Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM / AKTIVITI :


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

Yang berusaha,
Pengetua,
SMK Raja Lumu

1. PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan berkaitan dengan lawatan sambil
belajar yang dianjurkan oleh Kelab Sejarah dan Kelab Pelancongan SMK Raja Lumu.
Destinasi yang menjadi pilihan lawatan sambil belajar adalah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat
tempat-tempat menarik di samping menimba pengetahuan dan pengalaman baru. Hal
ini secara tidak langsung dapat membuka minda pelajar untuk berfikir di luar kotak
yang sekaligus dapat membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

2. RASIONAL

Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti bulan kemerdekaan yang
melibatkan Kelab Sejarah dan Kelab Pelancongan dan Kembara SMK Raja Lumu.
Lawatan ke tempat yang bersejarah untuk menimba ilmu pengetahuan dan melahirkan
rasa cinta dan semangat patriotism dalam kalangan pelajar.

3. OBJEKTIF LAWATAN

 Memperkayakan pengetahuan pelajar tentang sejarah bangsa melalui lawatan


ini.
 Memupuk semangat jati diri dan cinta akan bangsa, negara dan agama.

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN

Tarikh : 19 September 2022 (Isnin)


Masa : 7.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat Lawatan : Kuala Lumpur – Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,
Memorial Tun Hussein Onn, Memorial Negarawan, Memorial Tun Abdul Razak,
dan Muzium Negara
5. KUMPULAN SASAR

Program lawatan sambil belajar ini terbuka kepada semua murid SMK Raja Lumu.
Sasaran pelajar seramai 40 orang pelajar dan diiringi oleh empat orang Guru Penasihat
Kelab Pelancongan dan Kelab Sejarah.

6. AKTIVITI

Di muzium para pelajar akan dibawa menelusuri sejarah-sejarah negara pada masa
dahulu serta berpeluang melihat dan menyentuh artifak atau model senjata, pakaian,
barang-barang keperluan lain yang digunakan oleh masyarakat terdahulu. Selain itu,
lawatan ke bangunan seperti memorial dapat memberikan suasana yang berbeza kepada
mereka. Pihak Sekolah juga mengharapkan Arkib Negara mengadakan beberapa aktiviti
yang berfaedah kepada pelajar untuk menguji minda mereka dan alternatif yang sesuai
untuk mendidik pelajar.

Bil Perkara Kuantiti Harga Punca Kewangan


1. Makanan Murid RM 488.00
a) Roti 1.20
b) Air mineral 1.00
c) Nasi Ayam 10.00
Sumbangan Penyertaan
12.20 x 40
Peserta
2. a) Sewa Bas 750.00 RM 750.00 RM 1238.00

3. Yuran Masuk ke Tiada RM 0.00


Muzium Negara dan Yuran
Arkib Memorial
Jumlah RM 1238.00 Jumlah
7. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
   
Tentatif Program Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

TARIKH MASA AKTIVITI


19.8.2022 7.00 am Berkumpul di SMK Raja Lumu
(Isnin)
7.30 am Bertolak ke Kuala Lumpur

9.00 am Memorial Tunku Abdul Rahman Putra

9.45 am Memorial Tun Hussien Onn

10.30 am Memorial Negarawan

11.15am Memorial Tun Abdul Razak

12.00 pm Makanan tengah hari

1.0 pm Bergerak ke Muzium Negara

1.00- 3.30 pm Melawat Muzium Negara

4.00 pm Bertolak ke SMK RAJA LUMU

8. PENUTUP

Besar harapan agar ahli Kelab Sejarah dan Kelab Pelancongan SMK Raja Lumu
mendapat pengalaman dan pendedahan yang berguna hasil daripada lawatan ini.
Seterusnya pengalaman ini menjadi panduan kepada pelajar untuk menggunakan
sebaiknya peluang yang ada dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………… …………………………………
(Sivasangari Kanesin ) (Rokiah bt Othman )
Guru Penasihat Kelab Sejarah PK Kokurikulum
SMK Raja Lumu SMK Raja Lumu
Tarikh : 12/8/2022 Tarikh:12/8/2022
KERTAS CADANGAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

□ Meluluskan Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

□ Tidak meluluskan Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Ulasan : Disokong dan Diluluskan

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

………………………….
(Hazlina binti Mansor)
Pengetua
SMK Raja Lumu

Tarikh :…………………

Anda mungkin juga menyukai