Anda di halaman 1dari 10

BAHASA MELAYU SEM 3

(A01300)
KERTAS TUGASAN 1
FOLIO (INDIVIDU)

TUGASAN:
Menghasilkan sebuah kertas kerja lawatan individu tentang:

1.1 Lawatan melibatkan pelajar SVM

SOALAN:
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS KUALA LUMPUR
NAMA MUHAMMAD HARITH
PELAJAR HAMIZAN BIN MUHAMAD
ELMI
(050825-03-0665)
KELAS S2KSK1
NAMA GURU PN. RUSLINA BINTI KASIM
MARKAH
ISI KANDUNGAN
NO. TAJUK MUKA
SURAT
1 Penghargaan 1
2 Pendahuluan 1
3 Matlamat 1
4 Pelaksanaan Lawatan 2
5 Objektif 2
6 Kumpulan Sasaran 2
7 Pelaksanaan Program 2
8 Sumber Kewangan 2
9 Anggaran Pembelanjaan 3
10 Ahli Jawatankuasa 3
11 Tentatif Program 3
12 Kesimpulan 4
13 Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains 4-5
Kuala Lumpur
14 Lampira Bergambar 6-7
15 Sumber Rujukan 8
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Puan Ruslina Binti kasim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka
telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah jauh berjalan, luas pemandangan, banyak


pengalaman maka Unit Kokurikulum Kolej Vokasional Pasir Mas telah bercadang
untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains Kuala Lumpur. Selain
menjadi program tahunan, lawatan ini juga merupakan satu program yang amat
baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara
langsung kepada murid- murid. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru
dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat pelajar.

MATLAMAT

(i) Menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman secara lebih dekat.

(ii) Melahirkan rasa kebanggaan murid terhadap pembangunan negara

kita.

(iii) Merehatkan fikiran yang terganggu disebabkan oleh tekanan dalam

pembelajaran harian.

1
PERLAKSANAAN LAWATAN
MAKLUMAT KENYATAAN

Tarikh 25 Ogos 2022


Hari Khamis
Masa 2 hari
Tempat Petrosains Menara Berkembar Kuala Lumpur

OBJEKTIF

(i) Dapat membuka minda murid dengan suasana dan pengalaman yang baru.

(ii) Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan


dunia luar dan masyarakat.
(iii) Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran.

(iv) Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang tabiat hidup hidupan laut.

(v) Menikmati dan menghargai seni bina ban unan simbolik di negara kita.

(vi) Menenangkan minda dan beriadah sambil menimba ilmu.

(vii) Mewujudkan hubungan mesra antara murid dengan guru.

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran program ini ialah pelajar sijil Kolej Vokasional malaysia (SVM) seramai 42
pelajar serta 2 pensyarah pengiring

PELAKSANAAN PROGRAM
Program ini dilaksanakan dengan aktiviti benbentuk lawatan sambil belajar

SUMBER KEWANGAN
PIBG KVPM

ANGARAN PERBELANJAAAN

2
BIL PERKARA DESKRIPSI JUMLAH

1 Tambang Bas RM 12 X 42 peserta RM 504


2 Makan Tengah Hari RM 5 X 42 peserta RM 210
3 Tiket Masuk RM 6 X 42 peserta RM 252
4 Penginapan RM 105 x 4 RM 420

JUMLAH BESAR RM1,206

AHLI JAWATANKUASA

JAWATAN NAMA

Penasihat MUHAMMAD AKIF HAIRIZ BIN MOHD AZMI


Pengerusi MUHAMMAD HARITH HAMIZAN BIN MUHAMAD ELMI
Naib Pengerusi MOHAMMAD AMMAR NAJMI BIN GHAZALI
Setiausaha MOHAMAD MUQRI BIN MAZLAN

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

6.00 pagi Berkumpul di dewan


6.30 pagi Bertolak ke kuala lumpur
3.00 petang Tiba di tempat penginapan
4.30 petang Makan petang
7.00 malam Makan malam
8.00 pagi Berkumpul di lobi
8.30 malam Bertolak ke Petrosains, Menara Berkembar Kuala Lumpur
8.50 pagi Tiba di Menara Berkembar Kuala Lumpur
9.00 pagi Taklimat
9.30 pagi Melawat Petrosains, Menara Berkembar Kuala Lumpur
10.30 pagi Makan / Rehat
11.00 pagi Melawat sambil Bermain Kuiz
12.30 tengah hari Berkumpul dan bertolak untuk pulang ke kolej
12.35 tengah hari Bertolak ke kolej
5.30 petang Makan dan berehat sebentar
7.30 malam Tiba di kolej kediaman

KESIMPULAN

3
Semoga dengan terlaksananya program ini diharap dapat memberi manfaat
dan pengalaman yang bermakna kepada murid-murid.

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS KUALA


LUMPUR

Pada 25 ogos 2022, pelajar sijil Kolej Vokasional malaysia (SVM) telah mengadaka
lawatan sambil belajar ke petrosains yang terletak di bangunan berkembar petronas, Kuala
Lumpur. Seramai 45 orang pelajar sijil vokasional malaysia (SVM) telah menyertai lawatan ini
dan diiringi oleh dua orang guru

Pada pukul 6.30 pagi , kami telah bertolak kesana dengan menaiki bas yang disewa khas
oleh pihak sekolah. Sepanjang perjalanan kami menkmati pemandangan yang indah sambil
berbual – bual dengan mesra untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Kami tiba di
destinasi 3.00 petang dan berehat di homestay. Kami bereshat sementara dan keluar makan
petang pada pukul 4.30 petang dan makan malam pada pukul 7.00 malam

Keesokan harinya, kami berkumpul di lobi pada pukul 8.00 pagi dan bertolak ke
Petrosains,Menara Berkembar Kuala Lumpur dan tiba di Menara Berkembar Kuala Lumpur pada
pukul 8.50 pagi

Pada pukul 9.00 pagi kami mendapat taklimat selama 30 minit. Selepas mendengar
taklimat kami semua pergi melawat ke petrosains

Lawatan yang dianjurkan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan


pengalaman ahli persatuan berkaitan teknologi saintifik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan
untuk mendedahkan kepada ahli persatuan tentang penghasilan bahan pameran yang bercirikan
saintifik dan kreatif.

Lawatan petama kami ialah kawasan pameran Diorama Geomasa , kereta lumba F1 dan
menaiki gondola. Ketika menaiki gondola ini, kami dapat merasai "Perjalanan Sekilas Masa" dan
melihat keseluruhan kawasan pameran. Sungguh menakjubkan, itulah reaksi kami

Pameran kereta F1 Petrosains the discovery centre

4
Seterusnya , kami berpeluang menaiki Simulator Helikopter. Murid-murid berpeluang
mengalami suasana sebenar di dalam helikopter. Simulator ini dilengkapi dengan peralatan
canggih dengan latar menarik, kesan visual dan bunyi realistik, imej tiga dimensi, kesan simulasi
dan rekreasi yang luar biasa.

Helicopter simulator

Pada pukul 10.30 pagi kami berehat sebentar dan sarapan. Kemudian, pada pukul 11.00
pagi terdapat aktiviti melawat sambil bermain kuiz

Tepat pada pukul 12.00 tengah hari , kami berkumpul dan bertolak pulang semula ke
kolej pada pukul 7.30 malam. Walaupun keletihan kami berasa amat gembira. Kami banyak
menimba pengalaman dan pengetahuan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………… ……………………………
( ) ( )

LAMPIRAN BERGAMBAR

5
SPEED 

merupakan salah satu galeri sains yang terdapat di Petrosains yang mempunyai pelbagai pameran
berinteraksi tentang sains dan teknologi di sebalik penciptaan kenderaan. SPEED juga mempamerkan
info-info dan maklumat berkenaan Formula 1 automotif. Di sini, anda boleh melihat dan bergambar
dengan replika kereta lumba F1 yang bersaiz sebenar.

Petrosains DinoTrek
Petrosains DinoTrek menyediakan pelbagai fakta hebat dan menawarkan pengunjung keluar dari dunia
ini untuk menjadi makhluk pra-bersejarah dalam persekitaran yang besar dan maya. Pameran Petrosains
DinoTrek 2 mempunyai sembilan dinasour animatronik, 12 pameran interaktif dan menawarkan aktiviti
tangan untuk membolehkan pelawat mencari dan mempelajari tentang makhluk pra-bersejarah dan
bidang paleontologi. Pameran DinoTrek 2 pertama kali dibuka pada tahun 2003 dan telah mengembara
ke banyak negeri di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Kedah, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.
Ia dinaik taraf pada tahun 2009 dan dinamakan semula sebagai Petrosains DinoTrek 2.

6
Petronas PlaySmart
Pusat satelit Petrosains Playsmart ditubuhkan pada tahun 2003. Ia diwujudkan bagi membolehkan
akses mudah untuk keluarga dan kanak-kanak melawat pusat tersebut. Petrosains Playsmart
mempunyai pameran interaktif dan aktiviti menarik dan bersifat saintifik serta demonstrasi sains hidup
yang serupa dengan aktiviti yang dianjurkan di pusat utama di KLCC tetapi pada skala yang lebih
kecil. Pusat satelit Petrosains Playsmart kini terletak di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Johor, Johor Bharu; Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan dan Perpustakan Negeri Sabah, Kota
Kinabalu. Pusat PlaySmart pertama dibuka di Sabah pada 2012.

Petrosains Science Show Competition


Petrosains Science Show Competition atau Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains ialah
pertandingan sains peringkat kebangsaan ini mula diperkenalkan pada tahun 2009 sebagai inisiatif
untuk mempromosikan kaedah pembelajaran yang berkesan dan tidak formal, dan mempopularkan
sains di kalangan pelajar sekolah menengah. Terbuka kepada pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6 di
seluruh negara, beratus-ratus penyertaan diterima setiap tahun. Selepas proses pemilihan yang ketat
oleh panel hakim, pasukan yang disenarai pendek akan bersaing dalam pertandingan peringkat negeri
sebelum bersaing di peringkat akhir yang diadakan di Kuala Lumpur. Selain menerima wang tunai,
barang-barang, plak dan piala Petrosains, pasukan yang menang juga akan menerima insentif untuk
sekolah mereka dalam bentuk pembelian peralatan pendidikan.

7
SUMBER RUJUKAN

https://petrosains.com.my/page/5/?page_id=0
https://en.wikipedia.org/wiki/Petrosains
https://www.maisinggah.com/petrosains/
https://www.jpnin.gov.my/ms/selangor/berita-perpaduan/lawatan-sambil-belajar-ke-
petrosains-klcc-tabika-perpaduan-wira-damai

Anda mungkin juga menyukai