Anda di halaman 1dari 23

KERTAS CADANGAN

ISI KANDUNGAN
BIL
1

PERKARA
1.0 PENDAHULUAN

2.0 PENGENALAN

3.0 PENGALAMAN

4.0 EKSPERESI

5.0 SOROTAN KAJIAN LAMPAU

6.0 KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN

MUKA
SURAT

PENDAHULUAN

1.0

PENDAHULUAN
3

Pendidikan Seni dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, bermaksud seni tampak
yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif,
berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri
estetik. Secara tidak langsung, pendidikan ini berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran
kreatif.
Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui
penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan
kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program
Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu
mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan.
Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir secara kritis. Pengetahuan dan
kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi
maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai
perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan
fleksibel. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta
menerusi catatan berjela.
Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup yang
dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad ke-21. Justeru, Pendidikan
Seni Visual merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran. Pelajar
belajar melalui tindakan membuat learning by doing, yang kemudiannya kelak dapat
dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together. Asas ini dibina dalam
pengajaran Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi. Sebagai contoh
awal, proses mereka bentuk kenderaan menggunakan barangan terbuang dalam melibatkan
pelajar melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti mengenalpasti jenis kenderaan
serta seni reka yang bersesuaian. Kemudian menentukan bahan keperluan, membuat lakaran
situasi serta proses pembikinan supaya rekaan yang terancang dan menarik dapat
dilaksanakan.

PENGENALAN
KERTAS CADANGAN

2.0

PENGENALAN

Kertas cadangan ini adalah sebagai satu langkah untuk menggarap bakat seni kanakkanak dari peringkat awal. Pendedahan kepada seni lukis dan seni rekaan yang membantu
kanak-kanak lebih berfikiran kritis serta mengembangkan perkembang otak kanak-kanak.
Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions. Oleh Albert
Einstein menggambarkan bahawa imaginasi adalah suatu permulaan kepada corak kehidupan.
Melalui imaginasi, kanak-kanak boleh mengasah bakat dan mengaplikasikan bakat tersebut
ke dalam seni reka dan seni lukis yang dihasilkan.
Menurut Iberahim Hassan (2000) dalam buku Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni
dan Muzik (UPSI) menjelaskan pendidikan seni adalah suatu bidang ilmu yang boleh
memberi pendidikan. Selain itu, pendidikan seni juga mencabar keupayaan individu untuk
membuat pemerhatian, pengamatan, penaakulan, pemilihan, mentafsir dan menterjemah idea
kepada bahan atau media.
Manakala kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang
unik, asli, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi.
Untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif.
Kecergasan kreatif mengandungi empat gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham
bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah karya
seni.
Justeru itu, pendidikan seni dan kreativiti saling berkait rapat antara satu sama lain.
Hal ini dikukuhkan lagi dengan penyataan HerbertRead dalam bukunya The Meaning Of
Art (1959) menjelaskan bahawa kesenian adalah usaha menggunakan kreativiti dalam
penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Kesenangan yang dimaksudkan adalah
kesenangan estetik iaitu manusia dengan bentuk-bentuk yang mudah.

Rajah 1. Contoh Hasil Rekaan menggunakan Bahan Buangan yang dikitar semula
2.1 Objektif Cadangan

Objektif kertas cadangan ini bertujuan untuk mengasah bakat seni reka dan seni lukis
pelajar sekolah rendah. Hal ini kerana, pendedahan awal dalam proses pembelajaran kanakkanak di peringkat sekolah rendah dapat membantu kanak-kanak membiasakan diri mereka
serta mampu membantu mereka meluahkan perasaan melalui kedua-dua seni ini.
i.

Objektif umum
Meningkatkan daya kreativiti dan pendedahan murid terhadap subjek seni
visual supaya pembelajaran di sekolah menjadi menarik.

ii.

Objektif khusus

Meningkatkan kreativiti murid

Meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan kreativiti dalam


lukisan mereka

2.2 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 29 orang pelajar tahun 3 Wawasan di
Sekolah Kebangsaan Seri Gunung, Alor Star Kedah. Latar belakang murid ini adalah mereka
yang dibesarkan di dalam kawasan pinggir Bandar yang tenang, di mana suasana kampung
masih terpelihara daripada sebarang pembangunan yang boleh menganggu keindahan alam
semula jadi. Kehidupan yang dikelilingi dengan sawah padi dan bukit yang satu-satunya
masih terpelihara di pinggiran Bandar Kota Setar.

Gambarajah 2.0 Pemandangan Kampung kumpulan sasaran


2.3 Pilihan Topik

Topik yang dipilih adalah berdasarkan kesesuaian dan tahap pembelajaran pelajar,
yang menjurus kepada seni tampak di mana ianya lebih menegaskan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi pelajar. Pilihan topik yang dianggap
paling sesuai ialah Melukis dan membuat gambar flora dan fauna. Antara bidang-bidang
seni visual yang boleh digunakan dalam menghasilkan seni lukis dan seni reka ini ialah:

Membuat rekaan corak membentuk


Membuat binaan melukis
Membuat gambar lukisan mozek
Capan
Catan
Kolaj
Gurisan
Teknik menggambar montaj
Percikan stensilan
Gosokan cetakan resis

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami kepelbagaian
cara untuk menghasilkan corak dan rekaan tersebut. Disamping itu, pemikiran seni yang
kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang di lihat atau di
alaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan anologi memproses pengalaman tampak
untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Menurut Helbert Read, kita tidak hanya
mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka
mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta
kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu
perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif.

2.4 Refleksi dan senario pembelajaran terkini


Senario pembelajaran masa kini menunjukkan pelajar tidak dapat melihat dengan jelas
akan kepentingan pengetahuan yang mereka pelajari di dalam bilik darjah yang boleh
membawa kejayaan kepada mereka dalam kehidupan dunia sebenar nanti. Sesungguhnya,
pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah bukannya hanya terhad kepada isi
kandungan yang diajar dalam sehari atau silibus yang perlu dihabiskan dalam semester.

Pembelajaran akan berlaku secara semulajadi kerana pengetahuan yang didapati itu datang
bersama dengan lain-lain kemahiran seperti kemahiran generik.
Banyak kajian telah menunjukkan pentingnya peranan pembelajaran berdasarkan masalah
dalam memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar dan kebolehan pelajar menghadapi
kehidupan dunia sebenar di luar sana. Melalui pembelajaran berdasarkan masalah, pelajar
belajar secara kendiri dan pelajar juga digalakkan mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah yang diberi (Mardziah, 1988).
Kertas cadangan ini di tulis setelah empat minggu saya mengajar kelas ini. Minggu
pertama, saya meminta murid melukiskan pemandangan di tepi pantai dan minggu
seterusnya saya meminta mereka melukiskan tentang rumahku syurgaku. Minggu ketiga
saya menyemak lukisan hasil kerja murid tersebut untuk menandakan markah mereka. Saya
mendapati 85% daripada lukisan tersebut adalah hampir serupa dari beberapa aspek seperti
penggunaan warna. Selain itu, hampir kesemua lakaran mereka serta posisi imej adalah sama
seakan berlakunya peniruan dan lebih tepat lagi seperti dilukis oleh seorang pelukis sahaja.
walaupun mereka berada di tahap 1 dan seterusnya akan melangkah ke tahap 2, akan tetapi
tahap lukisan mereka terlalu rendah dan terhad serta banyak peniruan sesama rakan-rakan
lain. Hal ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea untuk
lukisan yang akan dihasilkan.
Selain itu, ramai juga murid yang membuat lukisan sambil lewa serta dipengaruhi oleh
rakan-rakan mereka. Hal ini mungkin mereka kurang diberi pendedahan tentang seni tersebut.
Saya ada bertanyakan kepada beberapa pelajar tentang lukisan mereka yang seakan serupa
dan mereka menjawab, mereka meniru rakan mereka dan tidak tahu untuk melukis yang
lain. Terdapat juga murid yang menjawab, mereka akan meniru sahaja apa yang rakan
mereka lukis di atas kertas lukisan tersebut. Saya merasakan murid-murid ini kurang
diberikan pendedahan dari segi contoh-contoh lukisan yang lain dan lebih menarik supaya
murid dapat membina idea mereka untuk melukis lukisan mereka.
Adakah saya perlu mengulang kembali tentang unsur-unsur seni dan prinsip seni dari
awal kepada murid-murid ? Mungkinkah saya perlu menunjukkan seberapa banyak yang
mungkin contoh-contoh lukisan menarik? Apakah yang perlu saya lakukan untuk
meningkatkan kreativiti idea mereka ketika melukis? Saya telah membincangkan pekara ini
dengan beberapa guru lain serta panitia seni dalam mesyuarat bulanan sekolah. Sebahagian
guru mengatakan yang tidak kesemua murid akan menjadi seorang pelukis apabila besar
9

kelak. Hal itu memang tidak dinafikan, akan tetapi sekiranya minda dan pemikiran mereka
kreatif kesemua yang akan dilakukan akan berjaya. Sekiranya begitu, apakah langkah yang
terbaik untuk membantu murid-murid ini mempunyai minda dan pemikiran yang kreatif dan
idea ?
Setelah mencuba mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, namun hasil
lukisan murid masih di tahap yang sama. Saya berpendapat bahawa murid kekurangan idea
untuk membuat lukisan kerana mereka kurang diberi pendedahan yang meluas serta murid
tidak pernah melakukan aktiviti di luar kelas. Kekurangan idea ini juga berkemungkinan
daripada pengabaian guru termasuklah saya dalam meningkatkan kreativi dan idea muridmurid semua. Oleh yang demikian, saya perlu memperbetulkan situasi ini supaya tahap
kreatiiiit dan idea murid lebih meluas dan sekaligus dapat menjadikan mereka murid yang
cemerlang dalam semua aspek.

10

PENGALAMAN

3.0

PENGALAMAN
Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai

pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai
11

berpendapat seni mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam
pelbagai bidang. Menurut Hanna (1994), seni membantu dalam ; kerjasama dan kasih sayang,
merancang

dan

melaksanakan,

kemahiran

berfikir,

adaptasi

dengan

orang

lain,

mengembangkan bakat, mengambil risiko dan membuat keputusan, harga diri/yakin diri,
kerjasama, kemahiran menyelesaikan masalah, perkembangan emosi, membina kreativiti,
disiplin diri, menjadi rakyat yang baik, menjadi seorang dewasa yang berdikari dan
meluahkan perasaan.
Pengalaman seni lukis dan seni reka menyiapkan kraf tradisional yang paling
istimewa adalah satu cabaran yang memerlukan daya pemikiran yang kritis murid. Pelbagai
pilihan cara untuk menyediakan lukisan kraf tradisional ini seperti menggunakan kaedah
catan, montaj, dan sebagainya. Sebagai contoh seni reka dan seni lukis dapat di laksanakan
seperti di dalam gambar di bawah.

Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak
dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini
terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info
atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Kadangkala apabila kita melihat
12

lukisan sahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita, seni sebagai ekspresi diri. Proses
memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui :
pertama ialah penyoalan. Iaitu rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan
seni. Kedua ialah penemuan. Contohnya seperti penemuan baru melalui penyelidikan dan
kajian. Ketiga ialah pemerhatian. Ianya tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan
semata-mata sebaliknya turut melibatkan deria sentuhan dan sebagainya. Keempat ialah
percubaan. Ia merupakan usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang
kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang diinginkan.
Kelima ialah penerokaan. Penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan untuk
memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling dan menggunakan objek
dan bahan yang terdapat di sekeliling tersebut untuk dijadikan hasilan seni. Akhir sekali ialah
aktiviti/bermain. Kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain melalui permainan yang
berbentuk akademik.
Patricia James (1999), menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis melalui
seni ini. Seni dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama juga seperti
sastera dalam bentuk tulisan. Untuk mendapat kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani
bermain dengan pengetahuan, pengalaman dan perasaan. James dalam Ideas in Practice
(1999), menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dan kemahiran kritikal. Kini kreativiti
boleh diajar dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyai tujuan dan proses yang
terkandung di dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untuk mengcungkil bakat
dan potensi pelajar. Pendekatan seni membantu individu dalam aspek-aspek tertentu.
Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai gifted child
(individu yang berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu
yang gifted kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh
belajar proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan
menggunakan konsep tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted). Gifted student
mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza dengan pelajar biasa. Pelajar dari kumpulan
ini akan mudah merasa bosan jika kurikulum tidak sentiasa diperbaharui. Ini kerana
kumpulan pelajar ini sentiasa ingin terus mempelajari sesuatu yang sentiasa baru.

13

EKSPERESI

4.0

EKSPERESI

14

Menurut Garder (1980), orang dewasa perlu menyediakan peluang kepada


kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan supaya kanak-kanak
meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan.
Kepentingan menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi
meningkatkan daya upaya kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual
ruang banyak digunakan dalam seni visual. Untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah
dengan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan
seni visual (Gardner (1993).
Untuk memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak, kita boleh mengadakan
aktiviti menconteng, melukis, menyanyi, bermain, mewarna, menari dan permainan
kata-kata. Aktiviti drama, memasak, bercerita, pakaian beragam, aktiviti visualisasi,
numerasi dan literasi, aktiviti mendapat informasi, megenali mesin serta aktiviti
penulisan kreatif juga merupakan aktiviti yang sesuai bagi memupuk kreativiti dan
imaginasi kanak-kanak.
Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal juga dapat
mengembangkan bakat.

Menerusi idea dan imaginasi kanak-kanak dapat

menghasilkan apa yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis
dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti

kanak-kanak

kerana proses

penghasilan lukisan misalnya dapat menggabungjalinkan emosi, sosial dan nilai


estetika. Lukisan merupakan simbolik grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda
yang terdapat di sekeliling mereka. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak
boleh dibahagikan kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi
imaginasi dan konsepsi.
Lowenfeld menyatakan bahawa dalam bidang seni lukis, pengetahuan teknikteknik seni halus serta kemahiran memanipulasikan ciri-ciri lukisan dan seni dpat
memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta
imej artistik yang dihasilkan dlam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih
mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan
perantara

untuk

kanak-kanak

mengembangkan

kreativiti.

Pengetahuan

ini

memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan


maklumat secara kognitif. Keupayaan kognitif dapat ditingkatkan melalui keupayaan

15

individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil


atau karya seni.
Berpandukan refleksi pengajaran saya pada tempoh masa empat minggu saya
berada di sekolah, saya dapati Pelajar yang lemah akan mengalami konflik memilih
mata pelajaran yang dinyatakan tadi. Sekiranya tidak dibimbing dan diberi
penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkubur.
Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Mereka
akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni itu. Ketiga
ialah melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah negara
yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga professional. Jurutera,
arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya yang amat diperlukan
oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari luar negara.
Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk
generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk
keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk
membentuk satu profesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya.
Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis
yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh
masa. Keempat peranan seni visual dengan cara memupuk dan mendidik sifat
kecintaan pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan
bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh
dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai
keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihat beberapa agenda
penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh
kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Antaranya program Tahun Melawat
Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Selain
daripada itu, ada pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para
pelancong. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang
penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama
sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan itu.
Kelima memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat.

16

SOROTAN KAJIAN

5.0

SOROTAN KAJIAN
17

Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru


dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994). Manakala, Paul Torrance
(1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka
terhadap

masalah

kekurangan,

jurang

pengetahuan,

unsur-unsur

yang

hilang,

ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari


penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu,
menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan memungkinkan pengubahsuaian dan
mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard
Yong,1994).
Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud
kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses
separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti
melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu
dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan
sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.
Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu
garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau
memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran
bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil
yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan,
unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan
bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu
mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan
langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi,
modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian
dandimensi lain (analogi).
Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud
mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai
nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang
biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.
Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea
baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu
18

yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan,
kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan
pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

19

KESIMPULAN

6.0

KESIMPULAN

20

Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif ( Lowenfeld 1975). Menurut Guilford
(1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk operasi yang
terdiri daripada:
a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat
b) memori, yang menerima dan menyimpan maklumat
c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus
d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah yang
selari dengan pemikiran kreatif
e) penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan.
Oleh demikian jelaslah bahawa kertas cadangan ini perlu dilaksanakan supaya pelajar lebih
mampu utnuk meluahkan seni lukis dan seni reka dengan lebih menarik. Di samping
memupuk mereka menggunakan otak kanan untuk berfikiran lebih jauh serta dapat mengasah
bakat senir mereka.

21

RUJUKAN

22

7.0

RUJUKAN

Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak:


Pembelajaran, Petaling Jaya: L.C. L.

Modul Pengajaran dan

Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran,
Petaling Jaya: L.C. L.
AINON & ABDULLAH, (1994). PEMIKIRAN REKA CIPTA, PTS Consultants Sdn Bhd,
Kuala Lumpur.
AINON MOHD ABDULLAH HASSAN,(1997). SENI BERFIKIR KREATIF, PTS
Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
LEONARD M S YONG, (1993). KREATIVITI KEARAH MEMBENTUK MASYARAKAT
KREATIF. arenabuku sdn bhd. Kuala Lumpur.
Joan Bouza koster, (2001). Growing Artists Teaching Art to Young Children
Maimunah Osman, ( 2005). PEMIKIRAN KREATIF. Institusi Tadbiran Awam Negara
(INTAN), Kuala Lumpur.
Mohd. Azhar Abd. Hamid Othman A. Kassim Muhammed Fauzi Othman, (2005). CIPTAAN
IDEA BARU, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Rebecca T. Isbell & Shirley C. Raines, (2003). Creativity and the Arts with Young Children.
ROBERT SCHIRRMACHER, (1998). ART AND CREATIVE DEVELOPMENT FOR
YOUNG CHILDREN, Delmar Publishers an internasional Thomsom Publishing Compony.
Robert W. Olson , (1980) . Seni Berfikir Kreatif, P.T Gelora Aksara Pratama.
YEW KAM KEONG, (2002). Bebaskan Kreativiti Anda, Perpustakaan Negara Malaysia,
Kuala Lumpur.
https://www.scribd.com/doc/39247580/kajian-tindakan

23

Anda mungkin juga menyukai