Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pendahuluan

Belanjawan bermaksud suatu penyataan hasil dan perbelanjaan bagi suatu masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan negara dan rakyat. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Y.A.B Menteri Kewangan Malaysia dengan mentafsirkan belanjawan dalam konteks negara sebagai satu perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan melaksanakan dasar-dasar sosio-ekonomi Negara seperti dinyatakan dalam rancangan rancangan lima tahun Malaysia. Dalam konteks ini, belanjawan dilihat sebagai penentu kedudukan ekonomi sesebuah negara dan ianya juga berupaya memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta. Belanjawan berperanan sebagai alat dasar fiskal dan alat pengurusan. Belanjawan sebagai alat dasar fiskal berfungsi sebagai peruntukan, agihan dan penstabilan. Manakala belanjawan sebagai alat pengurusan pula berfungsi sebagai alat mengurus sumber kewangan, dokumen kawalan belanjawan dan kewangan dan alat pengukur prestasi.

Negara kita telah mengamalkan tiga sistem belanjawan Negara sejak Negara merdeka sehinggalah pada masa kini. Sistem belanjawan yang pertama

diperkenalkan ialah Sistem Belanjawan Tradisional (berasaskan line items) yang diperkenalkan pada tahun 1957, kemudiannya pada tahun 1968 sistem belanjawan tradisional digantikan dengan Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) dan akhir sekali pada tahun 1990, system belanjawan baru diperkenalkan dengan nama Sistem Belanjawan Diubahsuai atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil "Modified Budget System" (MBS) yang menggantikan system Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) dan digunakan sehingga sekarang.

MBS ialah satu system yang menitikberatkan perhubungan antara input, output dan impak dan adalah Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) yang diubahsuai dengan amalan dan keperluan Malaysia semasa. System ini menggunakan pendekatan baru, iaitu berkonsepkan Top-down dan Let Managers Manage. Ia lebih memberikan penekanan ke atas pengukuran prestasi dan penilaian program dengan menggunakan dokumen Perjanjian Program.

Tujuan utama system Belanjawan diubahsuai ini digunakan adalah untuk membantu memperteguhkan lagi ekonomi Negara melalui agihan sumber yang lebih baik dan teratur, mencapai perbelanjaan seimbang (balanced budget), membantu meningkatkan kemajuan pelaksanaan SBPP, membantu Pengurus Program meningkatkan lagi,prestasi Program dan untuk memudahkan dan meningkatkan akauntabiliti para pengurus. Terdapat beberapa konsep baru diperkenalkan di dalam perbelanjaan diubahsuai antaranya Batas Perbelanjaan, Perjanjian Program dan Laporan Pengecualian beserta Penilaian Program. Batas Perbelanjaan bermaksud sejumlah wang ditetapkan oleh Perbendaharaan di peringkat permulaan proses belanjawan tahunan sebagai peruntukan agensi. Contohnya perbelanjaan yang tidak berulang dan sekali sahaja atau lebih dikenali sebagai perbelanjaan `One-Off seperti

membeli kenderaan dan perbelanjaan pembentukan dasar baru iaitu aktiviti program baru atau tambahan kepada dasar sedia ada. Jumlah perbelanjaan yang diluluskan untuk Dasar Baru dan `One-Off ini bergantung kepada Threshold. Threshold ialah nilai perbelanjaan yang ditentukan oleh Perbendaharaan. Konsep Perjanjian Program dan Laporan Pengecualian pula bermaksud Satu perjanjian yang menetapkan tahap prestasi yang akan dicapai bagi sesuatu tahun belanjawan. Konsep yang terakhir adalah konsep Penilaian Program iaitu menilai secara

mendalam ke atas sesuatu program dan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sesuatu program dilaksanakan.

2.0 Prinsip Dalam Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai. 1. Lets Manager Manage (Biar Pengurus Mengurus) Dalam konteks ini, kuasa membuat keputusan perlulah diberikan seberapa praktikal yang boleh kepada peringkat bawahan. Falsafah Perbendaharaan dalam sistem pengurusan kewangan belanjawan diubahsuai ialah Biar Pengurus Mengurus. Selaras dengan falsafah ini, Perbendaharaan telah menurunkan kuasa untuk melakukan perbelanjaan serta agihan dan pindaan peruntukan baik belanjawan mengurus maupun belanjawan pembangunan. Perbendaharaan juga telah sedikit sebanyak dan secara bertahap telah melonggarkan pelbagai syarat dan peraturan pusat berkenaan perbelanjaan. Sekatan ini diionggarkan ataupun dihapuskan dengan harapan penguruspengurus awam akan dapat mengendalikan pengurusan mereka dengan cekap dan berkesan tanpa merujuk setiap cadangan untuk persetujuan ke pihak atasan termasuk Perbendaharaan. Tuntutan akauntabiliti merupakan prasyarat dalam penurusan kuasa bukan sahaja dalam pengurusan kewangan tetapi juga dalam pengurusan secara keseluruahannya. Tanpa

akauntabiliti, perwakilan kuasa hanya akan merupakan penyerahan kuasa sahaja tanpa menggariskan apa yang sepatutnya dihasilkan meialui penggunaan kuasa untuk menggunakan dan agihkan peruntukan yang diberikan kepada sesuatu agensi, program atau aktiviti. Oleh itu akauntabiliti merupakan sebagaian yang penting dalam sistem penurunan kuasa. Sebagai kembar Siam, akauntabiliti perlu setara dengan penurunan kuasa. Hanya melalui akauntabiliti Perbendaharaan akan dapat menjalankan peranan kawalan perbelanjaan dalam konteks kelonggaran syaratsyarat pusat yang kini mengawal perbelanjaan dan dalam konteks penurunan kuasa.

2. Kuasa Membuat Keputusan Perlulah Bersesuaian Dengan Peringkat Akauntibiliti. Konsep akauntabiliti telah wujud sejak beratusratus tahun dahulu dan sejarah awalnya dikesan pada zaman Aristotle dalam buku The Politics apabila dia mengatakan, Some officials handle large sums of money: it is, therefore, necessary to have other officials to receive and examine the accounts. These inspectors must administer no funds themselves. Different cities call them examiners, auditors, scrutineers and public advocates Mengikut Chambers 20th Century Dictionary, akauntabiliti bermaksud Liability to give account for something to somebody; responsibility to fulfill obligation. Kamus Pengurusan Perniagaan Dewan Bahasa dan Pustaka memberi makna akauntabiliti sebagai kepertanggungjawaban. Dengan lebih mudah lagi akauntanbiliti bermaksud

Kewajipan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undangundang dan peraturan bagi Memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan. Berdasarkan konsep ini terdapat unsur hubungan di antara dua pihak. Satu pihak ialah yang mewakilkan kuasanya dan pihak kedua ialah yang bersetuju menerima kuasa itu dan melaksanakannya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kedua untuk melaporkan kembali kepada pihak yang mewakilkan kuasa cara mana ia telah melaksanakan kuasa itu. Dalam konteks sektor awam, akauntabiliti ditakrifkan sebagai tanggungjawab individu atau organisasi yang menjalankan tugas dan tanggungjawb menguruskan sumbersumber awam melalui perwakilan kuasa. Mereka yang menerima kuasa itu perlu melaporkan balik kepada pihak yang mewakilkan kuasa segala yang dicapai meialui kuasa yang diterima. Mereka juga adalah akauntable untuk bagaimana kuasa yang diwakilkan kepadanya digunakan.

3.0 Matlamat Yang Hendak Dicapai Dengan Terlaksananya Sistem Ini. Dengan terlaksana system belanjawan yang diubahsuai, agensi pusat tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana dengan terlalu ketat. Kuasa secara autoriti telah diagihkan kepada agensi pelaksana. Oleh itu, mereka boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana. Agensi pelaksana diberi kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka. Ini membolehksan agensi pelaksana mengenalpasti lebih awal masalah-masalah pelaksana yang mungkin timbul dan mereka berupaya merangka tindakan sewajarnya untuk diambil. Oleh yang demikian segala isu yang akan timbul bersangkutan kelewatan untuk melaksakan sesuatu aktiviti ataupun program oelh agensi pelaksana dapat dielakkan. Agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai dan segera bagi melaksanakan program atau aktivi mereka. Ianya berlaku kerana belanjawan diubahsuai adalah berasaskan kapada konsep let manager manage yang mana kuasa yang lebih luas telah diberikan pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan program /aktiviti projek untuk membuat berkaitan dengan program. Kelonggaran kawalan terperinci .keatas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauhmana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan memepunyai flesibiliti untuk melaksanakan tugas mereka. Di Malaysia akauntabiliti awam adalah syarat undangundang seperti yang terkandung dalam Perlembagaan, undangundang dan peraturan dan arahan Perbendaharaan. Peruntukan yang diagihkan kepada sesuatu agensi, program dan aktiviti merupakan wang awam. Setiap anggota perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa wang awam ini dibelanjakan mengikut apa yang telah dirancang dan dianggarkan mengikut sistem, prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Memandangkan seseorang anggota perkhidmatan awam diamanahkan dengan wang atau aset awam oleh Parlimen, ia hendaklah
5

mengakaunkan cara penggunaannya kepada Parlimen dan pihakpihak berkuasa yang lain seperti Perbendaharaan, ketua jabatan dan pengurus program. Akauntabiliti merupakan jaminan bahawa wang awam adalah diuruskan dengan cekap.

4.0 Kesimpulan Melalui penelitian yang dibuat dalam pekeliling-pekeliling berkaitan

kewangan, pegawai pengawal mempunyai peranan yang penting dalam memastikan aspek penyediaan belanjawan dan perbelanjaan belanjawan itu berkesan. Aspek kawalan wang kerajaan dipertanggungjawabkan kepada pegawai pengawal yang diberi kuasa untuk membuat penyediaan belanjawan dan membelanjakan wang tersebut mengikut kaedah-kaedah serta undang-undang yang telah ditetapkan. Sebagai penjawat awam, pegawai pengawal perlulah mempunyai pengetahuan serta mengambilkira tentang semua proses dan prosedur kewangan untuk meningkatkan pengurusan kewangan kerajaan yang cekap dan sistematik. Ketirisan dan kesilapan dalam penyediaan belanjawan kebanyakannya berlaku apabila penjawat awam yang merupakan pegawai pengawal tidak memainkan peranan dalam pengurusan kewangan jabatan dan mengambil bersikap tidak peduli atau sambil lewa dalam aspek kewangan. Kerajaan dalam hal ini telah memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kewangan melalui penawaran kursus dan pengemaskinian arahan dari semasa ke semasa. Pegawai pengawal juga boleh dikenakan tindakan jika berlakunya kesalahan dan salahlaku dari segi perancangan dan perbelanjaan wang awam bagi memastikan mereka mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya ke atas wang yang diperuntukkan. Pegawai pengawal perlulah memberi komitmen dalam penyediaan belanjawan kerana ianya dapat menentukan keberkesanan sesebuah organisasi untuk menggunakan peruntukanyang diluluskan pada tahun berikutnya. Kajian yang teliti perlulah dibuat untukmemastikan belanjawan yang disediakan bertepatan dengan permohonan yang diminta. Ini kerana semasa permohonan ini disediakan, pegawai pengawal telah bersetuju dengan perjanjian program yang akan dirancang dan seterusnya melaksanakan program tersebut mengikut prosedur serta arahan yang ditetapkan.Pertimbangan yang sewajarnya haruslah diberikan dalam menentukan keutamaan program yang hendak dilaksanakan. Oleh yang demikian, nilai integriti dan akauntabiliti adalah penting ditekankan kepada setiap pegawai yang mengawal kerana ianya adalah asas dalam pengurusan kewangan jabatan. Rumusannya, MBS merupakan satu sistem belanjawan yang lebih berbentuk "flexible" dan mampu mengalas amanah Negara dalam menjunjung kepercayaan rakyat Malaysia sejagat.
7

5.0 Bibliografi

1) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2009. Dasar Dan Prosedur Perbelanjaan Negara.

Internet:

http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/sis_bljwnubhsuai.pdf

http://www.agc.gov.my/pdf/pekeliling/pelbagai/Belanjawan_Diubahsuai.pdf

http://www.treasury.gov.my/pekeliling/pp/pp112008.pdf

http://www.docstoc.com/docs/19708033/ARAHAN-PERBENDAHARAAN%28Tatacara-Pengurusan-Kewangan-Kerajaan%29

http://www.iab.edu.my/sn16/ProfShahril.pdf http://www.agc.gov.my/pdf/pekeliling/pelbagai/Belanjawan_Diubahsuai.pdf

Isi Kandungan

Perkara 1.0 Pendahuluan 2.0 Prinsip Dalam Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai. 1. Lets Manager Manage 2. Kuasa Membuat Keputusan Perlulah Bersesuaian Dengan Peringkat Akauntibiliti. 3.0 Matlamat Yang Hendak Dicapai Dengan Terlaksananya Sistem Ini 4.0 Penutup 5.0 Bibliografi

Muka surat 1

3 4

7 8

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA

KUMPULAN 1 AMBILAN 12 TAHUN 2011 JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

Tajuk: No.11
SOALAN A : NYATAKAN DUA PRINSIP DALAM SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI. SOALAN B : APAKAH MATLAMAT YANG HENDAK DI CAPAI DENGAN TERLAKSANANYA SISTEM INI?

NAMA : SITI AIESHAH BT MD NOR IC. NO : 860321465512 ALAMAT : SMK AGASEH, SEKOLAH PETI SURAT 60254, 91112 LAHAD DATU, SABAH EMAIL : hahseia_86@yahoo.com NO. TEL : 0199228167

10

11

Anda mungkin juga menyukai