Anda di halaman 1dari 16

DEPARTMENT OF TECHNICAL AND ENGINEERING EDUCATION

SCHOOL OF EDUCATION
FACULTY OF SOCIAL SCIENCES AND HUMANITIES

SPPE1012-BASIC TRADE

ELECTRONIC WORKSHOP
AMALI 1 – THE BASIC OF USE MEASURING EQUIPMENT
(MULTIMETER)

AMALI 2 – BASIC SOLDERING

Semester 1
2019

1
1.0 ISI KANDUNGAN

1.0 ISI KANDUNGAN 2


2.0 PENGHARGAAN 3
3.0 PENGENALAN 4
4.0 OBJEKTIF 5
5.0 KESELAMATAN BENGKEL/ LANGKAH KESELAMATAN 6
KESELAMATAN BENGKEL 6
LANGKAH KESELAMATAN 6
6.0 ALATAN DAN KEGUNAAN 7
Amali 1 : 7
Amali 2: 9
7.0 LANGKAH KERJA 10
Amali 1: 10
Amali 2: 13
8.0 HASIL KERJA 15
9.0 KESIMPULAN 16
10.0 REFLEKSI 17
11.0RUJUKAN 18

2
2.0 PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini saya
Aminuddin bin mahali dan Amirul Afiq Bin Mohd Saroni pelajar Universiti Teknologi Malaysia,
telah berjaya menamatkan sesi perkuliahan asas ketukangan (elektronik) dalam masa yang telah
ditetapkan. Alhamdulilllah terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya yang telah banyak
membantu serta bekerjasama semasa mejalankan tugasan yang telah diberikan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan
kepada tenaga pengajar Dr. Hanifah binti Jambari selaku individu yang banyak memberikan tunjuk
ajar serta bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini sehingga ke akhir projek. Tidak
juga saya lupakan ucapan terimakasih kepada staf-staf bengkel terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan projek dan folio ini.

Akhir kata, saya amatlah berharap agar tugasan yang telah disiapkan ini dapat mencapai
objektif yang dikehendaki.

Sekian terima kasih.

3
3.0 PENGENALAN

Definisi meter
Multimeter atau multitester, juga dikenali sebagai VOM (Volt-Ohm Meter atau Volt-Ohm-
Miliammeter) adalah sebuah alat pengukur elektronik yang menggabungkan beberapa fungsi
pengukuran dalam satu unit multimeter termasuk ciri-ciri asas seperti kebolehan untuk mengukur
voltan, arus dan rintangan. Multimeter analog menggunakan ammeter mikro yang bergerak ke atas
skala ditentukur untuk semua ukuran yang berbeza yang boleh dibuat petunjuk. Multimeter digital
kini jauh lebih biasa tetapi multimeter analog masih lebih baik dalam beberapa kes sebagai contoh
apabila memantau nilai pesat yang berbeza-beza.

Multimeter Analog
Multimeter analog atau yang biasa disebut multimeter jarum adalah alat pengukur besaran listrik
yang menggunakan tampilan dengan jarum yang bergerak ke range-range yang kita ukur dengan
probe. Multimeter ini tersedia dengan kemampuan untuk mengukur hambatan ohm, tegangan (Volt)
dan arus (mA). Analog tidak digunakan untuk mengukur secara amnya suatu besaran nilai
komponen, tetapi kebanyakan hanya digunakan untuk pengukuran atau juga digunakan untuk
memeriksa suatu rangkaian apakah sudah tersambung dengan baik atau tidak.

4
4.0 OBJEKTIF

AMALI 1

 Mengetahui kegunaan peralatan pengukuran elektronik


 Mengenalpasti dan memilih julat yang sesuai bagi setiap jenis peralatan pengukuran
 Mengetahui teknik pengukuran mengikuti spesifikasi alat

AMALI 2

 Mengenalpasti dan memilih bahan-bahan untuk pematerian


 Mengenalpasti dan memilih alatan pematerian dan nyahpematerian
 Menentukan kaedah-kaedah dan prosedur yang sesuai dalam pematerian komponen PCB
 Mengenalpasti cara-cara sebelum dan semasa menggunakan alat pemateri elektrik
 Melakukan pematerian pada komponen dan litar
 Mengetahui cara-cara menambah dan menanggalkan komponen pada PCB

5
5.0 KESELAMATAN BENGKEL / LANGKAH KESELAMATAN

KESELAMATAN BENGKEL

Tujuan keselamatan bengkel ini diwujudkan untuk memastikan semua system pengurusan
bengkel berjalan dengan lancar dan lebih teratur dan juga bersistematik. Hal ini dilakukan untuk
memastikan setiap individu yang memasuki ke dalam bengkel tidak terdedah kepada resiko
kemalangan sewaktu berada di dalam bengkel. Tambahan lagi, keselamatan bengkel juga bertujuan
untuk memastikan segala peralatan yang ada tersusun dengan rapi dan kemas.

Di dalam bengkel juga mempunyai peralatan yang merbahaya. Oleh itu, keselamatan di
dalam bengkel amatlah dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Berikut adalah keselamatan bengkel:

1. Jangan menggunakan mesin dan alatan tangan tanpa kebenaran


2. Pastikan sistem pengudaraan di dalam bengkel berjalan.
3. Dilarang menggunakan selipar
4. Jangan berebut ketika masuk dan keluar daripada bengkel.

LANGKAH KESELAMATAN

Berikut adalah langkah keselamatan yang perlu dilakukan:

1. Menunggu sehingga pensyarah memberikan arahan untuk memasuki bengkel.


2. Memakai pakaian yang bersesuain untuk kerja-kerja bengkel,
3. Membuka tingkap selepas memasuki bengkel.
4. Menunggu arahan seterusnya sebelum memulakan kerja.
5. Fokus
6. Tidak bermain ketika melakukan kerja.

6
6.0 ALATAN TANGAN DAN KEGUNAANYA

ALATAN TANGAN UNTUK KERJA PEMATERIAN

NAMA KEGUNAAN RAJAH


Playar muncung tirus
Digunakan untuk memegang
dan membentukkan kaki
komponen yang kecil.

Penjalur wayar
Digunakan untuk menjalur
dan memotong wayar.

Pemotong sisi
Digunakan untuk memotong
kaki komponen dan wayar.

Alat pemateri elektrik


Digunakan untuk mencairkan
timah pateri.

Stesen pemateri
Digunakan untuk meletakkan
alat pemateri sebelum dan
selepas kerja.

Span
Digunakan untuk mencuci
sisa timah pemateri yang
berada di bit alat pemateri .

7
Penyedut timah
Digunakan untuk menyedut
timah ketika kerja pembaikan
litar.

Pemegang litar
Digunakan untuk memegang
litar semasa kerja-kerja
pematerian dijalankan.

Test pen
Digunakan untuk menguji
komponen, soket ataupun
kebocoran elektrik.

8
ALATAN TANGAN UNTUK KERJA MULTIMETER

 Berfungsi sebagai
pengatur atau untuk
1. Resistor menghadkan jumlah
arus yang mengalir

 Berfungsi untuk
mengeluarkan bunyi
2. Speaker

 Berfungsi untuk
meninggikan dan
3. Kapasitor menyekat arus
elektrik

 Menyalurkan dan
menyekat arus
4. Suis elektrik dari mengalir
dengan cara “switch
on” dan “switch off”
 Berfungsi
mengeluarkan cahaya
5. LED yang pelbagai warna

 Membekalkan tenaga
elektrik (9V)
6. Bateri

 Berfungsi untuk
mengukur voltage,
ampere dan ohm
 Ini adalah multimeter
7. Multimeter
analog

9
7.0 LANGKAH KERJA

LANGKAH KERJA PROSES MULTIMETER

Gambar Rajah Langkah Kerja

Menguji resistor

 Langkah pertama yang perlu


dilakukan sebelum menguji
resistor ialah jarum multimeter
perlu dilaraskan pada kedudukan
kosong ohm.

 Seterusnya , sentuhkan kedua-dua


wayar multimeter pada kaki
komponen dan lihat pada
multimeter dan mengambil
bacaanya.

Menguji speaker

 Langkah pertama yang perlu


dilakukan sebelum menguji
speaker ialah jarum multimeter
perlu dilaraskan pada kedudukan
kosong ohm.

 Seterusnya , sentuhkan kedua-dua


wayar multimeter pada kaki
komponen dan lihat pada
multimeter dan mengambil
bacaanya. Jika berbunyi bila
disentuh, maka speaker berada
dalam keadaan yang baik

10
Menguji kapasitor

 Langkah pertama yang perlu


dilakukan sebelum menguji,
laraskan jarum multimeter pada 0
ohm

 Pastikan dan sentuhkan kaki


komponen secara bersilang untuk
‘discharge’. Kemudian, sentuhkan
wayar hitam pada kaki katod (-)
dan wayar merah pada kaki anod
(+).

Menguji suis

 Langkah pertama yang perlu


dilakukan sebelum menguji,
laraskan jarum multimeter pada 0
ohm.

 Sentuhkan kedua-dua wayar pada


kaki komponen dan tekan butang
suis untuk dapatkan bacaan.
Bacaan multimeter akan bergerak
sekiranya suis berada dalam
keadaan yang baik

11
Menguji LED

 Langkah pertama yang perlu


dilakukan sebelum menguji
laraskan jarum multimeter pada
bacaan 0 ohm

 Seterusnya, sentuhkan wayar yang


berwarna merah pada kaki katod
(-) dan wayar hitam pada kaki
anod (+). Lampu LED akan
menyala sekiranya LED berada
dalam keadaan yang baik

Menguji bateri

 Untuk menguji bateri, tidak perlu


untuk melaraskan bacaan
multimeter pada bacaan 0 ohm

 Pusingkan bacaan terlebih dahulu


pada bacaan DC 10V (kerana
bateri ini mempunyai 9V)

 Sentuhkan wayar hitam pada kaki


katod (-) dan wayar merah pada
kaki anod (+).

12
LANGKAH KERJA PROSES PEMATERIAN ( AMALI 2 )

GAMBARAJAH LANGKAH KERJA


Langkah 1

Memilih dan memeriksa alatan tangan yang akan


digunakan. Langkah ini diambil bagi
mengelakkan sebarang kerumitan berlaku
semasa melakukan kerja-kerja pematerian.

Langkah 2

Gosok dan bersihkan papan litar dengan


menggunakan kertas pasir untuk memastikan
papan litar bebas dari sebarang kotoran yang
akan menjejaskan fungsi papan litar.

Langkah 3

Basahkan span untuk membersihkan bit alat


pemateri setiap kali selepas menggunakannya.

13
Langkah 4

Rancang dan mulakan kerja pematerian dengan


memasukkan kaki komponen pada lubang yang
telah ditentukan ( bengkokkan sebelah kaki
komponen ). Mulakan kerja pematerian
sekiranya komponen telah diletakkan pada
kedudukan yang betul.

Langkah 5

Potong lebihan kaki komponen setelah selesai


proses pematerian untuk mengemaskan papan
litar.

Langkah 6

Sekiranya terdapat sebarang kecacatan semasa


proses pematerian. Cairkan semula timah yang
hendak dibuang kemudian sedut menggunakan
penyedut timah untuk membuang timah yang
tidak diingini.Kemudian ulang langkah 5 bagi
proses pematerian semula.

Langkah 7

Kemas dan buang lebihan yang tidak diingini di


tempat yang telah ditetapkan.

14
8.0 HASIL KERJA

15
11.0 RUJUKAN

 https://www.google.com/search?
q=pengenalan+asas+pematrian&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir
 http://alatankemahiranhidup.blogspot.co/p/alatan-kerja-elektrik.html#!/tcmbck
 http://keselamatanbengkel.weebly.com/peraturan-keselamatan.html
 zikrikhalid.blogspot.com/2017/09/penentukur-multimeter-dan-anolag.html

16

Anda mungkin juga menyukai