Anda di halaman 1dari 25

BAB 2 :

HUBUNGAN INDIVIDU DENGAN


DIRI SENDIRI
NOR FAZLIN UTEH (NFU)
PENGENALAN
• Hubungan manusia dalam pentadbiran merangkumi pelbagai aspek seperti
komunikasi, motivasi, konflik, kepimpinan, dan lain-lain lagi.
• Namun, individu sendiri perlu mengenali dan faham dirinya sendiri
sebelum boleh berinteraksi atau melibatkan diri dengan orang lain dengan
baik.
• Kefahaman diri ini selalunya akan membentuk bagaimana seseorang
berinteraksi dengan orang lain.
• Contohnya, jika seseorang individu sedar dan menerima kelemahan diri
sendiri, ia boleh menerima teguran atau tunjuk ajar daripada orang lain
atau mungkin mahu belajar untuk mengatasi kelemahan tersebut.
ILMU TINGKAHLAKU
1. Sikap (Attitudes)

– Setiap individu mempunyai atau membentuk

sikap masing-masing.

– Kadangkala sikap boleh melambangkan identiti

dan personaliti seseorang.

– Sikap adalah satu set unsur perasaan (Affective),

kelakuan (Behavioral) dan pemikiran (Cognitive)

yang stabil terhadap diri sendiri, orang lain,

sesuatu keadaan atau sesuatu perkara (Seta et al,

2000).
ILMU TINGKAHLAKU
1. Sikap (Attitudes)
– Komponen perasaan merupakan segala perasaan fizikal yang
melahirkan emosi dalam diri seseorang.
– Contohnya, jika seseorang itu tidak berpuas hati terhadap sesuatu
perkara, dia akan berasa tidak tenteram atau marah dan berfikir ke
arah memenuhi perasaan marah tersebut.
– Faktor -faktor yang boleh mempengaruhi sikap
• Sosialisasi - keluarga, rakan-rakan, masyarakat;
• Budaya – etnik, tradisi, warisan;
• Pengalaman - kesan-kesan positif atau negatif dalam hidup;
• Kerja – matlamat sendiri, organisasi, rakan kerja, majikan;
• Idola – pengaruh tertentu, seseorang, media.
ILMU TINGKAHLAKU
2. Konsep-Konsep Kendiri (Self-Concepts)

• Segala bentuk hubungan manusia bermula dengan diri dan bergantung kepada bagaimana

kita melihat diri sendiri.

• Konsep kendiri terbentuk sepanjang kehidupan kita dan berperanan menentukan banyak

perkara dalam hidup.

• “Know thyself” is the familiar recommendation from the ancient Greek philosopher

Socrates. To Socrates, self-knowledge was the foundation for any knowledge. Self-concept

is the broadest term describing our attitudes about our ‘self’. The self is all of those things

that are part of ‘I’ and ‘me’. This sense of self governs how you approach asks, how you

feel about what you do and how you respond to what others d.” (Garrison & Bly, 1997)
ILMU TINGKAHLAKU

2. Konsep-Konsep Kendiri (Self-Concepts)


Self esteem

• Merupakan penilaian positif atau negatif yang dibuat oleh individu terhadap diri
sendiri.
• Ia bertemakan bagaimana seseorang menghargai dirinya.
• Carl Rogers: self-esteem sebahagiannya bergantung kepada persepsi orang lain
terhadap kita dan selalunya kita akan cuba untuk mencapai persepsi tersebut.
• 3 perkara asas yang boleh memastikan kita memiliki self-esteem yang tinggi
1. Mampu menerima keadaan fizikal tubuh badan kita
2. Menjangkakan atau mengharapkan sesuatu yang realistic,
3. Penilaian dan persepsi kita terhadap diri sendiri tidak banyak berbeza dengan
persepsi orang lain terhadap kita.
ILMU TINGKAHLAKU

2. Konsep-Konsep Kendiri (Self-Concepts)


Self-Disclosure

• satu proses membenarkan orang lain tahu apa yang kita


fikirkan, rasakan atau mahukan (DeCenzo, 1997).
• Ia juga membolehkan kita lebih mengenali diri sendiri dan
seterusnya berpeluang menjalin hubungan interpersonal yang
sihat.
Self-Disclosure (JOHARI Window)
Self-Disclosure (JOHARI Window)
JENIS PENERANGAN

OPEN maklumat yang anda tahu mengenai diri anda maklumat ini juga
dikongsi bersama dengan orang lain dan tidak ada sebab untuk anda
menyembunyikannya.
Tetingkap ini menjadi semakin besar apabila hubungan anda dengan
orang lain semakin
berkembang.
Contoh: Nama, asal

BLIND anda tidak dapat ‘melihat’ dan sedar mengenai diri sendiri tetapi
orang lain dapat memerhatikan tingkah laku dan diri anda dengan
jelas.
boleh menjejaskan keberkesanan dalam interaksi anda dengan orang
lain
Contoh: ketika bercakap suka pandang atas, suka mengkritik
Self-Disclosure (JOHARI Window)
JENIS PENERANGAN
HIDDEN maklumat dan perasaan yang anda sembunyikan daripada orang lain
seperti persaan malu, takut untuk berkongsi, menyesal dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kepercayaan terhadap orang lain mampu
membantu anda berkongsi maklumat dan perasaan dengan orang lain.
Contoh : pernah gagal temuduga, putus tunang

UNKNOWN keadaan yang agak membimbangkan kerana anda berhadapan dengan


maklumat yang tidak diketahui oleh diri sendiri dan juga orang lain seperti
keluarga dan kawan-kawan.
Contoh : kematian, perpindahan
ILMU TINGKAHLAKU
3. Motivasi
• Istilah motivasi lahir daripada perkataan Latin ‘movere’ yang
bermaksud ‘untuk menggerakkan sesuatu’ (Pinder, 1998).
• Definisi motivasi dirujuk sebagai satu proses dalaman yang
mendorong dan mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk
mencapai sesuatu yang diinginkan.
• Motivasi juga sering dikatakan sebagai penyebab kepada sesuatu
tindakan yang diambil oleh seseorang.
• Motivasi terbahagi kepada dua jenis, iaitu motivasi dalaman
(intrinsic motivation) dan motivasi luaran (extrinsic motivation).
• Kedua-dua jenis motivasi ini mempunyai satu set nilai dan
tanggapan yang berbeza.
ILMU TINGKAHLAKU

3. Motivasi

• Teori motivasi :
– Teori Hieraki Keperluan oleh
Abraham Maslow
– Teori X dan Y oleh Douglas
McGregor
– Teori Dwi-Faktor oleh Frederic
Herzberg
– Teori Jangkaan oleh Victor Vroom
Teori Hieraki Keperluan oleh Abraham Maslow
• 2 andaian :
– Manusia mempunyai pelbagai keperluan daripada yang
paling asas seperti keperluan biologikal kepada keperluan
psikologikal yang lebih tinggi.
– Keperluan-keperluan ini wujud mengikut satu hieraki, yakni
keperluan di tahap paling bawah perlu dicapai dahulu
sebelum keperluan berikutnya dipenuhi.
Teori X dan Y Mc Gregor

Teori X
Manusia tidak suka melakukan pekerjaan, dan jika boleh tidak mahu
melakukan pekerjaan.

Mereka mestilah diawasi, diarah, atau diugut dengan berbagai


hukuman untuk mereka mencurahkan tenaga bagi mencapai hasrat
organisasi

Kebanyakkan manusia suka diarah, mengelak dari tanggungjawab,


tidak bercita-cita, dan sebaliknya mahukan jaminan-jaminan.
Teori X dan Y Mc Gregor

Teori Y
Manusia tidaklah malas untuk bekerja, malah bekerja adalah tabii manusia sama
seperti bermain atau berehat.
Sekiranya manusia diberikan kebebasan, kebanyakkan manusia akan dengan sendirinya
bekerja untuk mencapai objektif-objektif organisasi

Dalam atau ceteknya komitmen manusia pada organisasi bergantung pada ganjaran
yang diberikan atas kejayaan mereka.

Kebanyakkan manusia boleh belajar untuk melakukan pekerjaan dengan baik di bawah
suasana yang tidak menekan.
Kebanyakkan manusia berupaya untuk meneroka dan berkreatif.

Walaupun demikian, pada era moden ini potensi intelek pekerja tidak digunakan secara
sepenuhnya
Teori Dwi-Faktor
• Frederic Herzberg, juga seorang ahli psikologi telah memperkenalkan teori
motivasi kerja berdasarkan dua faktor yang dipanggil faktor Hygiene dan faktor
Motivators.
• Contohnya seperti berikut:
a. Faktor Hygiene
(i) Gaji;
(ii) Ganjaran dan kemudahan sampingan;
(iii) Keselesaan tempat kerja;
(iv) Pangkat; dan
(v) Peraturan dan polisi organisasi

b. Faktor Motivators
(i) Keseronokan kerja itu sendiri;
(ii) Tanggungjawab yang dipikul;
(iii) Peluang membangunkan diri;
(iv) Pencapaian prestasi kerja; dan
(v) Pengiktirafan yang diterima
Teori Jangkaan

• Teori motivasi yang dipelopori oleh Victor Vroom ini mengatakan bahawa motivasi

diwujudkan melalui kepercayaan seseorang terhadap tiga unsur yang saling berkait.

• Mengikut teori ini, motivasi adalah hasil daripada gandaan ketiga-tiga unsur yang

dikenali sebagai:

(i) Expectancy – iaitu, sesuatu usaha yang diambil akan menghasilkan prestasi yang

baik.

(ii) Instrumentality – iaitu, sesuatu prestasi yang baik akan membolehkan seseorang

mendapat ganjaran atau pulangan yang setimpal, dan

(iii) Valence – iaitu, persepsi nilai yang di letakkan pada sesuatu ganjaran yang

diterima itu.
PERSONALITI
• Personaliti merupakan satu definisi yang luas dan selalunya sukar untuk

kita menentukan secara tepat personality yang dimiliki oleh seseorang.

• Gordon Allport, telah mengemukakan Trait Theory untuk memudahkan

kita memahami konsep personalti ini.

• Beliau telah mengenalpasti beberapa trait yang secara amnya meletakkan

individu dalam beberapa kategori yang mendorong tingkah laku mereka.

• contohnya, kita sering mengkelaskan seseorang sebagai pendiam, pemalu,

sensitif, aktif, ceria, dan sebagainya.


Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Personaliti

• Faktor semulajadi -unsur-unsur biologi


seseorang yang diwarisi secara
semulajadi menerusi genetik
• Peranan dan didikan keluarga dan
budaya dalam masyarakat
• Budaya
• Pekerjaan
Dimensi-Dimensi Utama Personaliti
Extroversion Introversion

• Personaliti extroversion merupakan • merupakan ciri yang sebaliknya seperti


emosi positif dan rasa senang terhadap pendiam dan pemalu.
diri sendiri dan juga pada persekitaran
individu tersebut.
• Seseorang yang tergolong dalam
dimensi ini akan memiliki trait seperti
ceria dan periang.

Agreeableness Antagonism

Kriteria agreeableness adalah seperti mencerminkan seseorang yang suka


mudah berunding dan disenangi ramai bermusuhan
manakala. dan sukar didekati
Dimensi-Dimensi Utama Personaliti
Conscientiousness . Undirectness
• berhati-hati dan bertanggungjawab. • cuai dan tidak boleh
diharapkan.

Emotional stability Instability

• yakin • Gelisah, murung

Openness Reservedness

• spontan, suka perubahan, ‘adventurous’ • senang diramalkan, tipikal dan terlalu


manakala, berhati-hati.
Dimensi-Dimensi Utama Personaliti
Extroversion Introversion

• Personaliti extroversion merupakan • merupakan ciri yang sebaliknya seperti


emosi positif dan rasa senang terhadap pendiam dan pemalu.
diri sendiri dan juga pada persekitaran
individu tersebut.
• Seseorang yang tergolong dalam
dimensi ini akan memiliki trait seperti
ceria dan periang.

Agreeableness Antagonism

Kriteria agreeableness adalah seperti mencerminkan seseorang yang suka


mudah berunding dan disenangi ramai bermusuhan
manakala. dan sukar didekati
Jenis-Jenis Personaliti
Jenis A (Type A) Jenis B (Type B)

• Seseorang yang mempunyai keinginan • Seseorang yang lebih tenang dalam


terhadap pencapaian yang sangat tinggi, dan membuat sesuatu;
bermatlamat; • Boleh bersabar;
• Memiliki daya saing yang tinggi; • Mempunyai matlamat, tetapi tidak terlalu
• Sentiasa bertindak dengan cepat, tidak sabar; tertekan dalam menghadapi kerja;
• Bekerja bersungguh-sungguh; • Tidak tergopoh-gapah; dan
• Sukakan tekanan, cabaran; Cenderung • Mampu bersosial.
memilih sesuatu yang berisiko;
• Inginkan kesempurnaan; dan
• Bersikap agresif
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi
Komunikasi Intrapersonal

Anda mungkin juga menyukai