Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum pembuka bicara, terlebih dahulu kenalkan saya Nor Asnida Bt pisol (251597)

pelajar BPM(Hons) daripada kumpulan G. Melalui tugasan yang diberikan oleh pensyarah
kursus VKMB1021 Pembangunan Masyarakat II, Dr. Mardzelah Bt Makhsin iaitu dikehendaki
setiap pelajar membuat refleksi terhadap setiap pembentangan tugasan CLO 1 dalam bentuk
word. Saya merupakan salah seorang ahli kumpan G6. Kumpulan saya telah diberi
tanggungjawap untuk menyiapkan powtoon berkenaan tajuk garis panduan penyediaan modul
program pembangunan masyarakat. Saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-
Nya, saya bersama rakan sekumpulan saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan
sempurna.

Dengan keadaan suasana baru iaitu dimana Malaysia telah dilanda satu wabak iaitu pandemik
covid-19, banyak aktiviti tidak dapat dilakukan secara fizikal. Begitu juga dengan sesi
pembelajaran kami pada ketika ini iaitu hanya secara dalam talian. Hal ini sedikit sebanyak
mempengaruhi pemahaman kami sebagai pelajar. Akan tetapi saya sebagai pelajar tidak harus
berputus asa. Sepanjang tempoh untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, saya bersama ahli
kumpulan banyak berhubung melalui aplikasi whatsapp untuk bertukar-tukar pendapat dan
memberi input untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga sebagai pelajar hanya menggunakan
laman web untuk mencari bahan-bahan tugasan. Banyak kekangan dan halangan dalam
menyiapkan tugasan ini tetapi dengan adanya semangat dan bantuan daripada rakan
sekumpulan kami dapat menyempurnakannya dengan baik.

Tambahan pula, dalam proses menyiapkan tugasan ini saya dan rakan- rakan telah
melaksanakan bersama-sama dan telah membuatkan hubungan silaturahim antara kami
semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasama, dan disiplin diri dapat ditingkatkan melalui proses
membuat tugasan yang diberikan ini. Walaupun kami merupakan pekerja dan pelajar separuh
masa, saya dan rakan-rakan telah sedaya upaya membuat janji temu satu hari dalam membuat
persiapan akhir sebelum menyerahkan tugasan powtoon tersebut. Saya dan rakan-rakan telah
berusaha mengatur satu masa untuk bertemu walaupun dalam keadaan harus mengikut sop
yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Akhir kata, dalam suasana pembelajaran baru ini, sedikit sebanyak ada kelemahannya. Akan
tetapi saya sebagai pelajar tidak boleh berputus asa dan harus mencari inisiatif untuk
mempertingkatkan pemahaman saya dalam sesi pembelajaran. Pada mulanya seperti susah
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan tetapi hasil kerjasama ahli kumpulan dapat disiapkan
dengan sempurna. Jutaan terima kasih saya zahirkan kepada pensyarah kursus iaitu
Dr.Mardzelah Bt Makhsin. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai