Anda di halaman 1dari 19

LAPORAN AMALI 1

PENGUJIAN KOMPONEN PENDAWAIAN ELEKTRIK


KOD KURSUS BBA 40403

NAMA KURSUS DIOGNASIS DAN ANALISIS PENYEJUKBEKUAN DAN


PENYAMANAN UDARA

NAMA PELAJAR 1. ANIS AUNI BINTI ROZIKIN (CB200084)

2. NUR ATHIRAH BINTI SAMSUDIN (CB200103)

3. MUHAMMAD ZA’IM BIN MOHD ZAKI (CB200012)

NO KUMPULAN 2

SEKSYEN 1

TAHUN 3

SEMESTER 2

SESI 2023/2024

NAMA PENSYARAH TS. DR. NIZAMUDDIN BIN RAZALI

MARKAH
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF 1
3.0 PEMUAT KAPASITOR 1
3.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN 2
3.2 HASIL DAPATAN 3
4.0 PERINTANG 4
4.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN 4
4.2 HASIL DAPATAN 5
5.0 DIOD PEMANCAR CAHAYA (LED) 6
5.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN 6
5.2 HASIL DAPATAN 7
6.0 THERMOSTAT 7
6.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN 8
6.2 HASIL DAPATAN 8
7.0 PELINDUNG BEBAN LAMPAU (OVERLOAD RELAY) 9
7.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN 9
7.2 HASIL DAPATAN 10
8.0 FIUS 11
8.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN 11
8.2 HASIL DAPATAN 12
9.0 BEBAN LAMPAU 13
9.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN 13
9.2 HASIL DAPATAN 14
10.0 PENYENTUH MAGNET 15
10.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN 15
10.2 HASIL DAPATAN 16
11.0 PERBINCANGAN 17
12.0 KESIMPULAN 17

i
1.0 PENGENALAN

Rangkaian konduktor elektrik dikenali sebagai pendawaian elektrik, dan tujuannya adalah
untuk membawa arus elektrik ke peralatan elektrik yang berkaitan. Perkara ini adalah berkaitan
dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia. sistem pendawaian elektrik adalah
tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana
yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994,
Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Intallations of Building’. Pelbagai jenis komponen
digunakan dalam industri elektrik. Dalam peralatan elektronik, litar menyambungkan
komponen untuk melaksanakan pelbagai fungsi. Litar dikawal oleh alat suis yang dipasang
supaya litar boleh dikendalikan dengan selamat dalam keadaan biasa, diasingkan secara
automatik dalam keadaan rosak, atau diasingkan secara manual untuk penyelenggaraan yang
selamat. Keperluan ini dipenuhi oleh mutu kerja yang baik dan pemasangan bahan yang betul.

2.0 OBJEKTIF

1. Menguji komponen elektronik dalam keadaan baik atau sebaliknya dengan


menggunakan multimeter.
2. Mengukur nilai rintangan sesuatu bahan dengan tepat berserta dengan cara yang betul.

3.0 PEMUAT KAPASITOR (CAPASITOR)

1. Komponen ini biasanya digunakan untuk menguatkan arus elektrik dan menyimpan
cas. Tujuan menyimpan cas elektrik dan mendiscaskannya untuk menghidupkan motor
pemampat ataupun motor kipas.
2. Terdapat 2 jenis pemuat yang biasa digunakan dalam sistem PPU, iaitu Pemuat Mula
dan Pemuat Larian.
3. Biasanya 3 pemuat yang digunakan window unit iaitu Pemuat Mula dan Larian untuk
motor pemampat dan pemuat larian untuk motor kipas.

1
4. Pemuat motor pemampat biasanya bersaiz besar dan nilai kapasiti yang tinggi
berbanding kan pemuat motor kipas.
5. Nilai kapasiti pemuat berpandu pula kepada BTU pemampat iaitu jika unit tersebut
10000 BTU maka nilai pemuat biasanya dalam nilai 20 µf hingga 25 µf.

Rajah 1: Pemuat Kapasitor

3.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN

1. Hidupkan multimeter dan tetapkan pada ukuran continuity, lalu pusingkan multimeter
pada kedudukan buzzer.
2. Sebelum membuat pengujian pastikan probe meter berfungsi menguji dengan
meletakkan antara kedua-dua probe tersebut lalu multimeter berbunyi.
3. Laraskan julat multimeter pada julat pemuat.
4. Letakkan jarum probe pada kedua-dua kaki pemuat ini bagi memastikan jarum probe
berfungsi dengan betul.
5. Kemudian baca bacaan pemuat pada multimeter.

2
Rajah 2: Pengujian Pemuat Kapasitor

3.2 HASIL DAPATAN

Hasil dapatan daripada ujian tersebut ialah kami ingin mengetahui pemuat kapasitor itu berada
dalam keadaan yang baik atau rosak. Jika pemuat kapasitor berada dalam keadaan yang baik
maka ia menunjukkan bacaan yang kurang -5% daripada bacaan asal atau lebih +5% ini
menunjukkan pemuat kapasitor berada dalam keadaan yang baik. Manakala bagi kapasitor
yang berada dalam keadaan rosak ia tidak menunjukkan bacaan ataupun bacaannya banyak
yang kurang atau terlebih daripada bacaan asal.

3
4.0 PERINTANG

Fungsi perintang adalah untuk mengehadkan aliran arus dalam litar atau untuk mendapatkan
voltan susut merentasinya:

1. Jika nilai rintangan tinggi, arus yang kecil dihadkan melaluinya.


2. Jika nilai rintangan rendah, arus yang besar boleh melaluinya.

Rajah 3: Perintang

4.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN

1. Laraskan multimeter pada julat ohm.


2. Sentuh kan prob meter pada hujung perintang. Dapatkan nilai bacaan perintang.
Pastikan nilai pada paparan meter pelbagai adalah sama dengan nilai perintang.

4
Rajah 4: Pengujian Perintang

4.2 HASIL DAPATAN

Hasil dapatan daripada ujian ini di mana kami mengetahui perintang itu berfungsi dengan baik
atau sebaliknya. Jika perintang berfungsi dengan baik ia akan menunjukkan bacaan rintangan
yang benar dengan spesifikasi perintang. Jika bacaan rintangan salah dengan spesifikasi
perintang atau tidak mengeluarkan bacaan rintangan, maka perintang tersebut sudah tidak
berfungsi dengan baik.

5
5.0 DIOD PEMANCAR CAHAYA (LED)

1. Diod pemancar cahaya atau LED merupakan sejenis diod semikonduktor yang
menghasilkan cahaya tidak koheren berspektrum sempit apabila dikenakan voltan
elektrik secara ke hadapan melalui simpang p-n. Prinsip tersebut dikenali sebagai
elektroluminesasi.
2. LED dikeluarkan dalam pelbagai jenis warna cahaya, berhgantung kepada jenis
semikonduktor yang digunakan.

Rajah 5: Diod Pemancar Cahaya (LED)

5.1 LANGKAH - LANGKAH KERJA PENGUJIAN

1. Laraskan meter pelbagai pada skala keterusan.


2. Sentuh kan prob meter pada hujung LED.

Rajah 6: Pengujian Diod Pemancar Cahaya (LED)

6
5.2 HASIL DAPATAN

Hasil dapatan daripada ujian tersebut, kami dapat mengetahui diod pemancar cahaya (led)
berada dalam keadaan baik ataupun tidak baik. Jika LED berada dalam keadaan baik, ia akan
mengeluarkan cahaya dan multimeter akan mengeluarkan bunyi buzzer.

6.0 THERMOSTAT

Digunakan untuk mengawal suhu di dalam peti sejuk atau bilik pada kadar yang dikehendaki.
Ia beroperasi dengan memutuskan litar pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk atau bilik
mencapai suhu yang ditetapkan dan menghidupkan litar pemampat apabila suhu di dalam ruang
tersebut semakin meningkat. Laras suhu biasanya diletakkan di bahagian dalam peti sejuk.
Terdapat dua jenis laras suhu yang biasa digunakan:

1. Laras Suhu Dwilogam


2. Laras Suhu Buli Perasa

Rajah 7: Thermostat

7
6.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN

1. Laraskan thermostat pada kedudukan OFF.


2. Laraskan multimeter pada julat ohm × 1W.
3. Sentuh kan dawai penguji pada dua punca thermostat.

Rajah 8: Pengujian Thermostat

6.2 HASIL DAPATAN

Hasil dapatan daripada ujian ini ialah kami ingin tahu thermostat itu berada dalam keadaan
baik atau rosak. Jika thermostat itu berada dalam keadaan yang baik, multimeter akan
mengeluarkan bunyi buzzer dan memaparkan bacaan ohm. Manakala, jika thermostat itu rosak
atau tidak berfungsi dengan baik, multimeter tidak mengeluarkan bunyi buzzer dan tidak
memaparkan sebarang bacaan ohm.

8
7.0 PELINDUNG BEBAN LAMPAU (OVERLOAD RELAY)

Terletak bersentuhan dengan badan motor pemampat. Beroperasi dengan perubahan suhu di
pemampat. Memutuskan litar apabila suhu di badan pemampat meninggi atau pemampat
bekerja pada keadaan beban lampau. Ia mengelakkan kerosakan pada pemampat.

Rajah 9: Pelindung Beban Lampau Pada Pemampat

7.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN

1. Laraskan multimeter pada julat ohm × 1W.


2. Sentuhkan dawai penguji pada dua punca di beban lampau.

9
Rajah 10: Pengujian Pelindung Beban Lampau

7.2 HASIL DAPATAN

Hasil dapatan daripada ujian ini, di mana kami ingin mengetahui bahawa pelindung beban
lampau tersebut berfungsi dengan baik ataupun di sebaliknya. Jika pelindung beban lampau ini
berfungsi dengan baik, multimeter akan memaparkan bacaan. Seterusnya, jika pelindung beban
lampau tidak berfungsi dengan baik, multimeter tidak akan memaparkan bacaan.

10
8.0 FIUS

Fius ialah komponen elektrik yang digunakan bagi mengawal arus elektrik berlebihan dengan
cara memutuskan litar apabila perlu. Fius banyak digunakan dalam peranti elektrik dan
elektronik kerana berkeupayaan untuk menjaga peranti daripada rosak.

Rajah 11: Fius

8.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN

1. Keluarkan fius daripada peralatan dan pastikan peralatan dimatikan sebelum


menanggalkan fius.
2. Hidupkan multimeter dan tetapkan pada ukuran continuty lalu pusingkan multimeter
pada kedudukan buzzer.
3. Sebelum membuat pengujian pastikan prob meter berfungsi menguji dengan
meletakkan antara kedua-dua prob tersebut lalu multimeter berbunyi.
4. Setelah itu, letakkan prob pada setiap hujung fius tersebut.

11
Rajah 12: Pengujian Fius

8.2 HASIL DAPATAN

Hasil dapatan daripada ujian ini di mana kami mengetahui bahawa fius tersebut berfungsi
dengan baik atau tidak. Jika fius berfungsi dengan baik ia menunjukkan multimeter tersebut
berbunyi. Oleh itu jika fius tidak berfungsi atau putus multimeter akan tidak berbunyi dan
menunjukkan bacaan “OL”.

12
9.0 BEBAN LAMPAU

Beban lampau digunakan dalam litar kawalan untuk menghalang motor elektrik daripada
terbakar dan tahan lama. Jika motor elektrik dikendalikan melebihi kadar keupayaannya, ia
akan terjadi beban lampau disebabkan oleh pemutaran mesin, voltan talian yang rendah atau
talian yang terbuka dalam sistem pelbagai fasa akan menghasilkan kendalian sefasa. Beban
lampau mengambil arus yang berlebihan sehingga menyebabkan terlalu panas. Untuk
melindungi motor daripada kepanasan maka satu geganti beban lampau dipasang di penghidup
agar dapat memutuskan litar motor apabila lebihan arus berlaku.

Rajah 13: Beban Lampau

9.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN

1. Laraskan meter pelbagai pada julat ohm.


2. Sentuh kan dawai penguji pada dua punca di beban lampau.

13
Rajah 14: Pengujian Beban Lampau

9.2 HASIL DAPATAN

Hasil dapatan daripada ujian ini, kami ingin mengetahui beban lampau berfungsi dengan baik
atau sebaliknya. Jika beban lampau berfungsi dengan baik, multimeter akan memaparkan
bacaan. Manakala, jika beban lampau tidak berfungsi dengan baik, multimeter tidak akan
memaparkan bacaan.

14
10.0 PENYENTUH MAGNET

Penyentuh ialah sejenis suis yang dikendalikan oleh elektromagnet. Elektromagnet mempunyai
gelung dan litarnya dilengkapkan dengan satu punat tekan, suis had apung dan alat kawalan
yang lain. Suis elektromagnet berfungsi menyambungkan dan memutuskan pengaliran arus
elektrik dalam litar. Arus akan mengalir ke dalam gelung dan menghasilkan urat daya magnet
yang akan menarik angker supaya bergerak dari keadaan terbuka kepada tertutup.

Rajah 15: Penyentuh Magnet

10.1 LANGKAH – LANGKAH KERJA PENGUJIAN

1. Pastikan multimeter berfungsi dan bebas daripada kerosakan.


2. Tetapkan "pemilih mod" kepada unit ohm untuk mendapatkan bacaan kiraan pada
"paparan digital" yang sesuai.
3. Letakkan prob meter positif dan negatif pada setiap terminal sesentuh magnetik.

15
Rajah 16: Pengujian Penyentuh Magnet

10.2 HASIL DAPATAN

Hasil dapatan menunjukkan bahawa penyentuh magnet berfungsi dengan baik. Ini disebabkan
oleh ujian yang kami lakukan dengan multimeter dengan melaraskan "pemilih mod" kepada
unit ohm dan meletakkan prob meter positif dan negatif pada setiap terminal yang terdapat
pada penyentuh magnetik. Apabila prob meter positif dan negatif membuat sentuhan pada
setiap terminal penyentuh magnet, multimeter mengeluarkan bunyi dan memaparkan nilai
bacaan berterusan, menunjukkan bahawa penyentuh magnet berfungsi dengan baik. Walau
bagaimanapun, apabila butang pada penyentuh magnet ditekan, multimeter tidak
mengeluarkan bunyi, menunjukkan bahawa penyentuh magnet tidak berfungsi. Magnet itu
berkesan.

16
11.0 PERBINCANGAN

Pada amali ini, para pelajar dapat mengetahui jenis-jenis komponen dalam sistem
penyejukbekuan dan penyamanan udara. Selain itu, para pelajar turut dapat mengetahui fungsi
serta cara penggunaan yang tepat bagi menggunakan alat multimeter untuk menguji bagi setiap
komponen iaitu pemuat kapasitor, perintang, diod pemancar cahaya (led) dan lain-lain. Melalui
amali ini juga, para pelajar dapat mengetahui cara penggunaan multimeter untuk mendiagnosis
komponen – komponen yang terlibat dengan betul.

12.0 KESIMPULAN

Pengetahuan seseorang pelajar dalam pembelajaran merupakan faktor penting dalam


melahirkan pelajar yang berkualiti. Sebelum memulakan apa-apa kerja amali, pengetahuan
teori adalah penting. Pelajar mesti menguasai ilmu teori yang mantap kerana prosedur kerja
banyak dititikberatkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat
menjalankan kerja amali semasa berada di bengkel. Adalah penting untuk pelajar memahami
konsep asas elektrik. Penekanan pada konsep awal teori sesuatu topik adalah penting untuk
memastikan pelajar memahami kandungan dengan teliti.

17

Anda mungkin juga menyukai