Anda di halaman 1dari 2

Brainstorming

Aktiviti :

i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.

ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya


botol mineral, kotak kapur dll.

iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar
/ asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir.

iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.

v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut


tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya
kayu hoki, syampu dll.

vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini
secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang
selalu anda lakukan di bilik air dll.

vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan


perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang
kepimpinan.

viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang
perlu ada pada setiap pemimpin dll.

Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada
(konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih
luas.

Pengelompokan mengikut kriteria

Aktiviti :

i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria


seperti :

a. Sama jantina

b. Sama tahun lahir

c. Sama bulan kelahiran

d. Sama saiz kasut


e. Sama warna baju / seluar dll.

ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu
sama lain.

Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17. Group in…

Aktiviti :

i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan


mematuhi arahan fasilitator.

ii. Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”

iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk


kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.

iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan
secara ringkas.

Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan
penerimaan dalam kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai