Anda di halaman 1dari 4

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat saya siapkan tugasan ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing
iaitu Encik Adnan Bin Omar yang telah banyak bersusah payah untuk mendidik dan
membimbing saya selama ini. Sesungguhnya, jasa tuan tidak dapat saya lupakan. Tanpa nasihat
daripada beliau saya pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan
tempoh masa yang ditetapkan.

Buat rakan-rakan, terima kasih juga di atas pertolongan dan sokongan ini, kolaborasi
bersama rakan-rakan amat penting terutama sekali bagi bertukar-tukar maklumat dan info terkini
daripada pensyarah. Segala kebaikan kalian amatlah saya hargai. Buat keluarga tercinta, yang
sentiasa berdiri teguh memberi sokongan, terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan.
Tanpa sokongan daripada semua, sudah tentu sukar buat saya untuk meneruskan perjuangan
dalam bidang ini. Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama kita semua.

Akhir kata, semoga bahan-bahan didalam tugasan ini dapat memberi manfaat kepada
semua. Sekian, wassalam.
Refleksi
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, saya
dapat meneruskan pengajian hingga semester 4. Walaupun semester ini semakin mencabar, tetapi
saya bersyukur dan seronok dapat menimba ilmu demi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran sejajar dengan matlamat untuk menjadi seorang guru yang lebih profesional. Pada
semester 4 ini, saya perlu mempelajari subjek baru iaitu Teknologi Maklumat (EDU3105).
Kursus ini merupakan satu subjek yang wajib bagi pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru
(PPG) Semester 4. Pelbagai tugasan perlu disiapkan pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillah,
setelah bertungkus-lumus, akhirnya saya dapat sempurnakan segala tugasan yang diberi.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Adnan Omar yang
telah banyak memberi panduan dan bimbingan. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat
menuntut ilmu daripada pensyarah yang berpengalaman dan berdedikasi. Segala tunjuk ajar yang
beliau curahkan akan saya jadikan panduan dan aplikasikan disekolah. Tidak lupa juga buat
sahabat-sahabat dan keluarga yang banyak membantu, sokongan dan dorongan kalian amatlah
saya hargai. Saya berjanji akan cuba memanfaatkan ilmu dan maklumat yang diperolehi dengan
sebaik mungkin.
Semasa dalam proses menyiapkan semua tugasan yang diberi, terdapat beberapa faktor yang
menjadi kekuatan, secara tidak langsung dapat membantu saya dalam menyiapkan segala tugasan
dengan sebaiknya. Kekuatan yang dapat saya kenalpasti antaranya ialah tunjuk ajar dan
bimbingan yang diperolehi daripada pensyarah pembimbing, iaitu Encik Adnan Omar. Hasil
daripada bimbingan beliau, saya lebih memahami kehendak soalan tugasan. Saya lebih jelas
tentang langkah-langkah dan bahan-bahan yang diperlukan bagi menyiapkan soalan tugasan
yang diberi.
Selain itu, kemudahan internet juga memudahkan lagi pemerolehan maklumat bagi menyiapkan
tugasan yang diberi. Melalui internet, saya dapat memuatnaik turun gambar-gambar, video dan
pelbagai maklumat yang berguna sebagai bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Hasil semua
maklumat yang diperolehi, saya dapat menyiapkan semua tugasan dengan sebaiknya. Kemahiran
mengakses dan memuatnaik turun pelbagai bahan telah banyak membantu saya. Oleh itu,
amatlah penting untuk seorang guru memahirkan diri dalam bidang teknologi maklumat dalam
membantu penyediaan bahan bantu mengajar supaya pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Namun begitu, dalam tempoh menyiapkan semua tugasan, terdapat beberapa kelemahan atau
halangan yang terpaksa saya hadapi. Antaranya ialah kekurangan buku rujukan berkaitan
fotografi mahupun persembahan multimedia. Tidak banyak buku yang berkaitan dengan tugasan
yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Tambahan pula, di Langkawi sumber rujukan agak terhad.
Malah di perpustakaan juga hanya terdapat beberapa buah buku berkaitan multimedia, dimana
bahan yang ada amatlah minimum. Oleh itu, internet merupakan sumber rujukan utama bagi
saya.
Selain itu, saya juga tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang multimedia dan
fotografi. Pengetahuan saya hanyalah berdasarkan pengalaman semasa di sekolah serta melalui
media massa dan media cetak seperti televisyen, majalah dan surat khabar. Oleh itu, ada kalanya
saya berasa sukar untuk menyiapkan semua tugasan memandangkan saya kekurangan ilmu yang
dapat membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik.
Kelemahan lain ialah, kekangan masa. Saya merasakan 24 jam sehari seperti tidak mencukupi.
Bagi menyiapkan tugasan, saya perlu berjaga hingga lewat malam. Ini kerana, pada masa yang
sama saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru, isteri dan ibu. Pelbagai
bebanan tugas menyebabkan saya terpaksa mengejar masa. Saya juga perlu berkorban masa rehat
bagi memastikan semua tugasan yang diberi dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan masalah sepanjang tempoh menyiapkan
semua tugasan, saya telah memperolehi pengetahuan baru yang sangat berguna sebagai seorang
guru. Terdapat beberapa peluang yang telah saya pelajari hasil daripada tugasan ini. Pertamanya,
saya berpeluang untuk mempelajari pelbagai teknik mengambil foto. Saya berpeluang
mengambil gambar yang berkaitan dengan suasana persekolahan. Bagi saya, tugasan ini sangat
menarik dan menyeronokkan. Selain itu, saya juga berpeluang mempelajari pelbagai elemen
yang boleh digunakan dalam persembahan multimedia termasuklah memuatturun pelbagai video
dan audio menarik yang sesuai dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Pengetahuan yang
diperolehi dapat membantu saya dalam menyediakan bahan bantu mengajar kelak dengan lebih
cepat, menarik, berkesan dan menjimatkan kos. Antara lainnya, saya juga berpeluang mengenali
pelbagai jenis bahan 2D dan 3D. Pengetahuan yang saya perolehi akan saya praktikkan di
sekolah kelak.
Namun begitu, ilmu pengetahuan yang saya perolehi hasil dari kerja kursus ini
adakalanya tidak dapat diterapkan kepada murid-murid secara optimum. Ini kerana terdapat
beberapa faktor yang menjadi ancaman terhadap pelaksanaannya. Sebagai contoh, kemudahan
multimedia di sekolah saya agak berkurangan dan ada di antaranya telah rosak. Malah, hanya
sebuah makmal komputer yang boleh digunakan bagi menampung kegunaan hampir 800 murid-
murid. Selain itu, kemudahan LCD yang terdapat di dalam kelas juga telah rosak. Sekiranya guru
hendak menggunakan LCD dan persembahan multimedia di dalam kelas, guru tersebut perlu
membawa sendiri LCD, laptop dan speaker. Oleh itu, untuk memasang semua alatan agak
mengambil masa. Hal ini menyebabkan jumlah guru yang mempraktikkan penggunaan teknologi
maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran amatlah minimum. Disebabkan faktor ini juga,
murid-murid kurang mendapat pendedahan tentang teknologi maklumat. Murid hanya
berpeluang mempelajarinya semasa kelas ICT. Kekurangan komputer juga menyebabkan murid-
murid terpaksa berkongsi dan ini secara tidak langsung, mereka tidak dapat menguasai
kemahiran menggunakan pelbagai bahan multimedia dengan sepenuhnya.
Faktor-faktor seperti diatas merupakan ancaman-ancaman yang mungkin saya hadapi
untuk mempraktikkan apa yang saya pelajari dari kursus ini. Namun begitu, ia tidak dapat
melemahkan semangat saya untuk terus mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna dan
celik IT demi kepentingan mereka pada masa hadapan. Cadangan saya agar pengetahuan tentang
teknologi maklumat perlu dipraktikkan secara optimum di sekolah supaya dapat membantu
murid memperolehi maklumat dan bahan-bahan pembelajaran yang lebih jelas, terperinci dan
berkesan. Selain itu, perbanyakkan kursus-kursus berkaitan teknologi maklumat kepada guru-
guru agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka sejajar dengan kehendak
Kementerian Pendidikan dalam melahirkan guru yang berkaliber dan professional pada masa
kini.
Akhir kata, sekali lagi saya rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah pembimbing, pihak sekolah, rakan-rakan serta keluarga di atas bimbingan, bantuan,
sokongan dan dorongan. Jasa anda semua amatlah saya hargai. Harapan saya agar tugasan ini
dapat memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan dan memberi manfaat kepada semua. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai