Anda di halaman 1dari 2

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH

Pemimpin negara kita setiap hari dan setiap masa bercakap dan menyeru rakyat
Malaysia bersatu-padu dan menjaga keharmonian negara. Sememangnya, rakyat
perlu mengamalkan perpaduan dan mengelakkan sikap seperti “enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.

Sesungguhnya, hubungan dan kerjasama yang erat di antara kaum akan


memastikan negara Malaysia terus maju dalam pelbagai bidang seperti politik,
ekonomi, dan sosial. Jika keharmonian dan perpaduan kaum ini tidak diambil berat,
harapan dan aspirasi pemimpin-pemimpin terdahulu dalam mewujudkan negara
Malaysia akan sia-sia sahaja.

Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia perlu memastikan serta menghargai


keharmonian dan perpaduan yang dibentuk. Kita harus menjaga dan membajainya
supaya terus mekar dan berkembang. Kita kena berusaha mengukuhkan lagi
semangat perpaduan dalam jiwa kita demi kesejahteraan negara.

Sememangnya, kesetiaan kepada raja dan negara menjadi tunjang kepada


keharmonian dan perpaduan yang dibentuk. Negara kita telah berjaya mencapai
tahap tertinggi dan dihormati di mata dunia. Kegemilangan dan kecemerlangan
negara kita dalam pelbagai bidang walaupun mempunyai rakyat yang berbilang
kaum menyebabkan kita dihormati seluruh dunia.

Kedamaian dan keamanan yang kita kecapi ini tidak akan tercipta andai
perpaduan dan toleransi kaum diabaikan. Menerusi perpaduan, tahap pencapaian
ekonomi negara dan politik menjadi stabil. Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan
lemah, negara akan menerima akibatnya. Rakyat yang tidak bersatu-padu dan
berpecah-belah akan menyebabkan huru-hara, kacau-bilau, berlakunya rusuhan
kaum, pergolakan dan sebagainya.

Perpaduan dan keharmonian yang kukuh, kuat dan teguh merupakan


pemangkin kecemerlangan negara. Wujudnya perpaduan dan keharmonian negara
yang aman dan damai membolehkan negara kita menjadi negara yang gah di mata
dunia.
Kemajuan negara kita dalam bidang perubatan, teknologi maklumat,
automotif, pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjsama daripada
semua rakyat kerana “bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi”.
Sesungguhnya perpaduan kaum penting untuk menjamin kesejahteraan negara.
Rakyat negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu-
padu, setia dan cinta akan negara. Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta,
kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan keharmonian
negara.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” merupakan bidalan yang dicipta amat
sesuai untuk menyedarkan rakyat betapa pentingnya perpaduan dan muafakat
dalam kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Keadaan ini membawa
kebaikan dan kejayaan kepada rakyat Malaysia selama ini. Sesungguhnya, “hidup
muafakat membawa berkat”. Marilah kita sama-sama menjaga dan memeliharanya
agar Malaysia terus aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai