Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

AKTIVITI ARCA PASIR “KOTA LUKUT”


SEMPENA HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2018
MUZIUM LUKUT, JABATAN MUZIUM MALAYSIA
16 MEI 2018

TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
dari pihak pengurusan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) bagi mengadakan aktiviti
Arca Pasir “Kota Lukut” yang akan diadakan di Muzium Lukut pada 16 Mei 2018.

PENGENALAN

Seni arca pasir merupakan antara salah satu hasil karya seni yang masih kurang
popular jika dibandingkan dengan karya-karya seni yang lain. Mungkin bagi
kebanyakan orang, aktiviti ini hanya dianggap sebagai aktiviti santai atau ‘suka-suka’
apabila berkelah di tepi pantai seperti membina istana pasir. Ramai beranggapan
aktiviti membina arca pasir khususnya istana pasir dilihat sangat mudah untuk
dilakukan. Namun, untuk membinanya tidaklah semudah seperti yang kita
sangkakan. Kuantiti air dan pasir sebenarnya faktor utama dalam pembinaan istana
pasir.

Hobi membina istana pasir hakikatnya mempunyai pengikut yang ramai di seluruh
dunia termasuklah di negara kita. Malahan sesetengah orang yang menjadikannya
sebagai kerjaya tetap. Aktiviti seperti ini mungkin dianggap santai, namun terdapat
beberapa kajian menyatakan bahawa aktiviti bermain pasir mempunyai banyak
faedah seperti meningkatkan daya tumpuan dan fokus, perkembangan sosial emosi
serta pemikiran kreatif.

Sehubungan dengan itu, bersempena dengan sambutan Hari Muzium Antarabangsa


2018, Muzium Lukut akan mengadakan aktiviti membina arca pasir ‘Kota Lukut’
pada 16 Mei 2018 (Rabu) dimana penyertaan terhad kepada 50 orang peserta
sahaja iaitu pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar daerah Port Dickson.
Simboliknya, pemilihan aktiviti seperti ini kerana Muzium Lukut terletak di dalam
daerah Port Dickson yang begitu sinonim dan terkenal dengan pantai
peranginannya. Disamping itu, ianya dilihat sebagai satu aktiviti yang menceriakan
dan bersesuaian dengan kumpulan sasaran kita iaitu murid-murid sekolah rendah.
Secara tidak langsung turut menjadi medium kepada mereka untuk lebih mengenali
tempat bersejarah seperti Kota Lukut dan menambah pengetahuan dengan melawat
pameran.

Diharapkan aktiviti yang akan diadakan ini dapat memberikan impak dan mencapai
matlamatnya bukan sahaja kepada Muzium Lukut dan jabatan tetapi juga kepada
para peserta.

OBJEKTIF

o Mempromosi dan menarik minat pelawat ke Muzium Lukut

o Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi murid.

o Memupuk semangat muhibbah, setiakawan dan bekerjasama di kalangan


peserta.

o Memupuk minat murid bagi menghayati dan menghargai sejarah negara kita.

TEMA

‘Kota Lukut’
Setiap kumpulan dikhendaki membina arca pasir iaitu ‘Kota Lukut’ mengikut kreativiti
masing-masing.

ANJURAN

Muzium Lukut, Jabatan Muzium Malaysia

TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 16 Mei 2018 (Rabu)


Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Peserta

Anggaran peserta adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada murid-murid


sekolah rendah (5 sekolah terpilih) di sekitar daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.

TEMPAT

Muzium Lukut

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran A

PUBLISITI

o Laman sesawang JMM


o Media sosial: Facebook Muzium Lukut
o Banner

PERINCIAN PROGRAM
A. Lawatan pameran
Lawatan berpandu di dalam galeri Muzium Lukut dan tapak sejarah Kota Lukut.

B. Demostrasi
Sesi demostrasi mengenai teknik asas bagi membina arca pasir oleh tenaga
pengajar.

C. Membina arca pasir Kota Lukut


Aktiviti membina arca pasir Kota Lukut dilakukan secara berkumpulan iaitu 5
kumpulan (10 ahli/kumpulan).
BELANJAWAN

BIL. PERKARA KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH


1. Khemah (Piramid) 3 200.00 600.00
2. Meja banquet 8 18.00 144.00
3. Kerusi plastik 60 1.50 90.00
4. Sarapan pagi 65 4.00 260.00
5. Makan tengah hari 65 10.00 650.00
7. Hadiah (Hamper) 5 50.00 250.00
8. Banner (20’x20’) 2 90.00 180.00
JUMLAH KESELURUHAN 2,174.00

*Peruntukan SBV : RM2,500.00

PENUTUP
Adalah diharapkan aktiviti ini mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan
jabatan supaya ianya dapat berlangsung dengan lancar dan memberi manfaat serta
mencapai objektifnya kepada Muzium Lukut dan para peserta yang menyertainya.

Disediakan oleh,

(PETERSON AUGUSTINE AK AUGUSTINE JADAN)


Ketua Muzium Lukut
Jabatan Muzium Malaysia

Diluluskan oleh,

(MOHD. AZMI BIN MOHD. YUSOF)


Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman)
Jabatan Muzium Malaysia
Lampiran A

AKTIVITI ARCA PASIR “KOTA LUKUT”


SEMPENA HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2018
MUZIUM LUKUT, JABATAN MUZIUM MALAYSIA
16 MEI 2018

Masa Atur Acara

8.00 pagi Pendaftaran peserta


Minum pagi

8.30 pagi Taklimat aktiviti


Lawatan ke galeri pameran
Lawatan ke tapak sejarah Kota Lukut

10.00 pagi Demostrasi teknik asas membina arca pasir

10.30 pagi Aktiviti membina arca pasir Kota Lukut

12.00 tengah hari Penyampaian sijil


Makan tengah hari

12.45 tengah hari Bersurai


Lampiran B

Banner dan web banner aktiviti

Anda mungkin juga menyukai