Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Kerja Elektronik

Pertamanya, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini. . Saya
ingin berterima kasih kepada pensyarah Encik Norhanan dan rakan saya yang membimbing
dan banyak membantu saya untuk melaksanakan projek elektronik ini iaitu kerja pematerian
.Tanpa bantuan mereka, kemungkinan tugasan amali ini tidak akan siap tepat pada masanya.

Sebelum kami memulakan tugas melakukan kerja elektronik, kami diberikan setiap
seorang satu set model bod litar elektronik. Dalam set model bod litar elektronik tersebut
terdapat beberapa bahan untuk kegunaan memasang bod litar seperti lampu L.E.D,pembesar
suara, transistor, wayar, perintang, suiz, kotak muzik dan satu keping kertaspanduan cara-cara
untuk memasang model bod litar tersebut dengan betul.

Langkah pertama sebelum proses pateri dijalankan ialah saya perlu menanda dahulu
kedudukan yang disediakan bagi bahan yang dinyatakan di atas. Bahan ini perlu diletakkan
pada tempat yang sepatutnya di bod litar agar ia dapat berfungsi dengan baik. Setelah siap
proses menanda, tibalah masanya untuk proses pateri. Saya mengalami kesukaran ketika
proses pateri kerana saya tidak pernah melakukan kerja sebegini dan kerja ini meminta jari
tangan yang cukup cergas,inilah kelemahan lain yang saya punyai semasa menjalankan kerja
pematerian.

Amali elektronik ini telah memberi saya berpendapat bahawa kepentingan dan keperluan
kontekstual iaitu hand-on bagi memastikan murid untuk mudah memahami langkah kerja dan
bukanlah berteraskan amali sahaja. Amali ini amat berguna dan saya berharap amali ini
diteruskan agar guru pelatih boleh didedahkan kepada situasi sebenar apabila menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Akhir kata, sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai