Anda di halaman 1dari 9

OLEH :

NORASYIDA BINTI OMAR ( 810787)


pendahuluan

 Pendidikan merupakan agen sosialisasi adalah suatu


perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Dengan pendidikan,
manusia mendapat segala ilmu yang sangat penting. Dengan
pendidikan juga, manusia mendapat pengalaman, kemahiran dan
sebagainya. Tidak terkecuali pengalaman sosial. Pendidkan dan
Sosialisasi saling bersangkutan dalam membentuk keperibadian
sesebuah organisasi dan masyarakat
PENGERTIAN PENDIDIKAN

 Pendidikan secara keseluruhan ialah suatu proses yang


membentuk kebolehan dan sikap manusia. Sistem pendidikan
sesebuah negara ialah kegiatan yang dijalankan secara
terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan
rohani bertujuan melengkapkan seseorang individu supaya dapat
menjalani kehidupan yang sempurna.
PENGERTIAN SOSIALISASI
• Kamus Dewan mentakrifkan sosial ialah segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan.

• Mohd. Salleh Lebar dalam bukunya Sosialisasi Sekolah dan Pendidikan


mentakrifkan sosialisasi ialah proses interaksi sosial yang membolehkan
manusia memperolehi personaliti atau sahsiah dan belajar cara hidup
masyarakatnya.

• Peter L. Berger-Proses pekembangan dan pembesaran seorang anak


yang belajar menjadi seseorang yang bergiat cergas dalam masyarakat.

• Robert M.Z. Lawang, Proses mempelajari nilai, norma, peranan dan


sebagainya yang diperlukan untuk memungkinkan seseorang dapat
bergiat secara efektif dalam kehidupan sosial.

• Irvin L. Child berpendapat, Segenap proses yang menuntut individu


mengembangkan potensi tingkah lakunya dan telah menjadi kebiasaan
serta sesuai dengan piawaian kelompoknya.
Jenis-jenis sosialisasi

1. Sosialisasi Formal
Sosialisasi jenis ini terjadi melalui badan-badan atau lembaga-lembaga
yang bertangungjawab di negara ini, iaitu lebih bersifat rasmi. Pada
jenis ini, biasanya akan ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.
Sosialisasi formal ini berlaku secara rasmi dalam lembaga-lembaga
sepeti pendidikan di sekolah.

2. Sosialisasi Informal
Sosialisasi Informal ini terdapat di dalam masyarakat atau di dalam
pergaulan yang bersifat kekeluargaan, seperti antara teman, sahabat,
dan kelompok-kelompok sosial yang ada di dalam masyarakat.
Peranan pendidikan sebagai
agen sosialisasi
Maksud : Agen sosialisasi adalah pihak-pihak yang melaksanakan
sosialisasi. Dapat juga disebut sebagai media sosialisasi.

• Antaranya mereka diajar bergaul dan bersaing ke arah kebaikan


mereka. Sekolah juga tempat untuk berkongsi ilmu, samaada secara
formal dan tidak formal.

• Banyak interaksi berlaku di sekolah. Interaksi yang berlaku


merupakan sebagian daripada sosialisasi.

• Mengajar kanak-kanak tentang nilai dan adat resam masyarakat. Ini


secara langsung mampu menanam pelbagai aspek masyarakat
terutamanya kelas sosial.
sambungan
• Merangsang penglibatan secara demokrasi melalui pengajaran cara
berkomunikasi dan mengembangkan kemampuan berfikir secara rasional
dan bebas.
• Mengembangkan potensi pelajar untuk mengenal kemampuan dan
bakatnya.
• Melestarikan kebudayaan dengan cara mewariskannya dari satu
generasi ke generasi berikutnya.
• Memperkayakan kehidupan dengan mencipta pengalaman pemikiran
yang baru yang bersesuaian dengan kemampuan dan keinginan diri
sendiri.
• Meningkatkan taraf kesihatan melalui mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan.
• Menghasilkan pelajar yang cintakan negara dan tinggi sifat
patriotisme.
• Mengadakan hiburan umum ( Pertandingan olahraga atau pertunjukan
kesenian ).
Kesimpulan

Sekolah atau Pendidikan sememangnya antara agen sosialisasi.


Kewujudannya pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup besar
kepada masyarakat sekitarnya. Perlu difahami, sekolah bukan hanya
tempat menuntut ilmu, bahkan adalah satu institusi yang mampu
membentuk masyarakat yang berypaya melalui peranan yang
dimainkannya.
Jatuh bangun, kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah negara
bergantung kepada masyarakatnya. Maka masyarakatnya perlu
mempunyai sifat sosial yang baik bagi menjadi masyarakat yang
produktif dan inovatif. Ini mampu menjadikan masyarakat kita berjaya
dalam apa jua bidang yang diceburi.

Anda mungkin juga menyukai