Anda di halaman 1dari 2

NAMA

GHAYATHIRI A/P RAJENDRAN

KELAS

PISMP MUZIK SEMESTER 4

_________________________________________________________________________
REFLEKSI
Alangkah bangganya saya bila menerima pakaian seragam ahli pasukan Pengakap
dari pemimpin saya. Dengan segera saya memakai pakaian tersebut lalu mengambil
beberapa gambar dengan pakaian seragam tersebut. Terus saya hantarkan gambar-gambar
tersebut kepada keluarga saya. Saya mendapat kepujian dari ahli keluarga saya bahawa
saya kelihatan segak sekali.
Dengan limpah dan kurnia-Nya saya berasa sangat gembira dan bangga kerana
dipilih untuk menjadi seorang ahli Pengakap unit beruniform pada semester ini dan
semester yang akan datang. Bermulanya satu bab yang baru dalam hidup keguruan saya..
Ketika di bangku sekolah saya merupakan seorang ahli Pandu Puteri. Kini saya sudah
menjadi seorang Pengakap. Ini merupakan suatu pengalaman yang baru dan ini merupakan
kali pertama saya melakukanya dan tidak pernah melibatkan diri dalam unit beruniform pada
semester-semester sebelum ini. Ini begitu mencabar bagi saya kerana saya
memahami

dengan

mendalam

berkaitan

dengan

unit

beruniform

perlu

terutamanya

pengakap ini.
Saya juga bersyukur kerana saya berjaya untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti
dalam perjumpaan Pengakap ini kerana saya percaya dan yakin bahawa semua aktiviti yang
dijalankan akan membantu saya di masa hadapan ketika saya mula bertugas sebagai
seorang guru terlatih. Melalui ini, saya juga dapat memperkasakan lagi pengetahuan saya
terhadap persatuan pengakap di Malaysia.
Di antara aktiviti yang pelajari adalah cara-cara berkawad kaki. Kami perlu
melakukanya aktiviti secara individu dan juga secara berkumpulan. Pada ketika itu, saya
bersama-sama

rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh berlatih kawad kaki tanpa

mengenali cuaca yang panas terik.


Salah satu aktiviti yang menarik perhatian saya adalah mempelajari cara-cara
membalut luka dan kecederaan yang lain. Di sini kami diberi kain anduh dan diajar cara-cara
membuat pelbagai simpul yang boleh di buka dengan mudah. Saya juga mengetahui caracara membalut luka atau kecederaan sebelum di bawa ke hospital.

Saya berasa sangat seronok dan teruja apabila saya mempelajari cara-cara memberi
pertolongan kecemasan. Kami dapat peluang untuk melihat cara-cara CPR pada patung
yang menjadikan aktiviti ini jauh lebih menarik. Saya berasa aktiviti ini

adalah

berkaitan

dengan membantu seseorang yang berada dalam keadaan yang serius.


Selain itu, kami sepasukan telah menjalani satu aktiviti yang amat menyeronokkan
iaitu menunggang basikal sambil menjelajah kawasan desa berdekatan kampus IPG kami.
Kami mencari bahan untuk membuat kraftangan. Berbagai kerenah yang dilakukan oleh
rakan-rakan saya yang membuat kami gelak ketawa. Banyak bahan yang dapat kami
kumpulkan untuk membuat kraf tangan.
Sepanjang semester ini, banyak aktiviti menarik yang telah kami lakukan pada setiap
perjumpaan. Meskipun

terdapat

kesukaran

sepanjang semester ini,

saya

mendapat

begitu,banyak manafaat daripadanya. Antaranya, ini telah menambah pengetahuan saya


terhadap persatuan pengakap. Saya dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat bagaimana
persatuan pengakap di jalankan di sekolah dan ini amat penting bagi saya untuk
menyediakan saya untuk menjadi pengakap pemimpin pada masa hadapan kelak.
Selain

itu,

saya

juga menjadi lebih

berdisiplin kerana

saya

belajar

bagaimana

untuk membahagikan masa dari segi ko-kurikulum dan kurikulum mengikut masa yang
ditetapkan.
Secara tuntas,

terdapat

pelbagai

impak

positif yang saya dapat sepanjang

menyiapkan tugasan ini. Segala masalah yang hadir adalah ujian dan dugaan kepada saya
untuk menyediakan saya di masa hadapan kelak terutamanya di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai