Anda di halaman 1dari 3

PERMAINAN GULI

Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan

tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia

biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas

tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain

pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering

untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok

kerana buah guli akan menjadi lenget.

Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam

untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan

kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat

dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki

kelingking hingga ibu jari kaki.

Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan

sasarannya. Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan

lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain

guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.


PERATURAN PERTANDINGAN

1. Untuk memulakan permainan setiap, pemain hendaklah meleretkan biji guli ke

garisan induk yang disediakan.

2. Guli yang dileret ke garisan pemulaan atau yang terhampir adalah dikira

sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli

kedua hampir dan seterusnya.

3. Pemain pertama akan menjentik/meleret/menuju gulinya kepada semua guli

yang berada di dalam kawasan bulatan induk agar terkeluar.

4. Sekiranya jentikan/leretan/tujuan tidak mengena, ia dikira mati dan pemain

kedua akan membuat jentikan/leretan/tujuan kepada guli-guli yang ada,

begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat

jentikan/leretan/tujuan ke atas guli pemain lainnya.

5. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah

menjentik/meleret/menuju guli miliknya melalui bulatan induk terlebih dahulu.

6. Pemain akan memastikan jentikan/leretan/tujuan guli miliknya sentiasa berada

berhampiran dengan bulatan induk setiap kali dilakukan. Ini memudahkan

mereka mengawal permainan.

7. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil

alih giliran dikehendaki menjentik/meleret/menuju guli miliknya ke dalam

bulatan induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan bertujuan

mematikan pihak lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam bulatan induk,

giliran untuk pemain lain diberikan.

8. Pemain perlu mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum dibenarkan

mematikan guli pihak lawan. Lesen tersebut ialah pemain perlu mengeluarkan

sekurang-kurangnya empat (4) biji guli daripada bulatan induk.


KESALAHAN

1. Tangan dilarang sama sekali masuk ke dalam bulatan ketika

menjentik/meleret/menuju guli yang berada di dalam bulatan induk.

2. Masa yang diambil untuk menjentik/meleret/menuju guli tidak boleh

melebihi 5 saat.

PENENTUAN PEMENANG

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan/leretan/tujuan yang dibuat untuk


mengeluarkan guli daripada bulatan induk serta bilangan guli pihak lawan yang
berjaya dimatikan dalam tempoh masa permainan yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai