Anda di halaman 1dari 6

Nota Kawad

KAWAD TANPA SENJATA DALAM KEDUDUKAN STATIK


BIL PERKARA KATA PERINTAH/ PERGERAKAN

1 Kawad Arahan kawad:


Tanpa “ Skuad, Skuad……. Sdia”
Senjata
Pergerakan:
1.1    Sedia
1.      Dengan pantas angkat kaki kiri separas pergelangan kaki (angklet) atau setinggi 6 inci dari paras
bumi dan hentak di sebelah kaki kanan.
2.      Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja serentak dengan kiraan “Satu”.

1.2    Senang diri Arahan kawad:


“ Senang…… Dri”

Pergerakan :
1.      Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet bawa ke sebelah kiri supaya terdengar satu bunyi
dengan kiraan “Satu”,
2.      Masa itu juga bawa kedua-dua tangan ke belakang tangan kanan rapat di hadapan tapak tangan kiri
dan ibu jari bersilang.

1.3    Rehatkan diri Arahan kawad:


“ Rehatkan.... Dri”

Pergerakan:
1.      Lemahkan semua anggota badan & kepala.
2.      Tangan dinaikkan di atas punggung serentak dengan kiraan “Satu”.

1.4 Membentuk Arahan kawad:


Skuad “ Tiga barisan di hadapan saya... Grak”

(Jadikan tiga Pergerakan:


berisan) Anggota dengan pantas berlari beratur jadikan tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan jurulatih.

1.5    Langkah ke Arahan kawad:


Hadapan “...... langkah ke hadapan.... Grak” (Contoh: “1 langkah ke hadapan.....Grak”)

Pergerakan:
1.      Dengan pantas ambil satu langkah kaki kiri sejauh satu inci ke hadapan dengan kiraan “Satu”.
2.      Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik
ke kedudukan sedia.

1.6    Langkah ke Arahan kawad:


Belakang “....... Langkah ke Belakang....Grak”

Pergerakan:
1.      Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet tolak ke belakang sejauh 30 inci dengan kiraan
“Satu”.
2.      Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat ke tumit kaki kiri dengan kiraan “Dua” balik ke
kedudukan sedia.

1.7    Langkah ke Arahan kawad:


Kanan “....... Langkah ke Kanan....Grak”

Pergerakan:
1.      Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet dan bawa ke sebelah kanan sejauh 12 inci .
2.      Letakkan hujung kaki kanan ke bumi dengan kiraan “Satu”.
3.      Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak rapat di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik ke
kedudukan sedia.
1.8    Langkah ke Arahan kawad:
kiri “....... Langkah ke Kiri....Grak”

Pergerakan:
1.   Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan bawa ke sebelah kiri sejauh 12 inci.
2.   Letakkan hujung kaki kiri ke bumi dengan kiraan “Satu”.
3.   Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua” balik ke
kedudukan sedia.

1.9 Membetul- Arahan kawad:


kan barisan “Ke Kanan.........Lurus”

a. Ke Kanan Pergerakan:


Lurus. 1.   Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam.
2.   Anggota lain dengan pantas sorongkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dan letakkan tapak ke
bumi dengan kiraan “Satu”
3.   Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”.
4.   Pada masa sama palingkan muka memandang ke kanan kecuali orang nombor satu di dalam setiap
barisan, dan anggota di dalam barisan hadapan angkat tangan kanan paras bahu melalui belakang
orang di kanannya kecuali penanda kanan.
5.   Setelah itu angkat kaki kiri separas angklet dan hentakkan di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Tiga”
dan terus hentak kaki kanan / kiri berturut-turut mengambil lurus.
6.   Setelah mendapat kedudukan lurus, semua anggota diam dan tunggu perintah “Pandang Depan”

Peringatan:
Jika kawad dengan senjata (tangan kanan memegang senjata) orang dalam barisan hadapan
mengangkat tangan kiri ke sebelah kiri serta pandang kanan.

b. Pandang Arahan kawad:


Depan “ Pandang ....... Dpan”

Pergerakan:
Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan tangan kanan ke
sebelah rusuk kembali ke kedudukan sedia.

c.  Ke Kiri Arahan kawad:


Lurus “Ke Kiri...... Lurus”

Pergerakan:
1.      Pergerakan adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota dalam barisan belakang paling
ke kiri.
2.      Penanda di sebelah kiri hendaklah diam dan anggota nombor satu dalam barisan tengah dan belakang
hendaklah menentukan jarak.

d. Luruskan Arahan kawad:


Barisan “Luruskan.......... Barisan”

Pergerakan:
1.      Penanda diam, anggota lain dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki
kanan.
2.      Pada masa yang sama palingkan muka ke kanan serentak angkat tangan kanan paras bahu melalui
sebelah belakang orang di kanannya.
3.      Hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut bergerak ambil lurus.

1.10Nombor Arahan kawad:


“ Skuad.......... Nombor”

Pergerakan:
Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.
1.11Buka/ tutup Arahan kawad:
Barisan “ Buka Barisan....... Grak”

a. Buka Barisan Pergerakan:


1.      Dengan pantas semua anggota barisan hadapan ambil satu langkah ke hadapan sejauh 30 inci dengan
kiraan “Satu”.
2.      Ambil satu langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan kiraa “Dua”.
3.      Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Tiga”
balik ke kedudukan sedia.
4.      Bagi anggota barisan belakang, pergerakan dibuat secara mengundur dua langkah ke belakang
dimulakan dengan kaki kiri mengikut jarak dan kiraan sama dengan barisan hadapan.

b.    Tutup barisan Arahan kawad:


“Tutup Barisan........Grak”

Pergerakan:
1.    Anggota barisan hadapan membuat pergerakan sepertimana anggota barisan belakang semasa “Buka
Barisan” (Mengundur).
2.    Bagi anggota barisan belakang pula membuat pergerakan sepertimana anggota barisan hadapan
semasa pergerakan “Buka Barisan” (langkah ke hadapan).

1.12Berpusing Arahan kawad:


“ Bergerak ke kanan, kanan....... Sing”
a. Berpusing ke
kanan Pergerakan:
1.      Lutut lurus
2.      Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
3.      Angkat kaki kiri separas angklet
4.      Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

b. Berpusing ke Arahan kawad:


kiri “Bergerak ke Kiri, kiri ....... Sing”

Pergerakan:
1.      Lutut lurus.
2.      Pusing badan 90 darjah ke kiri dengan kiraan “Satu”.
3.      Angkat kaki kanan separas angklet
4.      Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”.

c.  Berpusing ke Arahan kawad:


belakang “Bergerak ke kiri, Belakang ........ Sing”

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada di sebelah kiri).
 
Pergerakan:
1.      Lutut lurus.
2.      Pusing badan 180 darjah ke belakang melalui sebelah kanan dengan kiraan “Satu”.
3.      Angkat kaki kiri separas angklet
4.      Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

Arahan kawad:
“Bergerak ke Kanan, Belakang...Sing”

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada di sebelah
kanan.)

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.

Arahan kawad:
“Menghadap ke Belakang, Belakang.... Sing”
(Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke hadapan)

Pergerakan:
 Pergerakan adalah sama seperti di atas.

Arahan kawad:
“Menghadap ke Hadapan, Belakang.... Sing”

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang)

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.

d.    Berpusing Arahan kawad:


separuh “Bergerak ke kanan, Separuh.......Kanan.”
kanan
Pergerakan:
1.    Kedudukan lutut lurus.
2.    Pusing badan 45 darjah ke separuh kanan dengan kiraan “Satu”.
3.    Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet.
4.    Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

e.    Berpusing Arahan kawad:


separuh kiri “Bergerak ke kiri, Separuh.......Kiri.”

Pergerakan:
1.    Kedudukan lutut lurus.
2.    Pusing badan 45 darjah ke separuh kiri dengan kiraan “Satu”.
3.    Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet.
4.    Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”.

1.13Bersurai dan Arahan kawad:


keluar baris “Keluar......Baris”

a.    Keluar baris Pergerakan:


1.      Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
Ingatan: 2.      Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan
“keluar baris” kiraan “Dua”
digunakan 3.      Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan “Satu” terus ke hadapan dengan
semasa: kiraan “Dua”, “Tiga” dan bersurai.
- Anggota (berbeza dengan bersurai, ianya belum tamat. Hanya bersurai sementara dan anggota tidak dibenarkan
dalam kelas. keluar dari kawasan latihan.
- Jurulatih
memberi
penerangan .

b.    Bersurai Arahan kawad:


“Ber.........surai”

Ingatan: Pergerakan:
Tujuan 1.       Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
bersurai 2.      Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan
adalah kiraan “Dua”
menandakan 3.      Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan “Satu” terus ke hadapan dengan
tamatnya kiraan “Dua”, “Tiga” dan bersurai.
latihan /
aktiviti. Arahan kawad:
“Pegawai di padang/ dalam baris, Ber........surai”
Pergerakan:
1.       Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
2.       Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan
kiraan “Dua”.
3.       Buat pergerakan hormat dengan kiraan “Satu”.
Ingatan: 4.       Turun tangan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”.
“Pegawai di 5.       Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan “Satu” , terus ke hadapan dengan
padang” kiraan “Dua”, “Tiga” dan bersurai.
digunakan
untuk skuad
pegawai.

1.14. Paras Arahan kawad:


“Tinggi ke Kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan....Paras”

Pergerakan:
Ingatan: 1.       Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
Semua 2.       Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan
anggota buat “Dua”.
pergerakan 3.       Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan “Satu” , terus ke hadapan tiga langkah
keluar baris dengan kiraan “Dua”, “Tiga” dan terus beratur dalam satu barisan.
kemudian
beratur
mengikut
tinggi Arahan kawad:
masing- “Dari Kanan.......Nombor”
masing dan
berdiri sedia Pergerakan:
menunggu Anggota menyebut bilangan nombor dari kanan ke kiri.
perintah
seterusnya. (Anggota sebelah kanan sekali menyebut nombor “Satu”, yang lain mengikut dengan nombor “Dua” dan
seterusnya sehingga anggota terakhir dalam barisan. Semasa membilang kepala tegak ke hadapan.  )

Ingatan: Arahan kawad:


Apabila “Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang......... Grak”
sampai di
tempat Pergerakan:
ditetapkan, 1.    Ambil satu langkah kaki kiri sejauh 30 darjah ke hadapan dengan kiraan “Satu”.
anggota 2.    Angkat kaki kanan separas angklet dan
dikehendaki 3.    Hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia.
belok ke kiri 4.    Bagi anggota yang mengundur, mula dengan kaki kiri mengikut jarak dan kiraan yang sama.
dan
mengambil Arahan kawad:
jarak dan “Penanda diam, ganjil ke kanan, genap ke kiri, kanan dan kiri......... Grak”
lurus dengan
betul serta Pergerakan:
berhenti di 1.    Anggota barisan nombor ganjil dengan pantas pusingkan badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
tempat 2.    Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan
masing- “Dua”.
masing dalam3.    Bagi anggota barisan nombor genap berpusing ke kiri dengan kiraan yang sama.
kedudukan
sedia. Arahan kawad:
“Jadikan tiga barisan di hadapan saya, dari kiri/kanan....cpat jalan”
Pergerakan:
1.    Langkah ke hadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit) mulakan dengan kaki kanan dengan memacakkan tumit
ke bumi.
2.    Orang nombor genap ikut belakang orang nombor ganjil.
3.    Orang nombor satu tetap menjadi orang nombor satu barisan hadapan.
4.    Nombor tiga jadi nombor satu barisan tengah.
5.    Nombor lima jadi nombor satu barisan belakang.
6.    Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya sehingga anggota yang penghabisan.

Anda mungkin juga menyukai