Anda di halaman 1dari 4

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rembau, 73100 Rembau, Negeri Sembilan.

______________________________________________________________________ Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rembau, 73100 Rembau, Negeri Sembilan. 10 Julai 2012

Tuan, Memohon Menyertai Bina Insan Guru (BIG) Untuk Peserta Mod Program Pensiswazahan Guru (PPG) Peringkat 1 2012 Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan Program Bina Insan Guru merupakan salah satu syarat wajib lulus pengajian di Institut Pendidikan Guru. Peserta perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah ditaklimatkan. 3. Saya akan menyertai program tersebut pada: Tarikh : 15 Julai 2012 Tempat : Pusat Pendidikan Sains Marin Batu 7 , Jalan Canningham 71050 Teluk Kemang Port Dickson. Negeri Sembilan. Masa : 8.00 pagi 4. Saya juga ingin memohon untuk membawa seorang murid dari sekolah ini sebagai pelaksana aktiviti yang akan dijalankan. Semua kelengkapan aktiviti akan disediakan oleh pihak urusetia.

5. Besarlah harapan saya agar permohonan ini dapat dipertimbangkan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas,

NOOR AINA BT MOHD RAJILI (Peserta Mod Program Pensiswazahan Guru (PPG) Peringkat 1 2012

Persatuan Tunas Kadet Remaja, Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra, 43950 Sungai Pelik, Sepang, Selangor Darul Ehsan. __________________________________________________________ Tuan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra, 43950 Sungai Pelik, Sepang, Selangor Darul Ehsan. 05 MAC 2010 Tuan, Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuki. 2. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kadet Remaja sekolah akan mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Perhemahan ini akan diadakan pada cuti pertengahan penggal yang akan datang selama tiga hari, dua malam iaitu pada 28 Mei hingga 30 Mei 2010 3. Kami bercadang untuk mengadakan perkhemahan ini di Hutan Reakriasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Tempat ini dipilih kerana mempunyai persekitaran yang mencabar kepada para ahli . 4. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama dan sebagainya. 5. Sebanyak 30 orang ahli akan menyertai perkhemahan ini. Mereka terdiri daripada murid tahun empat hingga tahun enam. Selain itu, empat orang guru penasihat akan turut serta dalam perkhemahan ini. Besarlah harapan kami agar permohonan ini dapat dipertimbangkan. Kerjasama

daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Yang menjalankan tugas, Darsan Aliman (DARSAN BIN ALIMAN) Setiausaha Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra, 43950 Sungai Pelik, Sepang, Selangor Darul Ehsan.

Anda mungkin juga menyukai