Anda di halaman 1dari 1

KUIZ GMGM3023

DISEDIAKAN OLEH : NOR ASNIDA BT PISOL (25159) (JB)


1. Apakah maksud pemimpin pada pandangan anda? (5 markah)

Pada pandangan saya, pemimpin merujuk kepada seseorang yang menjadi ketua yang
berkualiti yang boleh menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain bagi perkara-
perkara yang baik. Kepimpinan merupakan suatu proses mempengaruhi dan
menyakinkan elemen-elemen yang ada di persekitaran organisasinya.

2. Adakah anda pemimpin? Terangkan sebab-sebabnya (5 markah)

Ya, saya juga seorang pemipin di dalam organisasi di mana tempat saya bekerja. Hal
ini dapat dilihat apabila di dalam organisasi saya iaitu cawangan pengiring. Apabila
hendak keluar bertugas saya perlu mengatur tugas bagi setiap anggota lain yang turut
sama terlibat di dalam tugas. Hal ini kerana ingin memastikan keselamatan dan
kelangsungan kerja yang baik.

3. Jika anda menjadi seorang pemimpin di organisasi tempat anda bekerja, teori
kepimpinan manakah yang sesuai anda akan gunakan? (10 markah)

Jika saya seorang pemimpin di organisasi tempat saya bekerja, teori yang saya pilih
dan bersesuaian ialah teori pendekatan sifat. Dalam teori ini, pemimpin dilihat
sebagai personaliti semula jadi yang membezakan mereka dengan individu lain. Hal
ini kerana dalam organisasi kerja saya, setiap kali ingin melakukan tugas, kita perlu
mengatur tugas dengan teliti dan perlu melantik seorang ketua atau dipanggil
pemimpin untuk menjalankan tugas tersebut. Walaupun teori ini lebih kepada andaian
semata-mata dalam melantik seorang pemimpin. Dalam organisasi saya setiap hari
akan bertukar tugas dan pemimpin mengikut kepada sesiapa yang lebih kanan di
dalam organisasi tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa sifat semula jadi bukanlah
penentu mutlakkepada pelantikan seorang pemimpin.

Anda mungkin juga menyukai