Anda di halaman 1dari 11

Novel chot

Seterusnya
Seterusnya
>
>
AHLI
KUMPULAN
- SITI SYASYA SYAURAH

- WAN NUR ANIS FATINI

- HAIFA ZAFIRA

- AISYAH NABILA
sinopsis

Alias terkejut apabila melihat beruk kesayangannya, Chot tiada di atas dahan pokok langsat tua di
rumahnya. Alias memberitahu Som bahawa Chotnya sudah hilang dan dia mahu mencari terlebih dahulu
sebelum pergi ke sekolah. Som pun meninggalkan Alias untuk pergi ke sekolah

Alias sampai di sekolah agak lewat. Ketika itu, Cikgu Sunan sedang mengajar Matematik. Cikgu Sunan
tidak dapat menerima alasan Alias bahawa dia lewat kerana mencari beruknya yang berlepas. Akibat terlalu
marah, Cikgu Sunan menengking Alias dengan suara yang kuat sehingga Alias jatuh terlentang dan telinga
kanannya terkena bucu meja. Som menangis melihat kejadian itu, Rakan-rakan Alias pula mula mengejeknya
setelah Cikgu Sunan keluar dari kelas.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Alias berjaya menjumpai Chot semula. Som ternampak Chot di
dahan pohon cenerai. Setelah dipujuk beberapa kali, Chot pun mengikut Alias pulang. Chot sangat penting
kepada Alias untuk mendapatkan wang bagi memenuhi keperluan dia dan ibunya. Jika Chot hilang tentu
hidup Alias dan ibunya bertambah sukar. Selama ini Chotlah yang bekerja untuk menyara Alias dan ibunya.
Chot ialah peninggalan arwah ayah Alias lima tahun lalu. Ayah Alias meninggal dunia kerana terjatuh dari
pokok kelapa. Kini Chot akan memanjat pokok kelapa untuk Alias mendapat upah. Pak Din, ayah Som
merupakan pelanggan tetap Alias.
sinopsis
Sementara itu, telinga Alias yang terkena bucu meja di sekolah semakin sakit. Dia menyembunyikan perkara
itu daripada pengetahuan ibunya. Setiap hari Alias membawa Chot memetik kelapa dan dia akan singgah ke
rumah Som untuk menyalin kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Sunan. Dia memberitahu Som yang dia
malu dengan keadaan telinganya yang berbau busuk. Kawan-kawan sudah tentu akan mengejeknya. Alias
tidak hadir ke sekolah lebih daripada seminggu. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan Cikgu Sunan, lebih-
lebih lagi apabila guru besar sendiri mengambil berat tentang perkara tersebut.

Akhirnya Cikgu Sunan bertemu dengan Som. Beliau meminta Som membawanya ke rumah Alias. Cikgu
Sunan berasa
sangat sedih apabila melihat keadaan rumah Alias yang begitu daif. Ketika beliau sampai, Alias tiada di
rumah. Apabila ias pulang, Alias melayan Cikgu Sunan dengan mesra. Ketika Cikgu Sunan ingin melihat
telinga Alias yang sakit itu, tiba-tiba Chot menerkam lalu menggigit lengan Cikgu Sunan. Alias menjerit agar
Chot melepaskan gigitan lengan Cikgu Sunan tetapi Chot enggan. Akhirnya, Alias terpaksa menikam Chot
dengan lembing berkarat menyebabkan Chot mati.

Hal tersebut sangat menyedihkan Alias. Cikgu Sunan berjanji akan membiayai pengajian Alias
sehingga ke universiti
tema

• Novel Chot ini bertemakan kasih sayang sesama


makhluk Tuhan sama ada antara manusia manusia
atau manusia dengan haiwan.

• Kasih sayang ini jelas terpacar melalui watak alias


yang amat menyayangi dan menjaga ibunya yang
menghidap lumpuh . Alias juga amat sayang akan
haiwan peliharaannya , Chot .

• Tema kasih sayang ini juga dapat digambarkan dalam


hubungan antara Alias dan kawan baiknya , Som
Persoalan
• Tanggungjawab seorang anak terhadap ibu – Contohnya, Alias bertanggungjawab menyara ibunya yang lumpuh
dan mencari rezeki dengan mengambil upah memetik buah pokok kelapa . Dia juga akan memasak untuk ibunya
setiap kali pulang dari sekolah .

• Ketaatan kepada agama – Contohnya , setiap kali masuk waktu solat , Alias akan menunaikan kewajipan sebagai
seorang muslim . Dia juga menunaikan solat subuh walaupun masih belum lancar membaca doa qunut .

• Sikap terlalu mengikut emosi membawa keburukan – Contohnya Cikgu Sunan telah bertindak mengikut emosi
sehingga menyebabkan Alias terpaksa menanggung kesakitan apabila telinganya bengkak dan bernanah

• Simpati terhadap nasib orang lain – Contohnnya , Mak Su Kiah berasa simpati atas nasib yang menimpa Alias dan
ibunya . Oleh itub , dia sering menghantar makanan untuk Alias dan ibunya .

• Sikap suka membuat andaian dan tuduhan tanpa usul periksa – Contohnnya , Miah dan anaknya , Budin telah
mnuduh Chot yang merosakkan setandan pisang tanpa usul periksa .
PEROALAN

• Kesetiaan dalam persahabatan – Contohnya , Som tidak mahu memberitahu Cikgu Sunan punca Alias tidak hadir ke
sekolah kerana dia telah berjanji kepada Alias untuk merahsiakan perkara yang sebenar .

• Kesungguhan dalam menuntut ilmu – Contohnya , Alias sentiasa membawabuku bacaan atau buku kerja ke mana-
mana sahaja dan akan membaca buku tersebut apabila berkepelapangan . Dia juga akan berlajar Bersama-sama
dengan Som selepas selesai mengaji

• Penyesalan atas kesilapan yang dilakukan – Contohnya , Cikgu Sunan berasa menyesal kerana menjadi punca telinga
Alias bengkak dan bernanah . Dia juga telah berjanji akan menanggung kos persekolahan Alias hingga ke universiti

• Kepentinggan Pendidikan dalam kehidupan – Contohnya , Alias akan menyalin nota dan latihan yang diberikan oleh
Cikgu Sunan daropada Som walaupun dia tidak hadir ke sekolah . Hal ini demikian kerana dia sedar bahawa
pentingnya menuntut ilmu
Watak dan perwatakan
• Alias
- Berumur 11 tahun .
- Dia belajar dakam darjah lima dan merupakan rakan sekelas som
- Alias tinggal Bersama-sama dengan ibunya yang lumpuh di kampungnya Dingin
- seorang kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan.
- seorang yang bijak . Contohnya , Alias selalu membantu Som untuk menyiapkan tugasan

matematik yang diarahkan Cikgu Sunan .


- seorang yang sayang akan haiwan peliharaan . Contohnya , Alias amat menyayangi chot

dan sanggup mencari haiwan peliharaannya itu di sekeliling kampung semasa Chot hilang .
- Seorang yang perahsia . Contohnya , Alias telah merahsiakan sakit telinga yang dialaminya daripada
pengatahuan Cikgu Sunan dan ibunya .

• Ibu
- ibu kepada Alias .
- Bergelar ibu tunggal setelah kematian suaminya sejak lima tahun lalu .
- merupakan orang kurang upaya , iaitu mengidap penyakit lumpuh
- seorang yang memetingkan Pendidikan . Contohnya , ibu telah menasihati Alias agar pergi sekolah .
- Seorang yang memetingkan agama . Contohnya , ibu sentiasa menasihati Alias agar menunaikan
• CHOT
- Chot ialah seekor beruk peliharaan Alias .
- Chot memiliki mata yang bening , berbulu cering , berekor pendek , dan bergigi putih tajam .
- Chot tinggal di dalam kotak sabun di atas pokok langsat .
- Seekor beruk yang bijak . Contohnya , Chot akan mengikut arahan Alais untuk memetic buah kelapa yang
dikehendaki . Setelah selesai , Chot akan turun dari pokok dan menunggu arahan Alias yang seterusnya .
- Seekor beruk yang nakal Contohnya, Chot gemar mengusik Som sehingga Som rapat dengannya
- Seekor beruk yang takut akan air. Contohnya, Chot telah mengeraskan tubuhnya seperti kesejukan serta tidak
mahu mengikut Alias apabila ditarik
- Seekor beruk yang setia. Contohnya, Chot amat setia kepada Alias. Chot akan bertenggek pada bahu Alias semasa
mahu pergi memetik buah kelapa

• Som
- Som berumur 11 tahun .
- Som belajar dalam darjah lima dan merupakan rakan sekelas Alias .
- Dia merupakan anak bongsu Pak Din .
- Dia bertubuh kurus lampai .
- Seorang yang mementingkan persahabatan. Contohnya, Som selalu menunggu Alias di simpang jalan pada setiap pagi untuk
bersama sama pergi ke sekolah
- Seorang yang berpegang pada janji. Contohnya, Som tidak akan memberitahu sebab Alias tidak hadir kepada Cikgu Sunan
kerana telah berjanji kepada Alias untuk merahsiakannya .
• cikgu sunan .
- Cikgu Sunan memiliki tubuh yang tinggi dan bermisai
- Cikgu Sunan berasal dari bandar
- Seorang yang tegas. Contohnya, Cikgu Sunan memarahi pelajar yang tidak mengahayati bacaan doa. Dia
juga akan memastikan semua pelajar memberikan tumpuan semasa dalam perhimpunan.
- Seorang yang panas baran. Contohnya, Cikgu Sunan telah menjerit dan memarahi Alias setelah Alias
memberikan alasan bahawa dia mencari beruknya yang hilang sehingga menyebabkan dia lewat datang
ke sekolah.
- Seorang guru yang rajin. Contohnya, Cikgu Sunan rajin menyediakan bahan dan carta untuk digantung
di dalam kelas

• Mak Su Kiah
- Mak Su Kiah merupakan jiran alias.
- Dia memeliki tubuh yang gemuk .
- Dia merupakan seorang ibu tunggal dan umurnya sebaya dengan ibu Alias
- Seorang yang baik hati. Contohnya Mak Su Kiah telah memberikan sepinggan nasi dan semangkuk gulai
kepada Alias dan ibunya kerana bersimpati dengan nasib mereka
- Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain. Contohnya, Mak Su Kiah berasa simpati akan nasib Alias
kerana terpaksa memikul tanggungjawab menyara ibunya yang lumpuh dengan mengambil upah
memetik buah kelapa
• PAK DIN
- Pak din merupakan ayah kepada Som .
- Dia memiliki kebun kelapa.
- Isterinya telah meninggal dunia lima tahun yang lalu.
- Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain. Contohnya, Pak Din akan menyuruh Alias dan Chot
memetik buah kelapa di kebunnya kerana menyedari kehidupan Alias bergantung pada
pekerjaan itu.
- Seorang yang taat akan agama.Contohnya, Pak Din sedang mengambil wuduk semasa Alias
datang semula ke rumahnya untuk meminta ubat batuk. Dia juga mengizinkan anaknya, Som
untuk belajar mengaji di rumah Alias.

Anda mungkin juga menyukai