Anda di halaman 1dari 3

BERSATU TEGUH BERCERAI

ROBOH
Terdapat satu peribahasa melayu yang menyebut “Bersatu kita teguh
bercerai kita roboh” yang membawa erti persefahaman dalam sesebuah
masyarakat dapat membuahkan kejayaaan manakala perbalahan akan
menyebabkan perpecahan.Peribahasa ini menunjukkan bahawa jika
masyarakat saling bersatu hati dan berganding bahu dalam melakukan
sesuatu perkara ia akan mewujudkan suasana yang harmoni dan sejahtera
dalam sesebuah negara.Sebaliknya,jika kita tidak Bersatu padu , berpecah
belah dan mementingkan diri sendiri,negara kita akan mengalami
kehancuran dan huru-hara.
Negara Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum seperi kaum Melayu,Cina dan India. Kita perlu menerapkan
peribahasa ini dalam diri agar kita dapat hidup Bersatu padu tanpa mengira
bangsa,agama dan adat resam.Kita juga dapat melihat disini bahawa
melalui perpaduan yang teguh dalam kalangan masyarakat,ia dapat
mewujudkan kestabilan dari segi politik dan ekonomi.Para pelabur yang
ingin melabur di negara kita juga tidak perlu risau akan mengalami kerugian
kerana perpaduan yang wujud menjamin keamanan.
Selain itu ,perpaduan diantara kaum dapat mengelakkan semangat
assabiah iaitu sifat yang hanya mementingkan diri sendiri bak kata pepatah
“enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing”.Semangat
assabiah ini juga boleh menimbulkan permusuhan antara kaum.Kita dapat
melihat bahawa negara Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada
negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar
Aparteid yang menyebabkan berlaku perpecahan kaum.
Seterusnya,perpaduan diantara kaum dalam masyarakat juga dapat
menarik kedatangan pelancong ke Malaysia.Sudah terang lagi bersuluh,
salah satu sumber ekonomi negara adalah melalui sektor pelancongan.Asas
perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik disamping kepelbagaian
adat resam yang membentuk identiti sesebuah masyarakat dapat memikat
hati pelancong untuk berkunjung.Hal ini seterusnya mampu menarik
kedatangan pelancong dan dapat menjana ekonomi negara secara tidak
langsung.
Perpaduan yang penting diantara masyarakat juga telah dibuktikan melalui
kemerdekaan negara.Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan,pelbagai
ranjau berduri telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut
kemerdekaan.Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang
berganding bahu untuk menuntut kemerdekaan telah membuka mata
kuasa barat untuk memberi kemerdekaan kepada tanah
Melayu.Hasilnya,generasi kini dapat hidup dengan harmoni tanpa
gangguan dan serangan penjajah.
Disamping itu,kita boleh menyemai dan memupuk semangat Bersatu padu
bermula dikalangan jiran tetangga melalui semangat kejiranan.Kita dapat
merapatkan hubungan sillaturrahim sesama jiran dengan saling tolong-
menolong dan saling menjaga kebajikan sesama mereka.Melalui hubungan
ini,masalah-masalah sosial seperti kes kecurian dan rompakan dapat
dikurangkan.Dengan mengadakan gotong-royong,ia juga dapat memupuk
semangat perpaduan di antara masyarakat.Apabila melakukan kerja secara
beramai-ramai,ia akan dapat mempereratkan hubungan sosial dan
seterusnya dapat melahirkan semangat kekitaan dan kesedaran
kebangsaan.
Akhir sekali,perpaduan juga diperlukan dalam politik kerana politik dapat
membela nasib rakyat negara ini.Perpecahan yang wujud dalam sistem
politik atau pentadbiran negara boleh menggugat keamanan negara pada
jangka masa yang panjang.Tanpa perpaduan yang utuh tiadalah sistem
politik yang kukuh yang dapat memastikan nasib rakyat negara kita sentiasa
terbela.
Kesimpulannya,kita dapat melihat bahawa tanpa perpaduan yang kukuh
diantara masyarakat yang berbilang kaum akan menyebabkan negara
Malaysia jatuh merundum dari segi ekonomi dan sosial malahan
menyebabkan huru-hara akibat perpecahan kaum.Oleh itu,marilah kita
sama-sama berusaha mengekalkan perpaduan di antara masyarakat bagi
memastikan negara Malaysia tidak mudah dijajah atau dirundung.

Anda mungkin juga menyukai