Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGAT, TEL : 09-7126241

16400 MELOR,KOTA BHARU, FAX : 09-7126242


KELANTAN.

KERTAS  KERJA  LAWATAN  SAMBIL BELAJAR KE


MUZIUM NEGERI KELANTAN DAN SEOUL GARDEN , KB MALL
PADA 6 FEBUARI 2023

A. PENGENALAN

Di samping  kecemerlangan  akademik  yang  menjadi  teras visi  dan  misi 


SK.Peringat, kecemerlangan  dalam  bidang  kokurikulum  dan pendidikan sahsiah
tidak  dikesampingkan  begitu  sahaja.  Terdapat keperluan untuk membina
kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan
pelbagai keupayaan serta keperluan murid-murid.

Menyedari kebenaran  pepatah  ‘Jauh  Berjalan  Luas  Pandangan, Luas


Pandangan Banyak Pengetahuan’ maka projek ini dirancang untuk dilaksanakan
sebagai salah satu program riadah pendidikan kepada murid khasnya murid tahun 6,
5 dan 4. Dengan adanya  lawatan  seperti  ini, ia  diharapkan  memberi  ruang
kepada  murid untuk  menimba  pengalaman  dan  pengetahuan  sebanyak mungkin
mengenai  hal-hal  di  sekeliling  mereka  khususnya  sejarah tempat-tempat  yang 
dilawati.

B.     RASIONAL

1. Memberi pendedahan kepada murid untuk merasai dan mengalami


pembelajaran luar kelas secara tidak formal.

2. Menghubungkaitkan isi pelajaran di dalam kelas dengan mengalaminya sendiri


bagi mendapat pengetahuan lebih jelas dan bermakna.

3. Memahami sejarah yang menjadi tonggak warisan kebanggaan negara dan


menyuntik semangat cintakan keindahan dan menghargai khazanah.

4. Menjadikan lawatan  sambil belajar sebagai salah satu aktiviti yang


melengkapkan keperluan fizikal, mental, rohani malah jasmani murid.

1
C.     OBJEKTIF
 
1. Memahami sejarah Pulau Lagenda Langkawi sebagai satu destinasi
pelancongan terkenal dalam dan luar negara.

2. Merasai dan mendalami aktiviti pertanian Jelapang Padi yang sangat sinonim
dengan Negeri Kedah Darul Aman.

3. Mengetahui nilai dan pengajaran daripada kisah lagenda Mahsuri untuk


diaplikasikan dalamkehidupan seharian.
4. Mengalami dan menikmati panorama fizikal yang pelbagai dan berbeza di
sepanjang perjalanan.

5. Membentuk sikap berdikari dalam menguruskan diri, masa dan peka kepada
keadaan sekeliling serta mematuhi peraturan.

D.        CADANGAN PELAKSANAAN

1. Tarikh  lawatan    :  26 Sept. hingga 29 Sept. 2010


2. Masa  bertolak   : 9.00  malam  ( 26 Sept. 2010 )
3. Jangkaan tiba    :  8.00  malam  ( 29 Sept. 2010 )
4. Kenderaan : Bas Persiaran (diuruskan oleh Wira Travel Agency)
 

E. KUMPULAN SASARAN

1. Guru  Pengiring     : 6 orang 


2. Murid tahun 6 :  28 orang
3. Murid tahun 5  :   7 orang
4. Murid tahun 4 :    3  orang
JUMLAH PESERTA : 44 orang
 
 

F.  STRATEGI PELAKSANAAN


    
1. Menerima  cadangan  untuk  menganjurkan  lawatan  sambil  belajar.

2. Mengadakan  mesyuarat  penganjuran  bersama  dengan  menentukan  tarikh,


tempat  lawatan,  bilangan  penyertaan , jadual  dan  lain-lain.

3. Memohon  kebenaran  mengadakan  lawatan  dan  menyediaan  kertas  kerja.

2
4. Urusan  tempahan   dan perbincangan dengan agensi. 

5. Mengedar  surat  promosi  dan  kebenaran  ibu bapa /  penjaga.

6. Mengurus  surat  kebenaran  mengadakan lawatan  ke tempat-tempat  tertentu.

7. Mengenalpasti  pelajar-pelajar  yang  layak  menyertai  lawatan.

8. Memohon  kebenaran  mengadakan  lawatan  daripada  JPWPKL ( sekurang-


kurangnya  enam  minggu  sebelum  tarikh  lawatan )

9. Mengadakan  sekurang-kurangnya  1  kali  perjumpaan  dengan  guru-guru 


pengiring  dan  dua  kali  dengan  ahli-ahli  rombongan
10. Sentiasa  memaklumkan  perkembangan  lawatan  kepada  Guru Besar  untuk 
makluman  dan  tindakan.

11. Membuat  dokumentasi.

G. SUMBER KEWANGAN

1. Kutipan daripada murid


2. Wang Sumbangan

H. ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Pendapatan Perbelanjaan


Kutipan  wang penyertaan
1. daripada  murid RM 9 500.00
( RM  250.00 X 38 )
2. Sumbangan RM 2 500.00
Pakej Lawatan Sambil Belajar
3. (38 murid + 6 guru) RM 10 120.00
( RM 230.00 x 44 )
Tiket masuk tempat lawatan
4. ( RM 20.00 X 44 ) RM 880.00

5. Perbelanjaan Runcit RM 500.00

6. Wang kecemasan RM 500.00

JUMLAH RM 12 000.00 RM 12 000.00

3
I. ATUCARA LAWATAN:

Hari Pertama ( 26 September 2010 - Ahad )


9.00 mlm Bertolak Ke Pulau Langkawi

Hari Kedua ( 27 September 2010 - Isnin )


6.00 pagi Solat Subuh di Masjid Kuala Perlis
7.00 pagi Menaiki Feri (Dari Kuala Perlis Ke Pulau Langkawi)
10.00 pagi Lawatan Pusing Pulau
12.00 tengah hari Makan T/Hari & Check-In Hotel
1.00 petang Lawatan Pusing Pulau
8.00 malam Makan Malam

Hari Ketiga ( 28 September 2010 – Selasa )


8.00 pagi Sarapan Pagi
9.00 pagi Bersantai di Idaman Suri
12.00 tengah hari Tiba di Jitra, Kedah
2.30 petang Riadah di Perlis dan padang Besar
5.00 petang tiba di Jitra, Kedah
8.00 malam Makan malam
9.30 malam Sesi Refleksi

Hari Keempat ( 29 September 2010 - Rabu )


8.00 pagi Sarapan pagi
10.00 pagi Lawatan sekitar Bandar Alor Setar
12.00 tengah hari Bertolak balik ke Kuala Lumpur
7.00 malam Dijangka tiba di Kuala Lumpur

 
J. PENYELIAAN DAN KAWALAN:
 
       Perancangan  dan  pelaksanaan  program  ini  akan  di kawal  selia oleh
1.    Guru Besar SK(P) MHUGIJOKPO.
2.    Guru Penolong  Kanan  Kokurikulum,
3.    Setiusaha Kokurikulum ( Ketua Rombongan )
4.    Setiusaha Kurikulum

4
K. PENUTUP:
 
Dalam  menjayakan  program  lawatan  sambil belajar  ini  memerlukan  kerjasama
komitmen  dan  kerja  kuat  daripada semua  pihak.  Lawatan  yang  berfaedah  ini 
diharapkan dapat membuka  minda  murid  agar  lebih  bersikap  terbuka,
berpengetahuan, luas pengalaman  serta bersedia  menghadapi  alaf  baru  yang 
kian  mencabar.  

Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakan projek ini
amatlah dialu-alukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih.      
 

Disediakan  oleh:

 
(ABCDGOPOJOIJO)
  Setiausaha Kokurikulum,
Merangkap Penyelaras Lawatan,
Sek. Keb. (P) Jjuhugguyguy,
Kuala Lumpur.

Disemak oleh:

( DFGIUHIOOJ )
GPK Kokurikulum,
Sek. Keb. (P) Jjuhugguyguy,
Kuala Lumpur.

Disemak oleh:

( BNCFGXFDTFUYG )
Guru Besar,
Sek. Keb. (P) Jjuhugguyguy,
Kuala Lumpur.

5
6

Anda mungkin juga menyukai