Anda di halaman 1dari 2

SGDU 5074 Strategic Management In Education 1

WAN ROZIMI B WAN HANAFI

ULASAN JURNAL

TINJAUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DI


SEKOLAH- SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAERAH KOTA SETAR.

Mohamad Khairi Haji Othman


Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden,Universiti Utara Malaysia
Mohd Nazer Ishak
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, Kedah

Pengenalan.
Penulisan ini merupakan cadangan dan ulasan jurnal “ Tinjauan Pelaksanaan
Pengurusan Pendidikan Agama Islam Di Sekolah- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah
Kota Setar” yang merupakan hasil kajian dari Mohamad Khairi Haji Othman dan Mohd Nazer
Ishak. Penulisan ini diterbitkan dalam jurnal “ Online Journal Of Islamic Education, July
2017, Vol. 5, Issue 1”. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat prestasi pendidikan agama
Islam di sekolah jenis kebangsaan cina dalam daerah kota setar. Ia juga membincangkan
hala tuju pendidikan agama islam di sekolah jenis kebangsaan cina.

Isu dan Persoalan kajian.


Tujuan artikel ini dihasilkan untuk melihat persepsi guru Pendidikan Islam terhadap
pengurusan dan pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Daerah Kota Setar. Artikel ini
juga menjawab tentang persepsi guru Pendidikan Islam terhadap kemudahan prasarana
Insfrastruktur pendidikan Islam. Penulis melihat pengurusan yang baik diperingkat sekolah
akan memastikan sistem pendidikan mencapai matlamat yang dicita-citakan. Ini melibatkan
pelaksanaan beberapa usaha secara terancang, melibatkan kerjasama berterusan
sekelompok manusia yang berusaha untuk menyediakan suasana yang kondusif, dengan
menghimpunkan sumber fizikal dan sumber tenaga manusia diarahkan kepada pencapaian
objektif pendidikan secara berkesan ( Ahmad Kilani, 2003).
Penulis melihat pelaksanaan Pendidikan Agama Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) dari segi aspek pencapaian prestasi pendidikan Agama Islam agak merosot. Ini
tidak selari bila dibandingkan dengan jumlah hampir 95% sekolah SJKC mempunyai guru
agama yang tetap. Penulis berpendapat adalah wajar untuk dibuat kajian bagi melihat
penyebab kepada implikasi kelembapan pencapaian prestasi mata pelajaran Pendidikan
Islam di SJKC.
Penulis melihat persepsi guru Pendidikan Islam terhadap pengurusan dan pentadbir
SJKC adalah sangat baik. Pentadbir memberi sepenuh perhatian terhadap kelas Pendidikan
Islam. Walaubagaimanapun masih ada pentadbir yang tidak begitu menghiraukan tentang
perkara yang berkaitan dengan buku kerja murid serta perbincangan tentang pencapaian
akademik mata pelajaran ini. Penulis mendapati penyebab berlakunya perkara tersebut
disebabkan matapelajaran Agama Islam tidak diuji dalam Peperiksaan awam iaitu UPSR.
Penulis juga melihat tentang persepsi guru Pendidikan Islam terhadap Kemudahan
prasarana infrastruktur Pendidikan islam. Daripada dapatan, penulis membuat kesimpulan
bahawa kemudahan insfrastruktur dan bahan berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam
dapat disediakan dengan baik dan sempurna. Namun begitu persediaan bilik-bilik khas
seperti surau dan kemudahan makmal komputer masih tidak diberi perhatian oleh pihak
pengurusan sekolah.
SGDU 5074 Strategic Management In Education 2
WAN ROZIMI B WAN HANAFI

Metodologi Kajian.
Penulis telah membuat kajian ini dalam bentuk tinjauan yang menggunakan kaedah
kuantitatif dalam pengumpulan data yang diperoleh daripada guru-guru Pendidikan Islam
yang mengajar di SJKC sekitar daerah Kota Setar. Guru akan mengisi borang soal selidik
dan memberi maklum balas berdasarkan instrument yang disediakan oleh penulis.
Instrument kajian adalah sepenuhnya berdasarkan soal selidik yang dibina
berdasarkan beberapa tinjauan kajian lepas yang melibatkan aspek pentadbiran dan
pengurusan di SKJC, insfrastruktur dan bahan, sokongan staff dan guru-guru lain yang
bukan beragama Islam.
Semua item soal selidik dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical
Packages for the Social Science (SPSS) secara deskriptif dengan statistic yang digunakan
ialah kekerapan dan peratusan.

Kekuatan dan Kelemahan


Penulis telah berjaya menyatakan dapatan mengikut dengan tepat dan jelas. Data
yang telah dikaji merupakan data yang sebenar diperolehi daripada kajian dan data telah
dianalisa mengikut objektif yang ingin dicapai. Kesemua dapatan dirumuskan dengan teratur
dalam bentuk jadual. Pengkaji dapat mengetahui hasil dapatan tanpa perlu membaca
huraian berbentuk ayat. Dengan jadual, perbandingan dapat dilihat dengan lebih jelas dan
mudah difahami.
Kelemahan yang dapat dilihat ialah huraian dapatan begitu panjang dan berjela-jela.
Ini memungkinkan pembaca tidak begitu berminat untuk membaca huraian dapatan yang
begitu panjang. Tanpa pengetahuan asas mengenai tajuk ini, pembaca mungkin tidak
berminat untuk meneruskan bacaan.

Kesimpulan.
Dapatan daripada artikel ini, didapati hubungan dan keakraban guru Pendidikan
Islam dengan pihak pengurusan dan pentadbir sekolah berada pada situasi yang amat baik.
Maklum balas responden pada item yang dikemukakan mencapai peratusan yang tinggi.
Walau bagaimanapun, pihak yang terlibat sewajarnya mengambil kira beberapa aspek yang
berkaitan dengan penambaikan infrastruktur dan prasarana sekolah. Malah pengiktirafan
perlu diberikan kepada guru-guru Pendidikan Islam yang sentiasa member komitmen
kepada kerja di sekolah tanpa mengira waktu. Sebagai lanjutan kajian, dicadangkan kajian
yang memfokuskan kepada aspek amalan pengajaran guru Pendidikan Islam di SJKC turut
perlu dijalankan. Begitu juga dicadangkan kajian berkaitan gaya pembelajaran pelajar juga
perlu dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai