Anda di halaman 1dari 9

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pengalaman berasaskan Sekolah pada kali ini adalah berkenaan dengan


subjek major saya iaitu Reka bentuk dan Teknologi atau dikenali sebagai subjek
Kemahiran Hidup di sekolah rendah. Saya memilih SJK(T) Ladang Semantan untuk
menjalankan tugasan PBS saya. Saya telah diberi beberapa tugasan berkaitan
dengan subjek minor iaitu Reka Bentuk Teknologi untuk mengumpul beberapa data
tentang bengkel Kemahiran Hidup, alatan yang digunakan, iklim sekolah dan
sebagainya. Maklumat yang diperolehi adalah seperti berikut:
Soalan 1
Kemudahan persekitaran sekolah/bengkel yang digunakan untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah
yang anda ditempatkan.
Bengkel kemahiran hidup
Bengkel

Kemahiran

Hidup

merupakan

bilik

yang

disediakan

untuk

mempraktikkan kemahiran asas bagi subjek Kemahiran Hidup. Bagi Bengkel


Kemahiran Hidup Sjk(t) Ladang Semantan, misi dan visi yang ditetapkan ialah
membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan
berasaskan teknologi, keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka
dapat menjalankan kerja-kerja sendiri serta cenderung berurus niaga dengan
mereka cipta. Bilik ini sekarang diuruskan oleh Encik Rames.
Keluasan / saiz dan lokasi
Pihak sekolah menyediakan satu kelas untuk menjadi bengkel kemahiran
hidup yang baru. Walaupun ia satu bilik yang besar yang ia disediakan dengan
alatan-alatan dan perabot yang cekap dan cukup.

Susunan fizikal
Bengkel Kemahiran Hidup mempunyai enam meja panjang yang terletak di
bilik tengah yang digunakan oleh murid. Setiap meja bersama dengan Sembilan
atau sepuluh kerusi. Terdapat satu rak kayu terletak di depan bilik yang di gunakan
untuk meletak hasil kerja, buku-buku dan alatan lain. Dalam bilik itu juga disediakan
satu almari besar yang letak di belakang kelas. Kedua-dua almari ini digunakan
untuk menyimpan bahan-bahan yang lebih kecil seperti paku, jarum, benang kertas
kasar dan sebagainya secara teratur. Papan alatan terletak di belakang bilik untuk
memudahkan murid untuk mencari dan menggunakan alatan yang diperlukan sekali
gus.
Perabot dan peralatan yang sedia ada
Alatan yang berada di bengkel kemahiran hidup adalah banyak seperti apit-G,
bol, spana, gergaji, tuas, gunting logam, player mucung tirus, sesiku L, gear, kikir,
tolok penanda, ragum meja, penukul, paku, skru, penggerudi, mata gerudi pintal,
pembaris panjang, metol, tukul, paku, berus cat, papan, wayar, bateri, kipas lampu
dan pemadam api dan sebagainya. Semua alatan ini adalah digunakan untuk
melakukan kerja-kerja amali.
Kelengkapan yang sedia ada
Kelengkapan yang ada termasuk meja guru, meja panjang, kerusi, papan
hitam, papan kenyataan, rak kayu, almari speaker dan sebagainya. Rak kayu dan
lamari digunakan untuk menyimpan peralatan supaya memudahkan proses
pengurusan dan pengemasan.
Perkidmatan yang diberikan
Bengkel

kemahiran

hidup

membolehkan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran kemahiran hidup dijalankan dengan lebih efektif. Para guru dan murid
boleh menggunakan alatan-alatan yang disediakan untuk menjalankan kerja amali
seperti membuat kerja kayu, membuat kraf tangan, jahitan, kerja elektronik dan
sebagainya. Ia mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengguna,
melalui peraturan yang ditetapkan ini murid dapat belajar dalam keadaan selamat.

Peti ubat dan pemadam api pun disediakan supaya dapat memberi bantuan apabila
berlaku keadaan kecemasan atau kemalangan.

Bengkel Kemahiran Hidup Sekolah


Rendah

Alatan-alatan yang terdapat di bengkel

Soalan 2

Bagaimanakah
waktu RBT
diaturkan
dalam jadual waktu kelas?
Terdapat
lapan kelas tahap atas yang belajar mata pelajaran RBT ini. Iaitu 4M, 4K, 5M, 5K,
5B, 6M dan 6K. Pihak sekolah mengaturkan subjek Kemahiran hidup sebagi subjek
terakhir atau sebelum rehat dalam dalam

jadual waktu. Ini memudahkan

guru dan

murid

untuk
mengatur

dan
kemaskan

bilik
setelah
Selepas

tersebut
di
guru

menggunakan

gunakan.
dan
alatan-alatan

mengambil masa untuk


di tempat asal. Ini memudahkan murid tidak masuk
dalam kelas utnuk subjek yang seterusnya.

murid
di

bilik

tersebut
di simpan

lambat

ke

Soalan 3
Pendekatan/strategi yang digunakan untuk penyampaian topik-topik tertentu.
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya
menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.
Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan
kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Begitu juga dengan guruguru di Sjk(t) Ladang Semantan dalam mengajar mata pelajaran kemahiran hidup.
Semasa mengajar mata pelajaran Kemahiran hidup guru membawa semua
murid masuk ke bilik Kemahiran Hidup. Ini memudahkan guru untuk mengajar mata
pelajaran tersebut. Semasa murid melakukan kerja amali juga memudahkan murid

untuk

menggunakan

bahan-bahan

yang

terdapat

di

bengkel

untuk

menyempurnakan kerja amali mereka. Bengkel juga merupakan tempat yang amat
sesuai dan paling selamat untuk melakukan kerja amali.
Didapati guru membenarkan pelajar menilai hasil kerja masing-masing dan
rakan yang lain. Guru juga membuat perbandingan hasil kerja setiap kumpulan
dengan kumpulan yang lain. Selain itu juga selalu memberi peluang kepada semua
murid untuk mengguna dan membentangkan hasil kerja masing-masing. Kenyataan
tersebut dapat menguatkan lagi amalan guru dalam pendekatan pengajaran secara
penyelesaian masalah yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran.
Secara keseluruhan dapat dirumuskan bahawa guru mata pelajaran Kemahiran
Hidup sememangnya mengamalkan pendekatan pengajaran secara penyelesaian
masalah. Ini terbukti kerana guru KH di sekolah tersebut telah mengamalkan
kesemua langkah yang terdapat dalam pendekatan pengajaran secara penyelesaian
masalah.
Guru mengamalkan pendekatan pengajaran secara induktif semasa proses
pengajaran berlangsung. Dalam peringkat ini guru telah melibatkan anggota deria
seperti memaparkan gambar/rajah semasa memberi penerangan berkaitan aktiviti
yang akan dibuat visual pelbagai produk berkenaan tugasan amali dan hasil projek
pelajar terdahulu. Aktiviti tersebut selari dengan prinsip pengajaran secara induktif
mengikut Ee Ah Meng (1997) iaitu pastikan seberapa banyak deria pelajar itu
dipergunakan. Aktiviti tersebut juga adalah menyatakan bahawa alat bantu mengajar
harus disediakan untuk membantu pelajar. Pernyataan di atas dapat mengukuhkan
lagi pendekatan pengajaran guru secara induktif. Sebagai contoh semasa guru
mengajar tentang jahitan mereka menggunakan kesemua bahan yang digunakan
dalam jahitan. Ini bagi memudahkan murid lebih memahami jenis bahan jahitan dan
menguasai jenis-jenis jahitan yang pelbagai.
Soalan 4
Sumber kewangan yang diperolehi oleh sekolah untuk Panitia RBT bagi
membeli bahan-bahan pengejaran dan pemebelajaran.
Pihak sekolah Sjk(t) Ladang Semantan menggunakan sumber kewangan
Bantuan Geran Per Kapita (PCG) untuk membelikan bahan keprluan untuk bilik

kemahiran hidup . PCG merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada


setiap murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau
Sekolah Bantuan Kerajaan untuk membelikan bahan keprluan untuk bilik kemahiran
hidup.
Pengurus Sekolah ini memaklumkan kepada Ketua Bidang / Ketua Panitia
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun (JPKA) Sekolah mengenai
jumlah peruntukan PCG yang diterima. Serta agihannya supaya perancangan
perbelanjaan tahunan dapat dilakukan oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia dan
peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh murid sepenuhnya.
Selain itu juga Persatuan Ibu Bapa Guru juga memberi sumber kewangan
kepada pihak sekolah untuk membeli alat keperluan bilik kemahiran hidup jika tidak
cukup peruntukan untuk membeli alatan tambahan untuk bengkel sekolah.
Dalam sumber kewangan yang diperuntukkan pihak sekolah ini juga
membeli hamper kesemua bahan yang diperlukan untuk bengkel kemahiran hidup.
Panita mata pelajaran akan menerima pandangan dan pendapat untuk membeli
bahan bengkel untuk tahun tersebut. Guru-guru selalu memberi keutamaan untuk
menggantikan bahan yang rosak kepada yang baharu. Kerana bahan yang rosak
boleh membahayakan murid semasa menggunakannya. Duit ini juga digunakan
untuk membeli, kit pengajaran kemahiran hidup, alatan tangan dan sebaginya.

Soalan 5
Bilangan guru berkelulusan RBT/KH atau yang pernah mendapat latihan dalam
mengajar RBT/KH sama ada major/minor.
Sekolah ini terdapat dua orang guru yang mengajar mata pelajaran RBT.
Seorang guru lelaki yang bernama En.Rames dan Puan.Lilly merupakan guru yang
lama mengajar mata pelajaran RBT di sekolah itu walaupun bukan merupakan
berkelulusan dalam subjek itu.

Soalan 6
Cadangan-cadangan yang dapat meningkatkan lagi Pengajaran dan Pembelajaran
RBT di sekolah tersebut.
Walaupun mata pelajaran kemahiran hidup di ajar dengan agak baik di
sekolah Sjk(t) Ladang Semantan tetapi terdapat beberapa faktor yang perlu diambil
kira dalam mengajar subjek ini.
Guru-guru harus berada di samping murid-murid semasa mereka memasuki
bilik kemahiran hidup. Kebanyakan masa murid masuk kedalam bilik tersebut
sebelum guru datang ke bilik tersebut. Ini kerana terdapat banyak bahan yang tajam
dan boleh membahayakan keselamatan murid.
Seterusnya selepas bilik ini ditukarkan ke bangunan baru terdapat banyak
alatan tangan yang telah kurang. Kebanyakannya telah rosak dan perlu ditukarkan
kepada baharu. Terdapat juga alatan yang sangat lama yang perlu ditukar kepada
yang baru. Contohnya seperti gergaji tangan, paku yang berkarat dan sebainya.
Selain itu juga pihak sekolah harus menyediakan satu LCD di bilik kemahiran
tersebut. Semasa guru menggunakan power point dalam kelas mereka mengalami
kesukaran untuk di tunjukkan kepada murid. Ini menyebabkan guru janrang
menggunakan LCD dan computer riba iaitu teknologi maklumat di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai