Anda di halaman 1dari 6

Soalan 1: Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari Novel yang saya pelajari

ialah 6:20 karya Jasmina Ibrahim.Dalam novel tersebut terdapat beberapa persoalan telah diutarakan. Antara persoalannya ialah _________________________. Hal ini dapat dilihat dalam watak Sukma yang berani pergi ke _________________________ seorang diri pada suatu pagi selepas beredar dari Kafe Flora semata-mata untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut walaupun tahu kesan tindakannya itu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sukma telah berusaha mencari pelbagai maklumat sebagai _________________________ yang berkaitan Kelab WX2. Selain itu, terdapat juga persoalan ________________________. Persoalan ini jelas dipaparkan ketika Sukma bertembung dengan sahabatnya Jerry pada suatu malam ketika dalam perjalanannya ke rumah Jerry. Sukma telah cuba sedaya upaya menyedarkan sahabatnya, Jerry supaya tidak terpengaruh dengan gejala negatif setelah melihat keadaan Jerry yang tidak terurus dan memintanya meninggalkan Kelab WX2 yang pada pandangannya telah banyak _______________________ diri Jerry. Seterusnya, persoalan _______________________ turut terdapat dalam novel ini. Persoalan ini telah ditunjukkan dalam perwatakan ibu Sukma yang berasa __________________ apabila Sukma ingin berjumpa dengan ______________________ di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya sendiri. tetamu-tetamu misteri merosakkan tanggungjawab seorang sahabat kasih sayang terhadap ibu bapa Kelab WX2 keberanian menegakkan kebenaran sangat bimbang bahan bukti

PILIHAN PERSOALAN YANG LAIN Konflik dalam keluarga Berlaku konflik antara ibu dengan Sukma. Pn. Delia telah beranggapan Sukma sedang menghadapi tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan tekanannya. Remaja mudah terpengaruh Kawan-kawan Sukma iaitu Jerry, Iskandar dan Reny mudah terpengaruh dengan pemikiran barat telah menyertai kelab WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak. Prihatin terhadap masalah orang lain Ayah Sukma iaitu Tuan Haji Syakir telah berusaha mengumpulkan dana bagi tujuan pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit yang dideritai oleh Ehsan. Menunaikan tuntutan agama Meskipun sibuk dengan urusan seharian, Tuan Haji Syakir tidak lupa menunaikan solat. Hal ini dapat dilihat pada suatu petang beliau tetap mengerjakan solat asar walaupun lewat petang kerana urusan pekerjaan.

Contoh peristiwa lain dalam persoalan jawapan . persoalan tanggungjawab seorang sahabat - Persoalan ini juga telah ditunjukkan menerusi tindakan Jerry yang masih sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat Kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya telah terancam. persoalan kasih sayang terhadap ibu bapa - Ditonjolkan dalam perwatakan ibu bapa Jerry berasa bimbang sewaktu kehilangannya. Namun begitu, sebaik sahaja dia pulang, Jerry telah diterima baik dengan tangan terbuka oleh kedua ibu bapanya. - Pn. Delia memberi Sukma sebuah buku untuk menangani masalah tekanan yang pada tanggapannya telah dialami oleh Sukma.Hal ini telah menjelaskan bahawa beliau sangat mengambil berat akan anaknya itu.

Soalan 2: Kita hendaklah mengamalkan sikap bantu-membantu dalam kehidupan Berdasarkan pernyataan di atas huraikan tiga peristiwa daripada novel tingkatan 3. Novel yang saya pelajari ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam novel tersebut dapat diperhatikan beberapa peristiwa yang memperlihatkan sikap bantu-membantu dalam kehidupan yang patut kita amalkan. Sikap bantu-membantu jelas diperhatikan pada watak Sukma yang selalu membantu Teja yang kurang faham akan mata pelajaran . yang diajar oleh Profesor Darul. Sukma memberikan . tentang apa-apa yang diajar oleh profeser setiap kali selepas tamat kuliah. Sukma juga memberikan isyarat kepada Teja yang kelihatan bimbang semasa peperiksaan. Selain itu, sikap bantu-membantu jelas diperhatikan apabila Iskandar yang insaf akan kesilapannya datang bertemu dengan Sukma untuk membantunya menyelesaikan masalah. Iskandar telah membantu memberikan maklumat tentang jadual dan . kumpulan WX2 . Maklumat tentang lokasi simpanan Pati 1 dan dadah juga diberikan. Iskandar juga membantu membawa Rafiq ke kumpulan WX2 . Iskandar juga turun bersama-sama dengan Rafiq, Ros dan pihak berkuasa semasa membuat kumpulan WX2. Seterusnya, sikap bantu-membantu dalam kehidupan jelas kelihatan apabila Tuan Haji Syaqir, Sukma, Rafiq dan Iskandar turut menghadiri .. bagi mengutip dana membantu kanak-kanak bernama Ehsan yang memerlukan bantuan untuk merawat dan kulit. markas baharu bertenang penjelasan majlis amal tangkapan Tamadun penyakit jantung pelan tindakan

Soalan 3: Watak utama memainkan peranan penting dalam menggerakkan plot sesebuah novel. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam novel ini terdapat watak utama iaitu Sukma binti Haji Shaqir. Perwatakan yang terdapat pada diri Sukma ialah .. Dia menurut kata-kata ibunya yang melarangnya berjumpa dengan .yang berada di pintu pagar rumah kerana ibunya berhati-hati demi keselamatan mereka. Selain itu, Sukma juga seorang yang... Apabila Iskandar terjumpa Sukma di kawasan luar Kelab WX2, dia telah menyuruh Sukma balik tetapi .malah dia cuba untuk masuk ke Kelab itu dengan mengatakan dia boleh .. Seterusnya, Sukma juga seorang yang ...Dia tidak putus asa untuk mencari .. tentang Kelab WX2. Dia juga berusaha memujuk Jerry untuk ..... kelab tersebut dan akhirnya dia berjaya kerana Jerry mahu bekerjasama walaupun nyawanya terancam. berusaha gigih bukti dan maklumat menjaga diri sendiri taat kepada perintah ibu Degil membocorkan maklumat tetamu-tetamu misteri Sukma enggan Pilihan jawapan yang lain (Perwatakan watak utama Sukma) Sukma Watak fizikal i. Anak perempuan tunggal Tuan Haji Shaqir dan Puan Deliah. ii. Berusia 19 tahun iii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam Perwatakan 1. Seorang guru tarian zapin Pada waktu lapang, Sukma mengajar budak-budak berusia lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahannya tentang tarian zapin. 2. Mudah bersimpati terhadap orang lain Dia bersimpati terhadap Ehsan iaitu seorang kanak-kanak yang menderita penyakit Kulit dan jantung. 3. Seorang yang taat kepada perintah Allah. Walaupun sibuk dengan urusan harian tetapi dia tetap menunaikan solat setiap waktu. 4. Seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu

berusaha dengan tekun mencari jawapan kemunculan tetamu-tetami misteri di hadapan pintu pagar rumahnya pada pukul 6:20 5. Seorang yang sensitif Dia tersinggung apabila ibunya memberinya buku yang berkaitan dengan isu menangani stress sedangkan dia tidak memerlukan buku itu dan dia tidak stress. 6. Seorang yang prejudis/ syak wasangka Dia perjudis kepada ibunya dengan mengatakan bahawa ibunya mungkin pemimpin tertinggi atau perisik bagi Kelab WX2 dan berusaha memujuk golongan muda terlibat dalam Kelab WX2 tanpa bukti yang kukuh Cuma berdasarkan tingkah laku ibunya yang dianggap mencurigainya. 7. Seorang yang berani Dia berani pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut. 8. Seorang yang setiakawan Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi oleh pemikiran Barat dengan menyertai Kelab WX2

Soalan 4:

Nilai keberanian sering terdapat dalam sesebuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menunjukkan nilai keberanian. Novel yang saya pelajari ialah 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan nilai keberanian. Antara peristiwa yang menunjukkan nilai keberanian ialah peristiwa Sukma, iaitu watak utama dalam novel ini yang berani ..............................................untuk melihat gerangan tetamu yang muncul di hadapan pintu pagarnya pada jam.................................... Selain itu, Sukma turut menunjukkan sikap keberanian dalam watak yang dibawanya apabila dia berani ................................. yang luar biasa dan agak pelik walaupun dia tahu kemungkinan tegurannya ini akan dibalas dengan tindakan luar jangkaan Jerry. Sukma juga berani .................................... untuk mengetahui aktiviti sebenar yang dijalankan oleh kelab tersebut. Peristiwa ini menujukkan keberanian Sukma kerana dia sudah mengetahui kehadirannya ke Kelab WX2 tersebut akan mengundang risiko kepada dirinya tetapi dia tetap pergi ............................................ bagi segala teka-teki yang bermain difikirannya. Seterusnya, Sukma mempunyai sikap berani ................................................. Buktinya, Sukma sendiri telah bertanya kepada Iskandar untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kelab WX2, walhal dia sejak awal lagi tidak gemar untuk bersemuka dengan Iskandar kerana sikap Iskandar yang ..................................... dan tidak mahu menerima pendapat orang lain. Antara peristiwa lain yang menunjukkan nilai keberanian ialah dalam watak yang dibawa dibawa oleh ............................, iaitu ibu Sukma yang berani menanggung risiko. Sebagai contoh, beliau berani menjadi ............................. bagi mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2 walaupun dia tahu bahawa tindakannya itu bukan sahaja boleh menjerat dirinya bahkan boleh membawa maut. Selain itu, watak Rafiq turut menunjukkan sikap keberanian. Antara peristiwa yang menunjukkan sikap keberanian Rafiq ialah dia ......................................... tentang topik yang 6 mereka pelajari di dalam kelas, walhal dia merupakan pelajar baharu di pusat pengajian tersebut dan ilmu yang dimiliki sangat sedikit berbanding yang lain. membuka pintu pagar rumahnya untuk bertanya bagi mendapatkan kebenaran menegur penampilan Jerry untuk mendapatkan jawapan 6:20 pagi. riak dalam percakapannya Puan Delia pergi ke Kelab WX2 seorang diri seorang perisik berani memberikan penerangan

Anda mungkin juga menyukai