Anda di halaman 1dari 2

Menganalisis kepentingan konsep perpaduan dan integrasi dalam masyarakat

Malaysia kini.
Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam
memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan
dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya
dan keselamatan.
Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia
sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi
bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara ini layak
untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada
sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang
stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana
tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat
ekonomi Negara.
Dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan
pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada
Negara dalam perkembangan ekonomi Negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita
kecapaian ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat
seperti ini.
Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan
yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan
harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup
bersama dalam masyarakat majmuk. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini,
ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Selain itu, dengan
adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang
perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakat berbilang etnik yang
hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan
dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum
sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak
mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti.
Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk
mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan
adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya
masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian
perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya
peristiwa yang tidak diingini.
Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita
haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan
akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini
seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Kesan
daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat Negara kita yang mati
dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di
Negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang
melibatkan kaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya
perkara yang tidak diingini.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan
cintakan tanah air dansanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat
cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi
memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan Negara. Akhir
sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi
keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah
dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan
dan pertumpahan darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan
berjaya mencapai wawasan 2020 danmengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai