Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS

Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian
dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis
berlangsung, agar tidak menganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai,
terima kasih. 

Hadirin diminta berdiri ketika vip masuk ke dalam dewan.

Mengumumkan ketibaan dif-dif jemputan, para hadirin sila berdiri. Mohon para hadirin kekal
berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku , Sabah Tanah Airku. Dan Lagu
Sekolah.

Para hadirin dipersilakan duduk.


***************************************************************************
Ke Pekan Kuala membeli bingka
Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Selamat pagi dan salam sejahtera

Yang Berbahagia En Ng Tet Hau, Pengerusi Pengelola Lembaga Sekolah


Yang Berusaha Pn. Georgina Luk, Yang Dipertua PIBG
Yang Berusaha En. Kwok Chee Yen, Pengetua SMJK Chung Hwa Tenom,
Penolong-penolong Kanan, Guru-guru ketua bidang,
Guru-guru, murid-murid serta
Hadirin & hadirat sekalian

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izinNya kita dapat berhimpun bersama-sama
bagi meraikan dan memeriahkan Sambutan Hari Guru, Pesta Kaamatan, Pesta Duan Wu dan
Hari Raya Aidilfitri. Kami warga SMJK Chung Hwa mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan
dan puan-puan ke majlis kita pada pagi ini.

***************************************************************************

Tanpa melengahkan masa, dengan ini dijemput En. Kwok Chee Yen Pengetua SMJK Chung
Hwa untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan alu-aluan En. Kwok Chee Yen
Pengetua SMJK Chung Hwa itu tadi.

***************************************************************************
Hadirin & hadirat sekelian, kini tibalah masanya bagi Perasmian Sambutan Hari Guru, Pesta
Kaamatan, Pesta Duan Wu dan Hari Raya Aidilfitri.

Bagi menyempurnakan majlis ini, dijemput Yang Berbahagia En Ng Tet Hau Pengerusi
Lembaga Pengelola Sekolah untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan
Sambutan Hari Guru, Pesta Kaamatan, Pesta Duan Wu dan Hari Raya Aidilfitri. Dengan
segala hormatnya dipersilakan

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Setinggi
penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada Yang berbahagia En. Ng Tet Hau
Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah di atas kesudian merasmikan majlis kita pada pagi ini.

Diminta En Ng Tet Hau untuk terus berada di atas pentas.

Dijemput En. Kwok Chee Yen Pengetua SMJK Chung Hwa diiringi oleh Pn.Yee Lee Ling
untuk menyampaikan cenderahati kepada En. Ng Tet Hau sebagai tanda penghargaan .
Dengan Segala Hormatnya dipersilakan.

Sekarang tibalah masanya untuk penyampaian cenderahati kepada semua guru-guru dan staf
SMJK Chung Hwa. Dijemput Yang berbahagia En.Ng Tet Hau Pengerusi Lembaga
Pengelola Sekolah diiringi oleh En. Kwok Chee Yen untuk menyampaikan Cenderahati.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Diminta semua guru untuk kekal berdiri di atas pentas dan Majlis turut mempersilakan semua
barisan tetamu kehormat untuk naik ke pentas. Majlis diteruskan dengan upacara pemotongan
kek.

Terima Kasih kepada Tetamu-tetamu kehormat.

***************************************************************************

Para hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar & nyanyian
Lagu Kami Guru Malaysia oleh guru-guru SMJK Chung Hwa. Majlis mempersilakan semua
guru untuk terus berada dia ats pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima Kasih kepada semua guru atas nyayian lagu Kami Guru Malaysia itu tadi.

Majlis diteruskan dengan, persembahan Pesta Kaamatan.

Untuk makluman para hadirin, persembahan ini telah dipimpin oleh Guru penasihat Badan
Pengawas. Marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan daripada mereka

Dengan sukacitanya dipersilakan.


Terima Kasih atas persembahan itu tadi.

***************************************************************************
Para hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-
pemenang hadiah.

Dijemput Pn. Georgina Luk Yang dipertua PIBG diiringi oleh Pn. Yee Lee Ling untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi kategori pelajar hadiah dimenangi oleh kumpulan


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Bagi Kategori Guru Pula Hadiah dimenangi oleh kumpulan
1.
2.
3.

Terima Kasih kepada Pn. Georgina & Pn. Yee atas penyampaian hadiah itu tadi.

***************************************************************************

Majlis diteruskan dengan, persembahan Pesta Duan Wu.

Untuk makluman para hadirin, persembahan ini telah dipimpin oleh Guru penasihat Koperasi
& Guru penasihat pengawas pusat sumber. Marilah kita bersama-sama menyaksikan
persembahan daripada mereka

Dengan sukacitanya dipersilakan.

Terima Kasih atas persembahan itu tadi.

***************************************************************************

Para hadirin sekalian, seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada
panitia-panitia & pengurusan terbaik.

Dijemput En. Ng Tet Hau Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah diiringi oleh En. Kwok
Chee Yen untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi Meja informasi terbaik,

Tempat ketiga dimenangi oleh :


Tempat Kedua dimenangi oleh :
Tempat pertama dimenangi oleh :

Bagi Pengurusan Kokurikulum terbaik :

Tempat ketiga dimenangi oleh :


Tempat Kedua dimenangi oleh :
Tempat pertama dimenangi oleh :

Bagi Pengurusan Kelas Terbaik

Tempat ketiga dimenangi oleh :


Tempat Kedua dimenangi oleh :
Tempat pertama dimenangi oleh :

Bagi Fail Panitia Terbaik

Tempat ketiga dimenangi oleh :


Tempat Kedua dimenangi oleh :
Tempat pertama dimenangi oleh :

***************************************************************************

Majlis diteruskan dengan, persembahan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk makluman para hadirin, persembahan ini telah dipimpin oleh Guru penasihat Ketua-
ketua Kelas. Marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan daripada mereka

Dengan sukacitanya dipersilakan.

Terima Kasih atas persembahan itu tadi.

***************************************************************************
PAGI-PAGI MENOREH GETAH
MENOREH GETAH DI KEBUN PAK IRPAN
SEKETIKA BERTEMU KINI BERPISAH
SUDAH MENJADI LUMRAH KEHIDUPAN

SEDAP SUNGGUH SI BUAH LONGAN


SEDAP DIMAKAN JIKA BERTEMAN
HILANG DIMATA DI HATI JANGAN
KU SIMPAN NASIHAT SEBAGAI PEDOMAN

Para hadirin sekalian, Pn. Nurfatiha guru kita yang telah berkhidmat selama 6 taahun di
sekolah kita bakal berpindah ke sekolah lain.
Majlis menjemput Pn. Norfatiha bagi menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan puan.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
***************************************************************************
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Pn. Nurfatiha

Dijemput Pn. Yee Lee ling mewakili barisan pentadbir untuk menyampaikan cenderahati.

Dijemput Pn. Fadzilah Ramlee mewakili Kelab Kbajikan Staf untuk menyampaikan
cenderahati

Dijemput En. Ng Tet Hau mewakili Lembaga Pengelola Sekolah untuk menyampaikan
cenderahati

Dijemput Pn. Geogina Luk mewakili PIBG sekolah untuk menyampaikan cenderahati

Dijemput Pn. Nor asmah mewakili Panitia Bahasa Melayu untuk menyampaikan cenderahati

Dijemput Pn. Flavia Alam mewakili Koperasi untuk menyampaikan cenderahati

Dan akhirnya

Dijemput En Kwok Chee Yen menyampaikan Cenderahati daripada pihak sekolah

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas semua penyampaian cenderahati.

***************************************************************************

Majlis diteruskan dengan Sesi Bergambar. Para Tetamu Jemputan & Guru-guru dipersilakan
berkumpul untuk sesi fotografi

Dengan sesi bergambar tadi, Selesailah majlis perasmian kita pada hari ini, Seterusnya
dijemput semua tetamu & guru-guru untuk bergerak ke gelanggang bola keranjang bagi
jamuan Hari Raya.

Manakala pelajar-pelajar dijemput untuk mengambil makanan mengikut giliran di


gelanggang bola keranjang. Kita mulakan dengan

Tingakatan 1
Tigkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkataan 5
***************************************************************************

Anda mungkin juga menyukai