Anda di halaman 1dari 7

SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI JA201

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER APRIL (JA201)
SESI 2020/2021

SCCA 1023
TEORI KOMUNIKASI

DISEDIAKAN OLEH:

DR. MOHD ZUWAIRI BIN MAT SAAD


Pensyarah Kanan
Jabatan Komunikasi
Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi
Kolej Sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia
Email:zuwairi@uum.edu.my

1
SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI JA201

KOD KURSUS : SCCA 1023


KURSUS : TEORI KOMUNIKASI
JAM KREDIT :3

SINOPSIS

Kursus ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar tentang teori-teori


komunikasi. Fokus diberikan kepada pembentukan dan perkembangan teori-teori
serta konsep-konsep komunikasi. Selain daripada membincangkan pelbagai jenis
teori-teori asas dalam komunikasi, tumpuan akan turut diberikan kepada teori-teori
komunikasi: Interpersonal, kelompok, organisasi, masyarakat dan teknologi. Secara
keseluruhan kursus ini mendedahkan pelajar tentang pembentukan, perubahan dan
perkembangan toeri-teori komunikasi.

OBJEKTIF

Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya dapat:

i. Memahami konsep komunikasi dengan tumpuan kepada bidang-bidang


komunikasi kemanusiaan
ii. Memahami model-model dan teori-teori komunikasi
iii. Memahami konsep, teori dan model komunikasi serta
kaitannya dengan masyarakat

SILIBUS

Kuliah Topik Catatan

PERTEMUAN 1. Pengenalan I. Penjelasan


1 - Takrif Komunikasi proses
- Sejarah ilmu komunikasi pengkuliahan
- Komunikasi sebagai disiplin Sains dan penilaian
Sosial kursus.

2. Teori II. Penerangan


- Apa itu teori tentang tajuk
- Perbandingan teori, model dan konsep tugasan
- Fungsi-fungsi teori individu dan
kumpulan
3. Pendekatan Pemikiran Teori
Komunikasi
- Pendekatan Strukturalisme III. Aktiviti
- Pendekatan Fungsionalisme pembelajaran
2
SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI JA201

- Pendekatan Kritikal
- Pendekatan Budaya

Kuliah Topik Catatan

4. Konsep-konsep komunikasi
PERTEMUAN - Komunikasi ialah proses bukan linear
2 - Komunikasi boleh bertujuan dan tidak I. Aktiviti
bertujuan pembelajaran
- Komunikasi ialah sesuatu yang tidak dan
boleh diulang perbincangan
- Komunikasi merupakan fenomena yang
berorientasikan penerima
- Komunikasi berlaku secara lisan dan
bukan lisan
- Komunikasi dipengaruhi budaya
- Komunikasi dipengaruhi perspektif etika
- Komunikasi berbeza daripada
kefahaman
- Komunikasi adalah kontekstual

5. Model-model asas komunikasi


- Model komunikasi awal
- Model Komunikasi dua hala

6. Teori-teori asas komunikasi


- Teori semantik umum
- Teori informasi
- Teori Perantaraan Makna (Mediational
Theory of Meaning (MTM)
- Teori Percanggahan Kognitif (Cognitive
Dissonance Theory)
- Teori interaksi Perlambangan (Symbolic
Interactionism)
- Teori Pengurusan Koordinasi Makna
(Coordinated Management of
Meaning(CMM)
- Teori Himpunan Tindakan (Action
Assembly Theory)

3
SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI JA201

Kuliah Topik Catatan


PERTEMUAN 7. Teori Komunikasi Interpersonal
3 - Teori Interaksi Simbol (symbolic I. Aktiviti
Interactionism) pembelajaran
- Teori Pengurusan Koordinasi Makna dan
(Coordinated Management of Meaning) perbincangan
- Teori Jangkaan Melampau (Expectancy
Violations Theory)
- Teori Pengkaburan Interpersonal
(Interpersonal Deception Theory)
- Teori Konstruktivisme (Constructivisme)
- Teori penembusan Sosial (Social
Penetration Theory)
- Teori Pengurangan Ketidakpastian
(Uncertaninty Reduction Theory)
- Pendekatan interaksi (Interaction
Approach)
- Rasional Dialek (Rational dialectics)
- Teori Keadilan Sosial (Social Judgment
Theory)

8. Teori Komunikasi Kumpulan


- Structuration Theory
- Functional Theory
Groupthink Theory

9. Teori Komunikasi Organisasi


- Teori dalam pendekatan Klasik
- Teori dalam pendekatan hubungan
manusia
- Teori dalam pendekatan sumber
manusia
- Teori dalam pendekatan sistem

Kuliah Topik Catatan

PERTEMUAN 10. Teori Komunikasi Pembangunan I. Aktiviti


4 - Teori Difusi Inovasi (Diffusion of pembelajaran
Innovation Theory)
- Teori Penentuan Agenda (Agenda
Setting Theory)
- Teori Lingkaran Senyap (Spiral of
Silence)

4
SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI JA201

11. Teori Teknologi Komunikasi


- Teori Penentuan Teknologi II. Kuiz (Bab 1
(Technological Determinism) hingga 5)
- Teori Penyuburan(Cultivation Theory) III. Serahan
- Teori Kegunaan dan Kepuasan Tugasan
kehendak(Uses and gratification
Theory)
- Teori Pengkayaan Media (Media
Richness Theory)
- Teori Penerimaan Teknologi
(Technological Acceptance Model)

12. Teori Komunikasi Perubahan Sosial


- Teori Pembingkaian
- Teori Penentuan Agenda
- Teori Difusi Inovasi

PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan dilakukan berdasarkan kuiz, tugasan berkumpulan, penglibatan


pelajar dalam kelas dan peperiksaan akhir semester. Peratusan penilaian adalah
seperti berikut:

Kuiz 30%
Tugasan:
Individu (Video) 10%
Kumpulan 20%
Peperiksaan akhir 40%
____
JUMLAH 100%

TUGASAN

KUIZ I (30%)

Kuiz akan diadakan pada KULIAH YANG KE 4

TUGASAN INDIVIDU (10%)


Anda dikehendaki mengulas SATU (1) teori yang berkaitan dengan komunikasi
dalam bentuk video. Setiap individu perlu mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang
diperolehi menerusi kursus ini di dalam tugasan anda. Penilaian ke atas tugasan ini
akan dilakukan berdasarkan penerangan terhadap perkara-perkara yang anda perlu
kemukakan dalam bentuk video yang berdurasi 3 hingga 4 minit sahaja.

5
SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI JA201

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diterangkan dalam video bagi tugasan ini
berserta markah:
i. Pengenalan teori [1 markah]
ii. Kepentingan teori tersebut kepada anda [4 markah]
iii. Bagaimana anda menggunakan teori tersebut dalam kehidupan seharian
[4 markah]
iv. Rumusan keseluruhan [1 markah]

1. Tugasan dalam bentuk VIDEO, berdurasi minimum 3 minit, maksimum 4


minit.

2. Video perlu dimuat naik ke dalam YouTube selewat-lewatnya pertemuan


ke-4 dan perlu memasukkan URL video tersebut dalam UUMOL.

3. Mohon mengambil perhatian semasa memuat naik video di YouTube


seperti perkara berikut:
i) Tajuk video: #TeoriKomunikasiUUM(Pusat PJJ)(Nama Teori).
Contoh: #TeoriKomunikasiUUMSintok Teori Penyuburan.
ii) Video Description - Mohon masukkan nama dan no. matrik.

TUGASAN KUMPULAN (20%)

Tajuk: Analisis Artikel Jurnal

Anda di kehendaki memilih SATU (1) artikel jurnal bagi setiap ahli kumpulan untuk
diulas dengan menggunakan SATU (1) teori yang sama. Tema artikel berkenaan
adalah terhad kepada kajian-kajian empirikal berkaitan dengan teori-teori
komunikasi sahaja. Tema-tema yang terkandung di dalam topik kursus ini sesuai
dijadikan panduan dalam memilih artikel berkenaan. Berikut adalah aspek-aspek
yang perlu dibincangkan di dalam tugasan anda berserta markah pemberatnya:
i. Isu yang dibincangkan bagi setiap artikel. [3 markah]
ii. Dapatan atau hasil kajian bagi setiap artikel tersebut. [5 markah]
iii. Apakah persamaan dan perbezaan bagi setiap artikel. [5 markah]
iv. Kritikan anda secara keseluruhan ke atas teori berdasarkan analisis
artikel yang telah dilakukan. [5 markah]
v. Rumusan. [2 markah]

1. Anda perlu mendapatkan kelulusan, memberikan nama dan teori


yang dipilih kepada pensyarah sebelum meneruskan dengan tugasan
ini.

2. Teori dipilih perlu diberikan pada KULIAH PERTAMA DAN KEDUA

3. Artikel berkenaan mestilah diterbitkan antara tahun 2014-2019.

4. Laporan analisis mesti bertaip kemas, langkau satu setengah (1.5) baris
dan artikel berkenaan hendaklah disertakan sebagai lampiran. Panjang
6
SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI JA201

ulasan tidak lebih daripada 10-15 muka surat tidak termasuk rujukan dan
lampiran.

5. Kulit hadapan tugasan berwarna MERAH

6. Tarikh akhir menyerahkan tugasan ialah pada KULIAH YANG KE 4

7. Plagiarisme adalah merupakan jenayah akademik yang amat berat. Oleh


itu, citation yang lengkap mesti dinyatakan kepada quotations,
paraphrasing, atau idea yang diambil daripada pihak/sumber selain
daripada penulis laporan sendiri.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada tarikh dan waktu yang akan dimaklumkan
kemudian. Pelajar akan dimaklumkan berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat
peperiksaan. Soalan peperiksaan akhir akan merangkumi semua bab. Masa
menjawab yang diperuntukkan adalah 2 jam 30 minit. Pelajar dikehendaki
menjawab semua soalan yang dikemukakan. Lazimnya soalan dalam peperiksaan
akhir ini adalah berbentuk struktur ringkas, struktur lanjut dan esei panjang.

RUJUKAN UTAMA

Griffin, M (2009). A first look at communication theory, (7th ed.). Toronto: McGraw
Hill.

RUJUKAN TAMBAHAN

Crowley, D. & Mitchell, D. (eds.) (1994). Communication theory today. Cambridge:


Polity Press.
Littlejohn, S.W. (2006). Theories of human communication. Edisi ke-9. New York :
Harper & Row.
Mattelart, A. & Mattelart, M. (1998). Theories of communication: a short introduction.
London: Sage Publications.
Redmond, M.V. (1995). Interpersonal communication: Readings in theory and
research. Philadelphia: Harcourt Brace College Publishers.

Anda mungkin juga menyukai