Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS

JABATAN ILMU PENDIDIKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

SEMESTER 5 / 2009 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

ROHAIZAM B. AHMAD 870602-09-5043

ZURAIDI HAFIZ B. MOHAMMED SHAHAR 870512-06-5115

KHAIRUL NAIM BIN TUKIMIN 860906-23-5237

MUHAMMAD FIKHRI B. MUHRI 871110-23-5921

PENSYARAH: EN YEAP TEIK WEI

TARIKH SERAHAN: 20.2.2009

ISI KANDUNGAN BIL 1 2 PENGHARGAAN PENGENALAN 3 ETNIK JAWA KESIMPULAN TAJUK MUKA SURAT 3 4 5 8

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA GURU DAN MURID MURID DAN MURID SEKOLAH KURIKULUM 9 12 14 16

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PROJEK KAEDAH PERBINCANGAN 19 21 24

5 6 7

REFLEKSI LAMPIRAN KOLABORASI

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izinnya akhirnya kami dapat menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Budaya dan Pembelajaran ini. Di sini, ingin kami ucapkan jutaan terima kasih kepada En Yeap di atas tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan sepanjang proses penyediaan KKP ini. Segala panduan dihulurkan banyak membantu kami dalam menjayakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan kami masing-masing atas kerjasama dan bantuan yang diberikan. Dengan semangat berpasukan dan kerjasama yang wujud ini kami bersamasama telah dapat melengkapkan tugasan yang telah diberikan kepada kami. Akhir kata dari kami, semoga hasil kerja kami ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan subjek serta pensyarah. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya tersebut telah mempamerkan keunikan negara kita. Guru perlu mengetahui dan memahami kewujudan pelbagai budaya masyarakat Malaysia agar dapat mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya melahirkan warganegara bersatu padu. Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, etnik didefinisasikan sebagai (tnik) bukan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur ~ sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok ~ yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Etnik juga dikenali juga sebagai kaum. Ianya wujud disebabkan perbezaan budaya. Di bawah bangsa Melayu itu sendiri terdapat pecahan-pecahan etnik yang mewakili kaum Melayu. Etnik Jawa, Minang, Bugis dan Banjar adalah sub-etnik bangsa Melayu. Didalam Tugasan Kerja Kursus Pendek kali ini kita akan membincangkan etnik Jawa dari segi aspek bangsa,struktur masyarakat, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina.

ETNIK JAWA
4

Orang jawa di Malaysia asalnya dari Jawa Tengah, Indonesia. Mereka mula berhijrah ke Malaysia dari tahun1880 hingga 1930. Mereka berpindah ke Malaysia kerana ingin membina hidup baru jauh dari penjajah Belanda yang pada ketika itu sedang menjajah Indonesia.

Pada masa sekarang, 1-2 juta rakyat Malaysia adalah berketurunan Melayu Jawa. Kebanyakan Orang Jawa boleh di jumpai di seluruh pelusuk negara terutama sekali di Perak, Selangor, Kedah dan Johor. Sesetengah orang Jawa di Malaysia adalah orang yang bepengaruh di dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Antara orang yang Jawa yang berpengaruh di Malaysia ialah Dato Seri Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor dan Dato Aziz Satar iaitu pelakon terkenal tanah air.

Kebanyakan generasi muda kaum Jawa yang tinggal di Bandar telah terdedah dengan budaya Melayu yang luas dan campuran unsur-unsur kehidupan barat. Pada zaman dahulu, kebanyakan orang Jawa tinggal di kampung dan melakukan pekerjaan seperti petani, buruh binaan dan pelombong. Namun pada masa ini, taraf kualiti hidup mereka sudah berubah. Ada yang bekerja didalam sektor swasta mahupun kerajaan. Mereka lebih cenderung untuk berniaga dan ada yang terlibat didalam politik. Ada sesetengah orang Jawa bekerja sebagai guru agama sambilan.

Bagi mereka yang tinggal di kampung, mereka masih lagi mengekalkan adat resam dan tradisi mereka sebagai seorang Jawa. Orang Melayu dari etnik lain yang berkahwin dengan orang Jawa akan dipanggil Jawa Peranakan. Selain dari bercucuk tanam dan mengerjakan ladang, sesetengah penduduk kampung juga menjalankan program homestay untuk mempromosikan cara kehidupan etnik Jawa. Orang Jawa umum diketahui adalah begitu mesra orangnya. Kebiasaannya, mereka akan menjemput dan berkongsi makanan dengan pelancong. Keluarga etnik Jawa mempunyai ahli yang ramai. Ada yang mempunyai 10 hingga 17 orang anak. Majlis perkahwinan biasanya dilakukan secara besar-besaran dimana dilangsungkan selama tiga hari tiga malam. Disebabkan kebanyakan orang Jawa sudah semakin maju, kepekaan mereka terhadap adat resam lama semain berkurangan.

Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus, tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin

memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya

percanggahan pendapat. Salah satu kesan yang buruk daripada kecenderungan ini adalah bahawa mereka biasanya dengan mudah menyimpan dendam. Orang suku Jawa juga mempunyai kecenderungan untuk membeza-bezakan masyarakat

berdasarkan asal-usul dan kasta atau golongan sosial.

Sifat seperti ini dikatakan merupakan sifat feudalisme yang berasal daripada ajaranajaran kebudayaan Hindu dan Jawa Kuno yang sudah diyakini secara turun-temurun oleh masyarakat Jawa sehingga sekarang.

Dari segi kepercayaan agama, Orang Jawa umumnya beragama Islam Sunni. Mereka mempunyai asas agama yang kuat. Sembahyang kepada tuhan menjadi jambatan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan mereka. Ketika majlis perkahwinan dan majlis-majlis tertentu, mereka biasanya mempersembahkan Marhaban. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memuji kepada Muhammad Rasullullah. Ia memerlukan 10 hingga 20 orang untuk menjalankan aktiviti ini. Aktiviti Marhaban dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama etnik mereka dan menambahkan perpaduan sesama mereka. Masa ini juga digunakan untuk berbual mesra dan menceritakan masalah dan berbincang sesama mereka.

Bahasa orang Jawa dewasa ini kurang digunakan. Bagi golongan muda, mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu baku. Ini membuatkan bahasa Jawa kurang digunakan. Malahan kebanyakan orang muda tidak belajar bahasa asal usul mereka. Namun bagi golongan tua, bahasa Jawa masih menjadi pilihan mereka. Keturunanketurunan masyarakat Jawa berpendapat bahawa bahasa Jawa adalah bahasa yang sangat sopan dan mereka, khususnya orang-orang yang lebih tua, menghargai orangorang yang menuturkan bahasa mereka. Bahasa Jawa juga sangat mempunyai erti yang luas.
7

KESIMPULAN

Menurut Noriah Mohamed, tunjang dalam keselarasan hidup masyarakat Jawa adalah keharmonian dan ketenangan. Anak-anak Jawa dididik supaya peka kepada orang lain, berkelakuan baik dan sentiasa bermawas diri iaitu bertanggungjawab ke atas setiap tindakan. Supaya masyarakat hidup harmoni, mereka perlu berpegang kepada tiga dasar - memperdalami ketakwaan kepada Allah, menjaga keselarasan diri dengan alam dan selalu sedar diri - eling lan waspada. Mereka bergotong-royong untuk kesejahteraan masyarakat dan menegakkan semboyan: satu untuk semua dan semua untuk semua, sama rata, sama rasa, sama bahagian. Untuk keadilan dan perikemanusiaan, mereka mengamalkan konsep tepa-slira. Semua ini mengembangkan peradaban, etika dan estetika masyarakat Jawa. Secara etnik orang Jawa adalah majoriti di Indonesia. Dari sudut beragama, mereka agak terpecah di antara yang menganut Islam sepenuhnya dengan yang mengamalkan Islam secara sinkretis tetapi bercampur dengan pengaruh Jawa. Sebahagian besar yang lain menganggap diri mereka Muslim yang nominal, mengaku Islam, namun tindakan dan fikiran lebih akrab kepada tradisi Jawa kuno dan Jawa Hindu. **NORIAH MOHAMED, Ph.D adalah pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsan Malaysia.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

1. GURU DAN MURID

Guru adalah individu yang menentukan hala tuju atau corak mengenai bagaimana sesebuah kelas itu di uruskan atau dikendalikan. Namun yang demikian, kepelbagaian sosio-budaya di dalam sesebuah kelas pastinya akan mempengaruhi perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kita sedia maklum bahawa guru di galakkan untuk melibatkan murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang berkesan kepada muridmurid, ianya harus dikaitkan dengan sesuatu yang dekat kepada mereka dan salah satunya adalah budaya mereka sendiri.

Sebagai contoh, guru boleh menyepadukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan budaya mereka. Sebagai contoh, dalam subjek pendidikan jasmani, sekiranya seorang guru itu mahu mengajar muridnya yang berbangsa melayu tentang tajuk permainan kecil, mereka boleh mengaitkannya dengan permainan tradisional bangsa melayu seperti galah panjang atau ketingting yang mana mereka telah biasa praktikkan di rumah. Guru juga boleh mengubahsuai permainan-permainan ini. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah selain murid dapat memahami tentang budaya..

Begitu juga dengan nilai-nilai murni atau amalan yang baik dalam sesuatu bangsa. Sebagai contoh, masyarakat melayu akan memberi salam apabila bertemu dengan orang yang lebih tua sebagai tanda hormat. Di sekolah pula, murid melayu akan memberi salam kepada guru manakala murid cina pula akan tunduk dan mengucap selamat kepada guru. Ini semua adalah pengaruh dan kesan daripada budaya mereka yang di amalkan di rumah.

Kadangkala, terdapat juga budaya yang di lihat kurang bersesuaian di amalkan di dalam kelas oleh sesuatu masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat melayu sejak dahulu lagi begitu meletakkan guru sebagai seseorang yang sangat di hormati dan ditakuti kerana pengetahuan yang ada padanya. Pada satu ketika, murid sangat takut kepada guru sehingga mereka tidak akan bersuara di dalam kelas, ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku sehala. Keadaan ini berlaku mungkin berpuluh tahun dahulu dan setelah bidang pendidikan berkembang, guru di galakkan untuk melibatkan semua murid terlibat secara aktif di dalam kelas.

Selain itu, apabila sesebuah kelas itu di anggotai oleh murid pelbagai kaum, guru perlu menggunakan bahasa perantaraan yang mudah dan dapat di fahami oleh semua kaum. Di negara ini, semua bangsa biasanya boleh memahami dan berkomunikasi dalam bahasa melayu memandangkan ianya adalah bahasa kebangsaan. Pada masa ini, bagi sesetengah subjek, guru akan menggunakan bahasa Inggeris memandangkan ianya adalah bahasa global dan wajar dipelajari oleh semua orang.
10

Apabila melaksanakan aktiviti di dalam kumpulan, guru perlu membahagikan kumpulan itu dengan adil di mana terdapat wakil setiap bangsa di dalam setiap kumpulan. Dengan ini, mereka akan dapat bekerjasama dan akhirnya dapat bergaul dengan baik. Ini merupakan salah satu cara untuk memastikan setiap murid dapat menerima murid lain dan menghormati pandangan dan idea murid tersebut. Ini dapat memupuk nilai bertolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain walaupun mereka daripada bangsa yang berlainan.

Guru juga perlu memahami adat resam dan budaya masyarakat lain. Ini penting bagi mengelakkan guru menyinggung sensitiviti sesuatu masyarakat dan seterusnya memberi kesan buruk kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru berbangsa cina perlu tahu bahawa bahagian kepala merupakan sesuatu yang terhormat bagi masyarakat melayu, oleh yang demikian, elakkan untuk memukul pada bahagian tersebut. Begitu juga dengan soal panggilan seperti paria untuk bangsa India yang berupakan panggilan untuk mereka yang berkasta rendah.

11

2. MURID DAN MURID

Malaysia adalah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Walaupun pada satu ketika dahulu negara kita mempunyai sekolah aliran pendidikan yang di khaskan untuk satu kaum sahaja di mana terdapat sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil, namun pada hari ini kita dapat melihat satu perubahan yang ketara. Masyarakat Melayu mula menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan cina, dan masyarakat India dan Cina menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Keadaan ini pastinya sesuatu yang sangat baik kearah perpaduan negara. Secara tidak langsung kita sebenarnya dapat melihat satu kesefahaman budaya di kalangan murid yang berbilang kaum ini.

Apabila murid di dedahkan untuk bergaul dengan bangsa lain, ini akan dapat melatih mereka untuk menghormati bangsa lain. Dengan cara ini jurang perpaduan dapat di eratkan. Murid akan mula memahami bahawa setiap orang mempunyai satu budaya dan kepercayaan tersendiri. mereka akan dapat bertolak ansur antara satu sama lain. Malah mungkin sehingga ke satu tahap di mana mereka dapat belajar tentang budaya bangsa lain. Sebagai contoh, murid cina belajar untuk makan nasi dengan menggunakan tangan manakala murid melayu belajar untuk makan menggunakan kayu chop stick untuk makan mee.

12

Pada hari ini, individu yang berkebolehan untuk betutur dalam pelbagai bahasa mempunyai keutamaan untuk mendapat pekerjaan. Ini pastinya memberi kelebihan kepada mereka yang pernah bersekolah bukan di sekolah yang mempunyai majoriti bangsanya sendiri. Sebagai contoh murid melayu yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina dan bergaul dengan murid cina biasanya dapat bertutur bahasa cina asas, manakala murid cina yang belajar di sekolah kebangsaan dan bergaul dengan murid melayu akan dapat bertutur bahasa melayu dengan fasih.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, usaha memupuk perpaduan itu adalah lebih baik bermula dari sekolah lagi. Dengan ini kita dapat memahami dan seterusnya menghormati budaya bangsa lain. Proses untuk memupuk perpaduan bukan sesuatu yang dapat di laksanakan dalam masa singkat. Oleh yang demikian, sekolah merupakan satu medium penting kearah usaha murni tersebut. Perpaduan tidak akan dapat terjalin sekiranya kita hanya mengutamakan bangsa sendiri tanpa mengambil kira bangsa lain.

13

3. SEKOLAH

Persekitaran

atau

keadaan

sekeliling

memainkan

peranan

penting

dalam

mencerminkan keperibadian dan tanggapan orang lain tentang sesuatu tempat. Bagi murid-murid, persekitaran di sekolah adalah penting dalam mempengaruhi mood atau keinginan mereka untuk belajar. Dalam konteks budaya pula, setiap bangsa mempunyai imej atau satu simbol yang dapat melambangkan masyarakat mereka. Sebagai contoh, warna merah sinonim dengan bangsa cina manakala warna hijau pula sinonim dengan bangsa melayu.

Di sekolah, pihak pengurusan mampu menyemarakkan semangat budaya bagi setiap bangsa. Sebagai contoh, sekolah akan mengadakan sambutan perayaanperayaan besar sesuatu masyarakat seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Sekolah menganjurkan rumah terbuka atau mengadakan jamuan dengan menghidangkan menu makanan yang melambangkan identiti sesuatu bangsa. Cara ini sebenarnya turut dapat membantu murid memahami budaya sesuatu bangsa yang lain. Kita sedia maklum pengetahuan seperti ini tidak diajarkan di dalam bilik darjah, oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti seperti ini di lihat dapat membantu murid memahami dan seterusnya menghormati bangsa lain.

14

Selain itu, aktiviti seperti membudayakan Al-Quran dan sesi moral pada setiap hari jumaat juga salah satu aktiviti yang mempunyai kaitan dengan budaya. Masyarakat melayu beragama Islam percaya kepada kitab suci Al-Quran dan membacanya merupakan satu amalan yang sangat dituntut. Apabila aktiviti ini di laksanakan di sekolah, murid yang berbangsa lain di sekolah akan belajar memahaminya dan menghormati kepercayaan dan pegangan masyarakat melayu ini. Begitu juga dengan masyarakat melayu yang menghormati kepercayaan dan pegangan masyarakat cina yang bersembahyang di tokong. Dengan ini, tidak akan timbul soal menghina agama bangsa lain apabila mereka dewasa kelak dan perpaduan menjadi lebih utuh.

Di sekolah juga terdapat persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang berasaskan kebudayaan. Sebagai contoh kelab tarian yang mana ahlinya akan diajarkan bukan hanya tarian melayu malah juga tarian bangsa lain seperti tarian zapin, tarian inang, tarian kipas, tarian naga dan tarian bangra. Dengan ini, murid turut dapat belajar kebudayaan bangsa lain. Begitu juga dengan persatuan seni mempertahankan diri. Di sekolah biasanya terdapat persatuan, seni silat, karate, silambam dan judo. Ini turut tercetus daripada kepelbagaian bangsa di sekolah tersebut. Murid bebas untuk menganggotai mana-mana persatuan dan pada hari ini kita dapat melihat murid cina yang menyertai persatuan seni silat dan murid melayu yang meyertai persatuan karate dan judo.

15

4. KURIKULUM

Kurikulum adalah asas dan panduan kepada sesuatu subjek yang di ajarkan di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, ianya banyak memainkan peranan penting dalam keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Secara asasnya, kurikulum di bentuk daripada isi pengajaran dan matlamat pembelajaran dengan mengambil kira budaya setempat. Setiap subjek yang di ajar mempunyai tujuan yang tersirat yang mana di harapkan mampu untuk membentuk murid kepada satu generasi yang dapat bersatu padu.

Sebagai contoh, subjek Sejarah wajib di pelajari supaya setiap individu mengetahui bagaimana Negara ini terbentuk dan belajar tentang asal usul bangsa masing-masing. Ini di harapkan dapat memupuk sikap cintakan negara selain bagi mendedahkan murid tentang asal usul setiap bangsa di Malaysia supaya mereka dapat memahami serta menghormati bangsa dan budaya antara satu sama lain.

Kurikulum di Malaysia adalah bertunjangkan beberapa tema utama seperti bangsabangsa utama di Malaysia, perayaan-perayaan kebangsaan dan budaya serta kepercayaan setiap bangsa. Dengan perlaksanaan kurikulum yang mempunyai unsurunsur ini, murid pastinya lebih memahami serta menghormati budaya masyarakat lain.

16

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

S.Sukumaran (1992) telah membincangkan beberapa kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mengikut KBSM, pengajaran telah diubah kepada berpusatkan pelajar. Ini kerana penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh merangsang suasana pembelajaran dalam pendidikan pelbagai budaya.

Telah menjadi tradisi secara turun temurun guru menggunakan pendekatan terus atau lebih dikenali kaedah penerangan berpandukan buku teks yang diguna pakai untuk semua topik. Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya kaedah ini amtlah tidak sesuai kerana boleh menyebabkan pelajar cepat bosan kerana tiadanya variasi, seterusnya menghalang penyampaian kurukulum budaya yang bersifat pelbagai.

Terdapat pelbagai jenis media yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar, seperti gambar, telivisyen, radio, carta, computer, tayangan slaid dan lain-lain lagi yang guru biasa gunakan untuk membantu melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran.
17

Penggunaan media seperti ini boleh membantu para pelajar memahami isi kandungan yang hendak disampaikan oleh guru. Ini kerana media seperti ini membantu guru mewujudkan keadaan yang realistik di dalam bilik darjah. Melalui beberapa kaedah pengajaran yang akan kami bentangkan selepas ini, guru juga mampu untuk menyediakan peluang untuk para pelajar mengikuti pembelajaran secara praktikal, iaitu dalam keadaan yang realistic tentang kebudayaan dan kehidupan masyarakat sebenar.

Seperti yang kita semua maklum, pembelajaran merupakan proses pemikiran kognitif dan penguasaan kemahiran. Oleh itu, seseorang guru harus mempunyai kekuatan terhadap kedua-dua aspek iaitu pengetahuan dan kefahaman dalam isi kandungan, iaitu apa yang hendak diajar, dan pengetahuan tentang pelbagai kaedah pengajaran, iaitu bagaimana hendak mengajar. Kedua-dua perkara ini penting keranan saling melengkapi antara satu sama lain.

Dalam bayak-bayak kaedah pengajaran, kami akan bentangkan dua yang utama, iaitu kaedah projek dan perbincangan.

18

Kaedah Projek Kaedah ini adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan untuk memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Aktiviti yang dijalankan haruslah tertumpu kepada pencungkilan minat pelajar, terdapat beberapa langkah yang mesti diikuti oleh guru supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Langkah itu ialah: 1. Aktiviti yang dijalankan hanya akan dianggap kaedah projek jika aktiviti itu menekankan minat dan keperluan pelajar. 2. Pelajar akan menikmati pengalaman dan pembelajarannya apabila melakukan aktiviti projek. Mereka secara tidak langsung didedahkan kepada pelbagai budaya, gender, ras dan etnik. Oleh itu mereka harus diberi peluang untuk memilih sendiri projek yang akan mereka jalankan tanpa sebarang paksaan. 3. Guru harus memastikan projek tersebut dirancang dengan teliti oleh pelajar, dan aktiviti yang dilaksanakan akan dibantu oleh guru. 4. Projek yang dirancang dengan teliti seharusnya dilaksanakan dengan cermat. 5. Penilaian terhadap projek harus diadakan setelah projek tersebut selesai bagi memastikan tujuan asal projek telah tercapai. 6. Guru juga perlu pastikan nilai-nilai seperti sifat berkerjasama, bertanggunjawab, memimpin, tidak cepat putus asa, saling hormat menghormati antara budaya, berlaku interaksi antara pelajar dalam proses menyiapkan projek, dan keaslian wujud di dalam diri pelajar semasa menggunakan kaedah projek.
19

7. Guru harus bertindak sebagai penasihat, perunding, pengadil, pengerusi, pendengar, dan penilai.

Kaedah projek dijalankan selepas pelajar menguasai pelbagai kaedah tertentu. Berbeza dengan kaedah-kaedah lain, kaedah projek memerlukan lebih dari satu jangka masa pengajaran. Masa yang lebih diperlukan untuk menyediakan projek-projek tersebut. Walau bagaimanapun waktu pengajaran sebenar boleh digunakan untuk membincangkan projek-projek yang akan dilaksanakan atau, digunakan untuk memperlihatkan hasil yang diperolehi daripada projek tersebut.

Menurut teori Pelaziman Klasik Pavlov, pembelajaran boleh berlaku akibat di antara rangsangan dan gerak balas. Rangsangan boleh juga dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Sebagai contoh, guru mewujudkan suasana pengajarandan pembelajaran yang menyeronokkan seperti mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minta pelajar, yang membincangkan tentang lagu-lagu atau irama dari pelbagai budaya. Melalui contoh ini wujud dua rangsangan iaitu suasana pengajaran dan pembelajaran dan aspek emosi, iaitu perasaan seronok. Jadi pelajar-pelajar mengaitkan antara satu rangsangan (suasana pembelajaran) dengan rangsangan (seronok) yang lain. Oleh itu pelajar sentiasa mempunyai keinginan ke sekolah dengan adanya akitiviti yang

menyeronokkan.

20

Kaedah perbincangan Kaedah perbincangan ini digunakan untuk menggalakkan pelajar bersosial serta mencari maklumat melalui perbincangan. Kaedah ini dapat mendorong pelajar supaya dapat mencari maklumat tentang perkara yang dipelajari secara lebih mendalam serta lebih terperinci melalui perbincangan. Kaedah perbincangan ini boleh didefinasikan sebagai perbualan atau perbincangan dengan beberapa orang mengenai sesuatu perkara penting atau objektif. Kaedah ini memerlukan kemahiran dan latihan yang banyak.

Untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya, perbincangan haruslah dijalankan secara terbuka dan melibatkan keseluruhan pelajar. Pendapat yang diberikan oleh pelajar haruslah diterima sebaik mungkin. Sebelum memulakan perbincangan, pelajar-pelajar juga haruslah mempunyai pengetahuan asas mengenai perkara yang akan dibincangkan terutama dalam aspek budaya mereka sendiri. Perbincangan tidak dapat dijalankan jika pelajar tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai topik iaitu budaya sendiri yang dibincangkan.

Kaedah perbincangan mempunyai kaitan dengan dua pendekatan iaitu pendekatan kognitif dan afektif.

21

Dalam pendekatan kognitif, kaedah perbincangan seluruh kelas dapat menggalakkan pelajar untuk menganalisis idea dan fakta dari pengajaran yang

dipelajari dan untuk mencari sama ada terdapatnya hubungan mengenai pengajaran lepas yang telah diajar.

Dalam pendekatan afektif, kaedah perbincangan seluruh kelas menggalakkan pelajar untuk mengkaji pendapat mereka untuk berinteraksi dan menilai idea pelajar lain untuk meningkatkan kemahiran mendengar pelajar tersebut semasa pengajaran dijalankan.

Antara kebaikan kaedah perbincangan: 1. Kaedah perbincangan dalam kelas dengan situasi dan peristiwa yang berlaku di dunia sebenar. Ini akan mendorong pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam topik yang diperbincangkan kerana telah timbul minat dan sikap ingin tahu dalam diri pelajar. Secara tidak langsung pelajar dapat mengenal pasti hubungan yang wujud di antara konsep dan topik perbincangan. 2. Perbincangan dalam kumpulan membantu pelajar memahami topik dengan lebih jelas kerana proses interaksi dan perbualan yang berlaku sewaktu perbincangan membantu menjelaskan perkara-perkara yang wujud dalam pemikiran mereka. 3. Perbincangan dalam kumpulan dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan secara tidak langsung dapat membentuk sebuah kelas yang mesra budaya.
22

Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya, kaedah perbincangan merupakan kaedah terbaik dalam usaha memupuk interaksi sosial pelajar.

REFLEKSI KERJA KURSUS PENDEK BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


23

ROHAIZAM BIN AHMAD 870602-09-5043

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izinnya akhirnya kami dapat menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Budaya dan Pembelajaran ini.

Di sini, ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada En Yeap di atas tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan sepanjang proses penyediaan KKP ini. Segala panduan dihulurkan banyak membantu kami dalam menjayakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan saya masing-masing atas kerjasama dan bantuan yang diberikan.

Subjek Budaya dan Pembelajaran ini amat penting sekali kerana kita perlu memahami setiap budaya dan etnik di Malaysia. Seterusnya ini dapat membantu saya dalam mengenali budaya pembelajaran setiap etnik. Dalam proses menjadi seorang guru, banyak ilmu yang dapat saya terapkan didalam diri dan Insyaallah saya akan terapkan dan apllikasinya dis ekolah kelak.

24

Dengan semangat berpasukan dan kerjasama yang wujud ini kami bersamasama telah dapat melengkapkan tugasan yang telah diberikan kepada kami. Akhir kata dari kami, semoga hasil kerja kami ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan subjek serta pensyarah. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI KERJA KURSUS PENDEK BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106) KHAIRUL NAIM BIN TUKIMIN
25

860906-23-5237

Alhamdulillah dan syukur diucapkan kerana tugasan ini dapat disempurnakan dalam tempoh yang telah di tetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan terutamanya Encik Yap Teik Wei, pensyarah yang mengajar subjek ini bagi kelas PISMP PJ semester 5 yang telah banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Juga kepada semua rakan-rakan yang turut sama membantu dalam melaksanankan tugas ini.

Sepanjang melaksanakan tugasan yang di berikan, pelbagai rujukan telah di buat, antaranya daripada buku-buku dan sumber-sumber internet. Namun yang demikian, ada cendekiawan yang menyatakan bahawa pengalaman merupakan guru terbaik. Saya sangat bersetuju dalam hal ini. Sebenarnya dalam menyiapkan tugasan ini, selain daripada mencari fakta tentang etnik yang ingin di kaji iaitu etnik melayu Jawa, saya telah memfokuskan skop tugasan saya tentang implikasi kepelbagaian sosio-budaya.

Pengalaman sewaktu berada di bangku sekolah nyata banyak membantu. Oleh sebab saya bersekolah di sekolah yang mempunyai pelbagai bangsa dan belajar di dalam bilik darjah yang juga turut mempunyai pelbagai bangsa, tidak sukar untuk saya menghuraikan kesan-kesan kepelbagaian sosio budaya ini. Tambahan pula, saya juga
26

adalah daripada bangsa melayu yang berdarah Jawa. Oleh yang demikian, tugasan ini banyak berkisar tentang saya dan pengalaman lalu. Hanya mungkin proses untuk mengumpul maklumat mempunyai beberapa kesulitan seperti kekurangan buku dan rujukan akademik manakala maklumat di internet pula terlalu terhad dan

sesetangahnya tidak boleh digunapakai.

Satu perkara yang lebih penting di atas segalanya adalah kerjasama. Dalam menyiapkan sesuatu tugasan atau melaksanakan tanggjungjawab, kerjasama adalah penting terutamanya bagi tugasan berkumpulan. Dalam proses untuk menyempurnakan tugasan ini, kami telah bersetuju untuk membahagikan tugas supaya bebanan dapat di kurangkan selain dapat menjimatkan masa.

Secara keseluruhannya, tugasan ini sangat bermakna dan menarik, selain dapat mengenali budaya bangsa lain, saya juga dapat lebih memahami dan belajar mengenai budaya bangsa sendiri. Ada kalanya kita tidak begitu jelas tentang asal usul bangsa sendiri sedangkan ianya amat penting untuk membentuk jati diri sikap cintakan negara. Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan sekali lagi kepada semua yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk membantu kami di dalam menyiapkan tugasan ini.

27

REFLEKSI KERJA KURSUS PENDEK BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106) ZURAIDI HAFIZ BIN MOHAMMED SHAHAR 870512-06-5115

28

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Budaya dan Pembelajaran ini dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang kesulitan yang ketara.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah matapelajaran Budaya dan Pembelajaran, En Yeap di atas tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan sepanjang proses penyediaan KKP ini. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang dihulurkan banyak membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya di atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan.

Banyak perkara yang saya pelajari di dalam subjek ini. Saya berharap subjek ini dapat membantu saya dalam mengenali setiap budaya pembelajaran setiap etnik. Selain itu juga, saya berharap ilmu yang diperolehi dapat diterapkan dalam diri saya dan akan diaplikasikan di sekolah kelak. Insyaallah. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan kerja khusus ini. Semoga hasil yang disiapkan ini dapat memenuhi kehendak soalan yang diberikan. Sekian, terima kasih.
29

REFLEKSI KERJA KURSUS PENDEK BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106) MUAHAMMAD FIKHRI BIN MUHRI 871110-23-5921

30

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya menyiapakan Kerja Kursus Pendek, Budaya dan Pembelajaran dalam masa yang ditetapkan tanpa menghadapi sebarang kesulitan. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat pensyarah subjek, En Yeap Teik Wei kerana memberi masa, tunjuk ajar dan dorongan kepada saya dan rakan-rakan saya dalam melaksanakan Kerja Kursus Pendek ini. Banyak rujukan yang telah saya lakukan, di perpustakaan institut, perpustakaan awam, dan perpustakaan internet, semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini. Syukur kerana maklumat yang saya perlukan saya temui dan saya gunakannya untuk menyiapkan tugasan ini. Dengan menyiapkan tugasan ini, telah menambahkan ilmu saya tentang kaedahkaedah pengajaran yang sesuai dilakukan berdasarkan KBSR, yang banyak berpusatkan pelajar. Kaedah-kaedah ini akan membantu saya untuk saya gunakan di sekolah untuk praktikum yang akan datang. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana banyak membantu saya untuk menyiapkan Kerja Kursus ini.

31

Anda mungkin juga menyukai