Anda di halaman 1dari 19

GMGA 2023 DASAR AWAM

1.0 PENDAHULUAN Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab al-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini.

1 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

2.0 PENGENALAN Selaras dengan objektif wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa cabaran yang perlu ditangani bagi mencapai objektif ini. Salah satu cabaran yang digariskan ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral, beretika dan warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan yang didorong oleh tahap etika yang paling tinggi. Gejala rasuah yang wujud dalam masyarakat di Malaysia dianggap sebagai satu cabaran yang boleh memberi kesan kepada proses pembangunan negara dan proses pembinaan moral masyarakat. Tanpa langkah yang bersepadu dan berterusan dalam usaha membasminya, rasuah akan terus menghakis nilai-nilai murni dalam masyarakat yang boleh membawa kepada ketidakadilan, penindasan serta menggugat pembangunan negara. Cabaran gejala rasuah yang melanda negara terus menjadi isu dan mewarnai kehidupan dan perkembangan masyarakat di Malaysia. Biarpun rasuah masih belum sampai ke tahap menjadi darah daging dalam masyarakat, namun kehadirannya yang umpama duri dalam daging sudah cukup memeritkan dan menjadi cabaran yang perlu dihadapi di Malaysia. Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhadap kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massa turut menyiarkan pelbagai kes rasuah terutamanya di sektor awam dan kebanyakannya melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi. Masalah ini semakin serius dan kian menular dalam masyarakat kita dan berada di tahap yang membimbangkan.

2 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

3.0 RASUAH DI SEKTOR AWAM i. Definisi Rasuah Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk

mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya. Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Dari sudut perundangan, perbuatan rasuah menjadi satu kesalahan undangundang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu : 1. Meminta / Menerima Rasuah

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima / bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

3 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

2.

Menawar / Memberi Rasuah

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima / bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. 3. Membuat Tuntutan Palsu

Mana-mana orang memberi kepada ejen atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya

mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal/majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya. 4. Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu - nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

4 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

II.

FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA RASUAH 1. Kepimpinan seseorang individu yang lemah Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri

sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat. Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal Water Gate. 2. Kurang didikan agama dan didikan moral Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat. 3. Wujud birokrasi dalam sistem pemerintahan Rasuah juga berlaku kerana wujudnya birokrasi dalam sistem

pemerintahan yang secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan
5 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan rasuah. 4. Masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kakitangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini 5. Masyarakat tidak peka dengan isu rasuah Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. 6. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita
6 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

III.

KESAN GEJALA RASUAH

Amalan rasuah jika tidak dicegah akan terus merebak dan membawa banyak kesan negatif kepada individu, masyarakat ataupun negara. Antara kesannya ialah : 1. Individu akan dipandang hina oleh masyarakat Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara. Masyarakat perlu mengambil sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi barah dalam masyarakat. 2. Kehidupan masyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan akan terganggu Sebenarnya, jika perbuatan rasuah tidak dibendung, kehidupan masyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan akan terganggu dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis
7 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara. Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara. Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini. Seluruh masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi kucar-kacir dan hancur seperti yang pernah berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia seperti di Mesir dan Mesopotamia. Natijahnya, negara tersebut bukan sahaja akan dipandang serong oleh negara lain. Malahan, hubungan dagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan negara akan terbantut. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagaikan duri dalam

daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi. 3. Kekacauan dalam sektor awam Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan. Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan bajet kerajaan.

8 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

4. Ketidakadilan sosial Rasuah memberi pelbagai kesan sosial yang boleh dikenalpasti seperti berlakunya ketidakadilan sosial. Jenayah rasuah secara jelas mengakibatkan ketidakadilan sosial, yang mana berlaku penindasan ke atas golongan miskin dan menafikan hak golongan tertentu. Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan lebih tertindas kerana tidak mampu membuat bayaran rasuah dan dinafikan hak-hak mereka sebagai warganegara. Gejala rasuah juga meninggikan kos hidup dengan para peniaga yang memberikan rasuah terpaksa meninggikan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kos tambahan ini. Ini boleh menyebabkan inflasi dan kos hidup meningkat. 5. Mengancam keselamatan negara Dari perspektif yang lebih luas, rasuah juga boleh mengancam keselamatan negara dengan berlakunya kebocoran rahsia kerajaan, penjualan senjata api secara haram, membiarkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin kerana pegawai penguatkuasa telah menerima rasuah. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang juga akan terus berleluasa kerana rasuah, penguatkuasaan peraturan dan undangundang dilaksanakan secara tidak adil dan pilih kasih. Pihak yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak mampu memberi sogokan. Gejala rasuah boleh mempengaruhi dasar pembangunan dengan akibat perbuatan rasuah, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan akan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihakpihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan keperluan masyarakat dan ini boleh mempengaruhi dan memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
9 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

4.0 TINDAKAN KERAJAAN Rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu dibanteras melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa. Dengan tujuan untuk mencegah dan mengawal, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pegawai awam. Antaranya ialah: Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009

Usaha penting yang signifikan adalah dengan penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang telah diluluskan oleh Parlimen dan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Matlamat utama akta ini adalah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan satu badan pencegahan rasuah yang bebas, Akta ini juga turut bertanggungjawab mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran awam, swasta dan komuniti.
-

Insititut Integriti Malaysia (IIM)

Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) juga selari dengan hasrat kerajaan mengurangkan rasuah disamping ianya adalah untuk meningkatkan tahap integriti sebagai suatu cara hidup rakyat Malaysia melalui prinsip-prinsip etika yang sesuai. IIM juga menjadi jentera penggerak dan pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada tahun 2004 yang antara lain mensasarkan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui dwi objektif pengukuhan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang terbaik disamping peningkatan integriti pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan awam.
10 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

Garis panduan bagi mempertingkat tadbir urus dalam perkhidmatan awam

Kerajaan juga telah menyediakan satu Garis Panduan Bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus dalam Perkhidmatan Awam dengan 4 prinsip utama yang dinyatakan dalam garis panduan tersebut iaitu integriti, akauntabiliti, pengamanahan dan pengawasan serta ketelusan. Dari aspek integriti, ianya berdasarkan kepada kejujuran dan objektiviti, tahap tatasusila yang tinggi dan penuh tanggungjawab dalam pengawasan dana dan sumber awam serta pengurusan hal ehwal jabatan/agensi. Amalan integriti ini adalah bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan Perintah Am Perkhidmatan Awam dan juga kepada etika peribadi dan profesional Pegawai Awam. Integriti turut dipaparkan dalam prosedur bagaimana jabatan/agensi membuat keputusan. Dari sudut akauntabiliti pula menekankan kewajipan untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada sesiapa yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan. Ianya adalah satu proses di mana jabatan/agensi adalah bertanggungjawab ke atas semua keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil. Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP)

Dalam tahun 2008 yang lalu juga, Kerajaan telah mengarahkan agar digerakkan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) yang bertujuan untuk mengukuhkan integriti sektor awam di peringkat persekutuan, negeri dan daerah bagi mencegah rasuah, amalan salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan pegawai awam.

11 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

Laporan Ketua Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara disediakan pada setiap tahun adalah untuk mengesahkan sama ada penyata kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam telah disediakan secara teratur mengikut piawaian perakaunan yang diterima pakai. Selain itu, pengauditan prestasi kewangan ini dapat menilai sejauh mana pelbagai program dan projek Kerajaan telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program dan projek ini telah tercapai. Penilaian sejauh mana wang awam telah dibelanjakan dengan berhemat tanpa pemborosan dan pembaziran juga akan dapat dikenalpasti. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kedua : Memerangi RasuahY.A.B Perdana Menteri semasa mengumumkan 6 teras NKRA telah meletakkan usaha memerangi rasuah sebagai salah satu daripada teras tersebut. Ini menunjukan kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004. Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender

12 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Dari segi penguatkuasaan, langkah kerajaan menaiktaraf Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif turut diletakan sebagai strategi untuk mencapai NKRA ini. Rasuah lebih bersifat abstrak dan kerana itu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menentang rasuah di bawah Jabatan Perdana Menteri lebih sukar untuk diberi penilaian berbanding lima cabang NKRA yang lain. Untuk itu, NKRA ini menumpukan perhatian dalam mengubah persepsi umum terhadap agensi penguat kuasa, pemerolehan kerajaan dan hukuman individu berprofil tinggi.

Persepsi rendah didapati membelenggu empat agensi penyelaras dan penguat kuasa iaitu polis, kastam, imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dianggap paling banyak terlibat dengan rasuah. Empat agensi itu juga mempunyai jumlah kes rasuah tertinggi di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan skor tanggapan integriti paling rendah di kalangan orang ramai dan komuniti perniagaan.

Persepsi sama turut dilemparkan terhadap amalan pemerolehan kerajaan sementara individu berprofil tinggi dianggap terlepas hukuman yang banyak kepada ikan bilis dan bukannya jerung.Bagi mengatasi persepsi itu, NKRA ini mengambil inisiatif mengukuhkan langkah pencegahan rasuah serta penguatkuasaan lebih berkesan terhadap penjawat awam melalui penambahbaikan penyampaian sistem perundangan kes rasuah.

Ia akan dibantu melalui penubuhan unit pematuhan di semua badan penyelaras dan agensi penguat kuasa termasuk juga SPRM. Untuk pemerolehan
13 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

kerajaan, ketirisan dana awam akan dikurangkan melalui penekanan terhadap ketelusan dan kebertanggungjawapan lebih tinggi dalam pemberian dan pelaksaan kontrak, panduan menguruskan surat sokongan dan pendedahan maklumat kontrak kepada umum. Untuk meningkatkan kembali keyakinan rakyat terhadap agensi penguat kuasa, peluang menyalah guna kuasa di kalangan kakitangan agensi terbabit dikurangkan sementara pendakwaan kes rasuah dipercepatkan supaya selesai dalam tempoh satu tahun.

Inisiatif lain di bawah NKRA ini termasuk hukuman lebih berat untuk pemberi dan penerima rasuah, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, pangkalan data awam memaparkan maklumat pesalah yang disabitkan jenayah rasuah dan Pakatan Integriti (IP) supaya pemerolehan kerajaan bebas aktiviti rasuah.

Usaha juga akan dijalankan untuk mengukuhkan keberkesanan institusi penting seperti Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), Pejabat Ketua Juruaudit dan SPRM melalui peningkatan kebebasan (autonomi). Antara kejayaan paling menyerlah NKRA ini adalah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang digazetkan pada 10 Jun 2010 berkuat kuasa sejak 15 Disember 2010 untuk melindungi identiti pemberi maklumat, imuniti daripada liabiliti sivil atau jenayah serta perlindungan daripada sebarang tindak balas.

14 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

5.0 TINDAKAN PENYELESAIAN Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini pihak kerajaan perlu menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak percaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep

15 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Di peringkat jabatan/agensi, kajian semula prosedur yang panjang, sukar dan lambat perlu dikemaskini dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penggunaan borang, proses saringan dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang awam khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses. Manakala di peringkat individu, langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan memantapkan dan mengukuhkan jati diri dalam diri setiap pegawai awam. Keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala kerana sekiranya setiap individu bencikan rasuah maka amalan ini dapat diatasi. Kekuatan jatidiri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997. Rasuah dianggap jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika sesuatu bidang pekerjaan malah secara tidak langsung si pelakunya mengambil atau mencuri hak orang lain. Rasuah adalah senjata yang amat mujarab untuk memburuk-burukkan imej dan kredibiliti seseorang. Ini kerana sifat rasuah itu sendiri yang berlandaskan ketidakadilan, penyelewengan dan tiada integriti. Justeru itu, jalan singkat untuk memalukan dan menjatuhkan seseorang ialah menuduhnya melakukan rasuah. Telah

16 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

menjadi lumrah segelintir masyarakat pada hari ini yang menerima bulat-bulat tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan. Seseorang yang disiasat oleh pihak berkuasa dianggap telah bersalah dan patut dihukum. Hakikatnya, siasatan yang dijalankan adalah untuk mencari kebenaran dan bukannya mencari salah orang yang ditohmah. Isu rasuah menjadi topik hangat di gelanggang politik. Rasuah terlalu dipolitikkan. Kesannya semua tindakan pihak berkuasa dianggap sebagai tindakan politik. SPRM dianggap alat politik pemerintah. Siasatan SPRM dianggap suatu konspirasi. Jadi bagaimana boleh agensi ini memainkan peranannya dengan berkesan jika semua tindakannya dipolitikkan. Masyarakat harus sedar dan dapat membezakan antara politik dan rasuah. Rasuah adalah jenayah dan kesalahan ini termaktub dalam undang-undang negara. Amat berbahaya jika rasuah dijadikan modal politik. Ini menyemarakkan lagi perbuatan fitnah dan rasa benci-membenci dalam masyarakat. Tindakan SPRM tidak wajar dicampuradukkan dengan politik. Biarlah SPRM laksanakan tugas dan tanggungjawabnya memerangi rasuah. Yang harus kita perangi adalah perasuah, pelindung kepada perasuah dan orang yang bersubahat dengannya. Kenapa pula kita harus perangi agensi yang memerangi rasuah? Bersama-samalah kita lakukan perubahan. Bersama-sama kita mengingatkan semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu rasuah kerana ia akan membawa lebih banyak kebinasaan kepada keharmonian yang sedang kita kecapi hari ini.

17 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

6.0 KESIMPULAN Kesimpulanya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Berdasarkan pendekatan dan langkah yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan komitmen kerajaan adalah serius ke arah memastikan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dihapuskan. Prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti juga perlu diserapkan ke dalam ketetapan minda (mind set) masyarakat terutama penjawat awam. Ini membolehkan wujudnya rasa tanggungjawab dalam diri di samping akan meningkatkan tahap motivasi, kecekapan dan mutu kerja mereka. Memang agak sukar mencapai tahap rasuah sifar di negara kita di era kebendaan dan glamor ini. Namun tidak sukar untuk membenci perbuatan rasuah. Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa dalam membasmi gejala rasuah adalah penting tanpa mengambil kira sektor awam mahupun di sektor swasta dan badan badan bukan kerajaan. Pokoknya adalah kesediaan, keazaman dan komitmen yang bersungguh-sungguh dan berterusan dari semua pihak dalam mengajak masyarakat melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti rasuah. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya.

18 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGA 2023 DASAR AWAM

7.0 RUJUKAN Abdullah Al-Qari Hj Salleh. (2004). Hukum dan ancaman rasuah terhadap masyarakat dan negara. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2008). Rasuah: Punca, kesan dan penyelesaiannya. Terengganu: MAIDAM. Mohamad Ezam Mohd Nor & Sapto Waluyo. (2010). Islam, persoalan dan rasuah. Selangor: Generasi Buku Nusantara Sdn Bhd. Mohd Zaini Abdul Samad. (2008). Memerangi jenayah rasuah komitmen bersama: Antara hukuman & kesedaran. Perak: Pustaka Al Ameer Sdn Bhd.. Muhamad Al Hafis Zakaria. (2012). Membongkar konflik masyarakat: Rasuah dan tidak ketelusan. Kedah: Setitis Ilmu. Tunku Abdul Aziz. (2005). Fighting corruption: My mission. Kuala Lumpur: Konrad Adenauer Foundation. Bennard Selvarajo. (2012). Rencana khas SPRM. Perak: SMK Raja Muda Musa
Diambil dari website http://www.sprm.com.my pada 15 Jun 2013

19 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

Anda mungkin juga menyukai