Anda di halaman 1dari 17

Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

ISI KANDUNGAN.

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1 ISI KANDUNGAN 1

2 BIODATA DIRI 2

3 SEKAPUR SIREH 3

4 BORANG REKOD KOLABORASI 45

5 TUGASAN 1 6 17
PENULISAN SINOPSIS
6 TUGASAN 2 1 20
PEMBENTANGAN KUMPULAN TAJUK 5
7 TUGASAN 3
PENULISAN REFLEKSI
8 REFLEKSI KESELURUHAN

9 BIBLIOGRAFI

10 LAMPIRAN
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

BIODATA DIRI

NAMA : WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI.


K/P :760801-03-5679
KURSUS :PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH.
KELAS : SAINS KUMPULAN 1 AMBILAN JUN 2011.
ALAMAT :RUMAH GURU SK KILIM,JALAN AYER HANGAT
07000,LANGKAWI KEDAH.
NO TEL :019-4791130
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

SEKAPUR SIREH

A
lhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Memang tidak dinafikan sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa kekangan yang
saya hadapi seperti kesuntukan masa dan pelbagai tugasan lain yang
perlu disempurnakan.Walau bagaimanapun, ianya tidak menghalang saya dari
menyempurnakan tugasan ini. Syukur, semuanya berkat sokongan dan doa dari
keluarga dan rakan-rakan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan


ribuan terima kasih khasnya kepada pensyarah SCE 3143 saya iaitu PN
Rahimawati Bt Abd Rahim di atas bimbingan dan ilmu yang dicurahkannya dalam
menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan kerana telah
memberi idea-idea yang bernas dan menarik. Semoga dengan sedikit ilmu yang
diperoleh ini, dapat membantu saya meningkatkan prestasi dan kemajuan di dalam
bidang pendidikan di sekolah saya kelak. Insyaallah.

Sekian Terima kasih.


Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR : WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI
KUMPULAN : PPG SAINS 1 SEMESTER 8.
TAJUK KURSUS : SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT.
KOD KURSUS : SCE 3143
PENSYARAH : PN RAHIMAWATI BT ABD RAHIM.

TARIKH PERKARA YG TANDATANGAN TANDATANGAN


DIBINCANGKAN PENSYARAH PELAJAR

24.1.2015 Menerima taklimat KKBI EDU


3093 oleh pensyarah
pembimbing.

07.2.2015 Berbincang bersama rakan

1 Nazrul Ridzwan

14.2.2015 Berbincang dan bertukar


maklumat bersama rakan.
1 Nazrul
2 Izham
3 Rahimi

20.2.2015 Berbincang dan bertukar


maklumat bersama rakan.
1 Shahroni
2 Izham
3 Rahimi
4 Nazrul

07.3.2015 Menghantar tugasan.


Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

1.0 PENGENALAN
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat berharga kepada kehidupan
manusia. Alam sekitar yang indah dan bersih memberikan kita suasana yang selesa
dan menyamankan. Sekiranya alam sekitar kita tercemar akan menjejaskan aktiviti-
aktiviti pembangunan negara kerana manusia banyak bergantung kepada sumber-
sumber alam di muka bumi ini.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat menyatakan
bahawa pencemaran bermaksud perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran
manakala alam sekitar membawa maksud keadaan alam sekeliling. Pencemaran
alam sekitar bolehlah didefinisikan perihal mencemarkan atau mengotorkan alam
sekeliling. Pencemaran alam sekitar yang utama boleh diberikan kepada empat jenis
iaitu pencemaran bunyi, pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran tanah.
2.0 TUGASAN (MENGEMUKAKAN MASALAH).
Permasalahan yang berlaku bermula dari dapatan yang saya perolehi di
sekolah saya. Hasil data tentang kedatangan murid sekolah saya bermula Januari
hingga Februari amatlah tidak memberangsangkan. Ramai murid yang mengambil
cuti sakit disebabkan oleh kegatalan pada kulit dan batuk batuk. Oleh itu saya
menemu bual murid tersebut dan mendapati kegatalan pada kulit dan batuk
disebabkan oleh kualiti udara yang tidak sihat. Udara di persekitaran telah tercemar
oleh debu dan asap yang dihasilkan oleh kilang yang beroperasi di mukim ini dan
juga pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk setempat. Oleh yang
demikian, saya telah mengkaji tentang pencemaran udara yang berlaku di mukim
Ayer Hangat, Langkawi.
Sebagi seorang pendidik di kawasan ini dan juga ahli komuniti, saya
terpanggil untuk meneroka masalah ini dan mencari jalan untuk mengatasi masalah
pencemaran udara di Mukim Ayer Hangat, Langkawi.
Pembelajaran berasaskan projek yang dilaksanakan oleh saya merangkumi
beberapa objektif iaitu :-
Mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar
Mengenal pasti jenis pencemaran udara di kawasan kajian.
Mencari punca-punca pencemaran udara di kawasan kajian.
Mengenal pasti kesan pencemaran udara ke atas alam sekitar.
Mencari langkah-langkah dan cadangan-cadangan untuk mengurangkan
kesan pencemaran udara di kawasan kajian.
Menerapkan nilai-nilai dan unsur patrioisme dalam kajian saya.
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

3.0 MENGANALISIS MASALAH.


Udara merupakan faktor yang penting dalam kehidupan, namun dengan
meningkatnya pembangunan bandar - bandar dan pusat industri, kualiti udara telah
mengalami perubahan. Udara yang dulunya segar, kini telah kering dan kotor.
Perubahan ini berlaku adalah disebabkan kemasukkan bahan pencemar ke dalam
udara.
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah
yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau
bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif
kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk
ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam
salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan,
barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain
yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang


gas atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang
terhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara dikaitkan dengan
pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan, stesen penjana
kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik di kawasan bandar dan
industri.

Namun demikian, bahan cemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di
kawasan pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang
menghasilkan habuk ataupun amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan
baja. Pencemaran udara juga boleh terjadi secara tabii menerusi penyerakan habuk atau
debu akibat tiupan angin, letusan gunung berapi, tiupan wap air oleh ombak dan
sebagainya.

Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan


bahan-bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Banyak lagi definisi yang boleh
diberikan tentang pencemaran udara ini. Menurut Wark dan Warner (1901), pencemaran
udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam
atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh berkecenderungan
menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan atau haiwan atau harta
benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram.
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

Selain itu, pencemaran udara menurut Wikipedia Bahasa Melayu iaitu pelepasan
bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon
monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan
oleh kenderaan dan kilang industri. Dalam keadaan tertentu, pencemaran boleh berasal dari
sumber-sumber semula jadi seperti gunung berapi, pembakaran hutan ataupun ribut debu.
Tetapi pada keseluruhannya sumbangan dari sumber-sumber semula jadi ini adalah kecil
jika dibandingkan dengan bahan-bahan pencemaran yang dikeluar atau digalakkan dari
manusia sendiri.

Klasifikasi pencemaran udara.

Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara


primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah
penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses
pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus
terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan,
kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang
bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur
dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk
membentuk gas yang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara
pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan
peroksidasetil nitrat (PAN).
4.0 MENEROKA MASALAH.
4.0.1 Kawasan Kajian.
Dalam kajian ini, saya telah memilih Mukim Ayer Hangat, Langkawi sebagai
pembelajaran berasaskan projek untuk mengkaji pencemaran yang berlaku di tempat
tersebut. Rasional saya memilih kawasan tersebut adalah untuk memenuhi proforma
dimana kawasan kajian hendaklah dijalankan di kawasan persekitaran penkaji. Saya juga
bertanggungjawab ke atas kebajikan murid saya dimana ramai murid di sekolah saya
terdedah kepada penyakit seperti penyakit kulit, kegatalan pada mata dan juga batuk
batuk yang disebabkan oleh pencemaran udara.
Nama Mukim Ayer Hangat diambil sempena kewujudan sebuah telaga air
panas di dalam mukim ini. Mukim ini dipercayai mula dibuka oleh penduduk yang
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

berketurunan Melayu-Thai dalam sekitar 200 tahun yang lalu. Bahasa perantaraan
yang digunakan oleh penduduk di mukim ini ketika itu adalah bahasa Siam.
Sehingga sekarang kebanyakan penduduk terutamanya generasi lama masih lagi
menggunkan bahasa Siam sebagai bahasa perantaraan mereka. Pusat kegiatan
bagi penduduk di mukim ini adalah berpusat di Pekan Kampung Padang Lalang.
Selain itu, terdapat beberapa kampung rangkaian yang menjadi kampung utama
bagi Mukim Ayer Hangat. Keluasan Mukim ini adalah 63.77 KM persegi.
Lokasi kedudukan Mukim Ayer Hangat terletak di utara Pulau Langkawi. Jarak
mukim ini daripada Pekan Kuah sejauh 16km. Mengambil masa perjalanan selama
lebih kurang 20 minit perjalanan dengan motorkar. Mukim Ayer Hangat merupakan
salah sebuah mukim daripada 6 mukim yang terdapat di Daerah Langkawi. Mukim
ini adalah sebuah mukim yang indah dengan alam persekitaran serta langskap
semulajadi yang masih belum tercemar. Aspek-aspek yang telah menyumbang ke
arah ini antaranya adalah kewujudan hutan paya bakau yang tumbuh dengan subur
di sekitar mukim ini. Kedaan ini bukan sahaja satu permandangan yang menarik
malah satu aset yang unik kepada Mukim Ayer Hangat. Selain itu, Mukim Ayer
Hangat juga mempunyai pantai yang putih bersih akan memberikan kepuasan
kepada setiap pengunjung yang datang seperti Pantai Tanjung Rhu dan Pantai Pasir
Hitam.

PETA KAWASAN KAJIAN.

4.0.2 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.


Perkilangan.
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

Malayan Lafarge Cement merupakan satu satunya kilang yang ada di


kawasan kajian saya iaitu di Mukim Ayer Hangat. Kilang ini terletak di Jalan Teluk Yu,
Jalan Ayer Hangat. Malayan Lafarge Cement mempunyai beberapa cawangan di
Malaysia seperti di Perak dan Selangor. Kilang ini membekalkan bekalan simen ke
seluruh semenanjung Malaysia dan juga di beberapa tempat di pelusuk dunia. Oleh
itu, ia merupakan kilang yang bersaiz besar memandangkan operasinya melibatkan
beberapa kawasan di dunia.

Gambarajah 1: Pembebasan asap dan debu.


Merujuk kepada gambarajah 1, pembebasan asap dan debu daripada kilang
ini berlaku setiap hari memandangkan kilang ini beroperasi 24 jam sehari. Oleh itu,
pencemaran udara di kawasan sekitar kilang ini berlaku sepanjang tahun.
Pencemaran ini dihasilkan oleh sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil
daripada pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai
di udara. Kebanyakkan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos
kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan
penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal.
Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang
menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Ini
telah menambah buruk keadaan pencemaran udara di sekitar kawasan
ini. Pelepasan nitrogen, sulfur monoksida, hidrokarbon dan karbon monoksida telah
membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Selain itu, bukan
sahaja gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu
mengakibatkan sesak nafas juga dilepaskan.
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

Gambarajah 2: pembebasan debu di udara.


Gambarajah 2 menunjukkan bagaimana debu dibebaskan ke udara. Kuari
yang terletak dibelakang kilang merupakan sumber tanah dan batu oleh kilang simen
untuk menghasilkan simen. Ia dapat dilihat kesan debu di merata rata tempat
seperti di jalan dan pokok pokok.( gambarajah 3).

Gambarajah 3. Kesan daripada pemcemaran debu.

Hasil temuramah.

Hasil temuramah saya dengan Pn jamilah Dohat yang tinggal selama lebih 20
tahun di kawasan tersebut mengakui bahawa pencemaran debu yang berlaku
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

disebabkan oleh kilan tersebut banyak menganggu aktiviti hariannya. Menurutnya


lagi beliau terpaksa membersihkan kedai makannya setiap hari. Hal ini disebabkan
oleh debu yang melekat pada kerusi dan meja. Pn jamilah juga menyatakan bahawa
penyakit kulit dan batuk telah menjadi rutin kepada keluarganya. Beliau sentiasa
memastikan di rumahnya terdapat ubat untuk mencegah penyakit kulit dan batuk
batuk.
Pembakaran terbuka.

Pembakaran terbuka di Mukim Ayer Hangat juga sering berlaku. Hampir setiap
hari semasa dalam kajian, sering kelihatan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh
penduduk setempat terutamanya penduduk yang mengusahakan penanaman padi.
Selepas proses menuai, petani akan mencari jalan mudah untuk membuang jerami
iaitu dengan membakarnya ( gambarajah 4 ). Ini secara tidak langsung akan
menghasilkan asap yang tebal dan ianya telah menghadkan penglihatan pengguna
jalanraya. Kemalangan mungkin terjadi disebabkan perkara tersebut. Asap juga
menyebabkan berlakunya penyakit seperti batuk. Ini sering berlaku kepada murid
sekolah saya. Murid selalu tidak hadir ke sekolah disebabkan oleh gejala batuk dan
ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran.

Gambarajah 4. Pembakaran terbuka oleh penduduk setempat.


Pencemaran daripada pusat pelupusan sampah.

Pencemaran yang berlaku di Pusat Pelupusan Sampah adalah merujuk kepada


kualiti udara dan bau yang tidak menyenangkan. Bau yang busuk akan
menyebabkan penduduk di sekitar menghidapi penyakit lelah, loya, pening kepala
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

dan juga kegatalan pada anggota badan. Penyakit yang merebak seperti taun juga
sering berlaku kerana binatang seperti anjing, lalat, tikus dan nyamuk banyak
terdapat di kawasan tersebut. ( gambarajah 5 ).

Gambarajah 5 : Sampah di tapak pembuangan sampah.


5.0 Membuat Perkaitan.
Daripada dapatan yang saya perolehi, temubual yang dijalankan dan
bukti bukti bergambar yang diambil, saya dapati punca yang menyebabkan
murid sekolah saya sering tidak hadir ke sekolah adalah disebabkan oleh
terdedahnya kepada pencemaran udara. Pencemaran udara yang teruk akan
menjejaskan kualiti udara di sekitar dan peningkatan Indeks Pencemaran
Udara (IPU) boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau
membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Aktiviti seharian
manusia tersekat,begitu juga dengan aktiviti luar seperti sukan olahraga dan
pertanian. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa masalah pencemaran udara telah
menganggu aktiviti harian masyarakat di Mukim Ayer Hangat ini.

Begitu juga dengan tahap kesedaran penduduk tentang pentingnya kualiti


udara yang baik tidak dipandang serius. Dalam usaha mengejar kemajuan negara
dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek
pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. manusia sering
mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti
ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses
pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini
mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat
kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap


aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha
pengurusan dan pemeliharaan alam.

Saya sebagai pendidik dan juga warga komuniti di kawasan ini merasakan
sesuatu perlu dilakukan untuk menyedarkan penduduk di kawasan ini betapa
pentingnya kualiti udara yang baik untuk kesejahteraan bersama. Terdapat beberapa
cadangan dan peranan yang oleh dilakukan oleh saya bagi mengelakkan
pencemaran udara berlaku dengan lebih teruk lagi. Antara cadangan yang boleh
dilakukan ialah:

1. Pameran.

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang


berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah
dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah
merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan
apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Bahan-bahan
menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain
itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh
ditayangkan Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar
masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

2. Pendidikan secara langsung dan tidak langsung.

Tanggungjawab untuk memelihara Mukim ini dari segala bentuk pencemaran


bukan sahaja dipikul oleh pihak berkuasa tempatan tetapi patut dipikul oleh semua
masyarakat setempat. Untuk membentuk komuniti yang bertanggungjawab kepada
alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di
kalangan masyarakat di sini, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-
sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap
positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi
dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul
akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam
sekitar.

Di peringkat sekolah pula, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan Kelab


Alam Sekitar bagi menganjurkan ceramah dan juga pameran yang menjurus kepada
kesedaran tentang kesan pencemaran ke atas alam sekitar dan manusia. Ini sedikit
sebanyak dapat menyedarkan murid murid tentang impak daripada pencemaran
dan langkah langkah untuk mengelakkannya dari berlaku.

3. Program kitar semula.

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan


buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini
merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat
mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat
dikurangkan.
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di
kawasan ini boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang
yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang
boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak
kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam
pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari
bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan
perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan
toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan
hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat
punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan
yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam
keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan
menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Bumi adalah satu-satunya planet yang
membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat harus diberikan
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala
tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan
hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga
kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita
untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-


langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini
bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak.
Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu
bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan
masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi
negara di masa akan datang.

6.0 Refleksi keseluruhan.

Pada 28 Februari 2015, saya telah menjalankan Pembelajaran Berasaskan


Projek( PBP) bagi memenuhi proforma sce 3143, Sains, Teknologi dan Masyarakat.
Tugasan ini dijalankan secara individu, dimana saya dikehendaki mengenalpasti
satu isu sains, teknologi dan masyarakat di kawasan berhampiran tempat tinggal
saya. Saya telah memilih isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran udara dan
mengupasnya dari segi punca, kesan dan peranan saya dalam mencari jalan
penyelesaian yang sesuai bagi menangani isu tersebut. Setelah hampir 3 minggu
membuat kajian, saya dapat membuat satu rumusan tentang tugasan ini.
Kekuatan.
Kelemahan.
Peluang
Ancaman.
Penambahbaikan.
Rumusan.
Sce 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat

Anda mungkin juga menyukai