Anda di halaman 1dari 1

Misi & Visi Bagi memenuhi kehendak masyarakat isi dan visi penubuhan KRT hendaklah jelas supaya

memberi panduan ke arah mana masyarakat hendak dibawa. Atas asas inilah akan menentukan kejayaan supaya kehidupan masyarakat berbilang kaum ini akan utuh dari segi pwerpaduannya serta saling hormati perbezaan agama dan juga bangsa. Sesuai dengan slogan konsep 1 Malaysia kewujudan KRT sudah tentu dapat menjelma hasrat dan intipati bagi membantu kejayaan 1 Malaysia.

Misi Pemuafakatan, tolak ansur, hormat menghormati kerjasama dan mendidik masyarakat supaya menanam sikap kasih sayang antara jiran menjadi misi dan agenda utama penubuhan KRT. Selain dari penumpuan aspek keselamatan masyarakat akan diajak untuk memperkasakan nilai krohanian agar selepas akan lahrlah masyarakat madani yang hampir harmoni.

Visi 1. Memberi penekanan aspek kerohanian seperti pendidikan, keagamaan, kebajikan, keselamatan, kesukanan. 2. Memberi penumpuan kepada aspek keselamatan. Kehidupan yang selesa dari segi keselamatan adalah kunci kejayaan KRT. 3. Semangat kejiranan yang tinggi dan dapat hidup dengan aman dan damai dan bergaul mesra serta saling bantu-membantu antara satu sama lain. 4. Peka dengan masalah setempat serta membuat tindakan yang cepat dan pantas sekiranya berlaku aduan tentang pergaduhan dan juga masalah lain. 5. Menyediakan aktiviti dan program yang benar-benar memenuhi citarasa masyarakat sudah tentu akan mengisi kekosongan masa yang tidak memberi faedah kepada masyarakat. 6. Meningkatkan mentaliti masyarakat dan tidak terkejut dengan arus perubahan dan masyarakat yang dilahirkan akan mencapai masyarkat kelas menengah. Pencapaian Misi dan Visi Selain mengadakan aktiviti, masyarakat perlu didik melalui pelbagai cara seperti didedahkan dengan ceramah motivasi, lawatan dan latihan serta memberi peluang kepada semua ahli masyarakat untuk terbabit dengan program KRT. Insya-Allah misi dan visi akan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai