Anda di halaman 1dari 1

terhadap maklumat baru, cepat membuat tafsiran dan mencari jalan penyelasaian kepada

masalah yang dikenal pasti.(diubahsuai daripada Shulman, 1987).


Sehubungan dengna itu, guru pakar juga boleh dikatakan sebagai guru automatik.Hal ini
kerana mereka mempunyai kecekapan yang cepat berbanding dengan guru berpengalaman
dan guru novis. Ini kerana guru pakar mempunyai kemahiran kognitif yang bertindak secara
automatik kerana amalan yang banyak.
Tidak dapat dinafikan jika dikatakan guru pakar mempunyai sikap dan tingkah laku yang
dipandang mulia. Hal ini demikian kerana seseorang guru pakar senantiasa mematuhi Etika
Profesion Perguruan Malaysia. Menurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan
perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini
menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah? Tinjauan dari perspektif lain
membawa maksud etika sebagai prinsip-prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan
dan sifat dari kebenaran (American College Dictionary,1964). Menurut Nikki (2009) pula etika
dianggap sebagai pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan-tindakan
manusia dalam bahagian tertentu manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu
mengenai suatu kewajipan.
Terdapat tiga aspek yang merupakan fungsi utama Kod Etika Profesion. Antaranya
adalah Kod Etika Profesion memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion mengenai
prinsip profesionalisme yang dirangkakan. Hal ini bermakna setiap ahli dalam profesion sedia
maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang mana tidak boleh dilakukan.
Keduanya, Kod Etika Profesion merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion
yang berkaitan. Hal ini membawa maksud etika profesion dapat menyediakan pengetahuan
kepada masyarakat supaya mereka lebih memahami kepentingan suatu profesion sehingga
memungkinkan kawalan mereka terhadap para profesional dalam bidang kerjaya mereka.
Akhirnya, Kod Etika Profesion membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di
luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
Seterusnya, guru pakar tidak akan mementingkan diri sendiri dan membelakangkan
tugas awamnya demi kepentingan peribadinya. Lebih-lebih lagi, mereka tidak akan menduakan
kerjanya dengan menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri. Malah, mereka sentiasa
bersedia dalam tuganya dan melaksanakan tanggungjawabnya terhadap murid, ibu bapa,
masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion keguruannya. Ini kerana seseorang guru
pakar lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Guru

Anda mungkin juga menyukai