Anda di halaman 1dari 2

Isi 2: Mengadakan kempen kesedaran (webinar)

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/02/787413/kempen-imunisasi-tingkat-k
eyakinan-perangi-pandemik

https://www.projekmm.com/news/berita/2021/03/13/kempen-vaksin-covid-19-antara-tujuh-
resolusi-baharu-pemuda-gerakan/1957394

Kelajuan perkembangan proses penghasilan vaksin COVID-19 yang belum pernah terjadi
sebelum ini serta lambakan salah maklumat di media sosial telah mendorong kesangsian
sesetengah masyarakat terhadap vaksin ini. Antara perkara yang menjadi persoalan ramai
rakyat di luar sana terutama mereka yang menghadapi pelbagai musibah sejak negara ini
dilanda pandemik Covid-19 adalah mengenai peranan vaksin dalam memutuskan rantaian
wabak penyakit dan mengurangkan kadar kematian. Sejauh mana vaksin tersebut berkesan
dan tidak seperti yang dituduh oleh kumpulan anti-vaksin adalah antara isu yang
memerlukan penjelasan pihak berwajib. Persoalannya, apakah tindakan yang boleh
dilakukan oleh generasi muda memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan Imunisasi Kebangsaan Covid 19? Generasi muda perlu memberi kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan vaksin dan membetulkan salah tanggapan
terhadap vaksin ini melalui kempen kesedaran(webinar) kepada masyarakat. Paling penting
adalah membincangkan mengenai kesan atau impak vaksin terhadap ekonomi negara. Isu-
isu ini penting untuk dijawab dan diulang siaran..Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat
memperkasakan tahap kesedaran orang ramai untuk membezakan antara fakta daripada
berita palsu dalam hal pengambilan vaksin COVID-19," katanya dalam satu kenyataan.
Keresahan dirasai sebahagian masyarakat mengenai vaksin COVID-19 perlu ditangani
dengan keberkesanan kempen imunisasi pandemik. Sesetengah pandangan tidak
berdasarkan fakta dan rujukan saintifik tersebar melalui media sosial menyebabkan
wujudnya keresahan serta kekeliruan dalam masyarakat. Keresahan masyarakat berkaitan
vaksin ini mampu diatasi dengan kempen komunikasi terancang, bersistematik, mempunyai
jangka tertentu dan mengenal pasti segmentasi kumpulan sasarannya yang khusus.
Sesetengah kempen dijalankan secara bersepadu dengan menggabungkan media massa
dengan program komuniti setempat. Namun, kempen didapati lebih berkesan dengan
menggunakan pendekatan pemasaran sosial seperti mengadakan webinar menggunakan
aplikasi Webex atau Google Meet dan menjemput ahli panel yang pakar berkenaan vaksin
ini tanpa mengambil sebarang bayaran. Sebagai contoh, panel tersebut adalah mufti
negeri ,doktor pakar, dan perunding kesihatan untuk menjawab persoalan-persoalan tentang
program imunisasi kebangsaan Covid-19. Antara perkara-perkara yang menjadi persoalan
ramai rakyat di luar sana terutama mereka yang menghadapi pelbagai musibah sejak
negara ini dilanda pandemik Covid-19 adalah mengenai peranan vaksin dalam memutuskan
rantaian wabak penyakit dan mengurangkan kadar kematian. Sejauh mana vaksin tersebut
berkesan dan tidak seperti yang dituduh oleh kumpulan anti-vaksin adalah antara isu yang
memerlukan penjelasan pihak berwajib. Dengan adanya kempen imunisasi covid 19 ini
dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan vaksin dan
membetulkan salah tanggapan terhadap vaksin ini. Paling penting untuk membincangkan
mengenai kesan atau impak vaksin terhadap ekonomi negara. Isu-isu ini penting untuk
dijawab dan diulang siaran. Baru-baru ini kempen #YakiniVaksin dengan webinar bertajuk
‘Kenali Vaksin COVID-19’ telah dijayakan di mana dua pakar telah dijemput untuk
memperjelaskan tentang beberapa salah fakta yang tular mengenai vaksin COVID-19 dalam
Bahasa Malaysia. Mereka adalah pakar imunologi, Prof Dr Norazmi Mohd Nor, dari Pusat
Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia dan pakar epidemiologi, Prof Madya Dr
Malina Osman dari Universiti Putra Malaysia. Beberapa salah faham popular yang terjawab
termasuklah: Adakah vaksin COVID-19 dihasilkan secara tergesa-gesa? Bolehkah wanita
hamil mengambil vaksin COVID-19? Dan adakah vaksin COVID-19 selamat? Sesi FB live itu
dikendalikan oleh moderator, Dr Mahaletchumy. Kesimpulannya, keperluan untuk
mendapatkan bekalan vaksin merupakan keutamaan negara bagi memastikan Program
Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan bagi membendung pandemik ini serta
media komunikasi ini mampu membawa pengaruh yang positif kepada masyarakat tentang
imunisasi Covid-19 dalam membendung habis-habisan pandemik ini. Melalui kempen
Imunisasi Kebangsaan Covid 19sedikit sebanyak dapat membuka mata ramai masyarakat
untuk menyedari kepentingan vaksin ini. Sebagai generasi muda, kita perlu menyokong dan
terbabit dengan usaha murni bagi melenyapkan pandemik Covid-19 di tanah air yang kita
cintai.

Anda mungkin juga menyukai