Anda di halaman 1dari 4

1.

BAB 1 TEORI PENGURUSAN DARI PERSPEKTIF BARAT

2. PENGENALANKEPADA TEORI PENGURUSAN Amalan pengurusan hari


ini hasil daripada pemikir terdahulu. Idea pengurusan ini bermula
pada abad ke-20. Tujuannya adalah bagi memaksimumkan kebolehan
pekerja dan output.

3. DEFINISI PENGURUSAN "Proses mentadbir dan menyelaraskan sumber-


sumber secara berkesan, cekap dalam usaha untuk mencapai matlamat
organisasi." (Pamela S. Lewis)

4. DEFINISI PENGURUSAN "Proses perancangan, menyusun, memimpin


dan mengawal yang merangkumi manusia, bahan, kewangan dan
sumber maklumat dalam persekitaran organisasi." (Van Steve Holt Jr.)

5. DEFINISI PENGURUSAN "Proses merancang, mengorganisasi,


memimpin dan mengawal usaha-usaha ahli organisasi dan
menggunakan semua sumber organisasi lain untuk mencapai
dinyatakan matlamat organisasi." (James Stoner)

6. EVOLUSI TEORI PENGURUSAN Pendekatan Klasikal Pendekatan


Pentadbiran dan Pengurusan Pendekatan Tingkahlaku dan Hubungan
Manusia

7. PENDEKATANKLASIKAL Pengurusan saintifik - meningkatkan


kecekapan pekerja dan meningkatkan produktiviti. Antara
penyumbang utama pendekatan klasikal: 1. Frederick W. Taylor 2. Frank
dan Lilian Gilbreth 3. Henry L. Gantt.

8. FREDERICKW. TAYLOR(1856-1925) Terkenal dengan teknik


pengurusan saintifik. Beliau juga digelar Bapa Pengurusan Saintifik.
Mengkaji perhubungan di antara pekerja dan tugas yang dibentuk
untuk dilaksanakan oleh pekerja tersebut.

9. FREDERICKW. TAYLOR(1856-1925) Frederick Taylor mengeluarkan


prinsip pengurusan saintifik seperti berikut: 1. Mengkaji cara bagaimana
pekerja bekerja dan mencari jalan atau cara yang terbaik dalam
melaksanakan tugas tersebut. 2. Pengkhususan kerja. 3. Pengambilan
pekerja yang ada kemahiran dan keupayaan dalam melaksanakan
tugas. 4. Sistem pembayaran gaji yang adil.

10. FRANKDAN LILIAN GILBRETH(1868-1924) Pengikut kepada teori


Taylor. Sumbangan mereka seperti mengurangkan pergerakan kerja
yang paling asas. Tujuan mereka adalah untuk: 1. Analisis pergerakan
pekerja dalam tugasan dan juga masa yang diambil. 2. Mencari cara
yang terbaik untuk melaksanakan tugas tersebut. 3. Mengkaji
mengenai keletihan di tempat kerja.

11. PENDEKATANPENTADBIRANDAN PENGURUSAN Kajian bagaimana


untuk membentuk satu struktur organisasi yang boleh membawa
kepada kecekapan dan keberkesanan yang tinggi. Struktur organisasi
- sistem perkaitan tugas dan autoriti - mengawal sumber dalam
mencapai matlamat. Antara pengkaji yang terlibat: 1. Max Weber dan
2. Henry Fayol.

12. MAX WEBER (1864 - 1920) Pengasas teori birokrasi. Lima prinsip
sistem birokrasi: 1. Autoriti pengurus. 2. Individu memengang jawatan
perlulah berdasarkan prestasi. 3. Jawatan perlu dalam bentuk
terperinci. 4. Hierarki kedudukan dan carta organisasi perlu ada. 5.
Pengurus perlu membentuk peraturan dan SOP.
13. HENRI FAYOL Beliau digelar Bapa Pemikiran Pengurusan disebabkan
oleh idea-idea beliau masih lagi digunakan hingga saat ini.

14. HENRI FAYOL Lima (5) fungsi pengurusan yang diperkenalkan oleh
Fayol: Perancangan Pengorganisasian PengarahanPenyelarasan
Pengawalan

15. PENDEKATANTINGKAHLAKU DAN HUBUNGAN MANUSIA Mengkaji


bagaimana tingkahlaku pengurus dapat mendorong dan memotivasi
pekerja. Pendekatan hubungan manusia berorientasikan manusia
dalam pengurusan - membentuk hubungan manusia yang baik,
pengurus perlu mengetahui mengapa pekerja menunjukkan satu
tingkah laku yang tetentu dan apakah faktor psikologi dan sosial yang
mempengaruhi mereka bertingkahlaku.

16. PENDEKATANTINGKAHLAKU DAN HUBUNGAN MANUSIA Antara pengkaji


pendekatan tingkahlaku dan hubungan manusia: Hugo Munsterberg

17. MARY PARKER FOLLET Mary banyak membincangkan bagaimana


pengurus seharusnya melayan pekerja. Konsep authority should go
with knowledgewhether it is up the line or down. Konsep ini
dikenali sebagai empowerment. Beliau juga mencadangakan supaya
setiap pengurus atau ketua jabatan berhubung secara terus di antara
mereka untuk mempercepatkan proses membuat keputusan.

18. HUGO MUNSTERBERG Beliau telah menekankan penggunaan


psikologi kepada industri dan pengurusan. Beliau turut mengaitkan
konsep pengurusan saintifik dengan tingkahlaku manusia dan juga
kepentingan bersama di antara pengurus dan pekerja.

19. ELTON MAYO Kajian dibuat untuk menyelidik bagaimana cahaya dan
situasi kerja mempengaruhi prestasi kerja. Terdapat 2 Fasa: Fasa Dua
Kajian bertujuan untuk meniliti dan menganalisis hubungan sosial
dalam kumpulan kerja. Fasa Satu Kajian ini bertujuan untuk meneliti
antara keadaan fizikal dengan daya pengeluaran.

20. TEORIFREDERICKWINSLOW TAYLOR Nama: Frederick Winslow Taylor


Tarikh Lahir: 20 Mac 1856 Warganegara: Amerika Syarikat Pekerjaan:
Jurutera dan Perunding di Midvale Steel Company. Gelaran: Bapa
Pergerakan Kecekapan"dan "Bapa Pengurusan Saintifik".

21. TEORIFREDERICKWINSLOW TAYLOR Antara pencapaian beliau: 1.


Mereka sistem untuk memaksimumkan kerja yang efisien dari pekerja
dan mesin. 2. Fokus terhadap kajian mengenai masa dan pergerakan
dan bagaimana menyelesaikan tugas dalam jangkamasa yang singkat.

22. HASILKARYA FREDERICKWINSLOW TAYLOR Notes on Belting (1894)


Principle of Scientific Management (1911) A Piece Rate System (1895)
Shop Management (1903) On the Art Cutting Metals (1906)

23. TEORIHENRI FAYOL Nama: Henri Fayol Tarikh Lahir: 1841 Gelaran:
"Bapa Pemikiran Pengurusan". Pencapaian beliau: 1. Membezakan
antara kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan. 2. Mengenal
pasti fungsi-fungsi pengurusan yang khusus dan ketiganya 3. Empat
belas prinsip pengurusan.

24. 14 PRINSIP PENGURUSANFAYOL 1. Autoriti 2. Displin 3. Satu arahan 4.


Satu perintah 5. Pembahagian kerja 6. Imbuhan 7. Pemusatan 8.
Rantaian skala 9. Tertib 10. Ekuiti 11. Kestabilan personel 12. Inisiatif
13. Mementingkan kepentingan organisasi 14. Kerjasama (espirit de
corps)

Anda mungkin juga menyukai