Anda di halaman 1dari 7

5.

0 ACARA MEREJAM LEMBING

5.1 Pengenalan

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang boleh dilakukan dengan mengikuti peraturan dan dalam kawasan yang telah

ditetapkan. Pemenang akan ditentukan menerusi rejaman yang paling jauh. Terdapat beberapa perbezaan yang jelas antara merejam lembing dan acara balingan yang lain. Bentuk alatan yang digunakan adalah berbeza dengan acara balingan yang lain. Selain itu, kawasan acara juga berbeza dengan acara balingan yang lain. Bagi acara ini, peserta menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis.

5.2 Aspek Keselamatan

Acara

ini

memerlukan

pemantauan

dan

pendekatan

aspek

keselamatan yang tinggi ketika kejohanan dan latihan. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Berikut adalah panduan atau senarai semak keselamatan yang boleh dijadikan panduan.

Membawa lembing

Mata lembing menghadap ke bawah Jangan berlari

Semasa latihan

Pastikan tiada orang berada di kawasan lontaran Sentiasa memerhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan latihan Peserta masih menunggu giliran perlu berada di kawasan yang telah ditetapkan sahaja Rajah 32: Aspek Keselamatan

5.3 Teknik Memegang Lembing

Perkara yang paling asas dalam acara merejam lembing ialah memahirkan diri dengan pegangan terhadap lembing. Terdapat tiga cara memegang lembing yang boleh dipraktikkan. Atlit hendaklah memastikan sebahagian daripada tapak tangannya sentiasa

bersentuhan dengan balutan lembing itu. Selain itu, tapak tangan yang sedang memegang lembing hendaklah dihadapkan ke atas.

a) Memegang lembing antara jari telunjuk dengan ibu jari (Gaya Amerika) A b) Memegang lembing di antara ibu jari dengan jari tengah (Gaya Finnish) B c) Memegang lembing di antara jari telunjuk dengan jari tengah (Gaya U-Grip) C

Rajah 33: Teknik Memegang Lembing

5.4 Gaya Membawa Lembing

a) Gaya atas bahu Gaya ini adalah gaya yang popular digunakan oleh atlit. Lembing dipegang merentangi tapak tangan secara berpenjuru. Lembing

yang digunakan perlu berada pada aras hampir sama dengan telinga dan dihalakan selari dengan tanah.

Rajah 34: Gaya atas bahu

b) Gaya sisi Atlit perlu memegang lembing dengan meluruskan tangan kanan ke belakang. Pastikan lembing sentiasa berada sama aras dengan rusuk dan aras pinggang ketika sedang bersedia untuk membuat larian. Keadaan ini perlu dikekalkan ketika sedang berlari dan hingga lembing dilancarkan.

Rajah 35: Gaya sisi

5.5 Fasa Pergerakan Merejam Lembing

a) Fasa Penujuan Lembing dipegang secara selari di atas paras bahu. Bahagian atas atau hadapan lembing dinaikkan ke paras kepala. Lembing

dipegang dengan kedudukan lengan yang tetap. Atlit memulakan larian dengan larian yang ditambah secara beransur-ansur dan terkawal dengan kaedah 6 hingga 12 langkah. Atlit hendaklah

berlari hingga ke tahap larian yang paling maksimum yang diselaraskan dengan penggunaan ritma lima langkah.

Rajah 36: Fasa Penujuan

b) Fasa Peralihan i. Pengunduran Atlit memulakan larian dengan kaki kiri jika langkah genap adalah 12 langkah digunakan. Bahagian bahu kiri

menghadap arah rejaman dan lengan tangan kiri dihayunkan ke hadapan untuk sokongan. Tangan yang digunakan untuk merejam ditolak ke belakang ketika berada di langkah pertama dan kedua. Tangan yang digunakan merejam tadi diangkat pada paras bahu ataupun sedikit tinggi selepas rejaman. Bahagian hadapan lembing diletakkan hampir dengan bahagian kepala.

Rajah 37: Fasa Pengunduran

ii.

Langkah Bersilang Fasa ini bermula ketika kaki kanan di atas tanda dan diikuti seterusnya dengan tiga langkah lagi untuk melengkapkan fasa ini. Lutut kiri dihayun ke hadapan. Badan dicondongkan ke belakang sambil bahagian kaki dan pinggang mendahului lembing. Bahu kiri dan kepala menghadap arah rejaman.

Rajah 38: Fasa Langkah Bersilang

c) Fasa Langkah Balingan i. Bahagian 1: Peralihan Kaki kanan dijatuhkan rata dalam sudut rejaman yang akan dibuat. Kaki mulai mendahului pinggang. Aras bahu, lembing dan pinggang diselarikan. Lutut kiri dan pinggang ditolakkan ke hadapan dengan aktif. Tangan melontar berada dalam keadaan bersedia.

Rajah 39: Fasa Peralihan

ii.

Bahagian 2: Power position Kaki kiri diletakkan dalam keadaan yang sedia dan aktif. Bahagian kiri badan distabilkan. Bahagian pinggang

dinaikkan dan berlakunya pusingan di bahagian kaki kiri. Otot di bahagian hadapan mula merasa tekanan dalam posisi Arch. Bahu yang digunakan untuk merejam ditolak ke hadapan. Siku tangan yang merejam dibawa ke bahagian dalam badan.

Rajah 40: Fasa Power Station

iii.

Bahagian 3: Pergerakan Lengan Terakhir Siku kanan ditolak ke hadapan dan selari dengan tepi kepala. Pinggang digerakkan ke hadapan. Siku tangan yang merejam diluruskan dengan tindakan ledakan. Bahagian kiri badan disangga oleh kaki kanan dan siku kiri yang dibengkokkan hampir dengan pinggang. Kaki kiri perlu berada tetap dengan permukaan sehingga lembing

dilepaskan. Kaki kanan dibawa keluar dan diheret di belakang. Bahagian pinggang ditolak sedikit ke kiri dan diikuti bahagian bahu kanan berada melepasi kaki kiri. Lengan tangan yang merejam perlu berada rapat dalam posisi menegak sehingga rejaman.

Rajah 41: Pergerakan Lengan Terakhir

d) Fasa Pemulihan Selepas merejam, kedua-dua belah kaki dibawa ke hadapan untuk menyerap kelajuan larian. Berat badan dipindahkan melalui kaki kanan. Bahagian atas badan direndahkan dan kaki kiri dihayun ke belakang.

Rajah 42: Fasa Pemulihan

5.6 Spesifikasi Ukuran Kawasan Merejam Lembing

Acara ini tidak dilakukan dari satu kawasan bulatan yang statik tetapi dilakukan dari landasan lurus untuk berdiri dan melancarkan rejaman. Rejaman yang dilancarkan perlu dibuat dari belakang lengkuk bulatan (stop board) dalam lingkungan 8 meter. Balingan yang sah akan dikira berdasarkan ditetapkan. pendaratan dalam sektor pendaratan yang telah

Rajah 43: Spesifikasi Ukuran Kawasan Merejam Lembing

Anda mungkin juga menyukai