Anda di halaman 1dari 21

Berdasarkan kajian terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji, beri contoh-contoh kata, ayat, bahan sastera,

objek budaya atau apa sahaja yang sesuai untuk membuktikan hubungan kekerabatan dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan etnik. Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di dalam kelompok kaum tersebut terdapat pelbagai pecahan etnik yang sudah semestinya mempunyai pelbagai budaya, bahasa, kepercayaan dan adat resam yang tersendiri. Dalam tugasan ini, saya memilih etnik Jawa kerana ayah dan ibu saya berketurunan Jawa Ponorogo. Tugasan ini membicarakan etnik Jawa meliputi aspek bangsa,struktur masyarakat, bahasa, kepercayaan, adat resam dan jantina. Sebahagian besar mereka merupakan Jawa Ponorogo manakala selainnya Jawa Megelan. Mereka bekerja sebagai pekebun kelapa sawit , bertukang dan ada juga yang bekerja di kilang industri. Sehingga kini kami masih menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa perhubungan. Selain mempunyai masakan Jawa yang menjadi kebanggaan seperti sambel godok dan pecel leley, kami juga mengamalkan adat resam serta kebudayaan tersendiri. Ianya menjadikan keturunan kami unik dan istimewa. Kerukunan hidup bermasyarakat menjadikan kampung tempat tinggal kami aman, damai dan ceria. Kami bangga menjadi anak Jawa dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan identiti agar tidak hilang ditelan zaman.

ADAT RESAM MASYARAKAT JAWA

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Ianya dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang dilakukan akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turuntemurun. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Adat dan budaya merupakan suatu konsep yang saling bergantung. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat pelaksanaannya, misalnya adat bersanding, adat meminang dan sebagainya, ia sudah menjadi suatu budaya. Ia membawa maksud budaya merupakan suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat. Budaya bersifat tidak tetap dan boleh berubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian . Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah. Oleh hal yang demikian bolehlah dikatakan bahawa adat ialah budaya yang asal.Resam pula ialah lembaga, peraturan, hukum , norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Adat resam merupakan suatu peraturan yang sudah diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi. Adat resam merupakan suatu cara hidup yang diwarisi. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, mengamalkan adat resam mereka yang tersendiri. Adat ini merangkumi semua aspek kehidupan bermula daripada kelahiran, kehidupan sehinggalah kematian. Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik. Bermula dari dalam kandungan , mereka mengamalkan adat yang tersendiri. Untuk memahami secara lebih mendalam adat resam masyarakat Jawa, adalah lebih mudah sekiranya kita membicarakannya satu persatu. Antara adat resam yang masih diamalkan ialah:

PERSPEKTIF JANTINA Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil anak-anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza. Anak lelaki disuruh bersikap sebagai seorang lelaki yang sejati manakala anak perempuan sentiasa diingatkan agar menjaga sopan-santun. Anak lelaki tidak digalakkan menunjukkan sikap emosi manakala anak perempuan ditegah daripada bersikap agresif. Anak lelaki akan diajak membantu tugas bapa seperti berkebun ataupun bertukang manakala anak perempuan diajar membantu ibu membuat kerja rumah seperti mengemas, memasak dan sebagainya.

Dalam masyarakat Jawa, kaum lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesebuah masyarakat. Jawatan ketua masyarakat seperti pelantikan Pak Lurah mesti disandang oleh orang lelaki. Mengikut kepercayaan ,orang lelaki bersikap lebih matang dan tidak mengikut perasaan berbanding kaum perempuan. Jiwa seorang perempuan yang sensitif akan menyebabkan mereka menjadi emosional dalam membuat sesuatu keputusan. Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka orang yang sangat penting dan dilantik sebagai ketua keluarga. Kekuatan sifat fizikal dengan susuk badan yang sasa mekar, gagah, maskulin keras dan perkasa menjadi penyumbang penting dalam menjalankan tugas sebagai pencari rezeki. Mereka menyara keluarga dan menjaga segala kebajikan dan keselamatan keluarganya. Lelaki kaum Jawa kelihatan tegas dari luaran tetapi sebenarnya lembut dari dalam. Mereka tidak akan memarahi anak mereka secara terbuka sebaliknya melalui isterinya. Hanya melalui pandangan atau jelingan mata sudah mampu menyampaikan mesej kepada anak anak. Perempuan kaum Jawa pula bersikap penuh lemah lembut dan kasih sayang terhadap suami dan anak-anak mereka. Oleh itu anak-anak mudah mesra dan manja kepada ibu berbanding ayah. Seorang isteri amat taat akan suami. Mereka bukan sahaja taat malahan memuliakan suami. Isteri merupakan tulang belakang suami untuk menguruskan rumah tangga. Sikap mereka yang lemah lembut dan penuh sopan santun amat sesuai dengan tugas mengurus rumah tangga termasuk mencuci, memasak serta mengemas rumah. Wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi memelihara kebajikan dan maruah keluarga mereka. Mereka akan menunggu suami pulang dari bekerja dengan sabar. Setelah suami pulang, mereka akan dilayan dengan penuh kasih-sayang. Pepatah Jawa ada menyatakan bahawa Syurga terletak di bawah kaki suami. Tiada gunanya walau setinggi manapun amalan yang dilakukan oleh seseorang isteri jika mereka tidak patuh atau mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak- anak. Apatah lagi kalau mereka ingkar atau derhaka kepada suami.

REFLEKSI

Apabila menerima tugasan yang diberi, saya tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan mengkaji etnik Jawa kerana terlalu banyak perkara yang ingin saya i rungkai tentang etnik yang amat unik dan istimewa ini.Tugasan saya menjadi lebih mudah kerana selain daripada saya sendiri , semua penduduk kampung saya berketurunan Jawa. Menyelami budaya etnik Jawa membuatkan saya agak terkilan kerana banyak perkara yang telah kami ditinggalkan. Kebanyakan adat, budaya dan kepercayaan dalam masyarakat Jawa hanya tinggal nama

sahaja. Sebagai contoh, adat lenggang perut dan cukur jambul. Walaupun adat ini masih diamalkan tetapi pengisiannya amat berbeza. .Adat-adat lama dalam majlis ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh agama Hindu. Oleh hal yang demikian , ianya telah digantikan dengan tatacara yang bersesuaian dengan agama Islam seperti majlis doa selamat sahaja. Etnik Jawa banyak mengalami proses asimilasi berbanding etnik lain. Generasi muda seperti saya sukar untuk diterima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Dari segi bahasa ,walaupun saya fasih bercakap dalam bahasa Jawa namun anakanak saya tidak menguasainya. Hasil daripada tugasan ini, kesimpulan yang saya dapati adalah terdapat banyak adat resam dan kepercayaan masyarakat Jawa yang telah ditinggalkan kerana selain daripada mengalami proses asimilasi, ada di antara adat dan kepercayaan itu tidak bersesuaian dengan agama Islam. Kepelbagaian etnik di sekolah dapat menimbulkan keseronokan dalam kalangan guru dan murid - murid. Mereka dapat mengetahui banyak perkara tentang kelompok etnik yang lain. Namun sebagai seorang guru, kita perlu bijak memanafaatkannya demi mencapai wawasan 1 Malaysia

BIBLIOGRAFI Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Mok Soon Sang (2002)..Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Edisi Ketiga Terbitan Ke4 Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya. Clifford Geertz, 1981, Abangan, Santri, Priyayi dalam Masyarakat Jawa, Pustaka Jaya, Jakarta. http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/kedatanganimigran/ http://pab25.blogspot.com/2008/06/who-are-orang-jawa-orang-jawa-people-of.html http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama &pg=ru_01.htm http://newspaper.pikiran-rakyat.com/prprint.php?mib=beritadetail&id=132798 http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawa http://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.html

http://ilzaf.multiply.com/journal/item/46/KENALI_PRIBUMI_SEMENANJUNG_MALAYSIA_?&show_inters titial=1&u=%2Fjournal%2Fitem http://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of-java/http://id.wikipedia.org/wiki/Jawa http://www.cari.com.my http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawa http://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayub

Etnik Jawa 1. PENDAHULUAN: http://rostamhamzah68.blogspot.com/2013/04/etnik-jawa.html

Orang-orang Jawa pada asalnya adalah merupakan petani yang mengerjakan sawah padi, akan tetapi kegiatan pertanian mereka berubah setelah mereka menetap di Semenanjung ini mengikut kesesuaian tanah yang diterokainya. Dari faktor inilah mereka adalah orang-orang yang mudah menyesuaikan dengan keadaan, di mana dari aspek senibinanya juga berkait rapat dengan sifat mereka 'yang sedemikian. Orang-orang Melayu keturunan Jawa mungkin telah tiba di Semenanjung ini lama dahulu. Kemungkinan semasa pemerintahan Parameswara di Melaka, baginda turut membawa orang-orang Jawa bersama mereka dan dalam jangkamasa yang begitu lama mereka telah dianggap sebagai bukan orang yang mendatang ditambah pula agama yang dianuti adalah sama dengan orang-orang tempatan. Berlakunya migrasi sub-etnik Melayu dari seluruh Alam Melayu terutama dari Indonesia, etnik serumpun yang semuanya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan dan adat resam Melayu (Fuziah Shaffie, 2001: 259). Migrasi bermula sejak abad ke-15 dan etnik Jawa sebagai masyarakat perdagangan di zaman Kesultanan Melayu Melaka telah meninggalkan Melaka apabila ia dijajah oleh Portugis. Mereka berhijrah semula di abad ke-19 di negeri Selat sebagai pedagang kecil, kelasi dan orang gaji. Berhijrah ke Johor, Selangor dan Perak sebagai peneroka. Etnik Minangkabau dari Sumatera Barat telah bermastautin di Negeri Sembilan sejak abad ke-14. Abad ke-17 orang Bugis dari Sulawesi pula bermastautin di Selangor, Perak dan Johor. Dari segi komposisi dan bilangan penduduk Indonesia yang berhijrah ke Malaysia, etnik Jawa merupakan kumpulan terbesar. Dalam tahun 1930, jumlah mereka lebih dari 17,000 orang, kemuudian diikuti oleh etnik Minangakabau, Banjar dan Bugis (Fuziah Shaffie, 2001: 263). Sekiranya diteliti kebudayaan Kelantan masa kini terdapat unsur-unsur yang kebudayaannya banyak menyerupai dengan kebudayaan orang-orang Jawa, umpamanya wayang kulit, permainan wau (Layanglayang) seni membuat batik dan juga cara pertuturan, di mana terdapat beberapa perkataan yang sama atau seakan sama sebutan dan ertinya. Terdapat sebuah masjid (Masjid Kampung Laut) di mana

bentuknya hampir sama dengan sebuah masjid di Demek, Jawa Tengah. Faktor ini mungkin ada kaitan dengan kesultanan Raja-Raja Negeri Kelantan yang mempunyai kaitan dengan Raja-Raja di Jawa. Kebanyakan dari mereka yang berhijrah ke Semenanjung tidak terus mengusahakan tanah di mana mereka mula-mula bertapak. Mereka mengambi1-upah sama ada di ladang-ladang kepunyaan Inggeris atau sebagainya. Ini adalah kerana mereka perlu untuk menyara kehidupan seharian di samping mengumpulkan 'modal' sebelum berupaya membuka tanah.' Setelah dapat membuka tanah biasanya akan dijualkan kepada orang lain terutamanya penduduk tempatan yang lebih berada.

PROSES PEMBENTUKAN BAHASA RUMPUN BAHASA MELAYU Sebagaimana yang biasa dijelaskan bahawa budaya merupakan pembentuk bahasa maka bahasa yang terbentuk ini pun sebenarnya juga merupakan kesepakatan atau konvensi yang mengakar budaya pada suatu komunii yang lebih kecil (mikrosistem). Jika bahasa yang digunakan mikrosistem ini eksis, berkembang dan menyebar maka dapat diterima oleh makrosistem. Sebagai contoh, bahasa Melayu (Riau & Kepulauan Sumatera) yang merupakan dasar pembentukan bahasa Indonesia dapat berkembang karena menjadi lingua franca atau bahasa pergaulan, seperti dalam perdagangan, penaklukan suatu kerajaan (politik), pendidikan dan perkawinan. Bahasa Melayu sudah lama digunakan dalam budaya Melayu di wilayah Nusantara, antaranya di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand Selatan (Pattani), Filipina, Vietnam, Kemboja, Kepulauan Pasifik, Sri Lanka, Cape Town, Papua dan Timor Leste. Oleh kerana itu, terdapat lebih dari 300 juta orang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kehidupan sehari-hari. Bahkan bahasa Melayu dikenal sebagai bahasa terbesar keempat di dunia setelah bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Hindi/ Urdu (Asmah, 1998). Kemudian bahasa Melayu ini berkembang sesuai dengan kondisi sejarah, demografi, pendidikan dan politik di setiap wilayah yang menggunakannya (Zack, 2007). Dalam bahasa Indonesia sendiri telah mempunyai kesepakatan untuk membakukan bahasa verbal dalam bentuk tulisan (simbol) dan ucapan. Kesepakatan budaya ini yang telah dibakukan dalam Ejaan Yang Disempurnakan (EYD).

3.

BAHASA DALAM LINTAS BUDAYA

Kita tidak dapat menafikan bahawa bahasa sangat terpengaruh oleh budaya. Oleh kerana zaman globalisasi ini maka memungkinkan budaya saling bersinggungan. Persinggungan dan pertemuan budaya

inilah yang memungkinkan manusia memasuki alam lintas budaya. Menurut catatan Burgon & Huffner (2002), beberapa perbezaan bahasa dalam lintas budaya dapat terlihat dari; a. Perbedaan bahasa non verbal contoh: anggukan dalam konteks budaya Indonesia dengan India, cipika-cipiki (touching) dalam konteks budaya timur dengan barat. b. Perbezaan intonasi contoh: intonasi yang meninggi di Jawa Timur akan dirasa mendikte oleh orang yang mempunyai orientasi budaya Jawa Tengah atau Yogyakarta. c. Perbedaan pemaknaan bahasa/ kata contoh: kata butuh dalam konteks budaya Indonesia dimaknai sebagai keperluan dan dalam konteks budaya Malaysia dimaknai sebagai alat kelamin. d. Perbedaan diksi. Misalnya konteks budaya Jawa Timur cenderung lebih asertif dalam menyampaikan pendapat daripada konteks budaya Jawa Tengah yang cenderung unggah-ungguh sehingga diksinya pun berbeza. Contoh: leveling diksi penyebutan kamu dalam konteks budaya Jawa Tengah yang berjenjang, iaitu kowe, sampeyan, panjenengan, pangandika.

3.1. Hal-hal yang Berkaitan dengan Penggunaan Bahasa.

a. Dalam kaitannya dengan lintas budaya, seseorang dapat mengalami cultural shock jika tidak mampu menyesuaikan diri dalam proses komunikasi lintas budaya. Hal ini merupakan hasil penelitian dari Furnham & Bochner (1986). b. Komunikasi dengan bahasa non verbal membantu penegasan komunikasi verbal lintas budaya (Hammer, 1989). Hal ini disebabkan kerana bahasa non verbal lebih universal daripada bahasa verbal. c. Dalam era globalisasi ini maka memungkinan terjadinya persinggungan budaya dan bahasa. Bahkan memungkinkan terjadinya penjajahan bahasa baik melalui penjajahan fisik, pendidikan/ scholarship, bisnis, agama dan lain sebagainya. Dikatakan sebagai penjajahan bahasa kerana dalam bahasa itu juga termasuk di dalamnya budaya asal dari bahasa tersebut.

Bahasa / Dialek Jawa di Malaysia.

Mangan/madang Medang Warek Turu Ngorok Jokok Jangan Mampir Monggo-monggo Nguyuh Ngeseng Ngompol Iwak dan banyak lagi.

- makan - minum ringan-ringan - kenyang - tidur - dengkur - ambil - lauk - singgah - jemput masuk - buang air kecil - buang air besar - kencing kat tilam. hehe - Ikan/lauk berdaging

4.

BUDAYA MASYARAKAT JAWA.

4.1. Barongan.

Tarian Barongan Asal.

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari. Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu.

Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, danangklung. Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia. Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Hindu Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling. Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Taipusam. Tarian Barongan juga menarik kerana terdapat tradisi yang mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang. Ini kerana Tarian Kuda Kepang dipercayai merupakan cara untuk menarik perhatian orang ramai ketika mengembangkan ajaran Islam di Jawa. Dengan itu tradisi mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang kemungkinannya merupakan bukti kepentingan tarian Barongan dalam penyebaran syiar Islam ketika itu. Tarian yang dikenali sebagai tarian Barongan yang ditarikan di Malaysia, terutama di Johor turut menyerupai tarian Reog. Tarian Barongan, memiliki prop yang sama dan utama iaitu topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu burung Merak. Rakyat Ponorogo, Indonesia sangat marah dengan hal ini dan memprotes Malaysia dan menganggap Malaysia telah meniru tarian Reog. Pengamal tarian Reog juga mengancam penghantaran dadak merak ke Malaysia.

Tarian Barongan versi Malaysia beserta Tarian Kuda Kepang ini diamalkan dan boleh dilihat terutamanya di daerah Batu Pahat, Johor.

Berikutan dengan kontrovesi tersebut, tarian Barongan tidak lagi diketengahkan oleh pihak kerajaan Malaysia

4.2. .

Gong.

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit diIndonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochinadan kepulauan Nusantara sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional

4.4.

Kompang Bengkalis Riau

Kompang Bengkalis Riau merupakan salah satu tradisi muzik yang menggunakan kompang sebagai medium penjanaan bunyi muzik. Kompang Bengkalis Riau dipercayai berasal dari Kampung Jawa, Muar, Johor, Malaysia. Ia telah berkembang sejak tahun 40-an lalu di bumi Bengkalis, Riau, Indonesia apabila seorang tokoh muzik yang bernama Pak Maun yang pulang dari Muar, Johor ke Bengkalis. Pak Maun lalu dikatakan mengajar alunan muzik kompang kepada abangnya iaitu Muhammad Ali. Apabila ilmu ini diperturunkan ke Muhammad Ali, Pak Maun telah berpindah ke daerah Bantan Tua, iaitu sebuah kampung dipanggil Resam. Bermula dari situlah permainan alat muzik Kompang Bengkalis Riau mula berkembang secara aktif. 5. Kempling Jawa

Beduk

Persembahan kempling Jawa yang menjadi tradisi dalam majlis khatan beramai-ramai di daerah itu satu masa dahulu kini dihidupkan semula di Taman Bandar Baru Bukit Gambir, dekat sini, baru-baru ini. Biasanya persembahan kumpulan dengan alatan muzik tradisional itu diadakan pada sebelah malam serta dimeriahkan lagi dengan upacara menepung tawar dan kenduri melibatkan penduduk setempat dalam suasana penuh kekeluargaan. Program tersebut sebagai satu simbolik masyarakat Jawa untuk meraikan anak-anak mereka yang bakal menempuh alam dewasa sebelum dikhatankan beramai-ramai keesokan paginya

4.6.

Seni Cempoling.

Cem bermaksud bermacam-macam yang boleh ditafsirkan sebagai pemain alat muzik itu dari kalangan mereka yang mempunyai kepelbagaian latar seperti petani, peneroka dan pendakwah, manakala alat yang digunakan juga bervariasi daripada sudut saiz atau jenisnya. Pul pula bermakna pelbagai jenis manusia berkumpul dan iling-iling yan dipendekkan kepada iling dalam bahasa Jawa bermaksud ingat-mengingat diri sendiri, ahli kumpulan dan masyarakat atau dalam istilah agama, ialah muhasabah dan tazkirah. Seni cempoling menggunakan sembilan alat muzik, iaitu gong ibu dan gong anak yang sebenarnya bersaiz besar tetapi berbeza daripada sudut ketebalannya; kempul dan kempreng yang bentuknya lebih kecil daripada gong; gendang abang dan gendang adik yang tidak jauh bezanya dengan gendang gamelan atau silat untuk menghasilkan bunyi yang bertingkah antara satu sama lain dan eteng-eteng abang serta adik. Alat kesembilan ialah tamborin sebagai ganti kepada marakas atau khas-khas kerana orang Jawa dulu menggunakan alat muzik yang diperbuat daripada labu air yang isinya dibuang tetapi kulitnya diambil.Masyarakat Jawa meneroka hutan untuk mencari kehidupan atau sandang tangan yang dalam bahasa Melayu bermakna mencari pakaian dan kehidupan, manakala pada waktu malam pula, mereka berkumpul untuk berhibur sambil beriling-iling dengan lagu yang diambil daripada surah berzanji. Ia dipanggil lagu selawatan yang berasal daripada perkataan selawat kepada nabi junjungan dengan surah berzanji itu sebagai induk yang kemudian diubah suai dengan lagu yang membawa nasihat tetapi masih dalam bahasa Jawa kuno. Seni cempoling tidak hanya diberikan nafas baru di Meru, bahkan ia kembali hidup di kawasan penepatan masyarakat Jawa di negara ini seperti di Batu Pahat, Johor dan Bagan Datoh, Perak, selain ia Kampung Bukit Kapar kekal menjadi pusat di Selangor tetapi disebarkan sehingga Banting, Sepang dan Sabak Bernam. Puncak kejayaan mereka apabila seni cempoling yang dibawa masuk masyarakat Jawa itu kembali ke gagang atau tanah leluhur apabila Siri Cempuling Era Baru Kampung Bukit Kapar mempersembahkan seni itu di Solo, Indonesia pada 1988 dan 1993, selain pernah dibawa ke Medan dan Riau di Sumatera serta Thailand. "Apabila masyarakat di Indonesia mendengarnya, mereka dapat menikmati iramanya tetapi agak terperanjat apabila mendengar seni kata yang dilagukan dalam bahasa Melayu.

4.7.

Kuda Kepang.

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan. Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik. Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah. Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya denganWali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kudakuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

4.8.

Senibina Masyarakat Jawa.

Masjid Demak Seni bina Jawa-Melayu adalah bentuk klasik seni bina masjid tradisional Indonesia dan Malaysia. Tidak seperti masjid di Timur Tengah ia dibina dari balak. Atap bertingkat kayu disokong oleh tiang kayu jati. Bentuk seni bina masjid ini umum dalam sfera budaya Jawa, Sunda dan Melayu di Indonesia dan Malaysia. Kadang-kadang masjid moden dengan seni bina Jawa-Melayu menggunakan bahan atau logam seramik sebagai bahan atap masjid dan batu-bata sebagai bahan bangunan utama.

Masjid lama di Teluk Intan, Perak ini menggabungkan ciri-ciri Melayu lama dengan Timur Tengah. Masjid yang mempunyai ciri-ciri Melayu lama Perak ini terletak di dalam sebuah estet. Kawasan ini pernah menjadi bandar malah ibu negeri Perak awal abad ke 19.

Masjid Sheikh Ismail di Ulu Bernam (The mosque of Sheikh Ismail in Ulu Bernam)

Ada sesuatu yang menarik tentang masjid lama ini yang terletak berdekatan sempadan negeri SelangorPerak, berhampiran bandar Tanjung Malim.

7.3.

Sastera Panji

Karya panji ialah karya yang isinya berkisar kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak utamanya menggunakan gelaran panji. Sastera panji ialah kumpulan carita Jawa- Melayu yang semuanya berpusatkan Sang Panji, Putera Kuripan yang ada sifat mitologi. Cerita ini mengisahkan Panji yang berkelana untuk mencari kekasihnya yang biasa dinamakan Cendara Kirana Puteri Raja Daha yang hilang atau menyamarkan diri dan menjelma sebagai orang lain. Selama berkelana, Panji mengalami bermacam-macam peristiwa hingga akhirnya dapat juga bertemu dengan kekasihnya.

8.

PENUTUP.

Kemasukan masyarakat Jawa daripada Indonesia melatari lanskap social Tanah Melayu. Mereka kini merupakan sebahagian Warga Malaysia dan terangkum dalam kumpulan Kaum Melayu. Keakraban perhubungan Suku Kaum jawa dan Melayu terserlah dalam pantun di bawah.

Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya gantikan, Kalau sungguh bagai dikata, Badan dan nyawa saya serahkan. Oleh kerana integrasi dan kahwin campur, penggunaan bahasa dan budaya telah turut bercampur dengan masyarakat tempatan. Ada dikalangan generasi muda Jawa telah tidak dapat menguasai bahasa atau tidak mengetahui budaya Jawa kerana telah diterapkan dengan bahasa dan budaya Malaysia. Posted by rostam hamzah at 23:47

3.0

ELEMEN-ELEMEN YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MELAYU.

3.1 Walaupun bahasa Melayu bukan sebuah tetapi bahasa Melayu dan bahasa bangsa asli iaitu Jakun dan Temuan digolongkan dalam bahasa Austronesia. Sebelum istilah Austronesia digunakan, Austronesia dikenali sebagai Malayu-Polinesia. Istilah ini telah dicipta oleh Wilhelm Von Humboldt. Perhubungan ketiga-tiga rumpun bahasa dalam filum bahasa Austrik ialah rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Tibet dan rumpun bahasa Austroasia. 3.2 Rumpun bahasa Austronesia terdiri daripada empat keluarga iaitu bahasa-bahasa Nusantara (Kepulauan Melayu), Polinesia, Melanesia dan Mikronesia. Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat dalam kalangan keluarga bahasa ini berdasarkan sistem bunyi, pembentukan kata, perbendaharaan kata dan pembentukan ayat. 3.3 Cabang bahasa Nusantara dipercayai mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kirakira 200-300 bahasa. Keluarga bahasa Nusantara atau keperluan Melayu dibahagikan kepada kelompokkelompok dan setiap kelompok boleh dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian mengikut kawasan. 3.4 Bagi memudahkan penelitian, keluarga bahasa Nusantara dibahagikan mengikut daerah dan pulau iaitu Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Filipina, Nusa Tenggara, Maluku, Madagaskar dan Tanah besar Asia Tenggara. Kelompok Kalimantan atau Borneoterdapat pelbagai jenis bahasa yang tersebar luas di pelbagai daerah dari KalimantanIndonesia hingga ke Sarawak, Sabah dan negara Brunei. Kelompok bahasa Kalimantanterdiri daripada Melayu, Dayak, Melanau, Bisaya, Murut, Dusun, Bajau, Sulu, Tidung, Basap, Labu, Kenyah dan Kayan. Bahasa Dayak mempunyai beberapa jenis seperti Iban, Bidayuh, Kedayan, Mualang, Ambawang, Selakau dan lain-lain.

3.5 Di Malaysia pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan Islam sebab dalam Perlembagaan, orang Melayu ditakrifkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu. Jika dilihat dari sudut yang lebih luas, takrifan Melayu itu telah menjadikan suku bangsa Melayu sebagai satu sistem terbuka bermaksud sesiapa sahaja dapat menjadi ahli suku bangsa Melayu asalkan dia memenuhi keperluan-keperluan dalam takrifan itu. Ungkapan masuk Melayu dapat menggambarkan konsep ini seperti suku bangsa lain yang memeluk agama Islam. Sistem terbuka juga diterapkan di Sarawak terutama di kalangan kaum bumiputera yang terdiri dari pelbagai suku bangsa dan agama. Apabila seseorang dari suku bangsa lain memeluk agama Islam maka dia dikenal sebagai orang Melayu. 3.6 Alat-alat yang mereka gunakan seperti kapak dan gendang tembaga pernah ditemui di gua-gua di Semenanjung dan di Sungai Tembeling di Pahang telah memperlihatkan persamaan peralatan yang terdapat di Tonkin di negeri China, Jawa dan Bali. 3.7 Gendang-gendang yang ditemui di Tonkin menunjukkan lukisan perahu yang sama dengan perahu yang digunakan oleh suku-suku bangsa di Borneo dalam upacara kematian. Sementara pada gendang-gendang itu terdapat lukisan orang menumbuk padi atau meniup alat muzik seperti seruling yang sama dengan alat muzik orang Dayak. 3. Perpindahan bangsa Melayu dari daratan Asia itu berlaku secara berperingkatperingkat. Peninggalan-peninggalan purbakala yang dijumpai itu ada yang berasa dari budaya palaeolit, mesolit dan neolit. H. Kern, seorang sarjana Belanda berpendapat bahawa perpindahan itu bermula kira-kira 1500 tahun sebelum Masihi. 3.9 Kepercayaan dan adat kebiasaan juga dapat menunjukkan arah gerak perpindahan dan perkaitan antara suku-suku bangsa di seluruh kepulauan yang dikenali sebagai kepulauan Melayu itu. Kepercayaan dan adat-adat kebiasaan itu juga boleh dikaitkan kepada kepercayaan dan adat yang terdapat di dataran Asia. 3.10 Suku-suku bangsa dalam rumpun Melayu ini juga percaya pada petanda-petanda baik dan buruk dari binatang seperti burung, ular dan rusa serta bunyi binatang tersebut. Adatadat dalam menyambut anak yang baru lahir, kematian dan menanam padi serta rentak irama dalam tarian menunjukkan persamaan-persamaan dari suku bangsa ke suku bangsa. 6.0 RUJUKAN

Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azhar Wahid dan Razali Ayob (2011). Sejarah Bahasa Melayu. Perak Darul Ridzuan : Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al, (2004). Tatabahasa Dewan: edisi semakan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1.1.2 Berasal dari Nusantara Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa: (a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain. (b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja. ika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah: 1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun. 2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun. 3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun. Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara. Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang

mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.

4.0 BAHASA / DIALEK JAWA DI MALAYSIA. Contoh Perkataan bil 1. 2. 3 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Bahasa Jawa Mangan/madang Turu/ngorok melayu ngomong jagong ngombek ngantuk meneng enak kesal Bahasa Melayu makan tidur berlari bercakap duduk minum mengaantuk diam sedap penat

Contoh ayat dalam bahasa Jawa. bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 Bahasa Jawa Kuwe arak nandi? Aku wes mangan Melaku delok ngisur Kelopo tuwek santennye okeh Opo kuwe ngomong Tuku gulo nang pasar Lungo ngaji nang suro Selangor negeri yang paling sugeh Worno abang memang apik Aku wong Jowo Bahasa Melayu Kamu hendak ke mana? Saya sudah makan Jalan tengok bawah Buah kelapa tua santanya banyak Apa Awak cakap Beli gula dekat pasar Pergi mengaji dekat surau Selangor negeri yang paling kaya Worno merah memang cantik Saya orang Jawa

Kalau di amat-amati, , terbukti bahasa satu dan bahasa lainnya saling pengaruh-mempengaruhi. Kesemuanya kerana melalui interaksi antara satu kelompok dengan kelompok lain, dari segi perdagangan, perkahwinan, atau juga dalam bentuk penjajahan. Pengaruh itu biasanya keseluruhan berganti bahasa, atau juga dalam sebahagian kosa kata dimana pengaruh itu terlihat. Berdasarkan pada kamus Bahasa Melayu Palembang dan Banjar ini, pada masa lalu kedua wilayah ini mempunyai ikatan interaksi yang kuat khususnya dengan Tanah Jawa. Melayu Palembang sendiri dikatakan merupakan perpaduan antara bahasa Melayu lama dengan bahasa Jawa pertengahan yang dilafazkan dengan lidah lokal. Sementara bahasa Banjar juga berakar dari perpaduan bahasa Melayu, bahasa Jawa dan bahasa-bahasa asli Kalimantan sebagai akibat interaksi

dengan tanah Jawa sejak lama juga. Selain itu ada dua jenis bahasa dalam bahasa Melayu Palembang dan Banjar. Antara lain bahasa sehari-hari dan bahasa halus, yang dalam bahasa Palembang disebut bebaso dan dalam bahasa Banjar disebut basa dalam (dari kata dalem) yang masing-masing berasal dari bahasa Istana dan sangat dipengaruhi bahasa Jawa.

Contoh perkataan yang ada persamaan antara tiga bahasa iaitu Bahasa Palembang, Bahasa Jawa dan Bahasa Melayu) : (1) Abot - abot - berat (2) Abang - abang - merah (3) Lanang - lanang - lelaki (4) Katis - kates - betik (5) Melok - melu - ikut (6) Jabo - Jobo - luar, depan (7) Buri - Mburi - belakang (8) Awak - awak - badan (di Palembang juga berarti anda) (9) Bae - wae, bae - saja (10) Kemul - kemul - selimut (11) Kacek - kacik - selisih (12) Awan - awan - siang (13) Selawe - Slawe - Duapuluh lima (14) Selikur - Slikur - Duapuluh satu (15) Metu - metu - keluar (16) Sikil - sikil kaki (17) Ngenyek - ngenyek, ngece - mengejek (18) Rai - rai - muka (19) Iwak - iwak - ikan (20) Lading - lading, piso pisau

(21) Kelaso - kloso tikar (22) Godong - godong daun (23) Banyu banyu air RUJUKAN : (1) Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Publishing & Distributors. (2) Khazin Mohd. Tamrin (1978). Orang Jawa di Selangor Kedatangan dan penempatan Jebat (7/8), 68-85. (3) Sejarah Melayu. edisi A.Samad Ahmad, 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (4) Sejarah Melayu. edisi W.G. Shellabear, 1977. Kuala Lumpur: Fafar Bakti. (5) Adelaar.K.A. 1988. More On Proto-Malayic . Dlm: Mohd Thani Ahmad & Zaini Mohammed Zain (peny). Rekonstruksi & Cabang-cabang Bahasa Melayu Induk . Pp59-77. Seri Monograf Sejarah Bahasa Melayu . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. (6) Peacock, B. A.V. 1983. Prasejarah yang Terkemudian di Malaysia dan Permulaan Zaman Tamadun. Dlm. Zainal Abidin Wahid (ed.). Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (7) Blust, R.A. 1988 C. Malay historical Linguistics : a progress report . Dlm. Mohd Thani & Zaini Mohamed Zain (pnyt). Rekonstruksi & Cabang-cabang Bahasa Melayu induk: 1-33. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. (8) Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. (9) Collins, J.T. 1995, Pulau Borneo Sebagai Titik Tolak Pengkajian Sejarah Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa 39:868-879. Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang

tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa: (a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain. (b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. 6.0 RUJUKAN

Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azhar Wahid dan Razali Ayob (2011). Sejarah Bahasa Melayu. Perak Darul Ridzuan : Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al, (2004). Tatabahasa Dewan: edisi semakan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amalan Rewang Rewang..ia merupakan perkataan yang sinonim dalam masyarakat melayu jawa sejak dahulu lagi.Amalan rewang merupakan amalan yang telah diwarisi turun temurun dalam kalangan masyarakat melayu jawa.Amalan rewang adalah bersamaan dengan maksud amalan gotong-royong dan seumpama dengannya. Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan dan seumpamanya amalan rewang dapat dilihat dalam sesebuah kampung mahupun penempatan yang didiami masyarakat melayu jawa terutamanya di johor. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit.

Misi Amal, Ziarah Dan Ukhwah

Tatacara adab bergaul dengan masyarakat ada disebut dan dibincangkan di dalam kitab Sairu As-Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Palembagi. Beliau membahaskan adab yang bagaimana untuk kita dibolehkan bergaul dengan masyarakat atau tidak. Pertamanya, tidak dibolehkan sekiranya aktiviti tersebut bercampur dengan perkara-perkara maksiat dan boleh merosakkan akhlak, iman & amal. Keduanya dibolehkan atas dasar taawun iaitu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan. Maka saya melihat sebenarnya budaya rewang ini merupakan satu medan amal yang besar kerana aktiviti bergotong royong memang menjadi satu amalan masyarakat Melayu umumnya dan budaya rewang ini juga dapat dijadikan satu medan dakwah diperingkat keluarga dan sanak saudara. Maka itulah misi amal, ziarah dan ukhwah menjadi keutamaan kami sebelum mendahulukan nilai adat dan budaya setempat. Maka, aktiviti selama dua hari tersebut telah dipenuhi dengan aktiviti yang meriah kerana masingmasing akan mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan. Kalau dahulu, anak-anak muda akan berebut-rebut untuk menjadi penanggah yang bermaksud pelayan, tetapi fungsi tersebut kian lama kian terhakis kerana sistem kenduri sekarang lebih kepada sistem layan diri. Selain itu juga, minat beliabelia dan anak muda untuk menghadiri rewang juga kian merosot. Mungkin sebab itulah saya menyarankan agar misi amal ini di terapkan agar mereka dapat melihat semua kerja-kerja ini dengan nilai-nilai pahala amal yang soleh. Antara lain yang menjadi tarikan anak muda ialah hiburan. Makanya, mana-mana majlis yang tiada hiburan maka kuranglah anak-anak muda yang hadir. Antara hiburan yang saya maksudkan ialah seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, joget lambak dan sebagainya. Maka disinilah saya melihat peranan dakwah yang sesuai agar hiburan-hiburan yang melalaikan ini dapat diubah konsepnya kepada hiburan yang lebih Islamik. Bermain-main dengan keletah adik-adik sepupu dan anak-anak buah juga menjadikan misi ukhwah amat bererti buat saya. Kami sesama sepupu berborak-borak panjang bercerita dari hal kerjaya, rumahtangga, politik dan lain-lain lagi. Bagi saya ukhwah inilah sebagai satu jambatan jangka panjang untuk misi dakwah yang lebih jauh pada masa-masa mendatang. Posted by mohd syazwan at 8:16 AM

Anda mungkin juga menyukai