Anda di halaman 1dari 31

TAJUK 1 ORGANISASI DAN PENGURUSAN

BENGKEL

Sinopsis

Menghuraikan pengorganisasian bengkel Kemahiran Hidup secara terperinci dengan


penetapan yang tertentu bagi sesuatu tugasan yang diberikan. Membincangkan
sistem pengurusan berasaskan kerjasama antara guru dan murid. Kerjasama yang
diasaskan akan memastikan bengkel Kemahiran Hidup dapat diuruskan dengan
sistematik dan mengetahui setiap perkara yang berlaku kepada bengkel.

Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan skop organisasi dan pengurusan bengkel yang baik.
2. Mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel.

Kerangka Konsep

O
S
P
R
e
k
r
u
G
n
io
s
A
g
p
n
u
N
e
s
n
I
r
io
A
iS
g
r
-
tp
a
S
a
p
u
I
n
r
i
D
d
s
n
b
A
a
s
e
N
is
n
i
p
g
tP
k
E
u
d
o
e
jN
a
lr
G
u
n
g
U
a
R
p
n
U
ie
S
o
n
s
A
r
g
a
N
g
u
s
a
ir
B
n
u
iE
s
d
N
s
a
G
a
ln
K
s
a
iE
b
m
L
e
d
n
p
a
g
e
k
n
e
g
lp
u
e
r
n
u
u
g
a
s
r
n
u
s
b
a
e
n
g
b
k
e
ln
g
k
s
e
l
k
o
l
a
h
1.1. Pengertian dan tujuan organisasi dan pengurusan bengkel

Seseorang guru perlu peka terhadap organisasi dan pengurusan bengkel


Kemahiran Hidup. Organisasi dan pengurusan yang terurus akan menjamin
kecemerlangan bengkel kemahiran hidup di sesuatu sekolah. Setiap sekolah
mempunyai kehendak kurikulum bagi Matapelajaran Kemahiran hidup yang berbeza-
beza projek tertentu mengikut kehendak pihak pentadbiran di sekolah. Oleh itu anda
sebagai seorang guru perlu merancang untuk memastikan bengkel Kemahiran Hidup
diselia mengikut kehendak kurikulum memenuhi setiap kriteria yang telah ditetapkan.
Setiap guru sama ada berpengalaman ataupun tidak, perlu membuat perancangan
yang teliti untuk mencapai kejayaaan dalam pengajarannya.

Bincangkan bersama rakan, organisasi bengkel yang baik membantu dalam


membantu pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Organisasi ialah satu entiti sosial atau struktur pentadbiran yang berfungsi
menyelaraskan secara sedar dan mempunyai sempadan yang dikenal pasti.
Organisasi terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang individu atau sekumpulan
orang yang mencebur diri dalam suatu usaha yang sistematik dan berterusan bagi
mencapai objektif serta matlamat yang ditetapkan. Organisasi di bengkel adalah
penyediaan struktur pentadbiran yang diketuai oleh formen yang akan memastikan
keadaan bengkel adalah kondusif dan selamat dijadikan kelas bagi proses
pengajaran dan pembelajaran.

Guru bukan sahaja menyediakan jadual tugasan melalui pengorganisasian


iaitu pembahagian tugasan. Guru yang berkualiti akan mempunyai kemahiran untuk
mengurus organisasi tersebut. Menurut Brech (1957) : Pengurusan organisasi ialah
satu proses sosial yang menentukan tanggungjawab untuk kecekapan atau
keberkesanan perancangan dan perjalanan pergerakan pergerakan perusahaan.
Pengurusan menurut Brech (1957) sebagai satu proses sosial menentukan
tanggungjawab untuk kecekapan atau keberkesanan perancangan dan perjalanan
pergerakan-pergerakan perusahaan.
Manakala menurut Ahmad Atory Hussain, Satu set yang direka bentuk untuk
meninggikan dan mengarahkan tugas yang sengaja ditentukan, Sayyidina Umar
al-Khattab :

Pengurusan ialah melayani kehendak awam atau rakyat seperti dalam


kenyatannya :

Saya telah melantik gabenor bagimu, juga para pegawai bukan untuk memikul
tubuh atau mengambil hartamu tetapi untuk mendidik dan melayanimu

Pengurusan organisasi bengkel bertujuan untuk memastikan bengkel berada


dalam keadaan selamat dan terkawal semasa digunakan. Memastikan semua
peralatan & mesin berkeadaan baik dan sedia digunakan. Melalui pengurusan
organisasi, seseorang guru juga mampu untuk memastikan prosedur keselamatan
dipatuhi pengguna, memastikan semua kemalangan dilapor dan direkodkan serta
memastikan pemeriksaan keselamatan berkala dapat dilakukan dengan sistematik

Elemen Penting Pengurusan :

Organisasi sebagai satu entiti sosial atau struktur pentadbiran dan fungsional
yang dikoordinasikan secara sedar ;
Organisasi mempunyai sempadan yang dikenal pasti .
Aktiviti organisasi dijalankan oleh seorang individu atau kumpulan secara
teratur dan berterusan.
Organisasi wujud bagi mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan.
Pengurusan organisasi adalah gandingan untuk mewujudkan halatuju dan
wawasan untuk menjana suatu kerja yang baik dan bersistematik untuk
kejayaan sesebuah organisasi.
1.2. Skop organisasi dan pengurusan bengkel

Ciri organisasi bengkel ditadbir dengan cekap & berkualiti


a) Organisasi bengkel berfungsi dengan baik
b) Susun atur perabot yang kemas
c) Susun letak & penyimpanan peralatan, bahan dan mesin yang selamat
dan kondusif
d) Rekod/ Dokumentasi yang lengkap & sistematik
e) Menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran dengan jaya

ORGANISASI BENGKEL

Diagih kepada 3 organisasi

i. Organisasi Pentadbiran
ii. Organisasi Panitia
iii. Organisasi Bengkel

i. Organisasi Pentadbiran (Hal-Hal Dasar Kementerian Dan Sekolah)

Menentukan beban tugas guru-guru Kemahiran Hidup

Menyelaras peperiksaan, kursus dan latihan guru


Menyelaras aktiviti atau takwim sekolah.

Menyelia tugas atau kerja guru KHSR

Meluluskankan anggaran belanjawan KHSR

Memastikan bengkel KHSR dalam keadaan kondusif untuk digunakan

ii. Organisasi Panitia (Khusus Melaksanakan Kurikulum Sekolah)

Bermesyuarat 3 kali setahun


Memastikan sukatan pelajaran & huraian sukatan pelajaran dipenuhi
Menyediakan rancangan pelajaran
Menyediakan bahan bantu mengajar
Menentukan/menyediakan alatan & bahan bagi p&p ( amali )
Menyelaras soalan peperiksaan
Menentukan jenis buku khsr di sekolah
Bekerjasama dengan j/k spbt
Menganalisa keputusan peperiksaan
Mengumpul soalan untuk rujukan
Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru
Membuat anggaran belanjawan tahunan
Mengekal/meninggikan prestasi akedemik
Melaksanakan peraturan panitia
Kemaskini semua fail
Kemaskini stok dan inventori
Menjalankan semua arahan dari masa ke semasa
Menyediakan bahan/alatan pameran
Mengkaji jenis buku latihan/kerja

iii. Organisasi Bengkel (Mengurus Dan Mengendali Aktiviti-Aktiviti Di


Bengkel Khsr)
Memastikan alatan/mesin dalam keadaan kondusif
Mematuhi peraturan bengkel
Membersih & menyenggara
Memastikan amalan langkah keselamatan dipatuhi
Mengatur jadual bertugas

PENGURUSAN BENGKEL

Ciri bengkel yang baik

1. Ruang kerja yang selesa perlu untuk memudahkan pergerakan murid semasa
menjalankan aktiviti. Contohnya kerusi meja perlu disusun dengan teratur.
2. Keadaan tempat kerja sentiasa bersih dan selamat. Contohnya lantai tidak
basah dan berminyak.

3. Bengkel atau bilik khas perlu mendapat cahaya yang cukup dan pengedaran
udara yang sempurna. Semua pintu dan tingkap hendaklah dibuka semasa
kerja dijalankan.

4. Ruang yang cukup untuk menempatkan ternakan.

5. Tempat mengendalikan enjin haruslah mendapat ruang udara yang baik.

6. Sudut hasil kerja atau pameran perlu ada. Walaubagaimanapun sudut ini tidak
seharusnya mengganggu ruang kerja.

7. Stor (bilik khas, almari) untuk menyimpan alatan dan bahan sentiasa bersih
dan kemas.

8. Kawasan larangan untuk mesin yang merbahaya seperti mesin gerudi dan
mesin canai harus ada/ diwarnakan.

PEMBAHAGIAN TUGASAN

1) Pengetua/Guru Besar:

Bertanggungjawab menentukan peraturan keselamatan sentiasa kemaskini


dan dipatuhi.
Bertanggungjawab memastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan
segera.

Bertanggungjawab mengenalpasti tindakan yang perlu diambil sewaktu


kecemasan

2) Penolong Kanan
Membantu pengetua/guru besar dan pelajar mengenai aspek keselamatan.

3) Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran & Pembantu Am Rendah


Menentukan alat dan perkakas yang digunakan dalam keadaan selamat.
carta-carta keselamatan makmal/bilik khas dipaparkan.
memastikan alatan dan bahan beradaa dalam keadaan tersusun
menentukan kemudahkan asas keselamatan dalam keadaan kemaskini.
Merekod stok dan inventori.

4) Guru-Guru Kemahiran Hidup


Peka kepada kemungkinan berlakunya kemalangan.
Memastikan peraturan makmal sentiasa dipatuhi.
Menentukan alatan/perkakas yang akan digunakan selamat.
Sentiasa mengawasi penggunaan alat dengan betul.
Memastikan pelajar melakukan kerja amali secara sistematik
Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik dalam keadaan
selamat.

5) FORMEN / KETUA KUMPULAN

Membantu guru mengendalikan aktiviti kelas.

Memastikan pelajar mematuhi peraturan displin di makmal.

Memastikan semua alat cukup bilangannya dan dikembalikan ke tampat asal.

Memastikan makmal/bilik khas berkeadaan bersih dan selamat.

Melaporkan segera kepada guru jika berlaku kemalangan


6) Penolong Formen

Membantu formen menjalankan tugasnya.

Mengambil alih formen apabila tidak ada formen.

Memastikan tugas-tugas kumpulan dipatuhi dan dilaksanakan idengan


sempurna.

1.3 Prinsip-prinsip Organisasi Dalam Pengurusan Bengkel Sekolah

Di dalam pengurusan bengkel sekolah terdapat prinsip-prinsip organisasi yang


perlu diketahui. Menurut Henri Fayol, terdapat 14 prinsip umum di dalam sesebuah
organisasi. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan ialah :

i. Pengkhususan / Pembahagian Kerja


ii. Kuasa dan Tanggungjawab
iii. Disiplin
iv. Kesepakatan Dalam Perintah (unity of command)
v. Kesepakatan Dalam Arahan (unity of direction)
vi. Kepentingan Peribadi Kepada Kepentingan Keseluruhan
vii. Penghargaan
viii. Pemusatan
ix. Rangkaian Scalar
x. Tersusun
xi. Persamaan
xii. Kesatabilan Dalam Pemegangan Jawatan
xiii. Inisiatif
xiv. Espirit De Crops

Setelah mengetahui 14 prinsip-prinsip organisasi yang telah dinyatakan, kita


perlu tahu maksud setiap prinsip-prinsip organisasi tersebut agar kita lebih peka
terhadap keselamatan di dalam bengkel.

1. Pengkhususan atau pembahagian kerja


- Pengkhususan kerja adalah penting dalam sesebuah pengurusan.
Pengkhususan akan memberi hasil kerja yang lebih berkesan dan
produktif. Dalam pengkhususan kerja, seseorang pekerja akan memberi
tumpuan kepada tugas yang telah ditentukan dalam rutin harian kerja.
Dengan ini, hasil kerja akan menjadi lebih konsisten dan meningkatkan lagi
output.

2. Kuasa dan tanggungjawab


- Seorang pengurus yang baik harus mempunyai kuasa rasmi daripada
pejabatnya dan juga kuasa personal yang merangkumi beberapa ciri
seperti kebijaksanaan, pengalaman, kebolehan memimpin, akhlak dan
rekod perkhidmatan yang baik. Pelantikan ketua bengkel harus dilantik
secara rasmi oleh kementerian pendidikan. Ketua bengkel berperanan
untuk menyelaras tugas di bengkel dan memimpin guru-guru bengkel yang
lain.

3. Disiplin
- Disiplin dalam pengurusan dan organisasi bermaksud kepatuhan, taat
setia dan menghormati. Disiplin perlu untuk memastikan jentera
pentadbiran sebuah pengurusan boleh berjalan dengan lancar. Disiplin
juga satu cabang pengurusan bengkel yang penting.

4. Kesepakatan dalam perintah (unity of command)


- Seseorang kakitangan atau pekerja harus menerima arahan atau perintah
daripada seseorang ketuanya. Prinsip ini amat sesuai untuk diamalkan
bagi menjaga kebersihan dan keceriaan bengkel.
5. Kesepakatan dalam arahan (unity of direction )
- Seseorang ketua akan mempunyai beberapa rancangan aktiviti untuk
pekerja dibawahnya. Aktiviti ini mempunyai objektif yang sama iaitu bagi
memajukan bengkel.

6. Kepentingan peribadi kepada kepentingan keseluruhan


- Kepentingan keseluruhan harus diutamakan dalam pengurusan sebuah
organisasi. Kepentingan peribadi harus diketepikan. Pembentukan sebuah
organisasi adalah sama dengan pembentukan sesebuah Negara atau
bangsa, di mana kepentingan Negara dan bangsa harus diutamakan.

7. Penghargaan
- Penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada kakitangan sesebuah
organisasi harus adil dan berasaskan kepada prestasi kerja. Semua
kakitangan harus berpuas hati terhadapnya dan penghargaan diberi
mengikut kemampuan.
8. Pemusatan
- Menurut Henri Fayol, pemusatan merupakan satu keperluan di dalam
sebuah organisasi. Seorang pengurus akan menggunakan kebijaksanaan
dan pengalamannya untuk melaksanakan pemusatan aktiviti-aktiviti
pengurusan dan ini boleh mengelakkan daripada sentiasa memberi arahan
kepada kakitangannya.

9. Rangkaian scalar
- Rangkaian scalar ialah susun lapis atau struktur dalam sesebuah
organisasi iaitu daripada yang paling atas kepada yang plaing bawah.
Rangkaian scalar sebenarnya menunjukkan bentuk hubungan dan kuasa
semua lapisan dalam sesebuah organisasi.

10. Tersusun
- Secara asasnya setiap organisasi mesti memberi tugas yang sesuai untuk
setiap kakitangannya. Mereka perlu lihat bagaimana peranannya boleh
diterapkan di dalam organisasi itu.

11. Persamaan
- Persamaan dan keadilan harus diamalkan dalam sebuah organisasi. Ini
boleh menggalakkan pekerja sentiasa taat kepada organisasi.

12. Kestabilan dalam pemegangan jawatan


- Setiap anggota organisasi harus diberi masa untuk menyesuaikan diri
dalam tugasannya supaya semua kerja boleh dijalankan dengan berkesan.
Kestabilan dalam pemegangan jawatan akan menyumbangkan rasa taat
setia, nilai, dan tujuan kepada sesebuah organisasi.

13. Inisiatif
- Merancang suatu aktiviti dan memastikan kejayaan aktiviti itu merupakan
keinginan yang diharapkan. Kejayaan merupakan satu kepuasan untuk
setiap orang.
14. Espirit de crops
- Setiap organisasi perlu diberi penekanan kepada membangunkan
perasaan harmoni antara anggotanya. Ini boleh mewujudkan team work
yang berkesan dan hubungan interpersonal yang baik.

1.4 Susun Atur Bengkel

Disamping organisasi dan pengurusan bengkel, guru juga perlu sedar akan susun
atur bengkel yang selamat,efisien dan kondusif untuk murid-murid menjalankan
aktiviti amali dan sebagainya. Peranan ini seharusnya diambil berat oleh guru bagi
memastikan keselamatan murid berada pada tahap yang optimum dan dapat
mengurangkan

2.1 Strategi organisasi dan pengurusan bengkel

Strategi-strategi organisasi bengkel adalah seperti berikut :

a) Penyatuan manusia
Penyatuan manusia untuk melakukan sesuatu tugasan secara bersama dalam satu
persefahaman merupakan strategi utama dalam mentadbir dan menguruskan
bengkel. Strategi yang dipersetujui merupakan perkara utama dalam pengurusan
dan pentadbiran bengkel.

b) Tempat menerokai ilmu


Bengkel merupakan tempat menerokai ilmu. Oleh yang demikian organisasi bengkel
mestilah teratur dan tersusun supaya P&P berjalan dengan lancar. Untuk
memastikan kerja amali bengkel berjalan dengan lancar,strategi utama bengkel ialah
memastikan semua peralatan dan bahan adalah teratur dan lengkap.

c) Mewujudkan pengalaman kerjaya yang baru.


Pentadbiran dan pengurusan bengkel bertindak sebagai sumber untuk mewujudkan
pengalaman baru dalam bidang kerjaya. Pelajar membantu guru membersihkan,
menyelenggara dan menjaga bengkel.

2.2 Keperluan Keselamatan dalam Organisasi dan pengurusan

Dalam mengurus dan meng organisasi sebuah bengkel, tugasnya bukan setakat
pentadbiran , tetapi juga melibatkan keperluan keselamatan.

a) Ruang & Kawasan Kerja

Saiz sesuai dengan bidang kursus m/p yang dijalankan.

Kawasan kerja : kemampuan ruang bengkel untuk menempatkan stesen kerja


individu, kawasan untuk mesin, kawasan pameran, laluan kerja dll

b) Pintu & Tanda Keluar

2 pintu (keluar-masuk)

Bengkel : saiz pintu 1 kali lebih lebar daripada saiz piawai pintu rumah.

Memudahkan keluar masuk bahan & mesin yang panjang & besar saiznya.

c) Kawalan Kesihatan & Persekitaran

Ia dapat dilakukan melalui :


Kawalan cahaya;

Kawalan pengedaran udara;

Kawalan bunyi;

Kawalan bahan pelupusan.

d) Peralatan Perlindungan Diri

Apron

Penutup hidung,

gogle,

Kasut bertutup/kasut bengkel

Sarung Tangan

Topi keselamatan

e) Perubatan & Pertolongan Cemas

Peti ubat yang lengkap

Perlu ditempatkan berdekatan dengan stesyen guru & mudah dilihat

Kawasan mencuci tangan juga perlu disediakan.

f) Pencegahan Kebakaran
Panduan mencegah kebakaran
Pelan kebakaran
Alat pemadam api

g) Peralatan pemampat udara


Perlu disediakan disetiap bengkel
Udara yang dihasilkan membantu dalam melakukan kerja-kerja pembersihan
mesin dan pembersihan bengkel

h) Penstoran bahan
Sistem pengstroan yang sistematik untuk alatan dan bahan
Memudahkan penyediaan perbelanjaan serta penyemakan stok dan inventori

i) Mesin dan perlindungan mesin


Dalam bengkel terdapat beberapa jenis mesin.
Mesin-mesin tersebut sudah ada peralatan perlindungan.
Seharusnya peralatan perlindungan di boleh di alih, ini akan memudahkan
kemalangan berlaku.

j) Mesin berkuasa mudah alih


Terdapat banyak mesin mudah alih di bengkel kerana harganya murah.
Mesin ini juga merbahayakan, perhatian guru diperlukan semasa murid
menggunakannya.
Petunjuk Perancangan

Tahukah kamu apa itu petunjuk perancanga?

Perancang interface yang professional biasanya akan mendokumentasikan semua


pekerjaan yang ialakukan. Dengan dokumentasi yang baiki dapat mengubah
rancangannya apabila terjadi perubahan atau apabila menurutnya terdapat
rancangan yang tidak mudah untuk diwujudkan.

Susun Atur Bengkel

Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat
dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya
kemalangan dan kerosakkan harta benda.

Susun atur bengkel yang baik seperti:


Rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan
Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan baik
Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemas kini dan pelbagai
Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan
Petunjuk asas yang boleh dijadikan panduan oleh perancang dalam merancang
pembinaan bengkel.

a Pelan lantai bengkel


Terdapat tiga jenis pelan lantai iaitu pelan lantai proses, pelan lantai
produk dan pelan lantai gabungan antara proses dan produk.

i Pelan lantai proses


Mengumpulkan mesin-mesin di satu lokasi mengikut jenis mesin. Contohnya.
Mesin gerudi ditempatkan di satu lokasi atau ruang kerja yang sama.

Plan Lantai Bengkel Kimpalan

Petunjuk
1, 2 dan 3 Meja Welding
4 Pemotong Gas
5 Mesin Canai
6 dan 7 Set Welding Elektrik
8 Spot Welding
9 Meja Pemeriksaan

ii Pelan lantai produk


Menyusun kelengkapan untuk menghasilkan sebuah produk.
Contohnya, satu porduk bengkel memerlukan langkah kerja menggerudi
lubang, pemotong alur dan memotong ulir dalam dengan menggunakan
mesin. Pelan lantai yang dirancang adalah seperti berikut :
Mesin gerudi proses menggerudi
Mesin meraut proses memotong alur
Mesin melarik memotong ulir dalam
iii Pelan lantai gabungan antara proses dan produk
Pelan ini adalah gabungan ciri-ciri proses dan produk. Jenis ini kurang
digunakan

Pelan Lantai Bengkel Kayu

Petunjuk
1 Gergaji Bulat
2 Mesin Pemotong Kayu Perbagai Guna
3 Gergaji Pita
4, 5, 6, 7 dan 8 Meja Kerja Kayu
9, 10, 11, 12, 13 dan 14 Meja Tukang Kayu
15 Meja Pemeriksaan
D Pintu

b Kemudahan pengajaran

Dalam sesebuah bengkel mestilah mempunyai ruang tunjuk cara dan


syarahan.
c Bunyi
Bengkel mestilah menggunakan bahan kalis bunyi yang sesuai.
Penggunaan bahan ini dapat mengelakkan bunyi bising yang berlebihan
sekaligus menghasilkan suasana yang lebih kondusif untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran.

d Warna
Warna yang digunakan mestilah berkesan terutamanya di bahagian-
bahagian mesin yang merbahaya dan kawasan-kawasan berisiko tinggi.
Contohnya meletakkan garisan berwarna kuning di sekeliling mesin bagi
menyatakan ia adalah kawasan merbahaya.
e Pengcahayaan

Pengcahayaan adalah dalam elemen penting dalam memberikan


penumpuan pekerja kepada kerja-kerja yang telah dilakukan.
Pencahayaan mestilah bersesuaian dan mencukupi dengan keluasan dan
keadaan bengkel. Pencahayaan yang kurang boleh mengakibatkan
kecelakaan berlaku.

AKTIVITI
Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda
dikehendaki menyediakan peta minda dan bentangkan di dalam kelas.

1. Nyatakan petunjuk asas yang boleh dijadikan panduan oleh perancang


dalam merancang pembinaan bengkel.
2. Huraikan petunjuk-petunjuk asas yang telah dinyatakan di dalam
soalan sebelunya.
3. Lakar sekurang-kurangya satu pelan lantai dalam petunjuk asas
perancangan pembinaan bengkel,

PEMERIKSAAN KESELAMATAN BENGKEL

Seseorang guru Matapelajaran Kemahiran Hidup perlu peka terhadap


keselamatan setiap muridnya. Oleh itu anda sebagai seorang guru perlulah
membuat pemeriksaan keselamatan di dalam bengkel untuk memastikan
keselamatan setiap murid yang berada di dalamnya. Setiap guru perlulah
menjalankan pemeriksaan ini sebagai salah satu langkah mencegah kemalangan.

Bincangkan dengan rakan anda, beberapa tujuan pemeriksaan bengkel oleh guru
sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa tujuan pemeriksaan bengkel dilakukan di sekolah sebagai langkh


keselamatan diri guru dan murid, antara tujuan pemeriksaan tersebut adalah:

Mengurangkan atau menghindarkan kemalangan.


Menyelidik kemalagan serius.
Menyelidik keadaan persekitaran yang kurang selamat.
Pemeriksaan Dalam Pemeriksaan Keselamatan Bengkel

Dalam usaha untuk memantau dan melakukan pemeriksaan keselamatan bengkel,


beberapa aspek perlu diberikan perhatian. Antara aspek tersebut adalah seperti yang
berikut :

Keadaan bangunan & kemudahan


Susun atur tempat kerja
Pergerakan pekerja
Pergerakan bahan termasuk pembuangan sisa
Penggunaan bahan bahaya
Kawalan bahan merbahaya serta prosesnya
Keselamatan kebakaran
Keselamatan persekitaran
Amalan keselamatan & perlindungan diri.

Organisasi pemeriksaan keselamatan bengkel

Dalam menjalankan pemeriksaan terhadap bengkel di sekolah, terdapat beberapa


individu atau kumpulan pekerja yang dipertanggungjawabkan atau berperanan dalam
menjalankan kerja-kerja pemeriksaan yang dibuat. Individu-individu atau kumulan ini
akan menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dari seluruh aspek bengkel bagi
memastika keselamatan penggunanya.
Antara individu dan kumpulan yang bertanggungjawab dalam memastikan
pemeriksaan keselamatan bengkel adalah:

Guru Bengkel
Jawatankuasa Pemeriksaan Sekolah
Staf Penyelenggaraan Sekolah
Jawatankuasa Keselamatan Pelajar
Pemeriksa Luar

Jenis Pemeriksaan Keselamatan Bengkel

Dalam menjalankan pemeriksaan keselamatan bengkel juga mempunya beberapa


jenis pemeriksaan. Pemeriksaan-pemeriksaan ini adalah mengikut keperluan dan
tujuanya yang tersendiri antaranya adalah seperti yang berikut:

Pemeriksaan Keselamatan Berjadual


Merupakan jenis paling biasa digunakan.
Rutin, meliputi semua aspek keselamatan.
Memeriksa tempat kerja, pekerja dan prosidur.
Melibatkan satu pasukan kecil.
Kekerapan pemeriksaan secara bulanan.
Masa yang diperlukan 1-3 jam.

Pensampelan Keselamatan
Merupakan satu bentuk pemeriksaan keselamatan kecil atau mini.
Memberi tumpuan kepada isu dimana ada lapuran kecederaan atau
near-miss atau ada masalah.
Melibatkan dua atau tiga orang sahaja.
Kekerapan pemeriksaan ada mingguan dan melibatkan tidak lebih
daripada 2-3 orang.

Lawatan Keselamatan
Dijalankan secara umum yang bertujuan mengenengahkan tindakan
atau keadaan tidak selamat, kelemahan operasi, kesilapan
pertimbangan dan sikap tidak betul supaya isu-isu dikenalpasti dan
direkodkan.
Memeriksa kaedah kerja, keadaan operasi dan penyelenggaran
peralatan dan pematuhan kepada prosidur.
Masa pemeriksaan 5-10minit.
Sesiapa yang komited kepada keselamatan boeh menjalankan
pemeriksaan ini.

Pemerhatian Keselamatan Sikap


Dijalankan secara informal dalam kerja harian.
Pemerhatian kepada penggunaan peralatan perlindungan
keselamatan.
Biasa digunakan oleh organisasi yang mempunyai tahap keselamatan
yang tinggi dan ingin meningkatkan lagi kedudukannya untuk
membentuk dasar untuk masa akan datang.

Menyimpan Rekod Keselamatan

Aspek penyimpanan rekod adalah perkara yang penting dalam sesuatu perkara.
Dalam pemeriksaan keselamatan bengkel juga perkara ini adalah satu keerluan.
Terdapat beberapa tujuan dan kebaikan dalam membuat rekod keselamatan,
antaranya adalah seperti berikut:

Membantu guru menyediakan laporan yang lengkap dan tepat.


Panduan keberkesanan sebagai langkah pencegahan.
Asas penilaian keberkesanan program keselamatan bengkel.
Melindungi guru daripada tindakan saman berkaitan dengan kecederaan
pelajar.
Menghalang kemungkinan berlakunya kemalangan yang serupa pada masa
hadapan.
Menjadi sumber fakta bagi menjalankan analisis yang berkaitan.
Cadangan perubahan susunan bengkel.
Menjelaskan keadaan merbahaya & amalan tidak selamat.
Mencadangkan perubahankepada kandungan kurikulum.
Membolehkan pertandingan dibuat dengan bengkel atau sekolah.
AKTIVITI

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.


Anda dikehendaki menyediakan peta minda dan bentangkan di dalam kelas.

1. Nyatakan beberapa individu atau kumpulan pekerja yang


dipertanggungjawabkan atau berperanan dalam pemeriksaan bengkel.
2. Dengan bantuan grafik, buat jenis pemeriksaan keselamatan
bengkel yang dapat dibuat pada sesebuah bengkel.
3. Berikan kebaikan guru dalam membuat simpanan rekod
keselamatan bengkel.
KELEBIHAN DAN KEBERKESANAN PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP YANG TERDAPAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU AHMAD,
LANGKAWI.

Keberkesanan organisasi dan pengurusan bengkel di Sekolah Kebangsaaan


Penghulu Ahmad, 07100 Langkawi.

Praktikum pada kali ini, kami ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad
untuk menjalani praktikum bagi fasa 2 selama sebulan. Setelah melapor diri kepada
pentadbiran sekolah saya ditempatkan di bengkel kemahiran hidup sebagai tempat
untuk kami membuat kerja dan sebagainya. Dalam masa yang sama kami
melakukan pemerhatian dan tinjauan awal bengkel kemahiran hidup tersebut.

Bengkel sekolah tersebut berada didalam keadaan yang baik dan susunan peralatan
berada didalam keaadan baik. Akan tetapi kekemasan bengkel ini boleh
dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa ketika kami menjalankan praktikum
disini.

Dari segi penggunaan bengkel untuk mengadakan P&P pula, bengkel terebut berada
didalam keadaan yang kondusif dan sesuai untuk menjalankan kelas teori dan juga
aktiviti projek. Ruang yang luas didalam bengkel yang luas memudahkan aktiviti P &
P berlangsung dengan baik dan memudahkan tugas guru untuk mengajar kerana
minat murid terhadap pelajaran guru. Dengan keadaan bengkel yang luas serta
peralatan yang lengkap untuk menjalankan proses P&P secara berkesan baik
kepada guru atau pun murid.

Pekara yang seterusnya ialah organisasi dan pengurusan bengkel di sekolah ini
berada didalam keadaan yang baik. Peraturan bengkel diletakkan dengan jelas
supaya di ikuti oleh murid bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini
berlaku. Murid juga didapati sentiasa mematuhi arahan yang diberkan oleh guru dari
masa ke semasa. Dari segi pengurusan bengkel , sekolah ini menitikberatkan
sebuah bengkel yang kondusif bagi membantu proses P & P supaya menjadi lancar
dimana bengkel disekolah ini berada didalam keadaan kemas dan teratur

Kelengkapan peralatan yang ada didalam bengkel sekolah ini berada pada kadar
yang optimum dimana semua peralatan yang membantu dalam proses P & P
terdapat didalam bengkel ini dan sesuai dengan kehendak silibus kemahiran hidup.
Jumlah peralatan yang terdapat didalam bengkel ini juga mencukupi untuk
kegunaan semu murid , ini secara tidak langsung membantu guru menjalankan p&P
dengan lebih berkesan dan murid dapat melakukan sendiri kemahiran kemahiran
yang dipelajari didalam kelas sambil diperhatikan oleh guru. Teguran dapat dilakukan
sekiranya guru mendapi murid melakukan kemahiran secara tidak betul dan
dibetulkan oleh guru. Melalui kerja projek, murid-murid dapat meningkatkan
kemahiran-kemahiran yang dipelajari oleh mereka semasa didalam kelas.

Dari segi pengurusan kewangan pula,guru KH di sekolah ini dapat menguruskannya


dengan baik dan efisien , dimana semua alat bantu mengajar serta bahan pelajaran
dan juga amali sentiasa mencukupi untuk menjalankan sesuatu topic pelajaran.
Pembelian peralatan baru dan menggantikan peralatan yang telah rosak juga
dilakukan dengan kekerapan 6 bulan sekali oleh guru KH yang bertugas.
Sepanjang praktikum ini dijalankan di sekolah kebangsaan penghulu ahmad, selain
memerhati organisasi dan pengurusan bengkel, kelebihan dan kekurangan yang
terdapat didalam bengkel kemahiran hidup juga diperhatikan.

Kelebihan

Susunan atur bengkel Kemahiran Hidup sekolah tersebut berada keadaan


yang baik, kemas dan tersusun.

Pelan laluan kecemasan yang terdapat di dalam bengkel sangat efektif dan
jelas serta difahami oleh murid dan guru.

Pencahayaan yang bersesuaian dan mencukupi banyak membantu murid


dalam menjalankan aktiviti dan proses P&P guru dan murid.

Keadaanbengkel yang baik dan kondusif memberi keselesaan kepada murid


untuk menjalankan proses pembelajaran mereka serta penerimaan murid
terhadap penerangan guru berada pada tahap yang optimum.

Peralatan dan bahan yang terdapat didalam bengkel mencukupi untuk


kegunaan semua murid.

Ruang kerja yang terdapat didalam bengkel ini mampu memberikan ruang
yang mencukupi untuk murid melaksanakan proses P&P dan pergerakan
murid semasa berada didalam bengkel dapat dikawal.
Kelemahan

Kedudukan bengkel yang berhampiran dengan pejabat sekolah, ini boleh


menyebabkan bunyi bising yang dihasilkan semasa aktiviti amali boleh
didengari sehingga ke pejabat sekolah.

Adakalanya peralatan yang digunakan oleh murid tidak disimpan dengan baik
dan kemas.

Papan tanda amaran didalam bengkel ini kurang memberikan kesedaran


kepada murid tentang bahaya-bahaya yang terdapat semasa berada didalam
bengkel.

Kesimpulannya, pengurusan dan organisasi bengkel kemahiran hidup di sekolah


kebangsaan penghulu ahmad berada didalam keadaan yang memuaskan serta
diuruskan dengan baik oleh guru Kh sekolah tersebut. Kerjasama guru dan murid
dilihat berkesan dimana murid memberikan komitment yang tinggi terhadap
pengurusan dan organisasi bengkel mengikut arahan guru.

Anda mungkin juga menyukai