Anda di halaman 1dari 3

Teks ucapan Bersara

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, selamat pagi dan salam Malaysia madani.

Yang berbahagia, Dr Timothy Ank Patrick

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Yang Dihormati Encik Mohamad Norman Shah bin Mohamad Noraydi

Timbalan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Ketua-ketua Jabatan, rakan pensyarah, dan semestinya siswa-siswi guru yang amat saya
kasihi sekalian, yang amat dekat dengan saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada saudara pengurusi majlis kerana telah menjemput saya
untuk berada di sini untuk menyampaikan ucapan saya yang mungkin akan menjadi memori
terakhir di atas pentas auditorium ini sebelum saya melangkah keluar daripada gerbang
pendidikan.

Pada kesempatan ini saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat di
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Ini selama hampir belasan tahun. Saya masih
lagi ingat sewaktu pertama kalinya saya datang di sini. Saya disambut dengan mesra oleh
Encik Norman dan di ajak olehnya untuk bersama-sama menikmatizsarapan pagi di Cafeteria
IPGKBL. Terima ksih Encik Norman atas layanan ramah mesra yang membuat saya berasa
selesa untuk bersama dengan keluarga-keluarga pensyarah di Ipg Batu Lintang ini.

Selama belasan tahun saya di Batu lintang ini selaku pensyarah Jabatan Pengajian Melayu,
tidak pernah saya lupakan segala perit dan Lelah bersama para pensyarah dalam membentuk
siswa siswi guru yang berkualiti. Malah saya ingat juga suka dan duka kita dalam lebih-lebih
lagi baru-baru ini kita baru sahaja melaksanakan Malam Apreasiasi Bulan Bahasa yang
banyak mengerah titik peluh kita para pensyarah dan lebih-lebih lagi anak-anak jabatan
pengajian melayu yang memberikan komitmen seutuhnya untuk memberikan nostalgia yang
akan saya sebut dan kenangkan sebagai hadiah persaraan saya yang amat bermakna. Jujur
saya katakana bahawa berat, sangat berat hati saya ingin melangkah keluar dari dunia
pendidikan ini kerana begitu banyak kenangan yang indah. Begitu banyak suka dan duka
bahkan ia menjadi satu asbab yang membuat saya berasa sedikit sebak untuk meninggalkan
dunia pendidikan ini kerana lama ya saya berkhidmat bukan saja berkhidmat malah terlibat
kerana tanpa pendidikan tidaklah adanya diri saya di sini, tidak adalah memori yang indah ini
dan tidak adalah saya sebagai pendidik anda semua sehingga detik ini.

Justeru di sini sebelum saya melangkah keluar dari dunia pendidikan dan menikmati
persaraan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ajk
yang sudi melaksanakan majlis persaraan saya yang amat memberi nostalgia ini.

Saya juga ingin mengucapakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anak-anak Jpm
yang amat dekat di hati saya.Para pensyarah yang bersama-sama berjuang dalam membentuk
anak didik kita, staf-staf sokongan yang telah banyak memudahkan tugasan saya secara
langsung dan tidak langsung. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mentee-
mentee saya yakni anak-anak kelas Sujana yang banyak memberi memori dalam tempoh saya
menjadi mentor mereka. Tahniah kerana kini kamu semua berada di sini tanpa hilang seorang
ahli, tidak nakal dan menjaga attitude kamu yang membuat saya sangat-sangat menyanyangi
kalian sebagai ahli keluarga saya sendiri Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada Tuan Pengarah kita yakni Dr Timothy Anak Patrick dan Timbalan
Pengarah Encik Mohamad Norman yang memberikan satu bentuk hospitality yang amat
nyaman dan indah ini.

Maka sebelum saya mengundur diri ingin saya ungkapkan 2 rangkap pantun
Mudik ke hilir berperahu layang

Singgah Sebentar di Indera Giri

Pergilah Kasih Pergilah sayang

Dengan ini saya mengundur diri

Amat Ketara Pucuk Siantan

Rasa Segar tepian titi

Meskipun kalian saya tinggalkan

Tetap kalian yang saya sayangi

Maka dengan ini saya Mohamad Ashraf mengundur diri daripada dunia pendidikan,
memohon maaf jika ada perkara yang mengguris hati kerana saya adalah manusia dan tiada
yang sempurna dapat saya berikan, saya dengan ini juga memberikan kemaafan kepada
semua dan menghalalkan apa yang saya telah berikan. Kepada semua warga di IPGKBL.
Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kerana adanya majlis yang menghargai persaraan say
aini. Maka dengan ini izinkan saya mengundur diri

Anda mungkin juga menyukai