Anda di halaman 1dari 2

Seuntai kasih sekalung budi buat pemimpin majlis, kombinasi kehakiman yang bestari lagi berkarisma, warga pendidik

serta warga dewan yang dihormati sekalian. Salam ceria dan salam perpaduan saya hulurkan. Berdirinya saya pada hari yang ceria ini, ingin membawa hadirin dan hadirat untuk menghayati inti pati syarahan yang bertajuk, "Bersatu Kita Teguh, Bercerai KIta Roboh", "Bersatu KIta Teguh Bercerai Kita Roboh" adalah satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini bermaksud seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana sejahtera, utuh dan harmoni. sebaliknya jika kita bercerai- berai, berpecah-belah dan mementingkan diri sendiri, kitaakan mengalami huru-hara dan kehancuran. Hadirin yang dihomati, Dalam konteks sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati cogan kata ini untuk hidup bersatu pada tanpa mengira bangsa, agama dan adat resam. Untuk mencapai9 perpaduan negara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai, bantu-membantu, hormat-menghormati bagai aur dengan tebing. Hadirin sekalian, Dalam mengejar kemajuan dan kemakmuran era globalisasi masa kini, perpaduan dalam kalangan majmuk negara ini amatlah diperlukan. Perpaduan utuh pelbagai kaum negara ini dapat melicinkan segala usaha kerajaan dan memangkinkan kemajuan negara. Masihkah hadirin sekalian ingat tentang krisis kewangan yang telah melanda negara kita pada tahun 1977? Ekonomi negara pada ketika itu tergugat akibat keselamatan ekonomi global. Semua rakyat Malaysia telah menunjukkan semangat "berat sama dipikul ringan sama dijinjing" Dengan bersatu..... bersatulah rakyat dan kerajaan Malaysia berjaya menangani krisis tersebut. Perpaduan dan kestabilan politik telah menyakinkan pelabur asing terus melabur modal mereka di negara kita. Warga dewan yang saya muliakan, Malaysia membuka mata dunia apabila rakyat majmuk yang berbilang kaum, agama dan adat resam dapat bersatu dan hidup aman damai. Dunia mengenal dan tahu Malaysia kerana di sinilah diadakan Sukan Komenwel, Perlumbaan Formula-1 dan LIMA. Ahli-ahli sukan juga telah mencipta nama di arena sukan antarabangsa. Antaranya termasuk ratu skuash kita Datuk Nicole Ann David dan Datuk Lee Chung Wei. selain itu Menara Bekembar Petronas adalah mercu tanda negara yang unggul. Hadirin yang dihormati sekalian,

Konklusi pepatah "bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh" amat penting untuk dijadikan teras dalam mencapai kejayaan. Oleh itu, hadirin sekalian, ayuh, ayuh marilah kita sama-sama bersatu untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini. Seterusnya membentuk Malaysia yang berwibawa bagi menjayakan Wawasan 2020. Sekian, saya akhiri syarahan saya dengan perkataan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai