayu pada


waktu itu. Antaranya termasuklah sebuah tulisan berjudul “UNION atau FEDERATION”
oleh seorang yang menamakan dirinya Adi Satria dalam Suloh Malaya pada 8 Jun 1946.
Dalam tulisannya itu penulis tersebut mengulas konsep Kesatuan Malaya seperti yang
diperjuangkan PKMM dengan konsep Persekutuan (Federation) yang mula dibincangkan
oleh pihak British dengan UMNO dan raja-raja Melayu ekoran bantahan meluas orang
Melayu terhadap Malayan Union. Menurut penulis tersebut dengan menggabungkan semua
negeri di Tanah Melayu termasuk Singapura di dalam Malayan Union,

bangsa Melayu boleh meningkat lebih maju dan cergas lagi sebagai tangga yang
pertama untuk mencapai berkerajaan sendiri yang seterusnya tingkat mencapai
kemerdekaan penuh bagi Malaya.5

3
Lihat Lampiran 1. Versi dalam bahasa Inggeris ini adalah untuk pengetahuan pihak berkuasa
British dan masyarakat umum Antaranya ia dihantar kepada Perdana Menteri Britain, Lord Atlee,
Setiausaha Tanah Tanah Jajahan British, dan Setiausaha Agung Bannsa-Bangsa Bersatu di
London. Versi bahasa Melayu Manifesto ini telah juga disiarkan di dalam akhbar..
4
Lihat Lampiran 2.
5
Suloh Malaya, 8 Jun 1946, hlm. 2-4.

20
Beliau seterusnya menekankan bahawa kesatuan atau union yang ditutut oleh PKMM
hendaklah memenuhi syarat-syaarat seperti berikut:

i. Malaya diakui tanah air bangsa Melayu yang merdeheka.

ii. Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi.

iii. Kerajaan Malaya merdeheka itu hendaklah berdasarkan kerajaan demokrasi.

iv. Ahli-ahli atau anggota-anggota sebarang majlis mesyuarat Union dan negeri mestilah

dipilih dan dipersetujui oleh ramai.

v. Setengah daripada anggota-anggota majlis mesyuarat Legislative Council dan


Executive

Council hendaklah orang Melayu.

vi. Mesyuarat-mesyuarat negeri hendaklah dipimpin oleh Sultan atau orang Melayu.

vii. Hal taraf dan hak kerakyatan hendaklah dibahaskan di dalam majlis-majlis mesyuarat

itu.

Pendek kata Kesatuan atau Union yang mahu dilaksanakan itu mestilah merupakan Kesatuan
yang menjamin kemerdekaan bagi negara dan bangsa Melayu, yang berteraskan keadilan
serta mengembalikan taraf orang Melayu sebagai bangsa yang bebas dan berdaulat, bukan
“Malayan Union made in Britain” atau “Malayan Union cara imperialisme”. Tentang idea
“Federation” yang sedang dirundingkan di antara UMNO (yang PKMM sama-sama
mengasaskannya dan masih menjadi ahli pada waktu itu) dengan pihak British dan raja-raja
Melayu penulis itu mengingatkan supaya janganlah dibenarkan berlakunya ”federation cara
feudalism” atau feudalisme “berasaskan kuasa autokrasi”. Yang penting, tegas Adi Satria,
“cara imperialisme dan cara feudalisme sekali-kali tak mungkin kita terima dalam cara
pemerintahan kita”.

Daripada perbincangan di atas jelaslah bahawa pada asasnya PKMM memang menyokong
gagasan Kesatuan Malaya (Malayan Union) tetapi menolak Malayan Union seperti yang
dipaksakan oleh British iaitu “Malayan Union made in Britain” atau “Malayan Union cara
imperialisme” yang merampas kemerdekaan negara dan bangsa Melayu serta memutlakkan
penjajahan British di Tanah Melayu. Yang dikehendaki PKMM ialah Kesatuan Malaya yang
menyatukan negeri-negeri Melayu, mengukuhkan perpaduan dan kedudukan orang Melayu
serta mengembalikan kuasa dan martabat bangsa Melayu sebagai bangsa yang merdeka dan
berdaulat di tanahairnya sendiri. Malaya, tegas PKMM, hendaklah diakui sebagai tanahair
bangsa Melayu yang merdeka, yang berasaskan lunas demokrasi, yang dipimpin orang
Melayu, dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.6 PKMM juga membantah pengasingan

6
Perkara ini ditegas semula oleh PKMM dalam perhimpunan di Padang TPCA, Kuala Lumpur pada 17 Oktober
1946 sempena sambutan genap setahun penubuhan parti tersebut. Menurut Dr. Burhanuddin Al-Helmi antara
ikrar yang dilafazkan dalam majlis itu ialah:

21
Singapura daripada Semenanjung kerana menganggap Singapura sebagai tanahair pusaka
orang Melayu yang perlu dipertahankan. Menyedari hakikat kehadiran ramai pendatang dari
luar rantau Nusantara yang sebahagian kecilnya sudahpun menganggap Malaya sebagai
tanahair dan tumpuan kesetiaan mereka, PKMM bersikap realistik dengan bersedia
menerima sebahagian daripada mereka sebagai warganegara Tanah Melayu dengan syarat
mereka akur kepada lunas-lunas asas kebangsaan Tanah Melayu seperti yang ditetapkan
PKMM dan dalam kerangka Tanah Melayu sebagai tanahair bangsa Melayu. PKMM
menuntut supaya kerakyatan terbuka seperti yang disarankan British diperhalusi dan dipinda
selaras dengan lunas teras bahawa Tanah Melayu adalah negara Melayu.

b) penentangan hebat org melayu

-menyedari raja2 kehilangan upaya dan wibawa, rakyat bangun memperjuangkan hak dan
nasib masa dpn bangsa.

-mendahului kebangkitan itu dan bahkan sebelum kertas malayan union diwartakan di london
pd jan 1946m seramai 50,000 org melayu “dari segenap ceruk negeri kedah” telah
mengadakan perarakan raksasa sepanjang dua batu di hdpn balai besar , alor setar mebantah
malayan union

-perarakan yg diprakarsa Persatuan Melayu Kedah menjadi pemangkin kpd tindakan yg


serupa di seluruh TM selepas itu. Merupakan pertubuhan awal menyeru supaya segera
diadakan Kongres Melayu Se-Malaya utk membincangkan cabaran yg sedang dihadapi umat
Melayu pd waktu itu.

-pda 1 feb 1946, seramai 36,000 rakyat kelantan dgn diterajui persetaan melayu kelantan
telah melakukan tunjuk perasaan menentang malayan union di kota bharu. Pd 3 feb,
pegawai2 kerajan semua peringkat bersetuju meletak jwtn di kelantan sekiranya rancangan
malayan union diteruskan.

-begitu juga dgn kekecewaan rakyat johor terhdp sultan Ibrahim menerima malayan union yg
sekali gus melanggar undang2 tubuh kerajaan johor berkesudahan dgn perhimpunan
pembesar dan rakyat johor baharu pd 1 feb yg tidak lagi mengiktiraf “ibrahim” sebagai sultan
johor yg sah. Kemarahan rakyat memuncak apabila Kapten ahmad dari keluang menunjukkan
sepucuk kawat jawapan drpd sultan johor kpdnya yg berbunyi “kawat sudah diterima. Saya
bersetuju dgn malayan union”

“Kami tidak mahu kepada cara pemerintahan tahun 1941 yang bersifat pemerintahan tanah
jajahan. Kita mahu satu negara bersatu bagi Malaya yang mempunyai satu pusat pemerintahan,
satu bendera kebangsaan, satu lagu kebangsaan, satu bahasa rasmi mengikut dasar demokrat
dengan memberi kuasa penuh kepada rakyat jelata Melayu.” (Dr. Burhanuddin, Perjuangan Kita,
Parti Kebangsaan Melayu Malaya cabang Singapura, 1946, hlm. 58).

22
-kemudian melalui gabungan persatuan2 melayu membentuk umno

c) Umno menentang malayan Union

- nasionalisme ‘arus kanan’ atau ‘arus atas’ yang diperjuangkan oleh golongan elit Melayu
berpendidikan Barat untuk mempertahankan hak-hak elit dan konservatif Melayu, dengan
slogan ‘Hidup Melayu’, khususnya melalui United Malays National Organization (UMNO)
yang ditubuhkan pada 1946.

-azmi arifin : UMNO diperlihatkan sebagai gerakan kebangsaan Melayu terawal yang
memperjuangkan hak orang Melayu dan kemerdekaan Tanah Melayu. Dato’ Onn pula
ditonjolkan sebagai orang Melayu pertama yang bangkit mempersoalkan kezaliman sultan
Melayu dan yang pertama memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu

- pandangan sesetengah pihak, “Hanya Dato’ Onn Ja’afar itu sahaja yang dapat dianggap
sebagai pejuang Melayu pertama yang memimpin perjuangan negara menentang British.”ii
Tidak hairanlah nama Dato’ Onn diangkat sebagai ‘pengasas politik’ atau ‘pengasas
kemerdekaan Tanah Melayu’,iii atau bahkan ‘bapa nasionalisme Malaysia’.iv Mereka yang
lain, terutamanya yang bergerak dalam gerakan politik kiri seperti PKMM diperlihatkan
bukan sahaja tidak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu,
bahkan didakwa diperalatkan oleh anasir-anasir bukan Melayu dan komunis.

Oleh kerana UMNO diperlihatkan satu-satunya pertubuhan yang berjuang untuk kepentingan
orang Melayu, maka ia digambarkan mendapat sokongan sepenuhnya orang Melayu.
Sokongan padu orang Melayu dan ketegasan pemimpin UMNO menentang dasar-dasar MU
telah mengentarkan pihak British. Ia memaksa British bersetuju dengan tuntutan orang
Melayu atau UMNO memansuhkan rancangan MU.v British dikatakan bimbang UMNO akan
dipengaruhi unsur ‘radikal’ dan menggunakan cara kekerasan sekiranya kehendak atau
tuntutannya tidak dipenuhi. Maka atas desakan, penentangan ‘habis-habisan’ serta ketegasan
pemimpin UMNO itulah yang menyebabkan British terpaksa berunding dengan orang
Melayu dan mengenepikan rancangan MU. Terhapusnya rancangan MU yang kemudiannya
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 dianggap sebagai kejayaan milik
mutlak orang Melayu serta UMNO selaku pergerakan yang mempertahankan hak serta
kedudukan orang Melayu sehingga merdeka.vi

Atas inisiatif Dato’ Onn dan UMNO jugalah, di samping tokoh-tokoh Perikatan bukan
Melayu seperti Tun Tan Cheng Lock dan kemudiannya Tun H. S. Lee, Tun Tan Siew Sin,
serta Tun V. T. Sambanthan, yang didakwa mula-mula sekali menggerakkan idea kerjasama
kaum bagi mencapai kemerdekaan. Dari tahun 1946 hingga 1957 hanya beberapa tokoh
dalam UMNO dan Perikatan itu sahajalah yang dikatakan telah berjuang demi mencapai
kemerdekaan Tanah Melayu, iaitu melalui jalan perundingan dan tanpa sebarang
pertumpahan darah.vii Mengulas tentang peranan UMNO dan Perikatan ini, seorang
pemimpin negara menyatakan; “Tanpa UMNO tidak akan lahir Perikatan, tidak akan ada
Tunku Abdul Rahman. Tanpa Perikatan antara UMNO, MCA dan MIC, kita tidak akan
mencapai kemerdekaan.

23
- Walaupun pada peringkat awalnya UMNO menentang ‘habis-habisan’ prinsip-
prinsip rancangan MU dan menganggap British sebagai pengkhianat orang Melayu, tetapi
pegawai-pegawai British sendiri mengakui hubungan yang wujud antara kedua-dua pihak
tetap rapat dan pergantungan pihak kanan dalam UMNO kepada British tidak pernah
terputus.viii Di sebalik ketegangan akibat rancangan MU itu, kepimpinan UMNO masih
melihat British sebagai satu-satunya rakan dan juga pelindung dalam menjamin hak-hak
orang Melayu daripada diasak oleh tuntutan golongan bukan Melayu.
- Tolak ansur pertama bermula dengan perundingan Anglo-Melayu ke arah pembentukan
PTM 1948. Cadangan PTM sebenarnya adalah terhasil daripada percubaan kedua-dua belah
pihak iaitu British-UMNO untuk meredakan kemarahan orang Melayu terhadap British dan
usaha British untuk menyelamatkan beberapa prinsip utama yang terkandung dalam
rancangan MU. Dari satu segi, Constitutional Proposals for Malaya yang dipersetujui antara
British-UMNO menjamin hak kedaulatan Sultan, kebebasan negeri-negeri Melayu dan hak
‘istimewa’ orang Melayu, tetapi pada masa yang sama juga hasrat pembentukan sebuah
kerajaan berpusat yang kukuh, satu rupabentuk kerakyatan bersama (meskipun lebih terhad)
dan kestabilan kewangan Tanah Melayu dapat dipenuhi oleh British.

5) konflik pap dan perikatan sejak penubuhan malaysia 1963 tidak dpt diselesaikan
melain keluarkan singapura

6)punca 13mei bkn berpunca drpd keputusan pilihan raya 1969

a) kebykkan berpandangan bhw 13 berpunca drpd keputusan pilihan raya 1969

-misalnya kbykan ahli sej dan sej rasmi bhw keputusan pilihan raya 1969

- Kehadiran DAP dan Gerakan yang cuba menarik undi bukan Melayu
Sewaktu kempen yang panjang, DAP menekankan konsep Malaysian Malaysia. MCA
menjadi musuh utama kerana dikatakan mengecewakan orang Cina:
i.membiarkan kelulusan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
ii.menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
- Gerakan pula mengkritik hak istimewa orang Melayu dan dasar bahasa di sekolah
Ketidaksehaluan dan percakaran merebak dan berkembang:
i. Isu status Bumiputera orang-orang Melayu.
Orang-orang bukan Melayu terus menekankan kepada isu samarata dan hak individu yang
sama untuk semua masyarakat tanpa mengira kelas dan kaum
- MCA dan MIC mempertahan keputusan Perikatan
- UMNO pula berhadapan dengan dakwaan PAS bahawa mereka ‘menjual orang
Melayu kepada kaum imigran’
- Parti Buruh tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya tetapi sibuk menganjurkan
demonstrasi
- 10 hari selepas itu, polis menembak mati seorang ahli Parti Buruh kerana melawan
untuk ditahan di KL. Parti tersebut memohon permit untuk perarakan jenazah pada 10
Mei (hari pengundian)

24
- Kelulusan diperolehi untuk diarak pada 9 Mei dan 10,000 orang mengambil
bahagian, tidak mematuhi arahan pihak polis.
- Mereka membawa bersama bendera Merah dan poster Mao Zedong sambil bernyanyi
lagu ‘Timur adalah Merah’
-Walaupun sebarang kejadian tidak diingini dapat dikawal polis, ia menjadi latar kepada
’mood’ sambutan kemenangan pada 11 dan 12 Mei 1969
- 2 minggu sebelum pilihan raya, seorang ahli UMNO dibunuh, wujud dakwaan
dilakukan oleh ahli Parti Buruh, tetapi Tunku mengawal keadaan dengan serta merta.
satu upacara pengkebumian yang senyap dan sederhana diatur dan kepimpinan
meneruskan dengan kempen mereka.
- MCA pula mengelak dari membincangkan isu rasuah dan juga isu Universiti Merdeka
[Sebuah universiti yang mahu dibina dengan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar]

- UMNO mengelak dari berbahas mengenai isu budaya, pertahankan bahawa bahasa
Melayu adalah bahasa kebangsaan.
- PAS mengedarkan gambar Menteri Kabinet dari parti Perikatan yang berpakaian
Cina bersama isteri beliau yang telah digunakan untuk tujuan kad Tahun Baru Cina
dan PAS mengambil kesempatan ini untuk mengutuk Menteri tersebut sebagai
mengkhianati orang-orang Islam. Mereka mengedarkan ini di kampung-kampung
untuk meraih sokongan dari orang Melayu.
- Satu lagi sirkulasi adalah gambar Perdana Menteri sedang makan menggunakan
penyepit(chopstick) dengan khinzir panggang ditengah-tengah meja tersebut. Walau
bagaimanapun, Perdana Menteri telah menafikan berbuat demikian dan mengambil
sumpah di masjid.
- Tuduhan demi tuduhan dilemparkan bersifat provokasi.
CON:
i. Ada calon Perikatan menasihati orang-orang Cina untuk tidak mengundi beliau
ii. Pemimpin PAS pula didakwa seiring dengan Sukarno, pemimpin radikal di Indonesia.
iii. Seorang calon DAP berjanji untuk membuat orang-orang Melayu mempelajari bahasa
Cina didalam masa dua bulan.
iv. Para penyokong PAS mencadangkan bahawa masalah orang Cina boleh diatasi
dengan menghantar mereka balik semula ke negara China ataupun memeluk agama
Islam.
v. Ada juga calon mencadangkan untuk meletakkan orang-orang Cina didalam bot
perlahan dan berdoa untuk ribut ataupun menembak mati kesemua mereka.

Tetapi

menurut leon comber : hubungan antara Cina- Melayu yg tidak kukuh

a) peranan british

-kemasukan berbeza dari zmn melaka

-semasa darurat rancangan penempatan semula setinggan cina ke kampung2 baru

-penempatan sementara ini misalnya tidak memberi ganti rugi keatas ternakan mereka di
setinggan, begitu juga perabot dan rumah. Kampung baru seperti barak tentera, dikawal ,
berduri.

25
-hal ini menimbulkan dendam yg melihatkan pentadbiran british menyokong melayu.

-sebaliknya perbelanjaan yg byk terhdp kampung2 baru cina telah dikritik oleh org2 melayu
dgn alasan bhw kemudahan di kampung melayu adalah jauh lbh rendah dari apa yg
disediakan di kampung baru. Mereka merasakan kekacauan org cina sudah cukup dan
megeluarkan belanja yg bsar tidak perlu krn menggangap org cina adalah kaum asing. Malah
raja melayu tidak bersetuju mengenai rancang penempatan semula di melaka yg menganggu
keseimbangan politik

-british telah membawa masuk buruh luar secara beramai2 tanpa mempunyai hubungan di
TM

-tiada dsr menghubungkan, dsr pecah perintah

b) seterusnya leon comber : perasaan syakwasangka antara melayu cina

-akibat timbul rasa tidak puashati yg disbbkan oleh tindakan british telah menyemarakan
perasaan syakwasangka antara melayu cina

-di barisan politik, pemimpin2 cina jelas menunjukkan bhw mereka menentang ‘kedudukan
istimewa’ org2 melayu dan hak kerakyatan yg terhad yg dberikan kpd org2 cina mengikut
perlembagaan persekutuan Tanah Melayu. Mereka takut british meneruskan memberikan
tanah melayu berkerajaan sendiri, org melayu berkuasa penuh dari segi politik, kedudukan
eko org cina akan terancam

-malah akhbar2 melayu lantang sekali mengeluarkan pendpt tentang tindak2 org cina yg
menyemarak lagi perasaan syakwasangka dan prasangka org2 cina di TM

-berkait dgn kemasukan singapura, org2 melayu berpendpt bhw dgn kemasukan singapura yg
ramai org cina bleh memberi kesan terhdp keseimbangan kaum. Bimbang singapura akan
mudah beralih ke arah lain.

-pd mei 1965, tidak syak lagi perhubungan org melayu cina telah menjadi kusut sekali. Org
melayu sedar bhw mereka tidak lagi merupakan kaum yg terbesar di Malaysia sebagaimana
mereka dapati diri mereka dahulunya dlm persekutuan tanah melayu

-lee kuan yew telah mencabar secara terang2 hak istimewa org melayu. Yg akhirnya pd 1965
singapura telah terpaksa meninggalkan malaysia. Yg tidak syak lagi hmpr meletus rusuhan
kaum masa perpisahan dijakalau dibiarkan seperti peristiwa rusuhan kaum di singapura
semasa perarakan maulidur rasul.

26
c) keharmonian kaum dan kerjasama di peringkat bwh masih ketinggalan

-leon comber menyatakan salah satu cara utk hidup bersatu padu dlm sesebuah masyarakat
majmuk adalah melalui pelajaran

-selepas perang dunia, kerajaan cuba susun semula pelajaran yg sebelum perang mempunyai
sistem sekolah berlainan. Sbelum perang yg berkelompok hanya di pusat sahaja. 20%
daripada jmlah pelajar TM menghadiri sekolah pengantar BI yng menghubungkan mereka

-jawatan kuasa barnes ditubuhkan bg mengkaji sistem pendidikan sekolah melayu dan
mengesyorkan semua kaum hadir ke sekolah kebangsaan yg bercirikan dua bhs dan semua
murid diajar BI dan BM

-kemudian berlaku perselisihan antara laporan fennwu dan barnes. Akibatnya ordinan
pelajaran pd 1952 adalah meliputi perkara yg ditolak ansur seperti bhs cina n tamil masih
bleh diajar sebagai bhs ketiga. Namun gagal krn tiada dana yg projek itu. Kemudian laporan
razak :

-penyata talib :

-ditegaskan bwh BM telah menjadi bhg kebangsaan dan BI dibenarkan sehingga 1967 dan
bhs pengantar lain.

-org cina telah bertindak bls dgn keras terhdp dsr tersebut dan menuntut bhs cina patut diakui
sebagai bhs rasmi sebagaimana BM dan BI dan peperiksaan awam dlm bhs cina.

-kerajaan membenarkan sekolah cina mengajar dlm bhs cina namun tidak akan memberi
bantuan yg menjadi sekolah bantuan penuh. Sebaliknya menjadi sekolah sendiri pd
penghujung 1961.

- CLC juga telah mencadangkan bhw semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan mesti
mengajar bhs M dan BI bg memulihkan hubungan kaum seperti mana berlaku di india dan
pakistan.

-1967, tekanan utk memperluaskan lagi penggunaan bm drpd dewan bhs dan pustaka
pejuang2 umno dan nasionlisme melayu lain. Cuma usaha menentang tekanan yg dibuay oleh
puak2 pelampau cina dlm mca, politik2 lain bkn melayu dan guru2 sekolah cina.

-perikatan telah mengambil langkah rasmi dan mengikut undang2 yg diperuntukkan Bm


sebagai bhs rasmi. Namun BI masih dibenarkan digunakan. Ini mengecewaka pejuang2 bhs
M.

-tunku menyeru agar usaha mengembangkan bm dgn cogankata bahasa jiwa bangsa tetapi
beliau terang2 menyatakan bi akan digunakan sebagai bhs pengajian tinggi utk bbrp lama.

-org bkn melayu telah tidak brp bersemangat tentang pendirian kerajaan tentang bhs,
terutama adalah disedari bhw penyatuan sistem sekolah yg dirancangkan itu akan mendorong
BM menjadi bhs pengantar.

27
-pihak lain pula, tunku dan umno telah dikritik dgn truk oleh pejuang2 melau dan penyokong
mereka khusus guru2 melayu dan pelajar U krn telah terlalu byk memberi muka kpd org cina.

All the best exam 


By Hafiz, Anis (2018 : sem sej politik sem 1).

28

Anda mungkin juga menyukai