Anda di halaman 1dari 24

BAB 1 :

PENGENALAN DAN LATAR


BELAKANG
HUBUNGAN MANUSIA
NOR FAZLIN UTEH (NFU)
TAKRIF HUBUNGAN MANUSIA DALAM
PENGURUSAN ORGANISASI

• Istilah hubungan manusia meliputi kesemua jenis interaksi antara seorang manusia dengan
manusia manusiayang lain dalam persekitaran sesebuah organisasi kerja.

• Perbezaan ‘hubungan manusia’ dengan ‘perhubungan awam’.

• ‘Perhubungan awam’ juga menitikberatkan tentang manusia tetapi manusia di luar organisasi
kerja yakni pelanggan/klien, vendor, institusi kewangan, agensi kerajaan, orang awam, dan lain-
lain konstituensi.

• Istilah perhubungan awam berbeza dengan hubungan manusia dimana hubungan manusia
menumpukan perhatian pada hal-hal dalam organisasi.

• Bidang ‘hubungan manusia’ memberi tumpuan pada manusia yang bekerja dalam organisasi
dan hasil dari interaksi manusia-manusia timbullah konflik-konflik sesama mereka, timbul
kerjasama, dan hubungan di antara kumpulan-kumpulan.
TAKRIF HUBUNGAN MANUSIA DALAM
PENGURUSAN ORGANISASI

• Pengetahuan mengenai hubungan manusia telah diberikan sejak seseorang

individu itu bersama dengan keluarganya, bersama dengan rakan-rakan

sebayanya

• Mengapakah hubungan manusia penting untuk bakal-bakal pengurus?

• Ilmu-pengetahuan mengenai hubungan manusia bukan sahaja harus dipelajari di

bilik kuliah, namun perlu dijadikan sebagai akhlak – yakni amalan harian dalam

keluarga, bersama dengan kawan-kawan, bersama dengan pensyarah dan

pegawai universiti, ketika berinteraksi dengan orang lain yang anda jumpa di
PERGERAKAN HUBUNGAN MANUSIA DALAM
PENGURUSAN

• Majoriti dari pengkaji dan sejarawan pengurusan mengatakan bahawa ianya muncul pada pertengahan

tahun 1800 berdasarkan amalan seorang tokoh yang bernama Robert Owen berbangsa Welsh.

• Sebagai seorang industrialis dan teoris sosial Robert Owen telah menerapkan fahaman tentang

Hubungan Manusia dalam pengurusannya.

• Owen percaya dengan peningkatan dan kefahaman yang menyeluruh mengenai permasalahan pekerja

dan sekitaran kerja produktiviti dapat ditingkatkan.

• Pada tahun 1920an Owen telah dikenali sebagai The Real Father of Personal Administration.
• Beliau percaya bahawa keuntungan dapat ditingkatkan jika pekerja bekerja dalam jangkamasa yang singkat, dibayar

upah yang mencukupi, dan disediakan makanan dan perumahan yang sepadan.

• Beliau juga enggan menerima pekerja dibawah umur 10 tahun 6 bulan.

• Beliau mengajar pekerjanya tentang kebersihan, mengawal perasaan dan memperbaiki suasana di tempat kerja.

• Ketika itu tidak ada usahawan yang mengamalkan cara beliau


PERGERAKAN HUBUNGAN MANUSIA
DALAM
PENGURUSAN

• Lima agenda penting yang berlaku dalam perkembangan pemikiran


pengurusan.
 Kesan revolusi industri

Pengurusan saintifik yang diutarakan oleh Taylor

Pengukuran dan munculnya individualiti

 Penyelidikan Hawthorne

Dari zaman kemelesetan hingga mutakhir


Kesan Revolusi Industri

• Sebelum revolusi, pekerjaan dilakukan oleh seseorang berdasarkan bakat dan

kemahiran

• Hasil revolusi menyebabkan pengeluaran dilakukan secara banyak (mass)

• Komponen pengeluaran bukan hnya kepada modal dan bahan mentah tetapi buruh

• Ramai orang berhijrah ke bandar dan menajdi sesak

• Pengeluar tidak mengendahkan kebajikan, buruh diperlakukan sesuka hati dan

kanak2 diambil bekerja

• Muncullah pemikir2 berkaitan kebajikan pekerja.


Pengurusan saintifik yang diutarakan oleh Taylor
• Awal 20an, Fedrik Taylor dan peneylidik2 telah mengemukan konsep pengurusan saintifik

• Mereka percaya bahawa produktiviti dapat dipertingkatkan dengan cara membahagi-bahagikan sesuatu tugas kepada

bahagian-bahagian kecil/khusus dan menempatkan pekerja pada bahagian pengkhususan.

• Kemunculan pemikiran pengurusan saintifik bertepatan pula dengan dengan konsep yang dikehendaki, iaitu

pengeluaran besar-besaran.

• Teori ini mendapat sambutan

• Melalui sambutan mereka, lahirlah konsep deretan pemasangan atau assembly line.

• Gagasan Taylor telah dikritik hebat kerana ia bukan membantu pekerja untuk mendapat keselesaan bekerja tetapi lebih

mendorong kepada penindasan.

• Pekerja dianggap sebagai komoditi/alat pengeluaran yang boleh bertukar ganti.

• Gagasan Taylor pada peringkat pengenalannya adalah untuk membantu pekerja untuk mendapat upah yang lebih tinggi

kerana jika pengeluaran meningkat para pengeluar akan mengalirkannya untuk kebajikan pekerja.

• Produktiviti meningkat tetapi kebajikan buruh masih pada tahap yang lama.
Pengukuran dan munculnya individualiti

• Semakin tinggi penerimaan terhadap gagasan pemikiran pengurusan saintifik semakin

meningkat keperluan para pengeluar dan pengurus

• kepada alat pengukuran yang boleh mengukur keupayaan setiap pekerja untuk disesuaikan

dengan jenis pekerjaan yang akan dilakukan secara lebih efektif dan efisien.

• Ada pekerja yang memiliki kemahiran untuk melakukan kerja-kerja halus dan teliti, manakala

pekerja yang lain pula mempunyai kecenderungan untuk mengendalikan jentera berat.

• Terdapat juga segelintir yang mempunyai daya kepimpinan yang boleh mengatur kerja pekerja

bawahannya untuk mencapai misi dan visi organisasi.

• Sekiranya pengurus dapat mengukur keupayaan/kemahiran khusus yang dimiliki oleh individu-

individu dengan sendirinya amalan menyesuaikan kerja dengan minat dan kemahiran

terpendam akan dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti


Pengukuran dan munculnya individualiti

• Ramai pengurus dan majikan merasakan melalui alat ukuran yang dibina mereka telah dapat

menjawab tentang masalah meningkatkan pengeluaran.

• Melalui konsep pengukurankemahiran dan keupayaan menjadikan pengurusan saintifik lebih

saintifik sifatnya.

• perkara yang tidak dijangka berlaku kerana hasil daripada pengukuran yang dibina untuk

mengatasi masalah pengurusan pekerja telah melahirkan isu lain iaitu isu ialah prestasiindividu

pekerja bukan sekadar dipengaruhi oleh upah dan penyusunan kerja tetapi yang lebih penting

adalah munculnya tahap motivasi sebagai pencetus kepada peningkatan produktiviti individu

pekerja.

• Ringkasnya,melalui pengukuran yang direkabentuk telah lahir angkubah baru yang boleh

mengurangkan atau meningkatkan prestasi kerja, iaitu kepuasan pekerja terhadap layanan-

layanan kemanusiaan yang mereka perolehi.


Penyelidikan Hawthorne

• Kajian Hawthorne

• Elton Mayo dan rakan-rakannya secara tidak disengajakan telah menemui sebahagian dari

jawapan kepada ‘kepuasan dan peningkatan output pekerja’ melalui penyelidikannya di

Hawthorne Western Electric, Chicago pada pertengahan tahun 1920an.

• Elton Mayo dan rakanrakannya ditugaskan untuk menyelidiki tentang ciri-ciri fizikal di tempat

kerja yang boleh mempengaruhi prestasi pekerja.

• Tumpuan penyelidikannya adalah untuk melihat pengaruh angkubah seperti, cahaya, angin, dan

keletihan terhadap produktiviti pekerja.

• Hasil daripada penyelidikan Elton Mayo dan rakan-rakannya telah melahirkan sebuah gagasan

penting dalam dunia pengurusan, iaitu hubungan manusia dalam organisasi kerja.
Penyelidikan Hawthorne
• Membahagikan pekerja kepada 2 kumpulan. Mayo cuba memalapkan lampu pada satu kupulan dan
kumpulan yang satu lagi dikekalkan kecerahan

• Mayo mendapati setiap kali ditingktakan kecerahan lampu, produktiviti meningkat

• Namun, produktioviti masih meningkat apabila mereka memalapkan lampu.

• Timbul persoalan, terdapat faktor lain yang menyebakan eningkatan produktiviti-kehadiran pengkaji
menyebakan mereka rasa diperhatikan, diberi perhatian, bebas dr kawalan dan besama dalam kumpualn

• Mayo telah mengulangi penyelidikannya, hasilnya beliau mendapati bahawa ‘semangat bekerja dalam
kumpulan’ dan ‘motivasi’ adalah angkubah-angkubah yang menonjol malah menjadi lebih penting dari ‘rasa
keletihan/kebosanan’, ‘cahaya lampu’ dan ‘keluar-masuk angin’.

• Pengkaji-pengkaji kemudian telah mengistilahkan peningkatan produktiviti disebabkan oleh kehadiran orang-
orang lain itu sebagai ‘Kesan Hawthorne’ atau Hawthorne Effect.

• Maksudnya ialah apa juga pembaikan atau peningkatan prestasi kerja adalah hasil daripada pemerhatian dan
timbulnya perasaan dihargai di kalangan yang melakukan kerja.

• Kedua, kajian Mayo juga mendapati bahawa interaksi di kalangan pekerja-pekerja telah membina ikatan
jaringan yang diistilahkan sebagai organisasi tak formal.
Dari Zaman Kemelesetan Hingga Mutakhir
• Kemelesetan ekonomi pada tahun 1930an,minat terhadap Hubungan Manusia dalam konteks pengurusan organisasi

menjadi pudar.

• Kepudarannya adalah disebabkan oleh ketidakmampuanorganisasi untuk melayan kehendak pekerja-pekerja.

• Pekerja-pekerja pula melepaskan kemarahan mereka melalui kesatuan-kesatuan sekerja.

• Kerajaan di negara-negara maju terutamanya telah meluluskan undang-undang untuk mengharamkan buruh kanak-

kanak, mengurangkan masa kerja pekerja-pekerja wanita dan memperkenalkan gaji/upah minimum di kebanyakkan

industri.

• Sepanjang Perang Dunia Kedua dan tahun-tahun selepasnya keadaan ekonomi dunia berubah dan ia menuju ke arah

perkembangan.

• Ketika itu minat terhadap Hubungan Manusia mula bangkit semula.

• Douglas McGregor yang memperkenalkan Teori X dan Teori Y.

• Abraham Maslow pula memperkenalkan Teori Hirarki Keperluan Manusia.


Dari Zaman Kemelesetan Hingga Mutakhir

• Teori X dan Y Mc Gregor

Teori X Teori Y
Manusia tidak suka melakukan pekerjaan, dan jika Manusia tidaklah malas untuk bekerja, malah bekerja adalah tabii
boleh tidak mahu melakukan pekerjaan. manusia sama seperti bermain atau berehat.

Mereka mestilah diawasi, diarah, atau diugut Sekiranya manusia diberikan kebebasan, kebanyakkan manusia akan
dengan dengan sendirinya bekerja untuk mencapai objektif-objektif organisasi
berbagai hukuman untuk mereka mencurahkan
tenaga
bagi mencapai hasrat organisasi.

Kebanyakkan manusia suka diarah, mengelak dari Dalam atau ceteknya komitmen manusia pada organisasi
tanggungjawab, tidak bercita-cita, dan sebaliknya bergantung pada ganjaran yang diberikan atas kejayaan
mahukan jaminan-jaminan. mereka.

Kebanyakkan manusia boleh belajar untuk melakukan pekerjaan dengan


baik di bawah suasana yang tidak menekan.
Kebanyakkan manusia berupaya untuk meneroka dan berkreatif.

Walaupun demikian, pada era moden ini potensi intelek


pekerja tidak digunakan secara sepenuhnya
Dari Zaman Kemelesetan Hingga Mutakhir

• Teori keperluan Maslow


Dari Zaman Kemelesetan Hingga Mutakhir

• Teori Z

• Pada awal tahun 1980an, William Ouchi memperkenalkan mengenai gaya pengurusan yang dikenali sebagai
Teori Z.

• Teori Z adalah berlandaskan kepercayaan bahawa penglibatan pekerja adalah kunci utama untuk
meningkatkan produktiviti.

• Teori Z adalah gabungan amalan pengurusan di Amerika Syarikat dan di Jepun.

• Daripada gabungan ini lahirlah amalan-amalan seperti berikut, iaitu:


• Pengkhususan yang sederhana

• Tanggungjawab individu

• Membuat-keputusan dalam kumpulan

• Kawalan secara takformal

• Peluang bekerja dalam jangka-panjang

• Kenaikan pangkat secara perlahan

• Menitikberatkan pekerja
KEPENTINGAN HUBUNGAN MANUSIA DALAM
PENGURUSAN
KEPENTINGAN HUBUNGAN MANUSIA
DALAM
PENGURUSAN
• Pengurus akan bekerja dengan tiga sumber utama yang terdapat dalam organisasi-fizikal,
wang dan manusia

• Ketidakmahiran hubungan sesama manusia merupakan sebab utama yang menyebabkan


kegagalan seseorang itu dalam kerjayanya

• Kualiti-kualiti peribadi menyumbangkan 85 peratus kepada kejayaan kerjaya

• Jaminan kerjaya selalunya bergantung kepada kemahiran hubungan sesama manusia

• Penampungan hidup manusia semasa bergantung pada ekonomi perkhidmatan dan amat
kurang pergantungan hidup kita sekarang pada ekonomi pengeluaran bahan-bahan mentah

• Boleh dikatakan setiap komuniti perniagaan mengambilberat tentang hubungan manusia

• Organisasi bukannya terdiri oleh proses, teknologi atau struktur semata-mata tetapi ianya
tertegak oleh manusia sendiri
KEPENTINGAN HUBUNGAN MANUSIA DALAM
PENGURUSAN

• Secara kasar, teras hubungan manusia yang efektif didasari oleh sembilan
kemahiran, itu:
Sikap Optimistik

Sikap Positif

Sikap Menyukai Manusia

Wajah Ceria Dan Senyum Manis

Mengingat Nama Orang Lain

Mendengar Lebih Banyak Dari Bercakap

Kesudian Untuk Membantu Orang Lain

Mewujudkan Suasana Menang-Menang

Berfikir Sebelum Bertindak


SUMBANGAN SAINS SOSIAL DALAM
KAJIAN
HUBUNGAN MANUSIA

Psikologi

• Apa yang menyebabkan manusia berbeza nilai, sikap, tingkahlaku dan


mengamalkan berbagai corak hubungan manusia.

• Bagaimana kita menanggapi sekitaran dan memikirkan tentang sesuatu atau


juga dikenali sebagai proses kognitif.

• Bagaimana pengalaman lalu iaitu pembelajaran mempengaruhi tingkahlaku


kita.

• Apa yang menolak kita atau mendorong kita untuk melakukan sesuatu atau
juga disebut sebagai motivasi
SUMBANGAN SAINS SOSIAL DALAM
KAJIAN
HUBUNGAN MANUSIA
Psikologi sosial

• menitikberatkan pemahaman tingkahlaku individu manusia dalam konteks kumpulan.

• Tumpuan psikologi sosial adalah terhadap individu manusia yang menganggotai


kumpulan atau organisasi, dan ianya tidak menumpukan pada individu manusia itu
sahaja.

• Ia memeriksa tentang pengaruh yang dikenakan oleh seseorang kepada orang-orang


lain dalam kumpulan atau organisasi.

• Pengaruh-pengaruh yang dimaksudkan itu adalah seperti tekanan sosial, identifikasi


diri dengan organisasi, komunikasi dan pendedahan pada maklumat.
SUMBANGAN SAINS SOSIAL DALAM
KAJIAN
HUBUNGAN MANUSIA
Antropologi

• Disiplin ini menyusup masuk ke dalam bidang hubungan manusia melalui pengkajian
mengenai masyarakat yang berbeza dari segi budaya dan adat-resam.

• Hari ini bidang antropologi sosial mengkaji tentang kehidupan masyarakat yang kompleks
untuk melihat unsur-unsur yang mengikat anggota-anggota masyarakat sebagai sebuah
komuniti.

• Oleh kerana tumpuan antropologi sosial terhadap isu-isu kebudayaan masyarakat maka
disiplin ilmu ini amat berguna dalam memeriksa budaya yang terdapat dalam sesebuah
organisasi kerja.

• Organisasi juga berusaha untuk membina identiti misalnya dengan stail pakaian, warna, dan
logo
SUMBANGAN SAINS SOSIAL DALAM
KAJIAN
HUBUNGAN MANUSIA
Sains politik

• menumpukan perhatian pada tingkahlaku individu-individu dan kumpulan-


kumpulan dalam persekitaran politik.

• Sains politik, dalam sekitaran organisasi melihat pada tingkahlaku politik di mana
individuindividu berusaha untuk meningkatkan kuasa mereka dalam organisasi.

• Kepimpinan adalah ciri penting dalam pengurusan kerana kita sendiri dapat
merasakan jika organisasi itu diuruskan dengan baik tetapi tidak dipimpin oleh
pemimpin yang benar-benar karismatik organisasi itu tidak dapat menyerlahkan
potensinya yang sebenar.
KESIMPULAN: NASIHAT KLASIK
MENGENAI
HUBUNGAN MANUSIA

The six most important words … “I admit I made a mistake”

The five most important words … “You did a good job”

The four most important words … “What is your opinion?”

The three most important words … “If you please … “

The two most important words … “Thank you”

The one most important word … “We”

The least important word … “I”


KESIMPULAN: NASIHAT KLASIK
MENGENAI
HUBUNGAN MANUSIA

Pupuk minat pada manusia lain..


Senyum..
Sebutkan nama
Dengar dengan sebaik-baiknya.
Bercakaplah mengenai tajuk yang disukai oleh orang yang bersama
dengan anda.
Jadikan orang lain bersama anda sebagai orang penting

Anda mungkin juga menyukai