Anda di halaman 1dari 6

SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

PENGENALAN

TAJUK : ISU PRIVASI DAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN PENGGUNA

APLIKASI MEDIA SOSIAL

PENULIS : Nurul Madiha Mohd Ilham dan Mohd Azul Mohamad Salleh.

Jurnal ini merupakan kajian yang mengupas tentang perkembangan aplikasi media sosial

seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya telah diadaptasi dalam pelbagai bidang

seperti pendidikan, politik dan perniagaan. Kemunculan media sosial ini memberikan kesan

yang positif pada kehidupan mereka yang menggunakannya.

Kajian ini membincangkan kepentingan aspek privasi dan keselamatan sewaktu

menggunakan media sosial sebagai platfrom dalam urusan harian mereka. Kajian ini telah

menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap topik perbincangan dalam kumpulan yang

besar melalui platform forum e-pembelajaran, dimana informan (pengguna) menyatakan

pengalaman dan persepsi mereka terhadap isu privasi dan keselamatan dalam media sosial.

Seramai 23 orang informan yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sampel kajian ini.

1
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Penulis telah menyatakan kemunculan Internet dan media sosial telah membawa dimensi

baharu dalam landskap media dimana pada masa kini manusia kebanyakannya bergantung

kepada kehidupan dalam talian (online) yang membuka satu lembaran baharu kepada para

pengguna termasuklah aspek komersial dan perniagaan. Pandangan yang diutarakan oleh

penulis senada dengan Nurnazurah Nazaraly (2017) yang menyatakan trend terkini dalam

kalangan rakyat Malaysia untuk membeli-belah dalam talian kerana kaedah itu membolehkan

mereka mendapatkan barangan yang diinginkan tanpa perlu ke pasar raya.

Penulis turut mengingatkan bahawa kepesatan pembangunan teknologi serta

penggunaan media sosial dalam aspek pembelian secara dalam talian telah menjadi satu

platform yang penting. Walaubagaimanapun isu-isu seperti privasi dan keselamatan

maklumat peribadi perlu diberi perhatian oleh para pengguna kerana kes-kes yang melibatkan

keselamatan maklumat pengguna seperti kebocoran maklumat akibat digodam dan

sebagainya sering berlaku dan mengakibatkan pengguna menjadi mangsa penganiyaan dan

sebagainya.

Peringatan seperti ini juga pernah diutarakan oleh Timbalan Pendaftar Fakulti

Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) Noor Mohamad Shakil Hameed, dimana

beliau memperingatkan supaya semua pengendali data pula perlu mengambil iktibar dengan

kejadian ketirisan dataini dan segera memperkukuhkan keselamatan data masing-masing

supaya pengguna tidak dianiaya dan dijadikan kambing hitam serta mangsa keadaan.

Penulis telah menunjukan dapatan kajiannya dimana pengguna media sosial

memahami dan mempunyai kesedaran terhadap isu-isu privasi dan keselamatan maklumat

dalam media sosial yang sering berlaku seperti kecurian maklumat peribadi seperti maklumat

peribadi, gambar dan sebagainya. Selain itu, kesan penggunaan media sosial mampu

mencetuskan persepsi ataupun pandangan mengenai isu-isu privasi dan keselamatan

2
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

maklumat yang dilihat lebih banyak melibatkan pandangan yang disebabkan oleh isu-

isu negatif yang berlaku di Internet dan media sosial.

Justeru itu, penulis telah menyatakan beberapa keperluan serta cadangan untuk

mempertingkatkan keselamatan dan hak privasi pengguna ketika menggunakan media sosial

untuk aktiviti harian termasuklah urusan pembelian secara dalam talian. Ini termasuklah

kawalan kendiri dan kawalan kandungan yang terdapat dalam media sosial.

Bagi menangani isu privasi dan keselamatan dalam kalangan pengguna aplikasi media

sosial. Malaysia telah mempunyai beberapa peruntukan undang-undang untuk melindungi

pengguna dari menjadi mangsa penyalahgunaan data peribadi oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) atau APDP merupakan salah satu

bentuk perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia

(MSC). Akta ini merupakan matlamat Dasar Ke Sepuluh dinyatakan dalam Akta Komunikasi

dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan

keutuhan rangkaian. Objektif utama undang-undang ini adalah untuk mengawal selia

pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial oleh pengguna data dan melindungi

kepentingan subjek data.

2. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang merupakan satu Akta berkenaan undang-

undang siber dan dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia

dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Akta ini digubal pada 15 Oktober

1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1

April 1999. Aktiviti dan perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran

tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian

3
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan

menerusi kemudahan dan rangkaian tersebut.

3. Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574)

A. 420. Menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan.

B. 499. Fitnah.

C. 504. Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

D. 509. Perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

4
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

RUMUSAN

Pengguna pada masa kini mempunyai kesedaran terhadap isu-isu yang melibatkan privasi dan

keselamatan maklumat ketika mereka menggunakan internet dan aplikasi media sosial untuk

urusan harian mereka. Perkembangan ini telah memberi kesan positif kepada kehidupan

mereka yang mana kewujudan internet dan aplikasi media sosial dapat melancarkan urusan

kehidupan mereka.

Walaubagaimanapun, pengguna harus menggunakan pendekatan berjaga-jaga supaya

privasi mereka tidak digangu dengan mereka tidak sewenang-wenangnya memuat naik serta

berkongsi pelbagai maklumat peribadi di media sosial untuk mengelak ada pihak-pihak

tertentu atau tidak bertanggungjawab mengguna maklumat peribadi untuk tujuan yang tidak

sihat.

Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangai isu

privasi dan keselamatan dalam kalangan pengguna aplikasi media sosial. Pengguna perlulah

membuat kawalan kendiri dengan mengambil langkah-langkah berhati ketika menggunakan

media sosial. Bagi pihak berkuasa pula perlu merangka tidakan jangka pendek dan jangka

panjang bagai menangani masalah ini seperti mengadakan kempen kesedaran penggunaan

media sosial, mengkaji semula semula peruntukan undang-undang yang sedia ada supaya ia

terus kekal relevan dan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati

menyalahgunakan maklumat dan data peribadi orang lain berdasarkan peruntukan yang sedia

ada.

5
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

RUJUKAN

Noor Mohamad Shakil Hameed 2017,"Pengguna cemas ketirisan data" Publisher By Utusan

Melayu (M) Berhad

NURNAZURAH NAZARALY 2017 "Kesan buruk membeli-belah dalam talian" Publisher

By Utusan Melayu (M) Berhad

Nurul Madiha Mohd Ilham, Mohd Azul Mohamad Salleh 2015. "Isu Privasi Dan

Keselamatan Dalam Kalangan Pengguna Aplikasi Media Sosial" Publisher By Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai