Anda di halaman 1dari 5

GMGF 2023 – Final Exam ( 27 Mei 2018 )

1. a) Nyatakan Tiga Perbezaan di antara Pentadbiran Kewangan dan Pengurusan Kewangan.

- Pentadbiran Kewangan
menumpukan kepada perspektif makro sesebuah negara
- Pengurusan Kewangan
pengurusan kewangan  lebih bertumpu kepada perspektif mikro sesebuah organisasi

b) Jelaskan enam aktiviti utama dalam edaran pengurusan kewangan negara.

- Pemprograman
 Aktiviti edaran dimulai dengan pemprograman yang berfungsi untukmerancang dan
menyusun program serta aktiviti yang diperlukan dengancara yang paling berkesan demi
mencapai matlamat perbelanjaan negara.Sebelum membuat perancangan, penelitian
terhadap keperluan negaramestilah mengambil kira faktor ekonomi, kestabilan politik, sosial
dan isuantarabangsa. Di samping itu, aktiviti pemprograman juga melibatkanramalan dan
jangkaan terhadap beban kerja, kos dan personel yangdiperlukan untuk menjalankan
program tersebut.

- Pembelanjawan
Aktiviti pembelanjawan menerangkan peringkat apabila sumberkewangan atau anggaran
hasil negara akan ditentukan punca danjumlahnya bagi memenuhi jumlah anggaran
perbelanjaan yang akandibuat bagi setiap tahun fiskal. Ini dibuat melalui anggaran
belanjawanyang dikemukakan oleh semua agensi awam kepada PerbendaharaanMalaysia
dan kemudiannya diluluskan oleh badan perundangan

- Pembiayaan
Pada peringkat ini, belanjawan negara yang telah diluluskan akanmemulakan proses
pengeluaran wang dari Kumpulanwang yangDisatukan. Peruntukan yang diberikan kepada
agensi untuk menjalankanprogram dan aktiviti mereka telah boleh dikeluarkan secara sah.
Namunbegitu, peruntukan bagi perbelanjaan mengurus diberikan setiap dua kalisetahun.
Agensi juga mesti membuat laporan kemajuan kepadakementerian secara berkala bagi
memungkinkan tindakan pemantauandapat dijalankan untuk membetulkan apa-apa jua
masalah yang timbulsemasa perbelanjaan dibuat.

- Perakaunan
Apabila wang tersebut telah dibelanjakan, maka setiap agensi dikehendakiuntuk
merekodkan keluar masuk wang dengan menggunakan asas-asasperakuan tunai dan
terakru. Tatacara perakaunan di sektor awam secaraprinsipnya adalah serupa iaitu
perbelanjaan tidak boleh melebihiterimaan. Yang berbeza adalah dari aspek catatan rekod
dimana sektorawam mengamalkan buku vot sebagai buku akaun utama sedangkan sektor
swasta menggunakan catatan barangan dalam akaun-akauntransaksi yang terlibat.
- Pelaporan
Aktiviti pelaporan adalah merujuk kepada pelaporan yang akan dibuatoleh Ketua Audit
Negara berdasarkan penyiasatan beliau ke atas akaun-akaun awam yang telah diserahkan
oleh Akauntan Negara. Laporanbeliau akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira
Wang Awam diParlimen yang akan bertindak untuk menjalankan fungsi ‘post auditor’.Hasil
laporan akan digunakan untuk memperbaiki perjalanan pentadbirankewangan dan
pengurusan kewangan di peringkat organisasi. Dalamsistem belanjawan hari ini, agensi
diminta untuk menghantar satu laporanpengecualian kepada pihak Perbendaharaan
sekiranya mereka tidakmemenuhi prestasi output perbelanjaan yang telah dipersetujui.

- Penganalisaan dan Ulangkaji


Aktiviti di peringkat ini boleh diibaratkan sebagai ‘post-mortem’ ke atasprestasi program-
program agensi kerajaan sepanjang tahun belanjawantersebut berlangsung. Setiap kejayaan
dan kegagalan akan menyediakaninput yang penting kepada semua agensi bagi merancang
program-program yang bakal dilaksanakan di tahun-tahun akan datang. Teguran-teguran
audit turut diterima untuk dikaji agar kesilapan yang sama tidakdiulangi serta tahap
akauntabiliti awam akan dapat dipertingkatkan.

2. a) Senaraikan lima peranan kerajaan dalam negara demokrasi.

- Sebagai Pelindung (Protector )

kerana kewajipan utama kerajaanadalah mempertahankan kedaulatan negara dengan


menyediakankeperluan pertahanan negara dan menjaga keselamatan dalam negeri.Peranan ini
dimainkan oleh hampir semua kerajaan di mana-mananegara. Semakin besar saiz , bilangan
penduduk dan kekayaansesebuah negara itu, maka keupayaan menyediakan
perlindunganmenjadi lebih nyata. Tertubuhnya kementerian-kementerian sepertiKementerian
Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri secaralangsung menunjukkan peranan tersebut
telah dilaksanakan dengansepatutnya.

- Sebagai Pengadil (Umpire)

iaitu dengan mewujudkan mahkamah-mahkamah pengadilan. Penyelesaian bagi sesuatu


pertelingkahanseperti kes-kes jenayah dan sivil akan dapat dibuat dengan cara yangadil
melalui perantaraan mahkamah. Namun, kekurangan di dalamperanan ini telah mendapat
perhatian yang serius akibat terdapatnyabanyak kes mahkamah yang tertunggak sebegitu lama
sehinggamenyebabkan kecekapan institusi mahkamah telah dikritik

- Sebagai Pengawal atau Pengatur (Regulator)

iaitu kerajaanmencipta rang undang-undang dan mendapat kuasa dari Parlimenmenerusi


undang-undang berkenaan untuk mengawal dan mengaturkegiatan masyarakat. Penciptaan
undang-undang ini perluterutamanya undang-undang jenayah kerana kita perlu sedar
bahawasungguhpun setiap seorang itu mempunyai hak, tetapi penggunaanhak yang berleluasa
tanpa pengawasan dan pengawalan akanmenimbulkan kekacauan dan huru-hara.
- Sebagai Pembahagi (Provider)

iaitu dengan mengadakan berbagaibarangan dan perkhidmatan awam serta kemudahan


kepadamasyarakat terutamanya dalam bidang bab, kesihatan danperkhidmatan-perkhidmatan
lain untuk kebajikan rakyat.Pembahagian-pembahagian dibuat melalui berbagai-bagai
rancanganterutamanya “Rancangan Lima Tahun Malaysia” dan RancanganBelanjawan.

- Sebagai Pengusaha (Entreprenuer)

iaitu apabila kerajaanmenyertai berbagai-bagai perusahaan atau perniagaan (  public enterprise)


dengan mengunakan modal dari wang pungutan cukai dan pinjaman.Ini bermakna kerajaan
boleh menubuhkan badan-badan perniagaanbagi pihaknya untuk mencari pendapatan dan
mendapatkankeuntungan. Pendapatan yang diterima akan menguatkan lagikedudukan
kewangan kerajaan.

b) Bincangkan lima perbezaan utama di antara sektor awam dan swasta

- Matlamat awam adalah sangat umum sedangkanmatlamat swasta adalah lebih khusus.
Misalnya dalammenjaga kebajikan rakyat berbanding dengan mencarikeuntungan

- Matlamat sektor awam ditentukan oleh orang-orang yangberada di luar organisasi seperti
ahli-ahli politik, rakyatdan menteri-menteri. Namun begitu, matlamat di sektorswasta
ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah ataupihak pengurusan.

- Matlamat sektor awam cepat berubah mengiut perubahanpimpinan kerajaan atau


kepimpinan organisasi.Perubahan sebegini jarang dialami oleh sektor swastayang konsisten
dengan matlamat mereka untuk mencarikeuntungan

3. Bincangkan lima peringkat utama dalam pusingan belanjawan. ( Bab 6 )

- Penyediaan
- Pemeriksaan
- Kelulusan
- Perlaksanaan
- Pengauditan

4. Terangkan Enam strategi utama kerajaan dalam melaksanakan Dasar Perolehan Negara
berserta dengan contoh yang sesuai. (Bab 7)

- Dasar Penggunaan Bahan/Barangan Dan Perkhidmatan Tempatan


Bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan hendaklah digunakan sepenuhnya oleh
Kementerian/Jabatan dalam perolehan masing-masing. Kementerian/Jabatan adalah
bertanggungjawab sepenuhnya memantau dan memastikan penggunaan bahan, barangan
dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan seperti peraturan yang ditetapkan.
Penggunaan Produk/Perkhidmatan Syarikat Tempatan Berstatus Multimedia Super
Corridor (MSC) Malaysia Dalam Perolehan Kerajaan
Bagi menggalakkan pembangunan industri Information and Communication Technology (ICT)
tempatan, Agensi hendaklah memberi keutamaan kepada penggunaan
produk/perkhidmatan ICT yang dihasilkan oleh syarikat tempatan yang berstatus MSC
Malaysia di dalam perolehan Kerajaan.

Dasar FOB
Agensi hendaklah mensyaratkan di dalam dokumen sebut harga/tender bahawa tawaran
harga hendaklah berdasarkan harga FOB atau kaedah-kaedah lain yang seumpama seperti Ex
Works (EXW) dan Free Carrier (FCA) di mana perkara-perkara berkaitan pengangkutan dan
insurans diuruskan oleh Agensi bermula dari tempat barangan diterima. Kegagalan
mematuhi arahan ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga/petender tidak akan
dipertimbangkan.

Dasar Penggunaan Mata Wang


Tawaran harga dan bayaran bagi perolehan yang dibuat secara tempatan hendaklah dibuat
dalam Ringgit Malaysia sahaja. Tawaran harga daripada kontraktor/pembekal luar dan
bayaran oleh Agensi hendaklah dibuat dalam matawang asing

Dasar Keutamaan Kepada Syarikat Bumiputera


sekurang-kurangnya 51% pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dan pemilikan
saham individu Bumiputera hendaklah melebihi saham individu bukan Bumiputera; jawatan
Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain
(keyposts) hendaklah dipegang oleh Bumiputera;

5. a) Jelaskan lima kerangka undang – undang yang mengawal dan mempengaruhi perkaunan
awam di Malaysia.

- Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara danmerupakan sumber
rujukan utama dalam semua urusan pentadbirannegara. Perkara 96 hingga 112 merupakan
asas garis panduan kepadapengurusan kewangan sektor awam. Perkara 99, 106 dan 107
adalahbahagian yang menyentuh secara langsung aspek perakaunan denganmerujuk kepada
konsep akauntabiliti. Ia menyatakan bahawa akaunpenerimaan dan perbelanjaan mestilah
disediakan manakala penyatakewangan tahunan hendaklah dibentangkan di Parlimen
seberapa segerasetelah diperiksa oleh Ketua Audit Negara.

- Akta Acara Kewangan 1957 ( Pindaan 1972 )


Akta Acara Kewangan diwujudkan bertujuan untuk menyediakan satubentuk pengawalan
dan pengurusan wang awam di Malaysia. Sebagai aktaia adalah lebih berbentuk penjelasan
dan prosedur am tentang tatacara-tatacara yang perlu diikuti dalam pentadbiran kewangan
awam. Iamenetapkan peraturan-peraturan kewangan dan akaun, termasukperaturan untuk
pungutan, penjagaan dan pembayaran wang awamPersekutuan dan Negeri dan bagi
perkara-perkara yang bersangkutandengannya.
- Arahan Penbedaharaan (AP)
 ialah satu arahan yang mengandungi langkah-langkah atau peringkat kawalan untuk
mengakaun, mengaku terima wangawam, pembelian secara kontrak, sebutharga dan cara-
cara melupuskanharta atau aset awam. Ia berbentuk suatu buku panduan yang
dikeluarkanoleh pihak Perbendaharaan Negara di bawah Kementerian Kewanganyang
mengandungi tatacara-tatacara yang lebih terperinci mengenaipenyimpanan rekod-rekod
kewangan, pelupusan dan pengauditan. Iamemberi garis panduan dan prosedur yang perlu
diikuti dalampengurusan kewangan awam. Prosedur perakaunan disentuh secaraterperinci
dalam Bab ‘B’ arahan ini seperti kaedah mengawal terimaandan bayaran, menyimpan wang
awam, perakaunan dan prosedurperolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja

- Akta Audit 1957


Akta Audit memperuntukkan bagi maksud pengauditan akaun-akaunagensi-agensi kerajaan
sama ada persekutuan, negeri dan pihak-pihakberkuasa tertentu seperti badan berkanun
dan kerajaan tempatan. Didalamnya dijelaskan tentang Ketua Audit Negara, pendekatan
audit,kerahsiaan dalam pengauditan, laporan audit dan perkara-perkaraberhubung dengan
pengauditan dalam sektor awam. Perbincangan lanjuttentang audit akan disentuh dalam
bab selepas ini.

- Surat Pekeliling dan Arahan Jabatan


Surat-surat pekeliling dan arahan sering dikeluarkan oleh kementeriandan jabatan tertentu
dari semasa ke semasa yang ditujukan khas kepadaagensi-agensi di bawah kawalannya dan
berbentuk arahan dalaman.Dalam aspek perakaunan arahan-arahan ini memperincikan hal-
hal yangberkaitan tatacara perakaunan yang dibuat khas bagi memenuhikeperluan khusus
agensi berkenaan. Contoh surat pekeliling adalahseperti Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam (PKPA)

b) Huraikan tentang tiga sistem belanjawan yang telah diamalkan di Malaysia. (Bab 10)

- Sistem belanjawan butir garisan


- Sistem belanjawan program dan prestasi
- Sistem belanjawan yang diubahsuai (MBS)

Anda mungkin juga menyukai