Anda di halaman 1dari 9

SCCA 1013

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER APRIL 2015/16

TUGASAN INDIVIDU II

SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK HELMI BIN SEBAWEH @ AHMAD

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA

: MOHD YAZID BIN MAZLAN

NO. MATRIK

: 210708

PUSAT

: KUALA LUMPUR

210708

SCCA 1013

1.0 PENGENALAN
Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak
kepada pihak lain agar terjadi saling mempengaruhi diantara satu dengan
yang lain. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan
kata-kata

(verbal)

yang

dapat

difahami

oleh

kedua

belah

pihak.

Seandainya tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami mereka ,


komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri
badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan
kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan
bahasa isyarat.
Bittner ( 1988 ) mengatakan bahawa komunikasi adalah merupakan
satu perlakuan berkongsi simbol . Simbol simbol ini adalah terdiri
daripada verbal dan nonverbal dan ia merupakan komponen di dalam
proses komunikasi. French ( 1993 ) pula menyatakan komunikasi adalah
satu usaha mewujudkan salaing memahami dalam minda orang lain.
Schramm dan Robert pula mengatakan komunikasi adalah satu
proses untuk berkongsi sesuatu orientasi terhadap satu set tanda tanda
maklumat ( Mansor Ahmad Saman etal, 1984 ). Sebagai contoh, proses
penyampaian mesej oleh seorang individu dan penerima mesej oleh
individu lain ataupun sekumpulan individu dengan membawa satu kesan
dan peluang memperolehi maklumat balas serta-merta. Misalnya, rakan
sekerja,

pelajar

dan

sebagainya,

penggunaan

kata

sapaan

Assalamualaikum, apa khabar, terima kasih, maafkan saya dan


sebagainya yang menunjukkan kesopanan dan menghormati.
210708

SCCA 1013

2.0 FUNGSI DAN PROSES KOMUNIKASI


Dalam proses pembangunan negara Malaysia yang kian pesat, keperluan
masyarakat kita turut bertambah kompleks khususnya yang berkaitan
dengan

komunikasi.

Setiap

lapisan

masyarakat

perlu

membentuk

perhubungan dengan orang lain maka dengan ini keperluan komunikasi


mereka juga turut meningkat. Fungsi komunikasi bagi masyarakat kita
sangat

sinonim

memperlihatkan

dengan
fungsi

proses

kemajuan

komunikasi

disifatkan

negara.

Keadaan

sebagai

ini

pemerhati,

pentafsir, penghubung dan penghibur adalah tepat. Keempat-empat


fungsi ini berupaya memenuhi pelbagai keperluan komunikasi masyarakat
kita pada masa kini.
i.

Pemerhati
Fungsi komunikasi melalui media massa sebagai pemerhati dapat
didefinisikan sebagai pemerhati yang mengawasi (surveillance)
akan sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar masyarakat.
Terdapat dua jenis pemerhatian yang berkaitan, iaitu fungsi
pengawasan

memberi

amaran

(warning)

dan

pegawasan

instrumental. Pengawasan berbentuk amaran digunakan untuk


mengingatkan khalayak (masyarakat) akan sesuatu kejadian atau
malapetaka yang bakal berlaku. Antara kejadian yang sebegini

210708

SCCA 1013

adalah seperti bencana alam iaitu banjir, gempa bumi, tsunami,


pemanasan global, kemerosotan ekonomi, inflasi, kenaikan harga
barang, peperangan dan wabak penyakit. Laporan yang berkaitan
dikatakan sebagai berita dan maklumat yang sangat penting.
Peringatan berbentuk amaran (warning) ini akan memberi
ruang agar masyarakat besiap sedia menghadapi situasi ini jika
berlaku. Dalam kes ini, media massa seperti televisyen, radio dan
surat khabar akan menyalurkan berita untuk tatapan umum.
Dengan ini, masyarakat akan bersedia bagi menghadapi setiap
kemungkinan yang akan berlaku.
Pengawasan berbentuk instrumental pula lebih membantu
masyarakat memperolehi maklumat seperti bursa saham, produk
baru, fesyen, resepi dan sebagainya. Peranan ini tidak bersifat
amaran (not warning) sebaliknya berita-berita yang berinformasi
melalui penerbitan untuk menyalurkan maklumat di samping
menghiburkan. Fungsi ini boleh dimainkan oleh media massa seperti
majalah.
ii.

Pentafsir
Fungsi komunikasi sebagai pentafsir pula dapat didefinisikan
sebagai menginterpretasi maklumat berdasarkan fakta dan data
tertentu berkenaan dengan peristiwa yang berlaku di sekeliling
melalui media massa. Keadaan menginterpretasi maklumat berlaku
apabila matlamat, maksud dan kesignifikan sesuatu peristiwa
ditafsir dalam bentuk rencana, forum, analisis peristiwa dan
penyuntingan dilakukan menurut kepentingan dan keutamaannya.
Dalam konteks isu semasa seperti isu politik negara, 1MDB
dan kegawatan ekonomibaru-baru ini, pentafsiran fakta dan data

210708

SCCA 1013

yang berkaitan sewajarnya diselami oleh masyarakat dengan baik.


Pelbagai istilah teknikal yang berkaitan seperti pedagang mata
wang pesisir, kejatuhan ringgit dan spekulator mata wang perlu
dihuraikan melalui forum, kritikan, artikel

dan sebagainya bagi

membolehkan masyarakat mengetahui isu-isu tersebut dengan


baik. Sebagai contoh, forum perbincangan ekonomi sebuah syarikat
penyiaran tempatan, TV3 melalui program The Exchange misalnya,
dapat memaparkan interpretasi, komen dan pendapat mengenai
sesuatu pemberitaan ekonomi supaya pembaca dapat memperolehi
perspektif mendalam mengenai isu terbabit. Fungsi pentafsir ini
dapat dilihat dalam rencana yang menganalisis isu-isu semasa
supaya khalayak dapat memperolehi berbagai pandangan yang
boleh dinilai sendiri oleh mereka secara logik dan bernas.
iii.

Penghubung
Selain itu, fungsi komunikasi sebagai penghubung (linkage)
bertujuan menghubungkan masyarakat sama ada individu dengan
individu,

masyarakat

dengan

masyarakat,

peristiwa

dengan

masyarakat, persekitaran dengan masyarakat, mahupun sejarah


silam dan budaya dengan masyarakat semasa. Misalnya, dalam isu
pengiklanan

media

massa

cuba

menggabungkan

keperluan

pengguna (pembeli) dengan produk. Berkaitan dengan pilihanraya,


para pengundi akan mengumpul maklumat berkenaan dengan wakil
rakyat mereka melalui surat khabar, televisyen, radio, dan laman
web. Melalui contoh-contoh di atas, jelas memperlihatkan fungsi

210708

SCCA 1013

menyampaikan mesej kepada khalayak merupakan peranan penting


komunikasi.
Sebagai contoh peranan komunikasi pelbagai seperti internet
dengan laman web tertentu berupaya menghubungkan antara dua
atau ramai individu atau membentuk komuniti maya. Kemudahan
yang disediakan seperti laman web ini dapat menghubungkan
pelbagai komuniti untuk berkongsi pendapat dan pengalaman hidup
mereka dengan orang lain yang setara permasalahannya.
iv.

Penghibur
Komunikasi penghibur adalah melalui medai masa yang boleh
menarik minat manusia. Pada hemat saya, fungsi media massa
sebagai penghibur adalah lebih dominan tugasnya berbanding
dengan fungsi lainnya di samping menjadi trendy bagi kebanyakan
media massa di Malaysia. Konsep penghibur disalurkan oleh media
massa sebagai pelengkap kepada persoalan-persoalan lain untuk
menarik minat terus para khalayak.
Jika diteliti secara khusus, fungsi komunikasi sebagai
penghibur ini banyak menyajikan aspek kehidupan yang berkaitan
dengan hiburan. Misalnya, pelancaran album baru, fesyen terkini,
konsert artis popular, filem terbaik dan sebagainya. Di samping itu,
diketengahkan juga acara anugerah dan tamasya

di peringkat

antarabangsa seperti The Academy Awards bagi memaparkan isu


hiburan seluruh dunia.

210708

SCCA 1013

3.0 MASALAH-

MASALAH

KOMUNIKASI

DALAM

PEMBANGUNAN DAN KESTABILAN NEGARA


Secara umumnya antara faktor-faktor yang menyebabkan berlaku
masalah dalam komunikasi ialah ketiadaan maklumbalas daripada
penerima di mana komunikasi ini menjadi komunikasi bersifat
sehala. Penerima tidak memberi maklumbalas terhadap punca.
Manakala salah faham atau prasangka juga menjadi halangan
lazimnya berlaku apabila penyampai dan penerima mentafsir
perkataan yang sama dengan cara yang berbeza. Ianya juga
disebabkan oleh individu yang suka menerima maklumat tentang
seseorang

daripada

menimbulkan

fitnah

orang
dan

lain

kesilapan

(sumber
maklumat

sekunder)boleh
yang

diterima.

Sebagai contoh penggunaan media sosial untuk menyebarkan


maklumat-maklumat sulit kerajaan yang tidak tepat serta boleh
menyebabkan kejatuhan negara.
Masalah semantik selalu

berlaku

berhubung

dengan

penggunaan bahasa dan struktur ayat. Ianya terjadi dari kesilapan


menyahkod dan mentafsir kod. Banyak mesej yang bercampur aduk
dan mengelirukan juga boleh menjadi halangan semantik. Hal ini
juga boleh berlaku apabila komunikasi lisan bercanggah dengan
komunikasi bukan lisan.
Keadaan persekitaran
mencerap

maklumat

dalam

adalah
bilik

mudah
darjah

mendengar

yang

senyap

dan
dari

mendengar di bengkel membaiki kereta yang sibuk. Di sekolah, guru


harus melihat kesan gangguan keadaan persekitaran ke atas
penyampaian maklumat di dalam kelas. Contoh : bunyi kenderaan,
loceng, telefon bimbit dan sebagainya.
Sikap peribadi yang negatif pada penerima akan wujud
persepsi, sikap, nilai diri dan tahap pemikiran yang berbeza. Serta
210708

SCCA 1013

tidak faham budaya orang lain di mana manusia yang tidak


memahami budaya orang lain tidak akan mewujudkan sikap tolak
ansur. Manusia berkomunikasi menggunakan pelbagai bahasa.
Adalah penting bagi setiap manusia memahami dan menghormati
budaya orang lain supaya dapat hidup dengan lebih harmonis.
Terakhir perbezaan status penyampai dengan penerima boleh
menjadi halangan kepada komunikasi sama ada taraf pendidikan
atau

sebaliknya.

Masalah

komunikasi

ini

dipanggil

masalah

sosiologikal komunikasi.

4.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya sorotan kajian lampau oleh Amir Sharifuddin (2011)
menyatakan bagi menyampaikan sesuatu maklumat, kemahiran
komunikasi merupakan suatu aspek penting yang perlu diberi
penekanan sangat mengukuhkan lagi tajuk tugasan ini. Hal ini
kerana, sesuatu maklumat itu boleh disalah tafsir oleh penerima
maklumat akibat kesilapan penyampai dan penerima maklumat
dalam berkomunikasi.

210708

SCCA 1013

5.0

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Aziz (2010). Kemahiran sosial asas. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ainon Mohammad & Abdullah Hassan. (2010).
Komunikasi berkesan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Samsudin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd Zahir Ahmad (2009). Pedagogi, strategi dan
teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Sulaiman Md. Yassin, Mohd Salleh Lebar & Azlina Abu Bakar @ Mohd (2010). Komunikasi
dalam pengajaran dan kepimpinan pendidikan. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn
Bhd.
Di ambil pada 12 Julai 2015 http://www.slideshare.net/aqua162akin328/komunikasi-bertulis?
related=2 slide show KPLI KDC Pendidikan Khas 15.01.2013
http://www.slideshare.net/HasrizaMatJusoh1/bahasa-melayu-komunikasi-tugasan?related=2
Hasriza Mat Jusoh 14.11.2012
Di ambil pada 12 Julai 2015 http://serikandimuhibbah11.blogspot.com/2011/12/kemahirankomunikasi.html srikandi muhibbah 20.12.2011
http://cikthur.blogspot.com/2011/03/komunikasi-penulisan-yang-berkesan.html
http://itanna-run.blogspot.com/2011/07/halangan-dan-rintangankomunikasi.html
http://www.slideshare.net/noorazrinatuah/halangan-komunikasi-24512789

210708

Anda mungkin juga menyukai