Anda di halaman 1dari 4

Mohon Perhatian

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar mematikan atau memastikan
telefon bimbit berada dalam pengaturcaraan senyap.

Apabila diumumkan ketibaan para tetamu jemputan

 masuk ke perkarangan majlis, para hadirin diminta untuk berdiri.

Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai.

- Ketibaan VIP - 

Majlis mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia , En Jamiran Bin Salam , Pengarah IPGKBL,

diiringi Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit.

- Nyanyian lagu Negaraku 

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman.

*nyanyi

Hadirin dipersilakan duduk.

- Salutasi 

Mekar mewangi bunga Cempaka,

Sayang harumnya memukau sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim

Selaut kasih seuntai rasa,

Yang Berbahagia ,

En.Jamiran Bin Salam, Pengarah IPGKBL

Yang Berusaha ,

En.Awang Hepeni Bin Awang Ongget, Timbalan Pengarah IPGKBL


Yang Dihormati

Semua Ketua Jabatan dan unit, Barisan Pensyarah, Pegawai Pengurusan dan Anggota Kumpulan Pelaksana
IPGKBl 2019

- Bacaan doa

Petik Kenanga indah disemat,

Gubahan di olah bawa berangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis dengan ini mempersilakan Ustaz
Mahadi Bin Hj Khalid untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*Bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mahadi Bin Hj Khalid atas
bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.

Tuan-tuan dan puan-puan

Sebelum kita menuju ke agenda utama program kita pada hari ini,kit mengambil sedikit kesempatan dan
ruang untuk menyampaikan sumbangan Zakat daripada SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA kepada
penerima yang layak.
Dengan itu kita mempersilakan Tn. Hj. Thadzul Azali Bin Jumaat , Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan En
Awang Hepeni, Timbalan Pengarah IPGKBL untuk mengiringi En Jamiran Salam, Pengarah IPGKBL bagi
menyempurnakan majlis.

Senarai penerima

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih

- Ucapan aluan Tim.Pengarah

Sidang hadirin sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,

Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan  EN.Awg Hepeni B
Awg Ongget Tim Pengarah ,IPGKBL untuk uk memberikan ucapan aluan

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada EN.Awg Hepeni B Awg Ongget Tim Pengarah ,IPGKBL, atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan En. Amer Mustykim Bin Adenan (Ketua Khidmat Pengurusan)

-Seterusnya majlis mempersilakan en.Amir Mustykim ( ketua Unit Khidmat Pengurusan untuk
menyampaikan sedikit taklimat ringkas.

Majlis mempersilakan

Majlis berhenti rehat ( 15 minit)

- Ucapan Perasmi
Sidang hadirin sekalian,

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi;

Madah dihulur sembah diberi,

Kata amanat hajatnya kami.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, En.Jamiran Bin Salam, Pengarah
IPGKBL untuk menyampaikan amanat akhir tahun 2019 sempena program retreat staf kit pada tahun ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

 - Sesi Fotografi 

Seterusnya,

Dip-dip jemputan dijemput naik ke atas pentas bagi sesi fotografi.

#tamat sesi fotografi

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah sudah program Bicara Buku kita pada hari ini.
Segala kekurangan yang berlaku sepanjang majlis ini berlangsung, kami memohon beribu kemaafan.

Sekian, berjumpa lagi kita pada masa akan datang.

wassalammualaikum waarahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai