Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM BICARA @MUZIUM 2019: “DARI TANJUNG KE PORT DICKSON”


ANJURAN MUZIUM LUKUT, JABATAN MUZIUM MALAYSIA
21 NOVEMBER 2019

PENGENALAN

Program Bicara @Muzium merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan
oleh muzium-muzium dibawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia (JMM).
Kaedah atau konsep perlaksanaannya berbeza-beza mengikut keperluan dan
kesesuaian sesebuah muzium tersebut, sama ada dalam bentuk forum, ceramah,
bual bicara mahu pun bengkel. Bagi Muzium Lukut, penganjuran program berilmiah
ini adalah kali ke-2 diadakan selepas pada tahun 2017 dengan tema “Runtuhnya
Kota Lukut” iaitu pengkisahan sejarah mengenai Lukut.

Program seperti ini dilihat seiring dengan objektif Muzium Lukut itu sendiri
terutamanya dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat termasuklah para
penyelidik dan pencinta sejarah yang seterusnya diharapkan dapat menggiatkan lagi
usaha-usaha ke arah pendokumentasian sejarah yang berkaitan. Ianya juga
platform terbaik kepada kumpulan sasaran seperti pelajar sekolah dan institusi
pengajian tinggi (IPT) untuk menimba ilmu dan pengetahuan mengenai sejarah Port
Dickson.

Pihak kami merasakan terdapat keperluan untuk menganjurkan program Bicara


@Muzium ini kerana Port Dickson sebenarnya mempunyai keunikan sejarah
tersendiri yang harus disampaikan kepada masyarakat selain terkenal sebagai pantai
peranginan. Disamping itu juga, masih terdapat banyak lagi kajian atau
perbincangan tentang sejarah Port Dickson perlu diadakan bagi mendapatkan fakta-
fakta yang lebih tepat dan konkrit. Diharapkan program yang akan diadakan ini
dapat memberikan impak dan mencapai matlamatnya bukan sahaja kepada Muzium
Lukut dan jabatan tetapi juga kepada peserta–peserta program khususnya para
penyelidik sejarah dan pelajar sekolah/IPT.
OBJEKTIF

o Membudayakan ilmu dikalangan masyarakat setempat.

o Meningkatkan pengetahuan seterusnya menambah baik fakta-fakta sejarah


Lukut bagi tujuan pendokumentasian dan pameran.

o Mengenalpasti potensi dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi


menjalankan penyelidikan baharu tentang Port Dickson.

o Memupuk minat yang lebih mendalam dan meluas terhadap sejarah negara di
kalangan kumpulan sasaran terutamanya generasi baharu.

o Mempromosi dan menarik minat pelawat ke Muzium Lukut.

TEMA

“Dari Tanjung ke Port Dickson”


Pengkisahan sejarah mengenai Port Dickson iaitu dari dikenali sebagai Tanjung
hinggalah kepada Port Dickson dan warisan sejarah dalam industri pelancongan
negara.

ANJURAN

Muzium Lukut, Jabatan Muzium Malaysia

TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 21 November 2019 (Khamis)


Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang

SASARAN DAN JEMPUTAN

Anggaran keseluruhan jemputan dan peserta adalah seramai 100 orang yang terdiri
daripada:

o Ahli akademik dan pengkaji sejarah


o Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor
o Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan N.Sembilan
o Jabatan Warisan Negara Zon Selatan
o Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, N.Sembilan
o Lembaga Muzium Negeri Sembilan
o Muzium Tentera Darat
o Majlis Perbandaran Port Dickson
o Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson
o Sekolah dan IPTA/IPTS
o Media cetak
o Penduduk tempatan
o Lain-lain jabatan/agensi kerajaan di sekitar daerah Port Dickson

TEMPAT

Tempat yang dicadangkan: Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

TENTATIF PROGRAM
Lampiran A

PUBLISITI

o Laman sesawang JMM


o Media sosial: Facebook
o Surat jemputan dan edaran poster program
o Banner

CADANGAN PEMBENTANG

1. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Nasir Bin Hj. Saludin


(Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Unisel)

2. Prof. Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli B. Saludin


(Felo Penyelidik Kanan Institut Alam & Tamadun Melayu, UKM)
PERINCIAN PROGRAM

A. Pembentangan (45 minit)


Antara pengisian pembentangan yang akan disampaikan ialah mengenai:

1. Lanskap sejarah Port Dickson dari perspektif sosio-ekonominya, dahulu dan


sekarang.

2. Port Dickson dalam konteks pelancongan sejarah.

3. Warisan sejarah dalam industri pelancongan.

B. Soal jawab (10-15 minit)


Sesi soal jawab terbuka kepada jemputan dan peserta yang mempunyai
pertanyaan, pandangan atau isu yang hendak dikemukakan kepada
pembentang.

PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat berlangsung dengan lancar dan memberi
manfaat serta mencapai objektifnya kepada Muzium Lukut, pembentang dan
jemputan atau peserta yang menyertainya.

Disediakan oleh,

(PETERSON AUGUSTINE AK AUGUSTINE JADAN)


Ketua Muzium Lukut
Jabatan Muzium Malaysia
Lampiran A

TENTATIF PROGRAM
BICARA @MUZIUM 2019 : DARI TANJUNG KE PORT DICKSON
DEWAN MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON ,
21 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)

MASA ATUR CARA

8.30 pagi Ketibaan jemputan dan pendaftaran peserta

9.00 pagi Nyanyian:


Lagu Negaraku
Lagu “Muzium Kita, Tamadun Kita”

Bacaan doa

Persembahan kebudayaan

Ucapan perasmian Ketua Pengarah JMM

10.00 pagi Pembentangan Pertama

Sesi soal jawab

11.00 pagi Pembentangan Kedua

Sesi soal jawab

12.00 tengah hari Persembahan kebudayaan

12.15 tengah hari Jamuan Makan Tengah Hari

1.00 petang Bersurai

Anda mungkin juga menyukai