telah mengikuti Kursus Kemahiran Nyanyian yang diajar oleh pensyarah saya.
Subjek ini memberi saya banyak pengalaman. Antaranya ialah sebenarnya saya
tidak pandai menyanyi malah saya takut menyanyi kerana suara saya sumbang.
Pada kali pertama dalam jurusan ini, saya telah menyanyi dan merekod lagu yang
saya nyanyi untuk dinilai oleh. Situasi ini, merupakan pengalaman yang baru bagi
saya. Dan saya berasa teruja. Saya suka menyayi tetapi takut menyanyi. Dengan
bimingan dan sokong yang diberi oleh, saya berasa lebih berani untuk melontar
suara saya.
Melalui tajuk ini saya dapat mengetahui apa yang dikatakan dengan nyanyian
semerta dan aural ini. Ini menjadikan saya lebih memahami. Pada awalnya , saya agak susah
untuk ketahui apa yang soalan nyatakan, namun dengan adanyabantuan sahabat-sahabat
menjadikan saya lebih memahami soalan ini. Selain itu, saya juga telah menggunakan buku
dan bahan sumber rujukan yanglain untuk mencari maklumat ini. Malah, sahabat-sahabat
yang lain juga turut membantu dalam perkongsian idea ini. Ini menjadikan komunikasi antara
kami dapat disemai dengan baik. Seterusnya ialah berkaitan dengan aural. Dibawah aural ini
merupakan irama, jeda,kord, meter lazim dan menuliskan irama dan melodi dengan
berdasarkan lsmrd.
Untuk irama pula, ia merupakan contoh yang seperti krocet, minim, semibrif,
kuaver dan lain-lain. Semua ini mempunyai kiraan bacaan yang tersendiri. Sememangnya,ini
dapat membantu sedikit sebanyak kefahaman anda. Tambahan lagi, saya dapat ketahui
bahawa meter lazim mempunyai yang pelbagai jenis. Contohnya meter 2-an, 3 an. Dengan
adanya skor-skor ini, maka kita dapat ketahui dan belajar. Ini dapat memban tu kami dalam
bermain alat muzik dengan mengikut not-not yang ditetapkan. Melalui tajuk ini juga dapat
membantu saya untuk menulis irama dan melodiberdasarkan lsrmd. Sahabat-sahabat juga
banyak membantu saya, ini membuatkansaya rasa seronok untuk belajar tajuk ini.
Di samping itu, saya telah diberi peluang untuk menyertai kumpulan koir
sempena Pelancaran Bulan Bahasa 2013 yang diadakan secara besar-besaran di
Perlis. Kita telah menyanyikan lagu Negaraku, Bahasa Jiwa Bangsa dan Bahasa
Sendi Tamadun Bangsa. Ketika praktis diadakan saya telah bertanya kepada senior-
senior saya cara mereka praktis menyanyi. Saya juga dapat melihat ada banyak
antara mereka yang mempunyai suara yang sedap dan merdu. Saya pun ingin
menjadi seperti mereka. Dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seperti
mereka.