Anda di halaman 1dari 15

BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

3.2 Perluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

Pengenalan
 Perkembangan perindustrian yang berlaku di Eropah menyebabkan British
memerlukan bahan mentah yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil
industri Eropah
 Kemakmuran negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mendorong British
berusaha meluaskan kuasa ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

Strategi Brtitish Meluaskan kuasa di Negeri-Negeri Melayu


 British menggunakan pelbagai taktik untuk meluaskan kuasa di negeri-negeri
Melayu seperti strategi manipulasi, desakan dan ugutan serta perjanjian dengan
pemerintahan tempatan.

1. Strategi Manipulasi
 Suasana yang tidak stabil dan kekacauan yang berlaku di Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan membuka peluang kepada British untuk melaksanakan strategi
manipulasi dengan memberi bantuan kepada pihak yang berkepentingan untuk
membolehkan British meluaskan pengaruhnya.

 Manipulasi British di Perak


 British mengambil peluang untuk menguasai Perak apabila berlakunya kekacauan di
Perak
 Gabenor Negeri-negeri Selat , Andrew Clarke mengambil peluang ini untuk
campurtangan dan bertindak sebagai orang tengah menamatkan kekacuan di Perak
 Alasan British adalah untuk menyelamatkan rakyat Perak daripada keadaan kucar
kacir.
 Kekacuan di Perak disebabkan oleh:
1) Perang Larut 1861-1874
- Pemerintah Larut, Ngah Ibrahim telah membawa masuk ramai pelombong Cina
untuk memajukan perlombongan bijih timah
- Kumpulan Ghee Hin dan Hai San bergaduh untuk mempertahankan hak dan
kepentingan masing-masing hingga tercetus Perang Larut
- Ini menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Selat
- Pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat mendesak British
campurtangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih
timah

1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


2) Perebutan takhta Kesultanan Perak
- Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan
Perak
- Mengikut sistem ini, bakal raja perlu melalui jawatan Raja Di Hilir, Raja
Bendahara dan Raja Muda sebelum ditabal menjadi Sultan
- Pada abad ke-19 berlaku krisis takhta kerana sistem penggiliran tidak dipatuhi
- Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail (Raja Bendahara) dilantik
sebagai Sultan dan mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah
Ibrahim
- Raja Yusoff (Raja Di Hilir) menuntut haknya sebagai sultan setelah lama
diketepikan.
- Raja Abdulllah (Raja Muda) tidak ditabalkan menjadi sultan kerana tidak hadir
ke upacara pemakaman Sultan Ali. Baginda mendapat sokongan pembesar
Hilir Perak seperti Dato’ Maharaja Lela
- Andrew Clarke menyokong Raja Abdullah dan menyatakan kesedian British
untuk membantu mengesahkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan
menamatkan pesengketaan pelombong Cina demi mewujudkan keamanan di
Perak

 Manipulasi British di Selangor


 Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Samad, tercetus pertelingkahan dalam
kalangan kerabat diraja Selangor yang menyebabkan berlakunya Perang Klang
 British campurtangan dalam pertelingkahan tersebut untuk meluaskan pengaruh
di Selangor
 Pihak yang terlibat dalam Perang Klang 1866-1874 ialah:
i) Raja Abdullah bin Raja Jaafar
- Sultan Abdul Samad memberi hak mentadbir Klang
- Berjaya memajukan Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah
- Pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur
- Mendapat sokongan kumpulan Hai San

ii)Raja Mahadi bin Raja Sulaiman


- Putera Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada
Raja Abdullah
- Menuntut hak ke atas Klang kerana pernah di bawah kekuasaan
ayahandanya dan kemajuan perlombongan
- Mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin

 Kekacauan ini memberi peluang kepada British memanipulasi politik


 British memihak kepada Raja dan pembesar Melayu yang boleh membawa
keuntungan

2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


 British memberi bantuan ketenteraan kepada Tengku Kudin untuk menamatkan
Perang Klang
 British mengharapkan sultan menerima perlindungan British untuk kestabilan
Selangor.

 Manipulasi British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan


 British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan apabila
berlaku perbalahan pembesar Melayu di Sungai Ujong yang kaya dengan bijih
timah
i. Kepentingan Sungai Linggi
 Laluan penting yang menghubungkan Sungai Ujong dengan
kawasan sekitarnya
 Penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar
memungut cukai daripada pedagang bijih timah melalui sungai
tersebut untuk ke Melaka

ii. Persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi


 Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi saing
bersaing untuk mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi
 Persaingan tersebut menjejaskan perdagangan di Negeri-
negeri Selat

 British memanipulasikan persengketaan dengan memberi bantuan ketenteraan


kepada Dato’ Kelana untuk mengalahkan Dato’ Syahbandar.
 Manipulasi Brtisih dalam konflik ini berjaya meletakkan Sungai Ujong yang kaya
dengan bijih timah di bawah kekuasaan British.

2. Desakan dan Paksaan Kepada Raja-Raja Melayu Menerima Perlindungan


British

Desakan British di Selangor


 British terus mencari alasan setelah gagal memujuk Sultan Abdul Samad menerima
perlindungan ketika memberi bantuan ketenteraan menamatkan Perang Klang
 Berlaku rompakan kapal dagang British di perairan Kuala Langat dalam pelayaran
dari Pulau Pinang ke Melaka
 Serangan rumah api Tanjung Rachado
 Peristiwa itu digunakan British mendesak sultan menerima perlindungan dengan
alasan gagal mewujudkan keselamatan di perairan Selangor untuk kegiatan
perdagangan

3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


Desakan British di Pahang
 Tiada alasan untuk campurtangan kerana tiada kekacauan di Pahang
 Sultan Ahmad sangat berhati-hati dalam rundingan dengan British
 Sultan Abu Bakar ( Johor) membantu British memujuk Sultan Ahmad menerima
wakil British
 Kematian Goh Hui, rakyat British di perkarangan istana membolehkan British
mendesak sultan dengan alasan tidak mampu mewujudkan keadilan dan
ketenteraman awam

3. Strategi Menandatangani Perjanjian Dengan Pemerintah Tempatan

 Bagi mengukuhkan kuasa, Britsih mengadakan perjanjian dengan pemerintah


tempatan untuk menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu
 Perjanjian pertama British dengan negeri Melayu ialah perjanjian dengan pembesar
Perak di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 1874

 Perjanjian Pangkor 1874 mengukuhkan kuasa British di Perak


- Andrew Clarke memanggil ketua Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan
perselisihan faham
- Pembesar-pembesar Melayu yang bertelagah, Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan
Dato’ Sagor dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor
- Sultan Ismail dan Raja Yusoff tidak menyertai rundingan tersebut
- Syarat Perjanjian Pangkor:-
i. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak
ii. Raja Ismail sebagai Raja Muda
iii. Sultan menerima Residen British – nasihat mesti diminta dan dipatuhi
dalam semua urusan pentadbiran kecuali agama Islam dan adat
Melayu
iv. Ngah Ibrahim diakui Orang Kaya Menteri Perak dan menerima
Penolong Residen
v. British berkuasa penuh atas pungutan cukai
- Perjanjian Pangkor menandakan kejayaan penguasaan British cecara langsung
dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi di Perak.

 Perjanjian British-Sungai Ujong 1874


- Antara syarat perjanjian itu ialah:
i. Dato’ Kelana diktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong
ii. British berkuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi

4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


 Perjanjian British-Selangor 1875
- Antara syarat perjanjian:
a) British membantu Sultan memerintah negeri
b) J.G Davidson ditempatkan di Klang dan Frank Swettenham ditempattkan di
Langat untuk membantu pentadbiran

 Perjanjian British Pahang 1887


- Antara syarat perjanjian ialah:-
i. British menempatkan wakil sebagai pegawai konsul di Pahang
ii. British menjaga keamanan di Pahang
iii. Pahang tidak dibenarkan membuat perjanjian dengan kuasa lain tanpa
kebenaran British

 Melalui perjanjian, British mengikat persetiaan pemerintah tempatan untuk


menerima nasihat British dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi di negeri-negeri
Melayu.

Sistem Residen
 Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
melalui perjanjian yang dibuat dengan pemerintah tempatan dan raja-raja Melayu.
 Sistem Residen merupakan sistem pemerintahan British secara tidak langsung di
negeri berkenaan.
 Peranan ialah:
i. Menasihati raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali
agama Islam dan adat istiadat Melayu
ii. Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi
 Petempatan Residen adalah:
i. Perak – J.W.W. Birch
ii. Pahang – J.P Rodger
iii. Selangor – J.G.Davidson
iv. Negeri Sembilan – Martin Lister

 Ciri-Ciri Sistem Residen ialah:


i. Kedudukan raja dan pembesar negeri dikekalkan
ii. Nasihat mesti diterima dan sultan tidak lagi boleh membuat undang-undang
iii. Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan
cukai
iv. Residen mengambil alih pentadbiran negeri. Peranan pembesar digantikan
oeh pegawai-pegawai British
v. Jabatan dan sistem Barat menggantikan sistem pentadbiran tradisional

5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


Latihan Objektif

1. Apakah strategi yang digunakan oleh British untuk menguasai negeri-negeri Melayu
berikut?

Perak Selangor Negeri Sembilan

A. Pajakan C. Manipulasi
B. Tipu helah D. Serangan fizikal

2. Pilih urutan yang tepat berkaitan dengan penggamalan sistem penggiliran dalam
pewarisan takhta Kesultanan Perak

A. Raja Di Hilir Raja Bendahara Raja Muda


B. Raja Muda Raja Bendahara Raja Di Hilir
C. Raja Muda Raja Di Hilir Raja Bendahara
D. Raja Bendahara Raja Muda Raja Di Hilir

3. Mengapakah Raja Abdullah di Perak tidak ditabalkan sebagai sultan selepas


kemangkatan Sultan Ali?

A. Tidak mempunyai kelayakan


B. Tidak hadir ke majlis pemakaman
C. Tidak berminat sebagai pemerintah
D. Tidak mendapat sokongan pembesar

4. Siapakah yang dilantik menjadi sultan selepas peristiwa berikut?

Kemangkatan Sultan Ali dari Kesultanan Perak.

A. Raja Ismail C. Raja Jaafar


B. Raja Yusuf D. Raja Mahmud

6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


5. Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di negeri Selangor pada
abad ke-19
Perang Klang (1866 – 1874)

Apakah kesan perisitwa tersebut terhadap Tanah Melayu?

A. Pemusatan kuasa sultan


B. Peluasan kuasa penjajah
C. Pembesar kehilangan kuasa
D. Perubahan sempadan negeri

6. Tokoh berikut telah banyak memberi sumbangan kepada negeri Selangor.

Tunku Dhiauddin atau Tunku Kudin

Apakah sumbangan tokoh tersebut?

A. Memajukan daerah Klang


B. Menamatkan Perang Klang
C. Membangunkan Kuala Lumpur
D. Memperkenalkan tanaman getah

7. British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan pada abad


ke-19. Apakah isu yang digunakan British untuk melakukan manipulasi tersebut?

A. Pertelingkahan perebutan takhta kerajaan


B. Pencerobohan Belanda di Sungai Ujong
C. Perbalahan antara pembesar Melayu
D. Pergaduhan antara pelombong Cina

7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


8. Maklumat berikut berkaitan dengan pembesar-pembesar yang saling bersaing di
Sungai Linggi.

 Dato’ Kelana
 Dato’ Syahbandar
 Dato’ Muda Linggi

Mengapakah berlaku persaingan pembesar tersebut?

A. Menguasai perlombongan biji timah


B. Mengukuhkan pengaruh pembesar
C. Menolak campur tangan British
D. Mengawal hak pungutan cukai

9. Maklumat berikut berkaitan tokoh yang terlibat dengan perebutan takhta di Perak.

Raja Yusof

Apakah jawatan baginda ketika itu?

A. Raja Muda
B. Raja Di Hilir
C. Raja Bendahara
D. Raja Kechil Tengah

10. Peristiwa yang membolehkan campur tangan British di Selangor mana yang tepat?

I. Pembunuhan di perkarangan istana


II. Perompakan kapal dagang
III. Penyerangan rumah api
IV. Pembinaan balai polis

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


11. Maklumat berikut berkaitan dengan kandungan perjanjian antara British dengan
pemerintah negeri Melayu pada tahun 1887.

Negeri X tidak dibenarkan membuat perjanjian


dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British

Perjanjian tersebut melibatkan kerajaan British dengan negeri?

A. Melaka
B. Pahang
C. Selangor
D. Negeri Sembilan

12. Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Perak?

 Ngah Ibrahim membawa pelombong Cina


 Pergaduhan pelombong Cina antara
kumpulan Ghee Hin dan Hai San.

A. Campur tangan British


B. Perang Larut tercetus
C. Pemberontakan pembesar Melayu
D. Kemerosotan pengeluaran bijih timah

13. Mengapakah Sungai Linggi menjadi rebutan antara pembesar-pembesar Melayu di


Negeri Sembilan?

A. Menguasai perlombongan bijih timah


B. Menjadi laluan perdagangan utama
C. Menubuhkan pelabuhan kerajaan
D. Mengawal pungutan cukai

9 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


14. Maklumat berikut berkaitan syarat perjanjian antara British dengan Negeri-negeri
Melayu.

 British menempatkan seorang wakil yang


mempunyai kuasa.
 British bertanggungjawab menjaga keamanan.
 Sebarang perjanjian dengan kuasa asing tidak
dibenarkan tanpa kebenaran British.

A. Perjanjian Pangkor 1874


B. Perjanjian British-Pahang 1887
C. Perjanjian British-Selangor 1875
D. Perjanjian British-Sungai Ujong 1874

15. Apakah antara syarat Perjanjian British-Pahang 1887?

A. British menempatkan seorang wakil


B. British membantu sultan memerintah negeri
C. British bertanggungjawab memajukan negeri
D. British berkuasa mentadbir kerajaan

16. Apakah jawatan pegawai British berikut di Negeri-negeri Melayu

 J.W.W. Birch
 J.P. Rodger
 Martin Lister

A. Gabenor Jeneral
B. Pesuruhjaya
C. Residen
D. Leftenan

10 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


17. Apakah peranan Martin Lister sebagai Residen di Negeri Sembilan?

A. Menggubal undang-undang
B. Menasihati Raja-raja Melayu
C. Mengetuai pentadbiran negeri
D. Menubuhkan jabatan kehakiman

18. Apakah kesan pelaksanaan Sistem Residen oleh British di Tanah Melayu?

I. Kuasa sultan dan pembesar terhakis


II. Pengiktirafan sultan sebagai pemerintah
III. Penamatan sistem pemerintahan beraja
IV. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

19. Pilih negeri Melayu dan penempatan Residen British yang tidak betul.

Negeri Melayu Residen British


A. Perak J.W.W. Birch
B. Selangor Frank Swettenham
C. Negeri Sembilan Martin Lister
D. Pahang J.P. Rodger

11 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


Latihan Struktur Dan Esei

1. Jadual berikut menerangkan kedudukan kerabat diraja dalam sistem pewarisan


takhta Kesultanan Perak pada abad ke-19

a) Siapakah yang sepatutnya ditabalkan sebagai Sultan Perak selepas Sultan Ali
berdasarkan kedudukan dalam sistem pewarisan takhta di atas?

______________________________________________________________________

b) Siapakah yang ditabalkan sebagai Sultan Perak selepas kemangkatan Sultan Ali
pada tahun 1871?

______________________________________________________________________

c) Senarai kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan takhta Kesultanan Perak.

i. _________________________________________________

ii. _________________________________________________

iii. _________________________________________________

d) Apakah kesan perebutan takhta dalam kalangan kerabat diraja tersebut terhadap
negeri Perak?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

12 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


e) Jelaskan keistimewaan pewarisan takhta Kesultanan Perak sekiranya sistem
tersebut dipatuhi.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

2. Perang Klang atau Perang Saudara Selangor berlaku dari tahun 1867 hingga 1874.

a) Namakan dua pihak yang terlibat dalam Perang Klang [2 markah]

i. ________________________________________________

ii. ________________________________________________

b) Mengapakah berlaku Perang Klang tersebut? [2 markah]

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

c) Jelaskan kesang Perang Klang tersebut. [2 markah]

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

d) Apakah iktibar yang diperoleh daripada Perang Klang tersebut? [4 markah]

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

13 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


3. Gambar berikut berkaitan dengan peristiwa menandatangani Perjanjian Pangkor
pada 20 Januari 1874.

a) Senaraikan dua pihak yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor tersebut.

i. ___________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________
[2 markah]

b) Nyatakan dua syarat Perjanjian Pangkor 1874.

i. ___________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________
[2 markah]

c) Apakah tujuan British menandatangani perjanjian tersebut?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

[3 markah]
d) Jelaskan manfaat Perjanjian Pangkor terhadap British.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

[3 markah]

14 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3


4. Gambar menunjukkan Residen British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang

a) Namakan Residen yang ditempatkan di negeri-negeri Melayu di bawah [2 Markah]


i. Pahang : ____________________________________

ii. Negeri Sembilan : ____________________________________

b) Jelaskan peranan Residen [2 Markah]


___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

c) Nyatakan ciri-ciri sistem Residen. [3 Markah]

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

d) Huraikan iktibar daripada perlaksanaan sistem Residen di negara kita.[3 Markah]


___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

15 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 ~ Bab 3

Anda mungkin juga menyukai